Episode 2: Zen's Identity

Fantasy Completed 3818

Malam itu, semua tidur di dalam khemah yang telah mereka pasang. Mereka berkumpul di hadapan api sambil berbual-bual ringan dan makan malam.

Leon hanya memerhatikan mereka dari jauh melalui pokok. Dia masih berkecil hati dengan Moon kerana mengungkit kisah silam itu. "Damn! What should I do now?" Ujarnya seorang diri sambil menekup mukanya.

'Hei. Aku rasa kita perlu bawa mereka ke Dragon World, mereka perlu berlatih mulai sekarang.'

"Yeah, I know it. Maksud aku kita kena bongkarkan rahsia kita, tentang sumpahan itu.... dan... peperangan antara hidup dan mati dunia ini."

'......'

Dark hanya mampu terdiam sahaja, dia mengeluh lalu melompat ke bawah dan mendekati mereka. Zen, Key dan Kyle hanya mendiamkan diri sahaja sambil makan malam. 'Hei, aku rasa dah tiba masanya kita bongkarkan rahsia. Memandangkan sudah tak ada orang lain selain kita, sekarang masa yang sesuai.'

Katanya melalui telapati termasuk Zen, dia tersentak dan memandang Leon dengan mata membulat. 'Macam mana dia?'

Leon tersenyum sinis, 'aku tahu kau ada misi iaitu bantu kami kalahkan mereka betul tak?' Balasnya dengan nada sinis membuatkan dia tergamam kerana kebiasaannya dia bersuara dingin sahaja sekarang berubah sinis.

Key dan Kyle berbalas pandangan melalui mata. 'Sekarang?'
'Aku rasa dia betul, sekarang masa yang sesuai.'

Mereka mengangguk serentak tanda setuju, mereka berdiri dan menghadap mereka. Masing-masing serius mukanya. "Kau pun jangan lupa bongkarkan identiti kau." Bisik Leon padanya dengan nada tegas, dia hanya mengangguk akur.

Mereka terdiam apabila melihat empat sekawan itu bermuka serius, "kitorang ada benda penting nak bincang dengan korang. Dan ia melibatkan dunia ini." Kata Kyle dengan serius.

"Kejap. Sebelum itu, kenapa kita sahaja tak balik ke akademi? Dan siapa lelaki yang serang kita semalam?" Belum sempat mahu membuka mulut Akane sudah menyampuk. Mereka serentak mengeluh berat.

"Itulah apa yang kitorang nak bincangkan-"

"Apa maksud kau dengan libatkan dunia ini?" Sekali lagi Knight pula menyampuk kata-katanya, pegasus dan unicorn mereka hanya mendiamkan diri kerana mereka memang sudah tahu dari dulu lagi.

"Maksud aku-"

"Dan kenapa kau nampak serius? Berat sangat ke masalah itu?" Kali ini urat di dahi mula timbul apabila kata-katanya asyik dipotong mereka. Leon memandang mereka dengan tajam bersama aura gelapnya, terus mereka terteguk liur dan diamkan diri.

Dia mengeluh dan menyimpan auranya kembali. "Aku rasa semua orang dekat sini pernah dengar tentang lagenda guardian mengalahkan kegelapan dari dunia ini betul?" Mereka mengangguk, "tapi apa kaitannya? Ia hanya kisah lagenda." Soal Akane sambil berpeluk tubuh.

"Aku tahu mesti korang susah nak percaya tapi... Kita semua adalah guardian, buktinya adalah crystal yang berada di gelang dan leher korang." Kata Kyle menyambung ayatnya yang asyik dipotong mereka tadi. Mereka mengerutkan dahi dan melihat leher dan pergelangan tangan masing-masing.

"Kau buat lawak ke? Mungkin ia hanya kebetulan." Kata Reiz tidak percaya begitu juga dengan tiga sekawan itu. "Aku dah agak korang mesti cakap macam itu." Ujar Leon sambil menghela nafas.

Dia menjarakkan dirinya dari mereka kira-kira 4 meter, dia menghela nafas panjang sambil menutup matanya. Yang lain hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Dia menghulurkan kedua-dua belah tangannya ke depan.

"Come forth ice katana." Ujarnya dengan suara berubah mendatar, dia membuka matanya dan matanya berubah hijau. Serentak dengan itu aura biru dan dingin keluar dari tubuhnya dan muncul dua bilah katana ais. Sebilah mengeluarkan aura biru dan hijau, sebilah lagi mengeluarkan aura biru dan hitam.

Rantai crystal nya juga bercahaya biru, "huh? Jadi dia dah tahu aktifkan senjata dari crystal itu juga?" Kata Kyle seorang diri.

'Jadi betullah apa yang aku sangkakan, dia ada kuasa ais.' Yang lain terdiam melihat aura itu, memang betul ia perkara biasa bagi seseorang mempunyai kuasa tetapi auranya sangat berbeza. Kerana ia menakutkan di samping itu ia juga mesra.

Tiba-tiba Leon menghilang dan menyerang Flora dari belakang, dia tersentak tetapi sempat mengeluarkan busur serta anak panah. Dia menepis serangan mengejut Leon menggunakan busurnya, Leon terseret beberapa meter ke belakang.

Dia mengangguk-angguk kagum dengan kecekapannya dan senjatanya. Flora pula terpinga-pinga melihat busur serta anak panah yang berada di dalam genggamannya secara tiba-tiba, dia tidak sedar matanya berubah kuning dan crystal nya bercahaya hijau.

Moon, Akane dan Reiz memandang Flora dengan pandangan yang tidak percaya. Kyle, Zen dan Key tersenyum apabila dia dapat berfikir cara untuk mereka menerima semua kebenaran itu.

"Sekarang korang dah percaya?" Soalnya dengan nada sinis membuatkan mereka semua tersentak mendengarnya. Dari jauh Moon hanya mendengus tidak puas hati sahaja, dan dalam diam dia memandangnya dengan tajam. Begitu juga dengan Leon.

Dia berubah kepada asal, Flora yang masih tidak faham merenungnya meminta penjelasan. "Setiap guardian mempunyai kelebihan masing-masing dan tentu sahaja kuasa kita berbeza dengan orang lain. Tugas kita adalah melindungi dunia ini, bukannya menghancurkan dunia ini. Dan ini adalah sebab kenapa kita hidup."

Kata Leon mula beri penerangan dia menghela nafas. "Setiap guardian mempunyai senjata masing-masing misalnya seperti aku tadi katana dan senjata milik Flora busur dan anak panah. Kamu semua mempunyai satu lagi kelebihan cuma korang saja yang tak tahu." Ujar Leon lagi dan memandang ke arah Kyle, dia mengangguk faham.

"Setiap orang mempunyai dua kelebihan contohnya kelebihan aku adalah masuk ke dalam dunia lain seperti dunia elf. Itu adalah kebolehan semula jadi aku, dan disebabkan aku pewaris kuasa ini. Aku ada satu lagi kelebihan iaitu membaca ayat kuno." Sambung Kyle, mereka mula mendengar dengan teliti dan menerima hakikat sedikit demi sedikit.

Setelah mereka menerima hakikat dan situasi keadaan sebenar sekarang barulah mereka faham. Dan Kyle, Key dan Leon akhirnya mula menghembus nafas lega.

"Tapi.... Kalau ada tujuh orang, jadi....macam mana dengan Zen?" Soal Flora, kali ini Zen pula yang perlu mendedahkan rahsia serta identitinya.

"Macam yang Kyle dan Leon beritahu korang tadi, mestilah mereka akan buru korang bukan?" Mereka mengangguk betul.

"Jadi sebelum itu nama sebenar aku Yohiro Shiroshi, dan aku dari keluarga Shiroshi. Tugas aku adalah bantu korang kalahkan mereka, buktinya ini." Dia memejamkan matanya dan dia membaca beberapa mentera dengan nada perlahan sehingga mereka tidak dapat mendengar apa yang keluar dari mulutnya.

Tiba-tiba tubuhnya mengeluarkan aura yang berwarna-warni dan aura itu menyerap ke dalam tubuh mereka mengikut aura masing-masing. Reiz dan Key melihat kedua-dua belah tapak tangan mereka dan menggenggam erat.

"Apa yang berlaku ini? Aku rasa lebih kuat berbanding dulu." Soal Akane sambil merenung Zen, dia membuka matanya dan aura itu hilang. "Itu adalah kuasa aku. Aku akan salurkan tenaga korang bila tiba masanya nanti, sekarang korang cuma perlu berlatih gunakan kuasa masing-masing."

Leon dan Kyle mengangguk setuju. "Dia lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. Sangat kuat." Ujar Leon sambil menunduk dan menggenggam penumbuk dengan erat.

"Tapi sekarang?"

"Jangan risau, aura itu dah tingkatkan kuasa korang. Ia tidak ada apa-apa kesan sampingan dan ini hanya sedikit sahaja kuasa korang. Aku tak nak membazir dia bukan calang-calang orang." Kata Zen dengan serius dan mereka hanya mampu bersetuju sahaja.

'Erggh..... Tak guna! Sumpahan itu...!' Leon mendesah dan menggenggam bahunya yang terasa bisa.

[Bersambung.....]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience