Episode 12: The War Began

Fantasy Completed 3818

Pagi itu Kyle dan kawannya sudah bersiap sedia dengan senjata serta keperluan masing-masing. "Dengar sini semua, kita mesti beri amaran kepada mereka." Kata Kyle.

"Tapi macam mana kalau mereka tak mahu percaya?" Soal Akane berpeluk tubuh, "lakukan apa yang patut. Lakukan apa saja supaya mereka percaya." Tegas Kyle membuatkan mereka tersenyum, Leon tersenyum sinis mendengar arahan nya.

"We will do it now leader." Kata mereka serentak sebelum menghilangkan diri, Kyle juga tidak terkecuali. Kyle pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari situ.

"Mak!" Panggilnya lalu muncul dua orang tua yang paling dia kasihi, "jadi ia dah bermula?" Soal ayahnya, Kyle mengangguk tanda betul. Mukanya juga serius. "Jangan risau, kami akan beri amaran kepada penduduk berdekatan sini."

Ujar wanita itu, "terima kasih mak, ayah. Tolong doa kan kejayaan kami," pintanya sambil tersenyum kepada kedua-dua orang tuanya. Mereka turut membalas senyuman nya.

"Jangan risau Kyle. Lakukan yang terbaik, mak dan ayah percayakan kamu." Sokong wanita itu, Kyle tersenyum tawar. "Terima kasih." Ucapnya sebelum menghilangkan diri.

Leon sedar Moon mengekori nya dari belakang, lalu dia berhenti dan tidak jauh dari tempatnya berhenti terdapat perkampungan kecil. Moon turut berhenti di belakangnya, dia kelihatan teragak-agak mahu menegurnya.

Mereka langsung tidak menegur lagi selama lima minggu, Moon mengeluh lalu menggeleng kepalanya. Leon hanya memerhatikan gelangat penduduk itu dan menunggu masa yang sesuai dan menyusun ayat.

"Um..... Leon?" Panggil Moon teragak-agak, "huh?" Sahutnya sesekali dia menjeling ke arah Moon yang teragak-agak mahu berbual dengannya.

"Huh....... Leon..... I'm sorry about..... 5 weeks ago...." Kata Moon dengan rasa bersalah. Leon tersenyum lalu menoleh ke arahnya, "hey cut it out. Past let it go do not tell it again..." Ujar Leon sambil mengusap lembut kepalanya.

Moon tersentak tetapi membiarkan sahaja. "Don't remind it okay? Sekarang mari kita tumpukan perhatian pada misi kita yang sekarang okay?" Moon mengangguk setuju, namun jauh di sudut hatinya, dia berasa tidak sedap hati tentangnya.

- - -

"Jadi..... Sekarang semua dah percaya? Lagenda itu dah terbukti sekarang," kata seorang lelaki tua terhadap penduduk itu. Flora berada di sebelahnya sambil berpeluk tubuh merenung mereka dengan tajam. Belum sempat mereka menjawab bunyi letupan yang kuat berlaku.

BBBOOMM!!!
BBBOOMM!!!
DDDUUMMM!!
ZWWOOSSHH!!!

Flora tersentak lalu mengetap gigi. "Ia dah bermula....!!"

"Semua! Lari dari sini cepat! Cari tempat yang selamat!!" Jerit Flora memberi amaran, mereka semua terus melarikan diri kerana letupan itu berlaku tidak jauh dari kawasan mereka.

Flora terus teleport dan di sana yang lain juga sudah berkumpul, "semua sudah selesaikan misi itu?" Soal Kyle.

"Ya!" Jawab mereka serentak. "The war is began now!" Kata Kyle dan Yoshiko serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience