Episode 9: Dark Spirit

Fantasy Completed 3818

Mereka terdiam sebaik sahaja habis mendengar penjelasan Leon dan Ice, dia hanya mengeluh sebelum bangun dari baringnya. Gambaran naga gelap dan elemen ais semakin jelas di pandangan Leon.

'Leon, ia..... semakin jelas....' Kata Dark dengan suara risau namun Leon hanya tersenyum. 'Kita tak boleh lari lagi Dark, hanya masa yang menentukan. Sekarang..... Kita hanya perlu hargai masa yang ada.' Balas Leon seolah pasrah apa yang akan berlaku.

'Jadi...... Ini ke sebab, Leon menolak cinta aku?' Soal Flora di dalam hati, 'tapi....' hatinya berasa sebak. Kemudian dia tersentak, dia ternampak cebisan memori Leon.

'Aarghh!! Lepaskan! Lepaskan! Razor!! Moon!!' Jerit Leon yang ketika itu berumur 7 tahun. 'Bunuh mereka! Mereka tidak layak hidup!' Sahut mereka dengan kejam, seorang kanak-kanak yang hampir sebaya dengannya ditikam pedang di bahagian dadanya. Dia termuntah darah lalu jatuh menyembah bumi. 'RAZOOORRR!!!!!' Jerit Leon lalu aura gelap menyelubungi nya sebelum semuanya menjadi gelap.

Tanpa dia sedar, air matanya tumpah. Akane melihatnya, "Flora? Kenapa kau menangis?" Soalnya musykil yang lain turut memandangnya. "Huh?" Dia mengesat matanya, kemudian barulah dia perasan, dia menangis.

"Kau..... Ternampak memori aku kan?" Soal Leon dengan tenang tanpa memandangnya, Flora menunduk memandang tanah. "Maaf." Pintanya, "kenapa? Bukan salah kau pun." Balas Leon sebelum menoleh ke arahnya.

Kemudian suasana kembali menjadi sepi, Reiz mengusap rambutnya dia berasa janggal kerana suasana sunyi menguasai. "Kau kata.... Dark masih hidup bukan? Jadi.... Bolehkah kalau.... Dia keluar dari badan kau?"

Soal Reiz ingin menghilangkan suasana janggal itu, "ya. Dia boleh cuma..."

"Cuma....?" Soal Reiz ingin kenyataannya, "dia.... tak nak ambil risiko. Kau.... Betul-betul nak tengok dia yang sebenar ke?" Soal Leon ingin kepastian, Reiz mengangguk tanda ya. Yang lain juga hanya setuju dengan katanya.

Dia mengambil nafas sebelum menutup matanya. "Macam mana? Diorang nak tengok rupa kau yang sebenar." Ujarnya yang kini berada di hadapan Dark, dia mengeluh seketika. "Okay, tapi sekejap je okay? Aku tak nak perkara yang buruk berlaku nanti." Kata Dark walaupun tidak setuju.

Leon membuka matanya, serentak dengan itu aura gelap keluar dari tubuhnya. Di sebelahnya muncul Dark, apa yang membezakan mereka adalah warna mata dan rambut sahaja. Warna rambutnya hitam manakala iris matanya warna merah. Dia berpeluk tubuh melihat mereka.

Mereka tergamam seketika melihat rupa mereka yang seiras, "jadi.... betullah korang serupa..." kata Reiz. "Kalau kau boleh keluar, kenapa kau nak tinggal dalam badan Leon?" Soal Akane pula.

"Aku tak nak ambil risiko. Kalau aku cedera, Leon juga akan cedera seperti aku." Kata Dark dengan serius.

"Buktinya ini," sambung Dark sambil mengeluarkan sebilah pisau lalu menghiris lengannya sedikit. Dia tahu mereka tidak percaya dan menganggap ia hanya alasan. Lalu Leon juga terluka di tempat yang sama, mereka tersentak melihat luka di lengannya.

Namun dia langsung tiada reaksi berasa sakit akan hirisan itu. "Aku pernah ditikam pedang, setakat luka ini, apalah sangat." Balasnya seolah tahu apa yang ada di dalam benak fikiran mereka. Manakala itu, Flora hanya mendiamkan diri. Dia teringat akan bayangan memori Leon tadi.

'Jadi...... Dialah yang Moon dan Dark gaduhkan tempoh hari? Tunggu kejap...... Bukankah itu.... pekan Quastaria? Pekan yang sememangnya terkenal tetapi sangat kejam?' Kata Flora di dalam hati apabila menyadari pekan itu.

'....... Rasanya pekan itu memang patut di musnahkan! Aku tak akan lupa apa yang mereka lakukan pada keluarga aku!' Ujar Flora penuh amarah apabila teringat akan keluarganya yang dibunuh kejam oleh mereka.

"Flora? Are you okay?" Soal Leon apabila perasan dia hanya mendiamkan diri, "huh? Ah! I'm okay!" Jawabnya gelabah tiba-tiba.

Dark yang berada di sebelahnya tersenyum nakal, Leon yang perasan akan senyuman itu terus mengetuk kepalanya. "That is not what are you thinking idiot brother!" Marah Leon melihat senyuman Dark itu.

"Oh really?~ You grown up quickly~" Ice sudah menutup mulutnya menahan tawa, manakala kawannya yang lain sudah mula menyakat Flora.

"No! We DON'T!!!" Jerit Leon dan Flora serentak. "Tu jawab serentak tu, maknanya korang dah....."

"DON'T THINK LIKE THAT IDIOT!!!" Jerit Leon dan Flora sekali lagi lalu serentak menghentam kepala Knight. Urat di dahi mereka mula timbul bersama muka yang berubah merah padam menahan marah dan malu.

"Hahahaha!!" Mereka menggelakkan mereka yang mula bergaduh. Dark juga tidak terkecuali.

"Dark?" Panggil Key, "huh?" Dia memandang ke arah Key yang menunduk, Dark kemudian tersenyum lalu memeluknya. "Abang?" Ayat itu mula keluar dari mulutnya, Dark hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya.

"Jangan risau, aku dah tahu semuanya. Aku akan jelaskan pada Leon nanti," kata Dark sambil merosakkan rambutnya yang tersisir kemas. "Hei!"

"Hahaha!" Mereka ketawa secara serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience