Episode 10: Nightmare Dream

Fantasy Completed 3818

Kyle's POV

Nampaknya aku dah jumpa lagi dua orang pengguna, sekarang misi pertama aku sudah selesai. Tapi, apa yang Key ceritakan tentang mimpinya buat aku rasa tak sedap hati.

Leon pun lepas dari tu terus diamkan diri, apa rahsia yang dia simpan sebenarnya? Urggh.... kepala aku sudah runsing tapi yang penting sekarang adalah aku kena cari jalan dan masa untuk berkumpul. Orang lain tak patut tahu rahsia ini.

Moon dan Reiz masih berbual-bual di atas katil, Leon dan Key sudah tidur. Puas aku pujuk barulah dia nak masuk bilik tidur, tengok pun dah tahu tak cukup tidur.

"Hei korang sudah-sudahlah tu berbual esok nak bangun awal." Kata aku mengingatkan mereka, "yalah yalah!" Balas Moon dengan nada tak puas hati? Nanti esok susah bangun baru tahu. Apabila melihat mereka semua sudah nyenyak tidur aku merebahkan badan dan melelapkan mata.

'Kyle, aku rasa tak sedap hatilah.'

'....' Aku mendiamkan diri sebelum jawab. 'Aku tahu tapi kita kena was-was dengan benda di sekeliling kita.' Balas aku. Dia mengeluh. 'Aku harap macam tulah,' ujarnya menghilangkan rasa tidak sedap hati.

'Light kita hanya perlu berjaga-jaga sahaja nanti. Apa-apa pun boleh berlaku,' kataku ingin menenangkan dia. 'Sudahlah kau tidur lah karang tak cukup tidur pulak. Bye!' Katanya sebelum suaranya hilang. Aku terus tidur kerana berasa ngantuk yang amat, aku cuma berharap esok baik-baik sahaja. Sejujurnya lepas apa yang Key ceritakan tadi buat aku rasa tidak selesa.

End POV

- - -

Esok pagi kelas 1 Elite sudah berkumpul di luar akademi mengikut kumpulan yang telah di atur semalam. Mereka berbual-bual ringan sambil menunggu bas yang akan di naiki mereka.

Mereka diiringi dua orang guru iaitu Cikgu Arata dan Cikgu Alisa. Walaupun baru kenal tetapi mereka mudah mesra menyebabkan tiada masalah untuk berbincang.

Key dan Leon sedari tadi hanya mendiamkan diri, Key bermimpi benda yang sama menyebabkan dia rasa tidak selesa. Leon hanya membatu sesekali dia menarik hudnya sehingga menutup mukanya. Kyle sedar tetapi tidak dapat buat apa-apa.

Setelah bas yang ditunggu tiba mereka naik bas mengikut kumpulan yang telah di tetapkan. Perjalanan selama satu jam berjalan dengan lancar, dan semua turun dari bas sebaik sahaja bas berhenti.

"Wah...... Segarnya udara di sini."

"Yalah, hutan ini tak tercemar langsung."

"Aku harap dapat tinggal di sini."

Leon hanya memandang mereka dengan pandangan kosong. 'Sudah tentu tidak tercemar, aku yang jaga hutan ini.' Bisik hatinya.

Dia menghela nafas lega, jauh di sudut hatinya dia lega kerana dia kembali ke rumahnya. Moon turut tersenyum kerana dia ternampak kelibat haiwan lain di sebalik semak.

'Tak sabar rasanya nak main dengan diorang," kata hati Moon.

Cikgu Alisa menepuk tangannya ingin perhatian, semua berkumpul mendekati Cikgu Alisa dan Cikgu Arata.

"Dengar sini kita akan tinggal di sini selama tiga minggu, jadi selama di sini jangan pandai-pandai nak buat benda yang bukan-bukan ya." Kata Cikgu Arata memberi amaran, semua mengangguk faham. Di dalam hati masing-masing sudah melonjak gembira kerana tinggal di situ tiga minggu.

Masing-masing mula berpecah dan buat hal sendiri, ada yang buat khemah. Ada yang cari kayu api, dan buah-buahan yang boleh di makan. Sepanjang mereka buat kerja, Leon memerhatikan gerak geri mereka. Walaupun rakan sekelas tapi dia tetap tidak percaya dengan orang lain.

Dia tidak mahu hutan itu musnah, dan dia beri rakannya yang mencari buah sebahagian sahaja. Baginya hutan ini adalah hutan yang istimewa kerana telah dia membesar dengan flora dan fauna.

- - -

Malam itu, masing-masing sudah berada di dalam khemah. Reiz, Kyle, Leon, Key, Moon, Zen dan Rei tidur satu khemah yang sama. Flora dan Akane tidur di khemah lain memandangkan mereka berdua perempuan.

Malam semakin larut ramai yang sudah lena di ulit mimpi, begitu juga dengan mereka. Namun di dalam kalangan mereka seseorang kembali bangkit dan melihat rakannya yang sudah lena.

"Hahaha!! Lenanya kau tidur, tapi tak apa. Kau tidur lah selena-lenanya kerana suatu hari nanti mimpi ngeri kau akan bermula. Hahaha!!"

Seakan dengar apa yang dikatakan nya, Leon bangun secara mengejut dia melihat rakan-rakannya semua sudah nyenyak tidur. Leon menekup mukanya kerana suara itu betul-betul jelas di pendengaran nya. Dia kembali baring dan cuba melupakan suara itu. Dia tidur kembali walaupun tidur nya tidak lena.

Key sekejap-sekejap berpusing ke kiri, kemudian ke kanan. Badannya berpeluh-peluh dan mengigil, seakan bermimpi ngeri.

- - -
Key's POV
(Di Dalam Mimpi)

Aku berlari sekuat hati melarikan diri daripada seseorang yang mengejar aku. Bulan mengambang penuh menjadi lampu suluh sepanjang jalan.

Tetapi larian aku terhenti apabila seseorang yang berkerudung hitam berada di depan aku beberapa meter. Nafas aku tercungap-cungap akibat lari tanpa henti.

Aku dapat rasakan dia bukan orang yang baik kerana dia asyik menundukkan kepalanya membuatkan aku tidak nampak wajahnya, bersama aura gelap yang kuat.

Tiba-tiba seseorang atau sesuatu yang mengejar aku dari tadi terbang dan berdiri di sebelah lelaki itu. Aku tak dapat lari kan diri lagi, namun dengan cahaya dari bulan aku tergamam. Kerana benda yang mengejar aku itu.... Seseorang yang aku kenal..... Dia...... Leon!

Lidah aku kelu, tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Aku perasan matanya yang biru itu berubah hitam, di belakang badannya tumbuh sayap hitam bersama tanduk di kepala. Dan.....

Apa yang datuk dan nenek katakan, tentang simbol di bahu kirinya aku nampak dengan jelas. Apa? Leon? Dia ke orang yang aku cari selama ini? Sekali lagi aku tergamam. Orang yang berkerudung hitam itu mula mengangkat mukanya dan menampakkan mukanya.

Dia tampak pucat tetapi wajahnya hampir seiras dengan Leon! Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi, tapi fikiran aku berkata dia yang mengawal Leon sekarang! Kerana dia nampak kosong tetapi aku yakin di dalam matanya aku dapat melihat dia sedang melawan sesuatu yang aku tidak nampak.

"Bunuh dia." Arah lelaki berkerudung hitam itu, Leon mendekati aku bersama pedangnya yang mempunyai kuasa gelap yang teramat kuat. Aku berundur ingin melarikan diri pada masa yang sama aku cuba sedarkan dia walaupun aku tahu perbuatan itu hanya sia-sia sahaja.

"Leon ini aku Key! Tak akan kau dah lupa kawan sendiri? Tolonglah lawan dia!" Kata aku sambil berundur kerana risau dia akan melibas pedangnya ke arah aku.

Dia seolah dengar suara aku dan aku nampak tangannya mengigil memegang pedang itu, dia seolah melawan dengan dirinya sendiri. Tetapi lelaki berkerudung hitam itu seakan menguatkan sihir gelapnya pada Leon.

"BUNUH dia!" Kali ini suaranya berubah keras dan garau, dan kali ini juga Leon tidak mendengar kata-kata aku lagi. Aku ingin melarikan diri tetapi kaki aku di ikat dengan kuat. Cis! Tak guna! Kenapa mesti sekarang? Aku mula cemas.

Sayup-sayup aku dapat mendengar suara lelaki berkerudung hitam itu lagi.

"Hahaha!! Seperti yang aku ramalkan, pewaris Zenyoshi kau akan jadi patung aku. Hahaha!!!"

Mata aku membuntang saat mendengar kata-katanya, Zenyoshi? Pada masa yang sama Leon sudah mengangkat pedangnya tinggi sebelum membunuh aku tanpa belas kasihan lagi.

- - -
(Dunia Nyata)

"Aaarggh!!" Aku terus bangun dari tidur yang lena, nafas aku tercungap-cungap. Apa maksud semua ini? Mimpi itu seolah nyata, kerana perut aku berasa bisa seperti ditikam pedang.

Apabila aku menjerit tadi automatik rakan aku yang lain turut terjaga, semua kecuali Leon dan Moon melihat aku dengan pandangan tidak puas hati. "Key kau dah kenapa jerit-jerit malam buta macam ini?" Soal Reiz dengan suara yang masih dalam mamai.

"Entahnya tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja menjerit." Tambah Zen sambil menggosok matanya yang terasa kelat. Aku mengeluh berat. Kepala dipicit mimpi itu benar-benar ngeri dan terasa ia nyata.

"Aku mimpi ngeri lagi lah," kata aku jawab semua persoalan dan rungutan mereka. "Mimpi apa?" Soal Kyle pula sambil berpeluk tubuh.

Sekali lagi aku mengeluh berat, "mimpi..... yang aku ceritakan sebelum ini..." kata aku dengan nada perlahan namun masih dapat didengari semua. Aku menjeling ke arah Leon, aku dapat merasakan dia sedang marah akan seseorang?

Dari matanya sahaja aku sudah tahu dia marah walaupun mukanya tidak menunjukkan sebarang riak. Di dalam fikiran aku betul ke di bahu kirinya ada simbol itu? Dan seperkara lagi lelaki berkerudung hitam itu kata pewaris Zenyoshi?

Aku pernah terbaca tentang buku itu, buku itu agak berhabuk dan usang. Aku jumpa ia di dalam perpustakaan dan dalam diam aku membawa buku itu pulang ke bilik. Tunggu! Aku ada bawa buku itu!

Aku perasan Leon sedang merenung aku membuatkan aku rasa tidak sedap hati. "Mimpi saja, tak payah di fikirkan sangat. Mainan mimpi memang suka mainkan orang, sudahlah pergi tidur sana."

Katanya dan nadanya agak dingin membuatkan aku tersentak. Walaupun selama ini dia selalu bernada dingin tetapi sekarang lain, bunyinya seperti dia menahan marah. Aku tertanya-tanya siapa sebenarnya Leon? Dan dia nampak banyak rahsia tersimpan rapi. Aku tak rasa Moon juga sedar akan hal ini.

Dia baring kembali sebelum dia menyelubungi badannya dengan selimut, dia berkata dengan aku atau lebih kepada amaran?

"Kelak kau akan dapat bahaya, dan masa itu jangan salahkan aku."

Apa maksud dia? Aku kaku di tempat aku, yang lain sudah kembali lena. Aku menekup muka, apa maksud semua ini? Aku mencari beg aku dan mencari buku itu, nasib aku baik aku bawa buku itu bersama. Aku membaca buku itu dengan tekun. Dan maklumat yang aku dapat di dalam buku itu buatkan aku rasa tidak senang duduk bersama jantung yang berdegup kencang. Ia kata......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience