Episode 9: The Camp

Fantasy Completed 3818

Seminggu berlalu dengan pantas, Zen ketua kelas mereka juga telah menjadi kawan rapat mereka. Leon juga sudah mula berbual-bual dengan yang lain, Moon tersenyum sendiri. Baginya tak sia-sia dia heret Leon tempoh hari walaupun perbuatannya menempah maut.

Key menguap dan meletakkan kepalanya di atas meja, Moon yang menyadari menegur dia. "Kau dah kenapa Key? Dari tadi menguap je, mata kau pun dah warna merah dah." Kata Moon apabila menyadari matanya sedikit merah.

"Huaah...... Aku ngantuk lah Moon..... Aku mimpi ngeri malam tadi...." kata Key dengan suara yang lemah, matanya sekejap-sekejap tertutup. Leon yang turut menyadari memandang dia.

"Mimpi ngeri? Mimpi apa?" Soal Leon turut menyampuk perbualan mereka, dia berasa sedikit berminat dengan katanya tadi. Moon juga memandangnya dengan perasaan ingin tahu.

Key mengeluh berat dan mengangkat bahu. "I don't know...... Just......something dark....." Katanya dengan suara teragak-agak sambil menggosok lengannya, dia seolah ingin berkata sesuatu namun dia kelihatan teragak-agak.

Sekali lagi dia mengeluh, "I don't know..... Just..... I.....dream about you Leon...." katanya dengan nada bersalah namun itu adalah apa yang di mimpikanya. Dan.....mimpi itu sangat nyata sehingga kini.

Leon tersentak, dalam diam dia menggenggam buku limanya. Matanya berubah redup, 'tak guna! Dia..... Dia..- Tch!'

Leon mendesah di dalam hati, dia bukannya marah kan Key kerana beritahu akan mimpinya. Dia tahu itu salah satu petanda 'dia' akan kembali, dalam diam dia mengetap gigi menahan marah. 'Tak guna.....Kau.... Yoshiko....!!'

Dia memandang ke arah suatu arah melalui tingkap dengan tajam.

- - -

Pada masa yang sama, dia yang sedang minum arak turut memandang ke luar jendela. Dia tersenyum jahat seakan mendengar suara Leon, "hahaha!! Jangan ingat kau akan terlepas Leon.... Kau adalah orang penting aku." Katanya sambil tergelak jahat.

- - -

Key memandang Leon dengan pandangan rasa bersalah kerana beritahu nya tentang mimpi yang dialaminya. "Erm...... Leon..... Aku.....minta maaf sebab..... Erm...."

Dia menggosok belakang lehernya, Leon memandang Key apabila melihat dia dalam keadaan serba salah. Dia mengeluh kecil, "tak ada apalah. Lagipun ia mimpi saja kan? Lupakan semua itu," kata Leon ingin membuang rasa bersalah kawannya itu.

"Yeah..... Mungkin kau betul, ia mimpi saja." Katanya ingin membuang rasa tidak sedap hati, yang hakikatnya dia merasa sesuatu di dalam mimpinya. Sehingga kini mimpi itu masih terbayang-bayang di mata.

Tidak lama kemudian, Cikgu Arata dan Cikgu Alisa muncul di dalam kelas mereka. Semua terus diam dan duduk di tempat masing-masing, Cikgu Arata merenung mereka dengan tajam sebelum memandang Cikgu Alisa dan mengangguk kepala.

"Baiklah semua pelajar 1 Elite dengar sini." Kata Cikgu Alisa sambil menepuk tangannya ingin perhatian mereka.

"Esok kita semua akan berkhemah di dalam hutan, jadi cikgu nak kamu semua buat kumpulan masing-masing. Satu kumpulan 9 ahli ya." Kata Cikgu Alisa bersama satu senyuman manis yang mampu mencairkan semua pelajar lelaki.

"Dengar sini, hari ini kamu semua tiada kelas kerana semua cikgu pergi mesyuarat. Jadi buatlah apa yang patut, cari ahli kumpulan ke, kemas barang penting ikut kamu. Asalkan kamu tidak timbulkan kekecohan." Sambung Cikgu Arata.

"Yeeaayy!!"

Jerit mereka serentak kecuali Zen dan Leon. Zen buat muka blur tengok diorang ini suka betul tak ada kelas habis tu buat apa duduk dekat akademi ini?

Leon hanya membatu dan fikirannya melayang. Sebaik sahaja Cikgu Arata dan Cikgu Alisa keluar dari kelas masing-masing sudah bangun dan mencari ahli kumpulan mereka.

Zen bangun dan mendekati Reiz, dia turut memusing kan badannya menghadap kawannya yang lain. "Siapa lagi kita nak cari? Sekarang ini sudah 6 orang lagi tiga orang sahaja kita perlukan." Kata Reiz memulakan perbualan mereka.

Mereka mula memandang sekeliling mereka mana tahu ada lagi yang belum ada kumpulan. Kemudian datang seorang lelaki dan dua orang perempuan mendekati meja mereka.

"Korang belum cukup ahli kumpulan lagikan?" Soal lelaki itu, mereka mengangguk kepala tanda ya. "Kami masuk kumpulan korang lah, boleh kan?" Soal perempuan yang berambut merah itu. Dalam diam, Leon dan Kyle menjeling ke arah pergelangan tangan mereka.

Gelang tangan gadis berambut merah itu mempunyai crystal berwarna coklat, manakala seorang lagi crystal warna hijau. 'Found them,' bisik hati Leon. 'First mission completed, time to complete next missions.' Kata Dark pula.

Reiz mengangguk setuju begitu juga dengan yang lain. "Nama aku Rei," kata lelaki itu memperkenalkan dirinya. "Aku Akane," katanya dengan kasar. "Panggil saja Flora...." kata gadis itu pula yang kelihatan teragak-agak.

Tiba-tiba Leon berasa ada suatu aura gelap berada berdekatan mereka, dia tersentak namun sempat mengawal reaksi nya. 'Dark..... Aura ini....'
Dark mengangguk tanda ya, kemudian aura itu lenyap sendiri. Dia mula berasa was-was dengan orang di sekelilingnya kerana aura itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

Dalam diam, semasa semua orang sedang berbincang dan bergelak ketawa seseorang tersenyum sinis. 'Heh! Bodoh, musuh dekat depan mata tapi tak tahu? Hahaha! Aku akan kerjakan kau cukup-cukup!' Ejek nya di dalam hati.

Seakan dengar apa yang dikatakan nya, dia mula berasa tidak sedap hati. Dia melihat orang di sekelilingnya satu persatu, masing-masing buat kerja sendiri. Rei juga sedang sibuk berbual-bual dengan Reiz dan Zen, Kyle dan Moon pula sibuk pujuk Key pulang ke bilik berehat.

'Urggh...... Semua benda tak kena hari ini....' katanya sambil menekup mukanya, kepalanya mula berasa sakit pening memikirkan apa yang perlu dibuat.

"Leon? Kau okay?" Soal Moon dengan risau apabila melihat dia asyik mendiamkan diri dan menekup mukanya. "Aku..... Okay......jumpa aku dekat bilik nanti lah." Putusnya sebelum bangun meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.

Sekarang ini walaupun masih dalam waktu persekolahan tetapi ramai juga yang berada di bilik masing-masing. Nampaknya hari ini semua cikgu memang tak masuk kelas.

Leon mengeluh berat, dia terus melangkah masuk bilik dan baring di atas katil nya. Entah kenapa seluruh badannya terasa berat dan lenguh. 'Huh..... Leon...... Aku rasa dia memang pandai main buah catur macam kau lah...' Keluh Dark, dia hanya mendiamkan diri tidak membalas katanya.

Leon's POV

Badan aku rasa letih yang amat semua nya kerana aura itu, walaupun aku juga mempunyai kuasa itu tapi.... Aku perlu lawan ia kerana aura itu tadi lebih kuat dari aura aku sendiri.

Setiap kali ia muncul aku perlu menepis auranya kerana aku takut ia akan mengawal diri aku nanti, itu adalah sebab aku berasa letih. Tapi...... ianya berlaku sejak kebelakangan ini, sejak Zen mula berkawan rapat dengan yang lain.

Aku syak Zen yang musuh dalam selimut dalam akademi ini tapi pada masa yang sama aku tak percaya dia adalah orang yang aku dan Dark cari selama ini. Walaupun baru kenal Zen baik dengan orang di sekelilingnya dan sering beri bantuan masa kecemasan.

Mustahil Zen orang nya pada masa yang sama aku syak akannya. Fikiran aku runsing memikirkan hal itu. Sepatutnya Kyle turut sama bersama aura itu, tapi... kenapa dia tak seolah tidak perasan aura itu? Dari hari perlawanan Zack lagi aku berasa kehadiran nya.

Aku mengeluh dan menutup mata aku yang mula memberat, Dark tidak berkata apa-apa lagi. Mungkin mahu aku tenangkan fikiran dulu. Huh.... New mission..... New problem....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience