Episode 13: Pegasus And Unicorn

Fantasy Completed 3818

Pada malam terakhir mereka berada di dalam hutan itu cikgu mengumpulkan mereka semua mengikut kumpulan yang telah mereka aturkan tempoh hari. Cikgu Arata berdiri dan berpeluk tubuh, Cikgu Alisa pula bercekak pinggang.

"Dengar sini, malam ini kamu semua akan cari pegasus atau unicorn bagi setiap seorang mengikut kumpulan." Ujar Cikgu Alisa. Salah seorang pelajar perempuan mengangkat tangan dan bertanya, "kenapa cikgu?"

"Sebab ianya berguna untuk sesetengah misi dan suatu perlawanan." Jawabnya dengan tenang, mereka mengangguk faham lantas mula berpecah.

Kyle dan kumpulannya berjalan di dalam hutan tanpa arah. "Aduish! Mana nak cari diorang ini?" soal Reiz sambil mengusap belakang kepalanya, yang lain hanya menjawab dengan mengangkat bahu sahaja. Ia sukar untuk mencari pegasus dan unicorn memandangkan ia semakin pupus.

Leon menghentikan langkahnya dan mendongak melihat langit, malam itu bulan mengambang penuh membuatkan dia tersenyum. Apabila mereka perasan Leon tidak bersama mereka, mereka hentikan langkahan dan memandang ke belakang.

Mereka semua berkerut dahi hairan. "Moon." Leon menoleh ke arahnya yang berada di sebelahnya, dia mengangguk tanda faham. Serentak dengan itu mereka terus melompat ke dahan pokok ke pokok lain dan kelibat mereka terus hilang.

"Eh? Mana diorang pergi?" Soal Flora dengan hairan, dia berhubung dengan alam di sekelilingnya supaya dapat tahu keberadaannya sekarang. "Saya dah tahu." Katanya lagi.

Serentak enam pasang mata tertumpu padanya, "ikut saya!" Tambahnya lagi sambil mengikut jalan yang dilalui mereka tadi, yang lain hanya mengikut tanpa banyak tanya. Cuma mereka hairan mengapa Leon kelihatan seperti sudah biasa dengan selok belok hutan ini.

Leon memandang ke arah Moon dia mengangguk kepala tanda sedia. Mereka menghela nafas panjang dan mengeluarkan aura mereka, aura biru dan merah bergabung. Flora dan yang lain tersentak apabila merasakan aura mereka, aura mereka terasa sangat mesra.

Mereka perasan aura mereka seolah memulih baik hutan itu, kerana beberapa pokok yang tumbang perlahan-lahan tumbuh semula. Pokok yang sudah mati kembali hidup, pokok yang tidak ada buah kembali berbuah. Mereka ternganga melihat kejadian itu di hadapan mata sendiri.

"Min telèpørter de pègásus lis ûnicórn cóma chose rim! (Bukalah pintu dimensi antara pegasus dan unicorn datang dan pilihlah tuanmu!)"

Kata Leon dan Moon serentak. Suatu portal dari langit terbuka dan keluar pegasus dan unicorn dari portal itu. Salah seekor pegasus yang separuh badannya hitam dan biru, serta matanya yang merah saga terbang mendekati Leon dan Moon. Sebelah sayapnya putih dan sebelah lagi hitam.

"Leon!" Jerit pegasus itu, dia mengusap kepala pegasus itu sebaik sahaja ia mendarat di hadapannya. "Long time not see ha Shadow? Miss me?" Usik Leon sambil tersenyum.

"Ha! Apa nasib aku ada tuan kejam macam kau, sampai hati kurung aku dalam dimensi." Katanya seakan ingin merajuk.

"Hei! Hei! Kalau aku tak kurung kau alamatnya kau tak akan hidup sampai sekarang tahu. Sekejam-kejam aku masih tak sanggup biarkan korang bertarung nyawa dengan manusia tak berhati perut itu tahu." Suaranya berubah mendatar.

Dia mula rasa serba salah, dia juga masih ingat dengan jelas kejadian 7 tahun lepas itu. "Sudahlah! Sekarang ini aku panggil kau pun sebab cikgu aku suruh cari pegasus atau unicorn." Katanya tidak mahu mengingat benda lepas.

"Huh?! Hei Moon!"

"Moon!!" Jerit seekor serigala yang terbang keluar dari portal itu, "hei Knight!!" Jeritnya pula sayapnya di munculkan dan mereka berlumba-lumba di atas udara.

"Budak ini! Aku panggil dia tak dengar?!" Dengus Shadow geram, Leon tergelak kecil melihat reaksi nya. Shadow tersentak kerana dia sudah lama ingin dia kembali menjadi diri sendiri, dia tersenyum 'mungkin dia dah kembali menjadi dirinya sendiri. Baguslah,' bisik hatinya.

Rakan sekelasnya yang lain terkejut apabila pegasus dan unicorn tiba-tiba terbang dan menghadap mereka. Namun pegasus itu tidak menyerang mereka, mereka mula berasa seronok dan menunjuk-nunjuk pegasus serta unicorn masing-masing.

Flora dan rakannya yang lain baru sampai di situ dan terpegun melihat pegasus milik Leon, mereka mendongak ke langit pula apabila terdengar suara Moon dan Knight di udara.

Tepat pada itu muncul pula empat ekor pegasus dan dua ekor unicorn. Masing-masing terbang dan menundukkan kepala mereka kepada mereka semua.

"My lord," kata pegasus dan unicorn itu serentak. Pegasus milik Kyle putih keseluruhan badannya, matanya campuran kuning dan hijau sama sepertinya. Pegasus yang berwarna unggu dan bersayap biru menghadap Reiz. Pegasus yang berwarna putih dan kelabu menghadap Key. Pegasus yang berwarna pelangi dan bermata campuran merah dan biru pula menghadap Zen.

Unicorn milik Flora pula berwarna hijau dan kuning, manakala Akane berwarna putih coklat. Masing-masing dapat pegasus dan unicorn kecuali Rei, dia berpeluk tubuh dan memandang mereka dengan perasaan cemburu.

"Urm.... Apa maksudnya?" Soal Reiz yang masih terpinga-pinga begitu juga dengan yang lain. Leon dan Shadow mendekati mereka, "itu maknanya mereka mahu korang jadi tuannya dan korang mesti terima nya mahu atau tidak." Terang Leon apabila melihat mereka masih dalam keadaan terpinga-pinga.

Leon menjeling ke arah Kyle. 'Hei Kyle! Aku dah lama tahu misi kau dengan aku sama sahaja cari peluang untuk jelaskan pada mereka hal sebenar.' Kata Leon menggunakan telapati, Kyle tersentak lantas memandang ke arahnya. Dia mengangguk kepala tanda dia sudah tahu semua itu.

'Hmm..... Aku tak sangka pulak Leon ini bijak juga, aku ingatkan dia tak tahu.' Kata Kyle di dalam hati, 'aku rasa bukan dia dan kau saja tahu tentang kuasa ini.' Sampuk Light tiba-tiba.

'Maksud kau?' Soalnya balik, 'cuba tengok mata dia tuju ke siapa.' Arahnya, Kyle hanya mengikut sahaja dan kelihatan Key tersentak dan memandang Leon dengan mata membesar. 'Huh? Maknanya Key juga sudah tahu?'

'Nampaknya begitu lah tapi sekurang-kurangnya beban kau nak beritahu kebenaran itu berkurang sedikit.' Kata Light beri pandangan Kyle mengangguk setuju.

Tidak lama kemudian Moon dan Knight turun ke tanah dan bermain kejar-kejar pula, "eh?" Flora melihat Moon dan Knight sedang bermain-main bersama, kedua-duanya serigala. Apa yang membezakan mereka adalah warna bulu mereka sahaja, Moon berwarna putih manakala Knight hitam.

Tiba-tiba badan mereka bercahaya dan bertukar menjadi manusia, Moon memakai baju putih dan berambut merah. Knight berbaju hitam dan berambut merah seperti Moon. Mereka semua kecuali Leon dan Shadow terkejut.

"Eh?! Kau boleh bertukar jadi manusia?!" Soal mereka tidak percaya, Moon hanya tersenyum sahaja. Knight membalas dengan senyuman menyeringai.

"Yeah.... Aku lupa nak bagitahu dia boleh menyamar jadi manusia," kata Leon sambil mengusap belakang kepalanya. "Sudahlah! Nanti-nanti saja aku terangkan. Sekarang kita kena pulang ke tapak perkhemahan," gesa Leon. Seakan baru sedar hari sudah lewat mereka terus pulang ke tapak perkhemahan.

Rei mengikut sahaja dari belakang. Mujur di sana masih ramai lagi yang belum tiba di tapak perkhemahan, yang lain melihat pegasus dan unicorn ternganga. Lebih-lebih lagi pegasus milik Zen yang berwarna pelangi menjadi tarikan mereka.

Di dalam kalangan mereka seseorang mencebik tanda tidak puas hati dan panas hati melihat mereka berjaya dapat pegasus serta unicorn. Mahu sahaja dia menyerang mereka sekarang namun dia membatalkan niatnya apabila seseorang mengarah dia.

"Tunggu, jangan serang mereka lagi. Esok malam bersiap sedia, pasang dimensi supaya mereka tidak dapat keluar dari hutan ini. Faham?"

"With my honor." Balasnya sambil tersenyum sinis.

[Bersambung......]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience