Episode 14: It's Begin

Fantasy Completed 3818

Pada pagi itu seperti yang sudah dimaklumkan mereka akan pulang, Leon menyentuh pokok-pokok itu kerana berasa berat hati mahu tinggalkan hutan itu dan pulang ke akademi.

'Leon, pergi saja lah.'
'Ya betul tu. Kami tak akan apa-apa.'
'Jaga diri itu pesan kami.'

Suara-suara tumbuhan bergema di gegendang telinganya begitu juga dengan Flora, dia memandang ke arah Leon dia tidak sangka Leon boleh dengar suara tumbuhan-tumbuhan di sini.

Dia mengeluh kecil. Tiba-tiba pandangan mata Leon berubah tajam matanya meliar ke seluruh sudut hutan ini.

Leon POV

Ah, sudahlah! Jangan cakap dia pasang dimensi kurungan. Tak guna apa lagi yang dia cuba rancangkan? Ini tak boleh jadi aku kena bincang dengan yang lain.

'Kyle, Key ke sini kejap.' Panggil aku guna telapati, kemudian mereka muncul. "Kenapa?" Soal Kyle. "Ikut aku sekejap," kataku dan cari di tempat yang tersorok daripada orang lain. "Kenapa kau nak sampai pergi dalam hutan ini?" Soal Key pula, hari ini baru dapat dengar suara dia.

Setelah dirasakan cukup jauh, aku berhenti dan menghadap mereka sambil berpeluk tubuh. "Kita semua terperangkap dalam dimensi," kataku tanpa selindung. Membuntang mata mereka mendengar kata-kata aku.

"Maksud kau?" Soal Kyle lagi sambil menggeleng kepala. "Aku pun tak tahu kenapa tapi.... Kau patut dapat rasa aura gelap itu. Dari hari pertarungan aku dengan Zack aku perasan aura itu sebab itu aku hampir kalah dengan dia." Terangku pada mereka.

"Apa? Aura gelap?" Soal Key pula, baiklah nampaknya tak ada sesiapa kecuali aku saja yang tahu kehadiran dia. Aku menghela nafas panjang.

"Okay, senang cerita macam ini. Korang masing-masingkan sudah tahu kuasa ini dari guardian?" Kataku sekilas mereka mengangguk tanda betul.

"Jadi orang yang menjalankan organisasi gelap tentu sahaja mahu menghampuskan kita kerana akan menghalang misi mereka." Jelasku pada mereka, "maksud kau......"

"Ada musuh dalam selimut?" Soal Key dan Kyle serentak, aku mengangguk tanda ya.

'Hei Leon....' Panggil Dark tiba-tiba, 'apa?' Soalku balik jarang dia nak berbual-bual dengan aku. 'Aku rasa tak sedap hati lah dalam hal ini,' katanya padaku. Aku hanya mendiamkan diri tidak membalas kerana aku turut berasa benda yang sama.

- - -

Malam itu semua sudah kecoh kerana tidak dapat pulang ke akademi, Cikgu Arata dan Cikgu Alisa pula terpaksa tenangkan mereka semua. Aku hanya bersandar di badan Shadow tak ada guna pun.

Dia terlalu bijak dan kuasa dimensi dia sangat kukuh sehingga aku tak dapat hancurkan dimensi ini. "Apa nak buat sekarang? Kita tak dapat nak keluar dari sini." Kata Shadow padaku, aku hanya mengangkat bahu. "Yang pasti dia mahu bunuh aku dan yang lain," ujarku seraya berdiri.

"Dia ini..... Memang tak reti putus asa ke?" Cantas Shadow, aku menggeleng kepala. "Selagi dia tak dapatkan aku, selagi itu dia tak akan putus asa." Aku memperlahankan suara kerana tidak mahu orang lain dengar.

Tiba-tiba cikgu dan rakan sekelas yang lain jatuh pengsan, semuanya secara tiba-tiba. Kecuali aku, Moon, Kyle, Reiz, Key, Zen, Rei, Flora dan Akane serta pegasus dan unicorn mereka. Mereka semua tergamam. Rei yang berada berdekatan dengan kami tiba-tiba tersenyum sinis dan berundur ke belakang.

Jangan cakap yang...... Orangnya adalah dia? Aku mengetap gigi dan merenungnya dengan tajam. "Kau?!" Yang lain pula terkejut apabila aku tiba-tiba menjerkah dia. Namun dia hanya membalas dengan gelakkan sinis, "haih...... Punya lah lama kau baru perasan? Hah, demon?"

Katanya dengan muka tanpa perasaan, aku mengetap gigi dengan kuat apabila dia memanggil aku demon. Yang lain pula sudah terpinga-pinga kecuali Kyle dan Key yang mula faham dengan situasi sekarang. Tapi mereka juga merenung aku apabila dia memanggil aku demon tadi.

"Demon?" Soal Zen, aku merenung dia seolah ingin menelan dia hidup-hidup. "Jangan kau berani cakap apa-apa tak guna!" Jeritku gigi taring yang kecil mula kelihatan. Moon pantas mendekati aku. "Leon!" Aku menjeling ke arahnya dari riak air mukanya sahaja aku tahu dia risau.

Sekali lagi kata-kataku dibalas dengan gelaknya yang sinis, "hahaha! Kau tak dapat nak lari lagi Leon!" Dia tersenyum sinis, "...... Dan tentu sekali kau Dark." Sambungnya.

Tiba-tiba muncul satu portal dan keluar seorang lelaki yang berkerudung hitam, lelaki yang dari dulu aku musuhi. Kini berada di hadapan aku bersama senyuman sinis, yang lain sudah mengeluarkan senjata masing-masing.

"Yoshiko!" Kataku sambil mengetap gigi menahan marah dan geram.

"Heh! So? How are you and also you Dark," katanya jelas menyindir. "What do you want?!" Bentak aku, dia hanya tayang muka joker face yang sememangnya mintak penumbuk.

Aku menggenggam penumbuk dengan kuat, "you know what I want isn't?" Soalnya balik. 'These filthy creature.....' Dark mula hilang sabar lalu ambil alih tubuh aku.

Dark POV

Aku membuka mata dan mataku berubah merah dan rambut aku berubah hitam tanda aku ambil alih tubuh Leon, aku merenung dia dengan tajam sambil mengeluarkan aura negatif aku. Mereka semua terus memandang ke arah aku tapi aku tidak endahkan!

Aku betul-betul dah hilang sabar dengan lelaki tak guna ini! Dia tersengih.

"Finally, how are you doing Dark?"

"Shut the hack up! I will kill you for sure!" Pedang kegelapan aku munculkan dan aku terus serang dia. Dia mengelak dengan tenang tidak menepis mahupun menyerang balas membuatkan darah aku menirap.

"Kalau kemarahan kau menguasai, kau serang guna kuasa ultimate sekali pun tak akan menang." Katanya dengan tenang, dia munculkan kapak dan dengan sekali hayun aku tercampak ke pokok.

Aaarggh..... Tak guna dia saja je nak biarkan aku rasa sakit! Aku memegang kepala yang terasa berat dan pening akibat terkena hentakan dan jeritan pokok itu sekali gus. Pedang aku lenyap, yang lain pula mula menyerang dia dan Rei. Shadow mendekati aku namun dia mendengus mungkin kerana aura aku yang berbeza dengan Leon.

"Siapa kau? Apa kau dah buat dengan Leon?" Soalnya was-was, urggh..... tolonglah sekarang bukannya masa nak bersoal jawab. Kepala aku betul-betul sakit. Dalam sekelip mata mereka semua sudah tumpas, namun dia tidak cederakan mereka dengan teruk. Apa yang dia cuba rancangkan?

"Tengoklah betapa lemahnya kau dari dulu sehingga sekarang kau tak berubah, malah kau lebih lemah dari dulu." Ejek nya dengan sinis sebelum hilang bersama Rei. Aku mengetap gigi dan mengigil menahan marah, aku tumbuk tanah dengan kuat sehingga merekah melepaskan geram.

Nafas aku turun naik menahan amarah, mataku yang merah semakin merah seperti darah kerana berasa marah yang amat. Mereka cuba menegur aku walaupun nampak teragak-agak.

"Siapa kau?! Bukankah kau?" Soal Moon sambil mengecil kan matanya, "aku bukan Leon! Aku Dark." Jawabku mereka semua terkejut dan mula was-was dengan aku. "Apa kau dah buat dengan dia?!" Soal Akane pula, aku mengetap gigi.

"Berhenti layan aku seperti musuh! Dia tak apa-apa lah!" Jawabku dengan marah sudahlah amarah tadi belum reda, mereka sudah buat keputusan melulu.

"Kau..... Kau yang 7 tahun lepas bukan?" Soal Moon dengan suara mendatar, "huh?"

"Kau yang buat bandar Quastaria musnah kan?!" Bentak Moon, aku tergamam apatah lagi Leon. Dia mula mengalirkan air mata dan membuatkan aku rasa geram dia ungkit kisah lama.

"Mereka tu dah melampau!!"

"Kau lagi melampau hancurkan bandar itu!!"

"Sebab mereka bunuh Razor depan mata aku!!!"

"Kenapa kau masih nak ingat dia lagi?!!"

"Sebab aku dan Leon sudah anggap dia adik sendiri!!!!"

Jerkah aku, kali ini air mata aku pula gugur. Sekejam-kejam aku, aku masih ada perasaan dan aku benci melihat Leon sedih. Yang lain hanya terdiam sahaja melihat pergaduhan aku dan Moon. "Kau tahu tak Leon tengah sedih sekarang ini? Kenapa kau nak ungkit memori itu?" Kataku dengan nada sebak.

Aku menutup mata dan Leon mengambil badannya semula, mata dan rambutnya kembali ke warna asal. Dia mula berundur menjauhi mereka, air matanya semakin deras mengalir. "Leave me alone." Katanya dengan dingin sebelum menghilang dibawa angin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience