Episode 3: Dragon World

Fantasy Completed 3818

Pagi yang cerah ditemani bunyi unggas-unggas yang mencari makanan, dua orang pemuda dan seorang gadis memburu haiwan seperti biasa. Si gadis elf memanah beberapa ekor arnab dari atas pokok. Dia tersenyum puas dengan hasil buruan nya.

Salah seorang pemuda itu berubah menjadi serigala dan menerkam beberapa ekor rusa dan unta. Seorang lagi pemuda memburu mereka menggunakan pedangnya.

Setelah puas si gadis elf mendekati pemuda itu. "Hey, Raz aku rasa ini sudah cukup." Panggil gadis itu, dia mengangguk setuju. "Kau panggil lah Zane tu, faham-faham sahaja lah dengan dia." Balas Raz seraya menyimpan pedangnya kembali, si gadis elf itu tersengih.

"Aye! Aye! Captain!" Balas Cattlyne dan menghilang di balik pokok-pokok itu. Raz hanya ketawa kecil, tentu sahaja gadis itu mahu kenakan kawannya yang seorang itu. Tiba-tiba seekor serigala menyerang nya dari belakang, dia sedar dan terus sahaja melompat beberapa meter ke belakang.

Serigala itu mengeram padanya dengan garang, bulunya putih dan mulut serta badannya dilumuri darah. Dia mendecih, dan mengeluarkan pedangnya kembali. Serigala itu terus meluru ke arahnya dengan kukunya yang tajam, Raz menepis serangannya menggunakan pedang.

KKKRRRIIIIIIGGGG!!!

Bunyi yang nyaring terhasil, dia melompat beberapa meter ke belakang. Dan membuat serangan menyusul. "Sword Art Style; Wind Slash."

Tiba-tiba dia terjatuh melutut, serangannya serta merta lenyap. Dia menggenggam kepalanya menahan sakit, memorinya sekali lagi kembali. Dia bersama seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya, bersamanya adalah seekor serigala yang juga berwarna putih.

Namun semuanya kabur, dia tidak dapat melihat mereka dengan jelas. "RAZ!!" Dia tidak dapat mendengar suara mereka dengan jelas, semuanya sayup-sayup sahaja.

Zane yang masih dalam bentuk serigalanya terus menyerang serigala itu, Cattlyne sudah bersiap sedia dengan anak panahnya. Mujur mereka sempat tiba di situ dengan cepat kalau tidak sudah tentu dia akan cedera. Zane mencakar dan mengigit serigala itu dengan ganas.

Ia meronta-ronta dan membalas gigitan Zane sehingga gigi taringnya terbenam ke dalam badannya. "Grr....!!!" Zane berderam kasar dan terus mengigit tengkungnya lalu mematahkan kepalanya. Serigala itu terus mati, dan Zane terus berubah menjadi manusia kembali.

Dia memegang lengannya yang terasa pedih akibat gigitan serigala itu, dia terus bangun dan mendekati Raz. Cattlyne turut berada di sebelahnya, nafasnya termengah-mengah. Beberapa minit kemudian barulah dia mula bernafas dengan teratur. Badannya tiba-tiba terasa lemah dan lesu.

"Memori itu. Ia datang sekali lagi?" Soal Zane, dan dia hanya mampu menjawab dengan anggukan kepala. Cattlyne menoleh ke arah Zane, "kau cedera nak aku rawat kau dulu?" Soalannya disambut dengan gelengan Zane. "Sikit je ini. Bukan apa-apa pun, kalau nak dibandingkan dengan....benda itu...." suaranya berubah mendatar di hujung ayat. Dia hanya mampu mengeluh dan memapah Raz pulang.

Di suatu sudut, seseorang memerhatikan mereka dengan tajam pada masa yang sama mengukir senyuman sinis. "Oh~ Dekat sini rupanya kau ye? Hilang memori? Hmm.... Menarik~" Katanya sebelum hilang ditelan bayang.

- - - -

Pada masa yang sama Leon dan yang lain dalam perjalanan ke Dragon World, seakan terasa sesuatu dia memberhentikan langkahnya. Mereka tidak perasan Leon sudah ketinggalan di belakang.

Dia melihat sekeliling hutan itu, "Razor?" Suaranya perlahan sahaja sehingga mereka tidak mendengar suaranya. Dia menundukkan kepalanya, 'mustahil. Dia.... dah mati....' Bisik hatinya sebelum mengikut mereka yang sudah jauh ke hadapan.

Setelah beberapa jam, mereka tiba di sebuah gua, mereka berpandangan. "Dekat sini ke?" Soal Key, dan Leon hanya menjawab dengan anggukan kepala. Dia mara ke hadapan dahulu sehingga tiba di jalan mati, mereka hanya mengikut tanpa banyak tanya.

Sekali lagi mereka berpandangan, "dekat sini ke? Tapi ini dah sampai jalan mati," kata Akane sambil melihat keliling gua yang gelap gelita itu. Persoalannya hanya dibiarkan tidak bersambut, Leon memejam mata dan menyentuh gua itu dengan kedua-dua belah tangannya.

"Abre el portal al mundo del dragón. (Buka pintu dimensi ke dunia naga)"

Tangannya mengeluarkan aura hijau dan biru kemudian muncul satu portal di hadapannya, dia menghela nafas dan membuka matanya. Tanpa ragu-ragu dia terus melangkah masuk ke dalam portal, yang lain terus berkejar mengikut langkahnya. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam portal, portal itu lenyap.

"Woah!" Itu adalah perkataan yang pertama terbit di mulut masing-masing kecuali Kyle. Di sekeliling mereka banyak naga yang berbeza rupa serta saiz. Tidak jauh dari situ terdapat sebatang sungai dan tasik. Suasana dingin mula menghambat diri masing-masing kecuali Leon.

Tiba-tiba muncul seekor naga yang berbadan crystal biru dan hijau terbang ke arah Leon, dia berdiri di hadapannya. Leon hanya mengukir senyuman tenang dan mengusap kepala naga itu dengan lembut. "Long time not to see you Ice." Ujarnya pada naga itu, ia hanya mendengus kasar lalu tubuhnya bercahaya dan berubah menjadi sesusuk manusia.

Kini naga itu berubah menjadi seorang gadis yang berambut biru dan berbaju hijau berada di hadapannya. Ice mengembungkan pipinya sehingga merah, "Leon! Kenapa kau tak jenguk aku? 16 tahun kau tak datang tahu? 16 tahun!!" Jerit Ice seraya memeluk Leon dengan erat.

Dia hanya mampu ketawa janggal sahaja, sambil mengusap rambutnya. "Eh?!" Yang lain kecuali Kyle mula terpinga-pinga melihat keadaan itu, dia hanya mengeluh lalu muncul pula seekor naga yang mempunyai crystal putih di sebelahnya.

Lantas naga itu berubah menjadi seorang manusia seperti Ice, dia hanya berdiri berpeluk tubuh di sebelah Kyle. "Jadi, aku dah boleh keluarlah ini? It was a relieve~" Kyle menjeling ke arahnya.

"Woi! Ada aku suruh kau keluar ke?!" Kyle menumbuk kepalanya, "aduh!" Dia mengusap kepalanya yang di tumbuk tadi. Urat di dahinya mula timbul, "apa masalah kau ha?! Nak kena ke?!"

Akhirnya mereka berdua mula bergaduh dan bertumbuk-tumbuk, "meh?" Yang lain pula blur sahaja melihat apa yang berlaku. Tanpa Flora sedar dia mula berasa cemburu melihat Ice dan Leon berpelukkan dan bermesra. Akane yang perasan melihat muka Flora yang berkerut dahi melihat Ice dan Leon mula tersenyum nakal.

'A bird love ha?' Timbul idea nakal di benak fikirannya.

- - -

Malam itu mereka tidur di dalam istana yang diperbuat daripada ais, mujur sahaja di dalam istana itu mempunyai api, kalau tidak tentu sahaja mereka mati kesejukan. Key berada di dalam biliknya, dia menghembus nafas berat lalu baring di atas katil nya. Yang lain merantau di dalam istana itu.

Dia merenung siling yang diperbuat daripada ais itu. "Nampaknya, hubungan Leon dan Moon semakin renggang. Lepas daripada hari itu, diorang langsung tak bertegur sapa atau ambil peduli lagi. Mereka buat kerja masing-masing."

Kata Key seorang diri apabila teringat pada mereka. "Sigh! Itu salah dia juga, walaupun aku tak tahu apa-apa. Kena sampuk ke apa entah Moon itu hari itu sampai sanggup putuskan hubungan mereka." Keluh Key lagi.

Pada masa yang sama Moon yang sedang minum air bersama Knight tersedak, "huh? Kau dah kenapa tiba-tiba tersedak?" Soalnya hairan, Moon mengesat mulutnya. "Entahlah, yang pasti mesti ada yang tengah mengutuk aku sekarang ini." Balasnya bersama kerutan di dahi.

Knight menggeleng kepalanya, "ada-ada je lah kau ini."

- - -

Di luar istana Leon dan Ice berjalan-jalan di sekitar taman. Bunga-bunga juga tumbuhan di dunia itu agak unik, kebanyakkan bunga-bunga di situ mempunyai kelopak bunga berwarna hijau serta merah. Di tengah bunga itu mempunyai batu crystal, lebih unik ia dapat tumbuh dengan subur walaupun dikelilingi ais.

Leon dan Ice berdiri di hadapan tasik sambil merenung bulan yang mengambang penuh, ditambah dengan warna langit yang berwarna unggu serta kerlipan bintang membuatkan suasana sungguh indah.

Leon mengeluh kecil namun Ice tidak perasan keluhannya, perlahan-lahan dia mengukir senyuman dan memandang ke arah Ice. "Hey, tengoklah ini dah 16 tahun tapi tinggi kau tetap sama." Ice mengembungkan pipinya sehingga merah sambil merenung Leon.

"Leon! Aku dah tinggi lah! Siapa cakap aku pendek?" Protesnya sambil menjongket kakinya sehingga separas dadanya. Leon tergelak seraya menolak kepalanya ke bawah, "tu. Pendek lah itu, haha.." Balas Leon sambil ketawa melihat ketinggian Ice yang separas pinggangnya.

"Jahat! Tak nak kawan!" Rajuk Ice sambil menumbuk lengan Leon lalu memeluk tubuh dan memalingkan wajahnya ke arah lain. "Alah.... Gurau sikit pun tak boleh ke...?" Ice hanya mengendahkan kata-katanya sambil memejam mata.

Leon mula tersenyum nakal melihat Ice tidak melayannya, dia gunakan kuasa ais nya lalu muncul seekor kucing yang berwarna putih kebiruan. Kucing itu menjilat-jilat bulunya yang putih dan kebiruan itu. "Meow~"

Sebaik sahaja terdengar suara kucing itu Ice membuka matanya, "kyaaa!! Macam mana benda ini boleh ada dekat sini?! LEON!!" Jerit Ice sambil memanjat pokok.

"Hahaha!!"

Jeritannya hanya disambut dengan gelak ketawanya, tanpa mereka sedar mereka diperhatikan oleh Flora, Akane serta Reiz. Mereka berpandangan seolah tidak percaya melihat, dia yang sentiasa dingin, tiba-tiba berubah menjadi periang.

"Nampaknya ketakutan kau terhadap kucing masih belum hilang," ujar Leon sebaik sahaja Ice turun daripada pokok itu. Mukanya memerah padam menahan malu, "ma-mana ada! Aku trauma saja lah!" Bidas Ice.

Mereka kembali merenung bulan dan suasana kembali sunyi serta sepi, hanya deruan angin dingin sahaja menguasai malam. Reiz dan dua lagi kawannya sudah pulang ke bilik. "Erggh!!"

Leon menundukkan kepalanya sambil menggenggam bahu sebelah kirinya, "Leon?" Ice mula berasa cemas dan melihat simbol di bahunya bercahaya merah. "Aaarggh!!!" Dia jatuh melutut sambil menggenggam bahunya, matanya terpejam rapat. Rambutnya sekejap berubah hitam kemudian biru.

Ice memejam matanya lantas menggenggam kedua-dua lengan Leon, dia meronta-ronta dan mula ingin menyerang nya. "Sanar la maldición del demonio." Aura hijau menyelubungi nya lantas badannya menjadi lemah dan jatuh melutut, nafasnya tidak teratur. Ice masih memeluk nya dan pelukkannya di eratkan lagi.

"Jangan risau Leon, 'sumpahan' itu tak akan berjaya dapatkan kau. Kau tak keseorangan." Ujarnya sambil memeluk Leon dengan erat, matanya mengecil dan menjadi layu. "Tapi..... Sampai...... Bila......?" Lemah sahaja suaranya.

"Kau tak keseorangan Leon, begitu juga dengan kau.... Dark..." Balasnya membuatkan Dark tergamam buat seketika, dia meminjam tubuh Leon. "Terima kasih... Ice.... Kau satu-satunya orang yang tahu kewujudan aku..... Terima kasih... Ice..." Katanya sebelum matanya terpejam rapat.

Ice tersenyum, "sama-sama Dark.... Aku janji.... Aku janji akan lindungi korang, korang adalah kawan terbaik aku." Ujarnya sambil mengalirkan air mata, dia turut dapat berasa seksa dan sakit yang dialaminya walaupun sudah lama mereka tidak bersua muka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience