Episode 14: The War (ii)

Fantasy Completed 3818

Sedutan episode lepas,

"It's been a long time I'm 'sleep' in the dimension. Now..... It's time for revenge!!" Suaranya bergema di dunia Crystal dengan jelas, semua yang mendengar dari jauh tergamam.

"Master." Yoshiko melutut dihadapannya, dalam diam dia mengukir senyuman sinis.

- - -
"Tak mungkin...." Kata Zen membulat matanya.

"No way..." Ujar Akane tergamam.

- - -
"Apa?" Moon melihat dengan mata membesar.

"Raja kegelapan?" Ujar Flora terkejut.

- - -
"Mustahil...." Kata Reiz

- - -
"Ia...... Dah bermula...?" Ujar Key membulat mata melihat naga dan sang raja kegelapan.

- - -
"Aku.... Dah terlambat...." Kata Leon bersama gigilan iris matanya dan badannya.

- - -
Episode 14: The War (ii)

"Kyle!!" Jerit Leon apabila ternampak kelibat Kyle yang terbaring di tanah dengan darah. "Kau okay?" Soalnya risau, dia sekadar menggeleng kepala tanda dia tidak apa-apa.

Dia menekup mukanya. "Maaf, aku tak tahu boleh jadi macam ini." Pintanya dan meletakkan kesalahan kepada dirinya sendiri, Leon menepuk bahunya. "Hei ini bukan salah kau pun. Dalam masa singkat macam ini apa-apa pun boleh jadi."

Pujuknya tidak mahu Kyle meletakkan beban seorang diri. "Korang okay ke?" Soal Flora risau dan yang lain juga muncul secara serentak. Kyle mengangguk sekilas.

"Apa yang patut kita lakukan sekarang?" Soal Reiz mula risau dengan keadaan yang semakin parah. Leon berundur beberapa tapak dari mereka. "Ggrrgghhh......"

'Kau tak dapat lari lagi Ryuuraki..... Masa kau teramat suntuk kini Ryuuraki.....'

"Leave me.... Alone....." Katanya dengan perlahan sambil memejam mata dan menggenggam erat penumbuknya sehingga berdarah. 'Kau tak dapat lari lagi....~'

Dia menghisap darahnya yang keluar dari tangannya, suara itu mula menghilang dan membuatkan dia lega dan dapat menarik nafas kembali. Nafasnya agak tidak teratur.

Sebelum mereka menyadari dia menjauhi mereka tadi, Leon pantas mendekati mereka dan mendengar rancangan seterusnya.

Manakala itu,

"Bunuh mereka!" Arahnya.

"Aaarggh!!!!"

Mereka sangkakan satu-satunya pewaris puak Guardian itu sudah mati impak serangannya yang dasyat tadi.

Flashback....

BBBBOOOOMMMM!!!!
DDDDUUUUMMMM!!!!

Tanah merekah dengan teruk akibat serangan naga itu, debu-debu dan kabus tanah naik ke udara sehingga kawasan itu putih tidak menampakkan apa-apa.

Sebaik sahaja kabus itu berkurangan mereka tidak kelihatan di mana-mana, pokok-pokok juga hancur impak serangannya. Mereka sangkakan pewaris itu sudah mati menjadi debu.

Tanpa mereka sedar, mereka sempat meneleport diri sebelum serangan naga itu lakukan tadi.

End Flashback....

"Jangan biarkan sesiapa terlepas!" Arah sang raja kegelapan itu. "As your command master." Kata ahli sang raja kegelapan itu serentak dan mula melakukan serangan.

Tanpa mereka sedar, satu portal terbuka dan seorang remaja lelaki keluar dari portal itu lalu dengan selamba duduk di atas naga yang di tunggangnya. Raja kegelapan itu menjeling ke arahnya.

"Ke mana kau pergi tadi? Aku dah suruh buat apa yang patut kan?" Marahnya pada remaja itu, dia sekadar tersengih mendengar bebelan nya.

"Rileklah ayahanda..... Diorang dah mati dah pun kan?" Balasnya selamba sambil meletakkan kedua-dua belah tangannya ke belakang kepalanya. Dia hanya memandang kosong terhadap penduduk yang dibunuh itu.

Dia mengeluh, "kamu terlalu bersenang lenang Zack. Ayahanda tak suka melihatnya." Keluhnya dan hanya dijawab dengan sengihannya sahaja. "Okay. Bye, bye ayahanda. Nak pergi tempat lain." Sebaik sahaja habis berkata-kata dia menghilangkan diri. Dia hanya mengeluh.

"Tak guna hentikannya sekarang!!" Jeritan Akane menyentakkan nya, dia kini sedang merempuh demon dan akar-akar kegelapan yang membunuh penduduk itu. Dia mendecih. "Hidup lagi kau rupanya ya...?" Matanya mengecil dan menjadi tajam memandang pewaris itu.

"Ggrroouugh!!"

DUSHH!
DUSHH!
BBBOK!!

"Thunder Rapid Kick!" Kali ini suara Reiz kedengaran dan dia sedang menendang dan menghancurkan demon. "Perfect Vision." Cas-cas elektrik mula terkumpul di seluruh tubuhnya, dia menghela nafas lalu melompat ke udara dengan tinggi. "Thousands Meteorite!!"

Serangan bagai meteor terhempas ke tanah menghancurkan demon dan askar kegelapan itu dengan cas-cas elektrik voltage yang tinggi.

ZWWOOSSHH!!!

Raja kegelapan itu mengetap gigi kegeraman, lalu dia membuat serangan terhadap mereka daripada naga itu. 'Aku akan uruskan mereka tuanku,' kata satu suara itu padanya. Dia terdiam seketika sebelum menjawab, "baiklah buatlah apa yang patut." Balasnya.

Naga itu mula berhenti terbang dan melihat mereka dari udara, kuasanya mula dikumpulkan. "DARKNESS FLAME RRRROOOOUUUURRRR!!!"

Jeritan naga itu menyentakkan mereka, "alamak!"

"DRAGON ICE....." Kedengaran suara seseorang membuatkan mereka terkejut lalu dipandang ke langit. Leon mengembungkan pipinya.

"RRRROOOOUUUURRRR!!!!!" Ngauman seolah seekor naga itu sempat membatalkan serangannya tadi. "Tch....!" Sang raja kegelapan mendesah kegeraman, namun tak lama, dia tersenyum sinis lalu tergelak terbahak-bahak.

"Apa yang kelakar ha?! Kelakar tengok nyawa yang tak berdosa melayang?!" Bentak Leon dengan nada dingin, matanya yang biru tajam menikam melihat raja kegelapan itu. Yang lain hanya mendiamkan diri memerhatikan suasana dingin itu.

Dia menggeleng kepalanya, "aku tak sangka pulak keturunan anak buah aku ini seorang guardian. Walaupun kau sebenarnya demon," katanya dengan sinis bersama sisa ketawanya. Leon menggenggam erat penumbuknya sehingga mengigil menahan marah.

"Berhenti....... Ketawa kan akulah tak guna!!!" Jerit Leon sebelum tiba-tiba muncul di hadapannya, dia mencengkam ganas kolar bajunya. Giginya diketap, taringnya mula kelihatan. 'Tuanku!' Naga itu mula cemas namun hanya di sambut dengan gelak ketawanya yang semakin galak.

"Leon!" Mereka yang melihat juga tergamam kerana tidak menyangka dia dapat mendekati raja kegelapan itu. Flora mula menggenggam tangannya dan dibawa ke dadanya. "Leon...." Dia mula berasa risau melihat situasi itu.

"Apa yang kelakar jawab soalan aku!" Leon menumbuk mukanya sehingga dia merempuh gunung dan gunung itu hancur akibat rempuhannya yang kuat. Semua yang melihat tergamam bagai tidak percaya.

Naga itu mula mendengus kasar lalu mengoyang kan ekor nya untuk melibas tubuh Leon, namun dia menangkap ekor nya. Sekali lagi suasana hening mencengkam. "DON'T...... EVER...... UNDERESTIMATE ME!!!" Suaranya bergema dan naga itu dirempuh gunung sehingga hancur.

Semua yang melihat terkejut dan membulat mata melihat keadaan itu. Suasana hening kembali mencengkam. Hanya kedengaran nafas Leon yang tidak teratur sahaja. Matanya perlahan-lahan mula berubah hitam, rambutnya juga berubah hitam.

"Ha..... Ha....... Ha....... Ha...... Krrrghh...." Dalam keadaan termengah-mengah dia mengetap gigi, dia tahu serangan itu tidak cukup kuat untuk menumpaskan mereka. Kedengaran dia bertepuk tangan dan jelas kedengaran.

"Hahahaha! Hebat..... Hebat..... Setelah tiga ribu tahun aku dikurung.... Akhirnya, ada juga yang berjaya menyaingi kekuatan aku." Ujarnya sambil ketawa terbahak-bahak, dia dengan tenang berdiri di hadapan Leon yang memandangnya dengan tajam.

Leon menggenggam buku limanya, Knightmare perasan akan perubahannya. Matanya yang biru berubah hitam begitu juga dengan rambutnya yang dilindung baju hudnya. Dia tersenyum sinis.

"Sebelum itu..... Aku nak tanya..... Kenapa kau masih mahu lindungi manusia yang tamak dan tidak bersyukur ini?" Soalnya bersama senyuman sinis yang tidak luntur.

"Apa maksud kau?" Soal Leon balik dengan nada dingin. "Mereka dah pulaukan kau..... Mereka hampir bunuh kau...... Mereka bunuh kawan kau di depan mata kau sendiri...... Semua itu.... Kau tak ambil kisah? Kenapa mesti lindungi mereka?"

Hasutnya, Leon tersentak. Iris matanya mengigil saat memorinya terimbas, saat dia hampir mati dibunuh, Razor, kawan rapatnya dibunuh di depan matanya. Leon memejam rapat matanya lalu menggeleng kepalanya, "kau.... jangan.... cuba..... hasut.... aku..... tak... guna..."

Ujarnya dengan suara perlahan. Suasana menjadi tegang. Dia tersenyum sinis memandangnya, dia tahu Leon masih menyimpan dendam cuma dia menyembunyikan dendam itu dan dibiarkan terkubur. "Kau...... Tak nak balas dendam? Peluang terbuka dengan luas sekarang..."

Bisiknya di telinga Leon yang masih memejam mata, penumbuknya dikepal sehingga berdarah. Dadanya turun naik menahan marah dan nafsu membunuhnya tiba-tiba muncul, loket crystal miliknya mula berubah warna hitam.

Knightmare yang perasan warna crystal itu berubah mula tersenyum sinis. Kyle mula berasa tidak sedap hati melihat keadaan itu, 'semua dengar sini. Aku ada rancangan, kita kena cepat, aku rasa tak sedap hati.' Kata Kyle menggunakan telapati kepada mereka semua, lantas mereka semua terus berkumpul.

Mereka juga berasa tidak sedap hati melihat perubahan suasana yang mendadak. Demon dan askar kegelapan semuanya kaku seolah seseorang mengawal ia. Pengikutnya juga sudah menghilangkan diri, entah ke mana.

Tiba-tiba di tangan Kyle muncul seutas gelang yang mempunyai crystal yang sama seperti mereka. Mereka terkejut apabila crystal yang berwarna biru mula berubah hitam perlahan-lahan. "Ini adalah petunjuk tak baik." Gumam Kyle lalu mendongak melihat Leon dan Knightmare yang masih di dalam posisi yang sama. Begitu juga dengan yang lain.

"Baiklah kita tak ada masa lagi! Jadi ini rancangannya." Mereka mula membentuk bulatan dan berbincang dengan serius.

"Untuk pengetahuan kau..... Kawan kau Razor.... Masih hidup..." Bisiknya membuatkan Leon membuka matanya dan mulutnya sedikit menganga, bersama gigilan badannya mendengar kata-katanya.

"Bohong!" Leon ingin menumbuknya namun dia pantas menghilangkan diri dan muncul di belakangnya, dia perasan dan cuba menumbuk Knightmare yang berada di belakangnya tetapi sekali lagi dia menghilang.

Dia muncul dihadapannya kembali bersama senyuman sinis. "Aku tak bohong Ryuuraki Zenyoshi anak kepada Akatsu Zenyoshi Okuzami dan bapa saudara kepada salah seorang anak buah aku Rinryuu Yoshiko Okuzami."

Leon tergamam, "kau! Cough!" Dia menekup mulutnya, badannya mengigil menahan sakit dan marah pada masa yang sama. Darahnya semakin banyak keluar, dia jatuh melutut. "Nampaknya.... 'Sumpahan' itu sudah melarat, apa kata.... Kau ikut aku dan aku akan jamin kau dapat hidup lebih lama."

Ujarnya seolah ingin membuat perjanjian dengannya, sebelah tangannya di hulur kepada Leon yang menunduk itu. "Ma-macam.... ma....na.... ha.... ha... ha.... k-kau.... bo- boleh.... tahu..... na...ma.... se-sebe-.... ha.... ha.. ha... se...be...nar.... a-aku...?" Soal Leon dalam keadaan termengah-mengah, badannya mengigil-gigil.

Bukan kerana ketakutan tetapi menahan dirinya daripada membunuh, nafsu membunuhnya membuak-buak datang. Dia tidak menafikan walaupun dia lakukan banyak kebaikan sekali pun dia tidak terelak untuk membunuh. Knightmare tersenyum sinis, dia tahu remaja di hadapannya hanya tunggu masa berpaling tadah.

"Aku tahu semuanya, sumpahan itu, semuanya kerana dia tidak percaya akan larangan dunia yang dari dahulu di tegah. Sekarang..... Mesti nafsu membunuh kau dah mula datang kan?" Bisiknya dengan nada sinis, Leon mengetap gigi. "Dan...... Tentu sekali aku hampir lupakan kau. Dark Ryuzaki Zenyoshi."

Katanya tenang, sekali lagi dia tergamam mendengarnya. Dark mengetap gigi lalu mengambil alih tubuh Leon, dia terus berdiri dan merenung Knightmare dengan tajam.

"Siapa kau sebenarnya? Semua benda pasal aku- dan Leon kau tahu. Kau tahu nama penuh ayah aku, kemudian bapa saudara aku, kau tahu nama sebenar Leon dan aku. Who the hell are you?" Sekali lagi senyuman sinis diukir, dia tahu remaja di hadapannya kini bukan Leon lagi tetapi Dark.

Dark merenungnya dengan dingin. "Who the hell am I? Like all of you know, I'm the king of the darkness. And I'm sure is a demon now." Jawabnya selamba dengan muka joker face, "yeah like hell I want to know you!"

Dark mengeluarkan scythe miliknya dan ingin melibas ke arah Knightmare tetapi dia sempat mengelak. Knightmare sekadar mengelak tanpa menahan mahupun menyerang balas, Dark mengetap gigi penuh amarah. Tidak lama kemudian Dark jatuh melutut, sekali lagi dia termuntah darah.

Knightmare tersenyum sinis, "tch....!" Dia mendesah sebelum Leon mengambil alih tubuhnya semula. "Ggraagh.....!!" Leon menggenggam erat bahunya, simbolnya sekali lagi menghilang. Kini simbol di bahunya hanya kelihatan bulan sabit.

"Keputusan di tangan kau Ryuuraki, aku tahu kau masih menyimpan dendam dan hakikatnya kau tak mahu menolong manusia-manusia ini kan? Mari sertai aku Ryuuraki, aku akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik berbanding kau ada sekarang."

Ujar Knightmare tidak berputus asa, Leon menundukkan wajahnya. 'Memang betul, aku memang bencikan mereka..... Tapi.... apa yang aku perlu lakukan...?' Leon menggenggam buku limanya, terimbas kembali di mana dia hilang kawalan dan membunuh orang di sekelilingnya. "Aku tahu kau mahu keluarga bukan? Aku boleh tunaikan permintaan kau."

Kata Knightmare tawar menawar sambil menghulurkan sebelah tangannya ke arah Leon. Leon yang tadi nya menunduk perlahan-lahan mengangkat mukanya dan memandang lama huluran tersebut. Tangannya teragak-agak untuk mencapai, jauh di sudut hatinya, dia juga tidak mahu membunuh.

Knightmare mula tersenyum jahat apabila melihat Leon kelihatan teragak-agak untuk mencapai huluran nya. Leon merenung huluran nya dengan lama, dia menggenggam erat penumbuknya. Dia mengetap giginya kerana dia perlu membuat keputusan.

[Bersambung....]

Adakah Leon mengambil keputusan untuk menerima tawarannya atau menolak nya?

Apakah Kyle dan rakannya merancang?
Dapatkah mereka menghampuskan raja kegelapan itu?

Semuanya terjawab di dalam episode akan datang. Episode 15 The War (iii) [The End]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience