Episode 12: Who Is The Real Traitor?

Fantasy Completed 3818

Zen's POV

Matahari akhirnya terbit, aku sudah bangun sejak subuh tadi, Leon dan Moon pula entah hilang ke mana. Aku meregangkan otot aku sambil melihat matahari yang kian meninggi, ah.... indahnya permandangan.

Udara di dalam hutan ini juga sangat segar kalau dibandingkan dengan hutan lain. Kebanyakkan sudah tercemar dan pokok-pokok habis dipotong, haiwan juga tinggal sedikit. Memang menyedihkan melihat keadaan hutan itu.

Aku melihat kawasan sekeliling aku mungkin aku boleh keluar sekejap kot? Lagipun Leon dengan Moon pun sudah menghilang entah ke mana apa salahnya aku pusing-pusing tengok hutan ini.

Baru sahaja aku ingin melangkah khemah dibuka, Key dan Kyle keluar dari khemah. Reiz dan Rei masih lena lagi agaknya.

"Kau nak ke mana Zen?" Soal Kyle apabila melihat aku ingin keluar dari kawasan perkhemahan. "Aku nak pusing-pusing tengok hutan ini kejap. Sebelum diorang bangun aku balik sini lah nanti."

Ujarku padanya, '...?...'

Aku baru perasan Key hanya mendiamkan diri daripada tadi. Barangkali masih teringat akan mimpi itu? Sejujurnya aku rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila mendengar ceritanya. Seolah.... Ia satu petanda sesuatu.

Aku menepuk bahunya dan dia tersentak, "kau okay tak Key? Mimpi itu ganggu tidur kau lagi ke?" Soalku dengan rasa risau melihat wajahnya yang sedikit pucat.

Dia menggeleng kepalanya dan menepis lembut tangan aku, "aku tak apa-apa lah. Jumpa lagi nanti," katanya sebelum hilang dari pandangan.

Aku menghela nafas pendek, seraya melompat ke dahan pokok ke pokok yang lain. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati, pada masa yang sama aku rasa diperhatikan seseorang.

Sejak aku mula berkawan dengan diorang aku rasa ada aura gelap berdekatan tapi aku tak tahu siapa punya aura itu sebab aura itu terasa berada di mana-mana.

Walaupun aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan yang Leon, Kyle dan Key mempunyai banyak rahsia yang di simpan rapi. Masing-masing seolah mempunyai misi tersendiri.

End POV

Seseorang memerhatikan mereka dengan pandangan sinis, "heh! Bodoh, musuh dekat depan mata pun tak tahu. Tunggu lah malam nanti." Katanya dengan nada sinis sebelum menghilang.

Rei yang baru bangun hanya memerhati Zen dengan tajam, dalam diam dia mengikut Zen. Dia bersembunyi dalam jarak tidak jauh dari tempat Zen berdiri. Dia kelihatan mundar-mandir di hadapan tasik.

Rei tersentak kerana tiba-tiba dia terasa aura negatif dengan jelas berada di sekitarnya. Dia membulat mata apabila terasa aura itu datang dari Zen. Dia kelihatan bercakap dengan seseorang dengan suara yang perlahan tetapi dia dapat mendengar suaranya.

"Jadi, aku dah jumpa tujuh orang guardian yang masing-masing memegang crystal tersendiri. Apa yang perlu aku buat sekarang?"

Pada masa itu dada Rei berdegup dengan kencang kerana risau dia akan tertangkap, tetapi pada masa yang sama dia ingin mendengar lebih lanjut tentang apa yang didengari nya.

'Crystal? Guardians?' Hatinya mula berteka-teki tatkala mendengar itu semua. 'Bukankah ia hanya lagenda? Tunggu-' matanya membesar apabila teringat akan rakannya yang lain. Masing-masing mempunyai crystal di leher dan tangan kecuali Kyle.

"Bantu mereka, kalau boleh kamu jadilah kawan rapat mereka. Bila masanya tiba, kamu perlu tunjukkan identiti dan diri kamu yang sebenar." Jawab suatu suara membuatkan Rei tergamam.

"Baik."

"Pada masa itu kamu bantu mereka bunuh 'mereka', faham?"

"Ya." Jawabnya, Rei terkejut mendengar arahan nya. 'Apa?! Zen mahu bunuh mereka ke?!' Jerit hatinya sambil menekup mulutnya takut dia mengeluarkan suaranya.

Dia terus melarikan diri dan pulang ke tapak perkhemahan mereka, dengan nafas tidak teratur kerana risau Zen perasan menghendap dia dan cuba mengungut dia nanti.

Bagaikan suatu kebetulan, Leon, Moon, Reiz, Key, Kyle, Flora dan Akane sudah berkumpul membentuk bulatan. Dia terus berlari mendapatkan mereka dengan nafas tercungap-cungap.

"Eh? Rei kau dah kenapa?" Soal Flora dengan rasa hairan, dia mengambil nafas seketika sebelum dia adu kan apa yang didengari nya tadi.

Mereka semua menggeleng kepala tanda tidak percaya, lebih-lebih lagi tentang guardian. Kyle dan Leon pula di dalam hati sudah cemas risau rahsia terbongkar di situ. Memanglah lambat laun mereka akan tahu juga, masalahnya pelajar lain juga berada di situ.

Key yang dari dulu sudah tahu hanya mampu mendiamkan diri, dia mencongak-congak mahu bongkarkan atau tidak rahsia itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak bongkarkan lagi perkara itu kerana perkara ini bukan benda yang boleh dibawa main. Dan agak privasi.

Sudahnya tiada sesiapa yang percaya cakap Rei, namun jauh di sudut hati Leon dia tidak percaya Zen adalah orang yang mengkhianati mereka.

Di sudut lain, Zen mengeluh berat. 'Aku tak boleh bongkarkan lagi rahsia ini, bila lagi semua ini akan berakhir?' Dia menekup muka sambil memicit dahinya sebelum dia pulang ke tapak perkhemahan.

Di sana dia perasan Rei asyik menjauhkan diri daripadanya, manakala Leon memerhatikan gerak gerinya dalam diam dengan jarak yang jauh. Zen terasa tidak sedap hati, dia perasan Leon memerhatikan dia dari jauh.

'Kenapa pula ini? Jangan cakap rahsia aku dah bocor?' Soalnya di dalam hati. 'Zen dengar sini. Di sini ada pembelot yang cuba bongkarkan rahsia kita.' Kata satu suara, Zen tersentak. 'Apa?! Tapi siapa?' Dalam diam dia mendesah.

Di sudut Leon dia mengeluh, 'tak. Aku tak percaya Zen pembelot, dia tak nampak bersalah.' Katanya.

'Well who knows? Siapa-siapa saja boleh jadi pengkhianat, but...... Aku setuju dengan kau, mustahil dia pembelot. Aku dapat rasakan aura sucinya, kalau tidak tentu dia adalah orang yang kita cari.' Kata Dark.

Leon mengangguk setuju, 'Dark aku nak kau beritahu aku kalau kau dapat kesan mana-mana kuasa gelap itu.' Pinta Leon. 'Roger!'

"Aku percaya kau bukan orang jahat Zen..." Bisiknya seorang diri, seakan mendengar suara Leon, Zen mendongak memandang langit. Dia tersenyum, "terima kasih Leon..." Bisiknya pula.


[Bersambung......]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience