Episode 7: I Hate My Dark Memory!

Fantasy Completed 3818

Di dalam bilik sedari tadi Leon hanya mendiamkan dirinya, dia teringat aura gelap semasa bertempur dengan Zack tadi. 'Dari mananya ia datang? Kuasa itu.... ia lagi kuat dari kegelapan.'

Leon memeras kepala dan mengeluh, dia baring di atas tilam dan merenung siling. Yang lain keluar pergi meronda kawasan akademi, Moon turut mengikut mereka memandangkan Leon mahu bersendirian.

'Leon, kau tahu apa yang pelik nya tadi?'

"Kau tanya macam lah aku tahu. Apa yang pelik tadi?" Soalnya balik sambil merenung siling bumbung itu.

'Biasanya aku akan dapat kenal pasti siapa punya aura kegelapan itu, tapi..... kali ini aku tak dapat nak tahu siapa dia. Yang pasti tentu dia tahu tentang kita, itu yang merisaukan.' Nyata Dark.

Leon menutup matanya, "maknanya......"

"Dia berada di kalangan kita," kata Leon dan Dark serentak. Di suatu dimensi Leon memandang Dark sambil berpeluk tubuh.

"Apa kita nak buat sekarang? Aku takut dia menyamar menjadi salah seorang daripada kita," soal Leon dengan nada sedikit resah. Dark mendesah dia turut berfikir benda yang sama.

Dia menggeleng kepala, "aku tak tahu yang pasti kita perlu berhati-hati. Mulai sekarang." Ujar Dark dengan tegas, Leon hanya mampu mengangguk itu sahaja jalan yang ada.

- - -
Key's POV

Aku mengeluh, aku meminta yang lain pergilah ronda mana-mana tempat nanti aku ikut mereka semula. Sebaik sahaja mereka meninggalkan aku sendirian, aku berjalan ke tempat yang pasti sunyi dan tiada sesiapa lalu lalang.

Aku jatuh terduduk, "abang..... mana lagi Key nak cari abang?" Rintih aku seorang diri, terus sahaja aku teringat akan datuk dan nenek yang menjaga aku dari bayi sehingga kini.

- - -

Semasa aku berumur sekitar 4 tahun sering kali aku bertanya kepada datuk dan nenek, ke mana ibu dan ayah? Dan mereka hanya mampu menjawab dengan senyuman kelat.

Sehingga lah satu hari, ketika aku berumur tujuh tahun, sekali lagi aku bertanya namun kali ini persoalan aku dijawab.

"Ibu dan ayah kamu sentiasa sayangkan kamu Key, kasih sayang mereka sehingga ke hujung nyawa mereka." Kata nenek sambil mengusap kepala ku dengan lembut, pandangan matanya juga tampak sayu.

Aku terkilan, "Key suatu hari nanti carilah abang kamu, dia masih hidup Key. Datuk pasti dia masih hidup." Kata datuk pula yang lebih kepada mengharap.

"Abang?" Aku tergamam kerana aku tidak pernah tahu bahawa aku dah abang sebelum ini, mereka mengangguk tanda betul. "Kamu dan abang kamu terpisah semasa bayi, pada masa itu ramai yang mahu membunuh kamu berdua."

Sekali lagi aku tergamam, membunuh? Tapi.... kenapa? Mereka tidak menjawab sebaliknya dibiarkan soalan itu terus-terusan menjadi tanda tanya.

Ketika aku berusia 15 tahun, seperti biasa aku akan keluar memburu binatang, tapi aku perasan haiwan di dalam hutan itu seolah dilindungi seseorang. Setiap kali aku memburu haiwan hanya sebahagian sahaja aku dapat hasil nya.

Yang lain aku tak dapat sentuh. Hairan. Namun aku membiarkan sahaja soalan itu, yang menjadi tanda tanya sebenar aku sehingga kini adalah kejadian 3 tahun lepas. Apabila aku sedar malam hampir tiba, aku pulang ke rumah.

Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, bagai mahu luruh jantung aku apabila melihat banyak demon menghampiri rumah itu. Dan....dan..... Aku cuma berharap semua ini mimpi ngeri tetapi ini adalah realiti demon itu tanpa belas kasihan menyiat-nyiat kulit datuk dan nenek.

Mereka tidak mampu berlawan lagi, aku terus mengeluarkan belati dan membunuh demon-demon itu. Sebahagian darah mereka memercik ke muka aku, namun aku tidak kisah. Datuk! Nenek! Aku masih perlukan mereka!

Aku mendapatkan mereka yang tinggal nyawa-nyawa ikan, nafas mereka juga tercungap-cungap akibat kehilangan darah yang banyak. "Key...." Aku memegang tangan mereka dan meletakkan di pipi aku, air mata aku mula mengalir.

"Tolong..... janji..... yang... kamu akan cari abang kamu...." Pinta nenek dengan suara yang tersekat-sekat, aku mengangguk, "tolonglah..... Key janji Key akan cari abang. Datuk..... Nenek..... jangan tinggalkan Key seorang diri...." Rayuku, mereka tersenyum.

"Key...... Cuma satu sahaja caranya untuk berjumpa dengan..... abang kamu...." Nenek terbatuk darah membuatkan aku cemas. "Di bahu sebelah kirinya..... mempunyai lambang gabungan bulan dan bintang. Itu sahaja cara....-"

Datuk juga terbatuk darah, "untuk..... tahu siapa abang.... kamu.... Key...." Sambungnya, aku sudah menangis teresak-esak. "Key janji.....Key janji...." Ucapku banyak kali. Mereka tersenyum sebelum badan mereka bercahaya dan hilang dari pandangan.

Pada masa itu aku menangis sepuas-puasnya sehingga ke malam, namun tangisan aku terhenti apabila aku dapat mendengar satu melodi dari arah hutan. Dengan rasa teragak-agak aku melangkah masuk ke dalam hutan itu. Aku terkejut kerana ke semua haiwan keluar dari tempat persembunyian.

Namun mereka tidak menyerang aku, sebaliknya mendengar alunan melodi itu. Ia seolah dia yang menjaga hutan ini dengan rapi, kemudian aku baru sedar hari ini adalah bulan mengambang penuh. Namun aku dapat menangkap emosinya ketika memainkan melodi itu, bunyi nya seperti dia berada di dalam keadaan sedih dan kecewa.

Sama seperti aku sekarang, tapi aku tidak tahu siapa yang mainkan melodi itu kerana ia jelas kedengaran di merata tempat. Siapa yang memainkan melodi itu menjadi misteri sehingga kini.

- - -

Aku mengesat air mata aku yang mengalir saat mengingati kembali kejadian yang meragut nyawa kedua-dua insan yang menjaga aku dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Aku rindukan mereka namun sehingga kini masih terngiang-ngiang melodi itu di telinga aku, sepanjang aku tinggal di hutan itu. Setiap kali bulan mengambang penuh melodi itu akan dibunyikan. Dan kadang kala aku turut bermain flute bersamanya. Aku turut berasa selamat tinggal di hutan itu walaupun banyak haiwan buas dan berbisa.

Aku mengambil nafas panjang dan keluar dari tempat persembunyian tadi, aku pulang ke bilik kerana aku berasa letih secara tiba-tiba. Mungkin aku bolehlah berbual-bual dengan Leon walaupun dia agak dingin.

End POV

- - -
Leon's POV

Tanpa aku sedar aku tertidur setelah berapa jam aku berbincang dengan abang. Tapi.... apa semua ini?! Macam mana aku boleh-?!

Di sekeliling aku semua nya hanya hutan yang gelap gelita, seorang kanak-kanak lelaki dan seekor serigala sedang berlari dan mengejar sesama sendiri. Tetapi langkah mereka terhenti apabila mereka terjumpa seorang kanak-kanak lelaki yang penuh dengan luka di badannya.

Mereka berpandangan sebelum merawat kanak-kanak lelaki itu, setelah dua hari merawat dia mula sedar. Kanak-kanak lelaki dan serigala yang merawat dia tersenyum gembira pada mulanya kanak-kanak lelaki itu takut.

Lalu dia berubah menjadi serigala, mereka terkejut rupanya dia dari puak Wolves. Setelah berjaya tenangkan dia, mereka berkenalan.

"Aku... Razor." Ujar kanak-kanak lelaki yang bertukar menjadi serigala tadi. "Aku Leon," kata kanak-kanak lelaki yang merawatnya tadi.

"Aku pula Moon," ujar serigala itu pula mereka tersenyum hari demi hari mereka semakin rapat dan menjadi kawan yang sudah dianggap adik-beradik sendiri.

Aku sudah mengalirkan air mata. Macam mana? Macam mana aku boleh ada di sini?

Suasana berubah di mana aku, Moon dan Razor telah ditangkap dan ingin membunuh kami. Matanya mengecil saat melihat Razor ditikam dan dibunuh oleh mereka tanpa belas kasihan. Dia membuka mulutnya, dia mengatakan sesuatu yang tidak didengari tapi aku dan dia dapat menangkap apa yang dia cakap kan.

"Maaf Leon. Maaf Moon. Aku tak dapat bersama korang lagi, maaf Leon. Aku sudah anggap kau seperti abang sendiri, terima kasih untuk semua nya." Ujarnya sambil tersenyum sebelum matanya tertutup perlahan-lahan.

"RAZOOORRR!!!"

Jeritku tidak kira dewasa mahupun kecil. Air mata semakin deras mengalir, aku menggeleng dan memegang kepala meminta hentikan semua itu.

Aura gelap mulai menguasai dia, muncul pedang yang bersaiz sederhana dan bertulisan kuno di tangannya. Matanya yang hijau muncul simbol bulan dan bintang. Dia bunuh orang di sekelilingnya tanpa belas kasihan, sepanjang dia membunuh air matanya tumpah.

Aku mengetap gigi menahan rasa marah dan geram apabila memori itu terus-terusan menghasut aku! Aku benci semua ini! Beberapa saat kemudian, suasana berubah sunyi dan gelap.

Muncul seorang lelaki dewasa yang berhud menutup mukanya, aku jatuh melutut, bersama air mata yang tumpah. Lelaki itu tersenyum sinis di balik hudnya itu, namun aku dapat mengagak dia sedang mengejek aku.

Aku merenung dia dengan tajam, dan bangun lalu aku menggenggam penumbuk dan ingin menumbuk mukanya. Dengan lincah dia mengelak dan tertawa sinis kerana dapat mempermainkan aku.

"Dasar pengecut! Kau sahaja je kan mainkan aku guna memori itu?! Kalau kuat sangat datang berhadapan dengan aku lah tak guna!!" Jerit aku dengan rasa amarah. Sekali lagi dia hanya membalas dengan ketawa yang sinis.

"Ingat pewaris Zenyoshi...... masa sudah suntuk. Bila-bila masa sahaja kau akan jadi patung aku!" Katanya memberi amaran, aku mengetap gigi. "Aaarggh!!!! Tak guna kau Yoshiko!!!"

- - -

Aku bangun secara mengejut, aku dapat rasakan air mata aku mengalir. Aku mengetap gigi menahan rasa amarah yang memuncak tinggi, aku memeluk lutut dan menyorokkan muka aku ke lutut.

Nafas aku tidak teratur menahan rasa sebak dan marah, kenapa? Kenapa dia mesti ungkit memori itu? Memori yang aku anggap ia hanya mimpi ngeri! Air mata aku semakin banyak mengalir, aku memasang kuasa dimensi, kerana tidak mahu orang lain masuk ke dalam bilik ini.

'Kenapa? Kenapa aku lemah sangat?! Kenapa?!!' Jerit aku di dalam hati, Dark hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu mengganggu emosi aku yang tidak stabil sekarang.

Setelah beberapa minit aku dalam posisi itu, aku terbaring lemah di atas katil. Air mata aku lap dan kuasa dimensi aku batalkan, aku memejam mata. Tidak mahu yang lain tahu aku menangis disebabkan mata aku yang merah.

Aku menyelubungi tubuh aku dengan selimut dan berharap semua ini hanya mimpi, bukan realiti.

End POV

Key masuk ke dalam bilik dan melihat Leon sudah berselubung dengan selimut, dia mengeluh. 'Mungkin dia penat selepas bertarung dengan Zack tadi.' Bisiknya di dalam hati.

Dia melangkah masuk bilik dan baring di atas katil, matanya mula berasa berat. Namun entah kenapa dia berasa ingin melihat di bahu kiri Leon. Seolah sesuatu menarik perhatiannya, dia menoleh ke arah Leon yang membelakangi dia.

Dia turun dari katil dan dengan langkah yang perlahan dia mendekati Leon, baru sahaja dia ingin menyelak selimut itu. Tiba-tiba rakan-rakannya yang lain datang masuk ke dalam bilik.

Key mengeluh berat dan terpaksa membatalkan niatnya, dia tidak mahu rakannya yang lain memikirkan yang bukan-bukan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience