Episode 6: Brother!

Fantasy Completed 3818

Mereka di cederakan dengan teruk oleh Leon yang seolah dikawal kini, mereka bernasib baik kerana Flora dapat membina tempat berlindung yang kukuh dari tumbuhan. Dia masih dalam esak tangis kerana berharap ia hanya mimpi.

Key berada di luar pelindung, dia mendongak merenung bulan yang merah itu. Dia masih ingat dengan jelas mimpi itu, "abang....." Dia menggenggam buku lima. "Datuk...... Nenek...... Saya...... dah jumpa abang....." Katanya dengan nada perlahan sambil memejam mata.

Kemudian dia tersentak apabila terasa aura gelap berdekatan nya, tanpa banyak berfikir dia terus melarikan diri kerana dia tidak mahu merisiko kan kawannya yang lain yang tercedera. Setelah berasa cukup jauh, dia berhenti dari lariannya dan menunduk memegang lutut dengan nafas tercungap-cungap.

Dia sedar situasi nya sekarang sama seperti di dalam mimpinya, apa yang membezakan adalah warna bulan, senjatanya dan fizikal Leon yang berubah. Tiba-tiba dia muncul di hadapannya, di sebelahnya Yoshiko sedang memandang Key dengan sinis.

"Bunuh dia!" Arah Yoshiko tanpa belas kasihan, Key mengetap giginya dengan kuat sambil merenung Yoshiko dengan renungan tajam tetapi di sambut dengan senyuman sinis nya.

Leon mendekatinya dan ingin melibas scythe nya pada Key, dia perasan tangannya mengigil-gigil saat ingin melibas scythe itu padanya. Entah mengapa Key berasa yakin dia sedang melawan dirinya sendiri, lalu dia mengeluarkan flute nya yang sentiasa tergantung di lehernya.

Lantas dia menjauhkan dirinya daripada Leon sambil bermain flute nya, melodi yang dimainkan nya hampir sama dengan melodi yang Leon sentiasa mainkan. Dia perasan sebelah matanya kembali ke asal, tetapi dia masih menyerang nya.

Dia sekadar mengelak semua serangannya sambil bermain melodi itu, mata kanannya yang sudah kembali ke warna biru mengalirkan air mata tetapi masih tidak berputus asa untuk membunuh nya. Yoshiko yang perasan akan hal itu mengetap gigi, lalu mengeluarkan auranya yang gelap lebih kuat.

"BUNUH dia!! TANPA ragu-ragu!!" Jerit Yoshiko yang mula berang, matanya yang biru, berubah hitam sebaik sahaja dia meningkatkan aura gelapnya. Key masih tidak berputus asa walaupun dia perasan akan hal itu.

Apabila usahanya kini sia-sia, dia mengetap gigi dengan kuat. "Abang....." Dia jatuh melutut, kepalanya menunduk memandang tanah sambil mengalirkan air mata. Dia mula berasa berputus asa. "Kenapa.....?" Matanya dipejam.

'Key......' Dia tersentak saat mendengar suara seorang wanita yang lembut. Masa bagai terhenti, saat dia mengangkat mukanya, kelihatan seorang wanita yang berambut biru panjang dan berbaju putih berada di hadapannya bersama senyuman yang manis.

'Jangan berputus asa, anakku. Kamu harus sedarkan abang kamu kembali, ibu percayakan kamu.' Katanya dengan suara halus, sambil memegang pipinya dengan lembut. Key terkejut saat mendengar panggilan, 'ibu, anak' itu.

"I.... Ibu.....?" Soalnya sambil mengangkat sebelah tangannya ke wajah wanita itu. 'Tumpukan perhatian kepada kuasa kamu Key, biarkan kuasa itu mengalir di dalam tubuh kamu. Jangan biarkan kesedihan dan kemarahan mengawal diri kamu, kawal ia dan kamu akan berjaya mengembalikan abang kamu Key.....'

Dia hanya memejam mata lalu mengikut akan kata-kata wanita itu, dia tersenyum sebelum menghilang. 'Ibu percayakan kamu Key...... Kamu semua adalah harapan dunia ini.....'

Masa kembali berjalan, saat Yoshiko ingin menyerang nya. Pada masa itulah, dia ghaib secara tiba-tiba, Yoshiko mengetap gigi kegeraman. Dia melihat sekeliling dirinya, Leon hanya berdiri kaku di situ, namun sesekali dia juga melihat di keliling nya.

Key tiba-tiba muncul di hadapan Yoshiko dalam posisi menumbuk di sebelah kirinya, dia sedar akan hal itu tetapi dia tidak sempat mengelak lalu dia tercampak dan merempuh beberapa batang pokok.

BBUUUSSHHH!!!!
DDDDOOOMMM!!!!

Dia melekat di batu besar, "gaahak!!" Dia termuntah darah impak tumbukan Key yang kuat itu.

Key hanya memandang nya dengan tajam dari jauh, aura keemasan mengalir keluar dari tubuhnya. Dia memandang pula ke arah Leon yang kini dalam posisi berjaga-jaga bersama scythe miliknya.

Matanya yang tajam berubah lembut kepada Leon, dia melangkah perlahan-lahan ke arahnya manakala dia semakin menjauhkan diri daripadanya. Tiba-tiba dia ghaib, membuatkan dia cemas memandang ke seluruh hutan itu mencari kelibat Key.

Kemudian dia muncul di belakangnya, dia perasan lalu terus menetak scythe padanya. Key sempat mengeluarkan senjatanya lalu scythe milik Leon dan Key bertembung.

TAAANNGGG!!!

Key menguatkan lagi auranya sehingga membuatkan Leon melutut tidak mampu melawan aura cahaya nya yang kuat itu. "Leon! Kau mesti lawan ia! Sedarkan diri kau sekarang!!" Jerit Key sambil mengoyangkan badannya, dia meronta-ronta ingin menyerang Key namun dia pantas memeluknya dengan erat.

Aura keemasan menyelimuti nya, "abang....." Dia memejam mata. Perlahan-lahan sayapnya mulai hilang, rambut dan iris matanya kembali ke asal. Scythe miliknya hilang begitu sahaja, sebaik sahaja sedar dia mula kembali kepada asal, Key menyimpan auranya kembali.

Leon yang mula sedar hanya mampu bersandar di bahunya, badannya terasa lemah. Nafasnya juga termengah-mengah, "Leon?" Panggil Key, simbol di bahu kirinya yang merah itu mula hilang. "Key?" Soalnya dengan suara yang lemah, matanya kabur tidak nampak dengan jelas mukanya.

"Kau dah sedar?" Soal Key sambil merenungnya, "kenapa?" Dia menjeling ke arahnya sekilas, "huh?"

"Kenapa kau nak..... selamatkan aku....? Kenapa... Kau tak bunuh aku...?" Soalnya dengan nada suara perlahan dan rendah, Key berkerut dahi lantas menggeleng kepalanya. "Sebab..... Kau abang aku! Aku tak akan bunuh abang sendiri!" Tegasnya, membuatkan dia tersentak.

"Apa..... maksud..... Kau.....?" Soalnya lagi, matanya dipejam. Nafasnya masih termengah-mengah.

"......." Key hanya mampu terdiam, dia berasa bahawa Leon langsung tidak tahu menahu dia masih mempunyai keluarga. Dia mula terfikir bagaimana dia membesar tanpa keluarga apatah lagi kasih sayang. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur sekurang-kurangnya dia merasa kasih sayang datuk dan neneknya dari kecil berbanding Leon. Dia dapat rasakan Leon membesar dengan kebencian manusia.

"Key! Leon!" Tiba-tiba Ice, Light dan Flora mendekati mereka. "Leon? Kau dah sedar?" Soal Flora dengan risau bersama sisa air matanya, dia yang masih bernafas tidak teratur hanya mengukir senyuman saat mendengar suaranya.

Kemudian Key sedar sesuatu, lantas dia menoleh ke arah tempat Yoshiko terhempas. Dia sudah melarikan diri, membuatkan Key mendecih marah. Tidak lama kemudian, muncul satu portal teleport tidak jauh dari mereka. Kyle dan yang lain turut mendekati mereka.

"Macam mana kau boleh kalahkan dia tadi Key?" Soal Kyle musykil, dia menunduk lalu merenung kedua-dua belah tapak tangannya. "Aku.... Tak tahu...." Balasnya, Kyle hanya mendiamkan diri selepas mendengar jawapannya. 'Ada yang tak kena.' Bisik hatinya.

Zen membantu Flora menyembuhkan Leon yang sudah baring di atas rumput itu. Matanya dibuka sedikit, dia mengetap gigi menahan bisa. "Gahak!!" Dia termuntah darah, membuatkan mereka cemas, namun di sambut dengan gelengan kepalanya.

Dia membuka matanya dan merenung bulan yang kini sudah kembali menjadi biru laut, dan ditemani cahaya bintang. "Leon, biar aku rawat kau!" Tegas Flora dengan suara cemas dan risau. Hilang sudah perkataan 'saya, awak'.

"Tak ada gunanya...... 'Ia' tidak boleh di sembuhkan....." Katanya dengan perlahan, matanya mula berubah hijau.

Mereka terkejut melihat matanya yang berubah tiba-tiba, kecuali Ice, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Light yang perasan akan hal itu, menolak bahunya membuatkan dia tersentak. "Kau mesti tahu apa-apa tentang apa yang jadi kan?" Soal Light sambil memincingkan matanya padanya, suaranya yang garau jelas kedengaran.

Sehingga yang lain turut merenung Ice minta penjelasan. Ice mengeluh berat dan menjeling ke arah Leon. Dia turut sama mengeluh. "Semuanya dah terbongkar, kita tak boleh buat apa-apa Ice." Ujarnya sambil merenung bulan, kemudian matanya kembali ke warna biru.

"Kyle..... Aku rasa kau dah lama tahu Leon sebenarnya demon kan?" Ujarnya kepada Kyle dan Light, mereka hanya membalas dengan anggukan kepala. Dia mengeluh. "Macam yang korang tahu, jangka hayat demon dan manusia berbeza jadi mereka akan lebih matang berbanding umur sebenar mereka."

Mereka mula menumpukan perhatian kepadanya, mendengar segala penjelasan nya. "Yoshiko...... Orang yang korang musuhi adalah...... bapa saudara Leon...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience