Episode 10: Yoshiko Dark Past

Fantasy Completed 3818

Tiga minggu sudah berlalu sejak Key menumpaskan nya dan Leon membongkarkan identiti nya. Yoshiko yang teringat akan bagaimana dia tewas di tangan Key mengetap gigi lalu menumbuk mejanya dengan kuat sehingga meja itu patah.

"Tak guna kau..." Matanya berselirat merah apabila teringat akan auranya, renungan Key membuatkan dia teringat akan seseorang yang dia sangat benci. Renungan serta auranya sama seperti orang yang dia benci.

- - -
Yoshiko's POV
(26 Tahun Lepas)

Aku dan abang aku Zenyoshi, menyertai peperangan menguasai pekan dan penduduk Glasia yang terkenal tetapi lemah. Kami dan para tentera membunuh mereka tanpa belas kasihan, tidak kira, kanak-kanak, remaja atau warga tua.

Tetapi salah seorang dari mereka seorang gadis berjaya melarikan diri ke dalam hutan. Aku hanya membiarkan sahaja, aku malas mahu memburu dia hanya kerana seorang sahaja. Aku sedar abang aku mengikut gadis itu masuk ke dalam hutan lalu, aku juga mengikutnya dalam diam.

Aku bersembunyi di balik pokok memerhatikan dia. "Aaarggh!! Jangan dekati aku!" Jerit gadis itu sambil melarikan diri apabila menyadari kelibat abang aku. Tetapi luka di kakinya yang teruk membuatkan dia jatuh tersungkur, namun dia tidak berputus asa untuk melarikan diri walaupun dalam keadaan mengesot.

Abang aku terus-terusan mendekatinya tanpa menghiraukan tangisan serta rayuan gadis itu, kemudian dia mencangkung di hadapannya. "Hei.... Aku..... Tak akan cederakan kau," kata abang aku dengan suara lembut sambil mengusap pipinya.

Gadis itu tergamam, apatah lagi aku. Aku sangkakan dia mahu membunuh gadis itu, aku mengetap gigi melihatnya. "A-apa....?" Gadis itu berhenti menangis, dan apa yang buatkan aku marah adalah. Dia sembuhkan luka di kaki gadis itu, dan..... Dia.....!!

Kemarahan mengawal aku lalu, aku munculkan sebilah pedang dan menyerang abang aku! Apa yang dia lakukan adalah, dia dan perempuan saling berkucupan!! Aku tak boleh terima semua ini!

"Brother!! What are you trying to do?!" Jerit aku sambil mengeluarkan aura gelap secara mendadak. Dia tersentak lalu mengeluarkan belatinya.

TAAANNGGG!!!

Bilah pedang dan belati miliknya bertembung, aku mengetap gigi menahan marah. "What are you trying to do brother?!" Soalku marah.

Dia menolak pedangku ke belakang sehingga aku terseret ke belakang, "it's not what are you thinking. I'm just...."

"You didn't have to explain to me! It's clear to me now!" Ujarku dengan berang, gigi taring aku mula kelihatan. Aura gelap menyelubungi aku. Gadis itu hanya kaku di tempatnya dan jelas kelihatan dia mengigil ketakutan.

"Look! I'm just...-"

"Just what?! You know that the demon and humans can't make love!!" Bentakku dengan marah secara tak langsung meninggikan suara aku. Dia tersentak lalu aura keemasan menyelubungi nya, badannya mengigil menahan marah.

"How..... Dare you.... Raise your voice to me...?"

"So what?! You want to fight me?!" Bentakku lagi lalu aku pantas menumbuk pipinya di sebelah kanan sehingga dia tercampak dan merempuh beberapa batang pokok.

"All the prohibition is just nonsense and never existed!!" Jeritnya sebelum mencengkam kolar baju aku dengan ganas dan merenung aku dengan tajam. "Krrrghh....." Aku mengetap gigi dan membalas renungan nya.

"You know that..... you can't fall in love with humans...." ujarku perlahan tetapi masih dalam nada marah. Dia mengetap gigi, lalu menumbuk muka aku sehingga berdarah. Dia melepaskan aku ke tanah.

"RINRYUU YOSHIKO OKUZAMI! Kalau kau BERITAHU ayahanda dan bonda tentang ini, aku tak akan teragak-agak untuk BUNUH kau!" Ungutnya kepada aku, iris mata aku mengigil saat dia memanggil aku dengan nama penuh.

"Krrrghh....." Aku merenungnya dengan renungan membunuh, dia sama saja seperti ayahanda! Aku benci dia memanggil aku dengan nama penuh! Dia terus pulang ke istana bersama perempuan itu.

"Tak guna....!" Aku mendesah dalam kesakitan, aku terus pulang ke istana. Dan apa yang paling menyakitkan adalah mereka semua menerima gadis itu dengan hati terbuka.

"Rinryuu Yoshiko Okuzami, kamu dari mana? Dan kenapa kamu berdarah dengan teruk?" Soal ayahanda dengan tegas. Bagus! Sekarang ini kali kedua aku dipanggil nama penuh! Aku tidak menjawab sebaliknya terus masuk ke dalam bilik.

"Rinryuu Yoshiko Okuzami!! Ayahanda tanya ini!!" Jerit ayahanda sambil merentap kuat tangan aku sehingga terasa mahu patah tulang aku. Sebelah mata aku tertutup menahan sakit dan ngilu. Dari jauh aku sudah nampak dia memandang aku dengan sinis.

Cis tak guna kau!

"Kamu bergaduh dengan abang kamu lagi kan?" Soal ayahanda dengan tegas, aku terdiam. "Tapi.... Ayahanda dia...-"

"Kenapa kau nak bergaduh dengan dia?! Ha?! Macam mana aku boleh ada anak macam kau ini?!" Jerit ayahanda dan kali ini aku di pukul dengan teruk oleh ayahanda. Hati aku bagai direntap saat aku mendengar kata-katanya yang menghiris hati aku.

"Kalau aku tahu kau ini perangai buruk! Dah lama aku buang kau!! Dasar anak tak ada maruah!!"

Jerit ayahanda sambil melibas rotan yang berarus elektrik itu pada tubuh aku, aku mula menangis. Aku selalu dibandingkan dengan dia! Tak guna! Apa yang aku buat semuanya salah! Apa yang dia buat semuanya betul! Dasar pilih kasih! Bonda pula hanya mampu memerhati dari jauh, langsung tiada niat mahu tolong!

'Kau.... benci mereka?' Soal satu suara, masa bagai terhenti, aku terbaring lemah di tengah istana. Badan aku dan lantai dilumuri darah aku. 'Aku dah tak sanggup lagi....' Balasku di dalam hati, aku tak tahu suara siapa, tapi dari suaranya seolah dia juga sama seperti aku.

'Biarkan mereka buat apa yang mereka mahu lakukan. Biarkan mereka bergembira.... Sehingga lah waktunya sampai..... Kau balas kesemuanya kepada mereka.....'

Kata suara itu, aku membuka mata kembali, mata aku perlahan-lahan berubah merah. 'Sekarang...... Lawan dia..... Jangan hanya kerana dia seorang ayah kau menahan diri..... Mereka semua memilih kasih.....pernah ke walau sekali mereka layan kau...? Pernahkah mereka.... ambil peduli...? Semua jawapan.... di dalam tangan kau.....'

Hasut suara itu, tetapi aku tidak menafikan apa yang dikatakan nya betul. Mereka langsung tidak menunjukkan kasih sayang atau ambil peduli tentang aku. Mereka hanya melayan acuh tidak acuh sahaja. Tanpa aku sedar iris mata aku muncul simbol naga hitam.

Masa kemudian kembali, dan saat rotan itu ingin melibas badan aku. Aku menggenggam rotan itu, ayahanda terkejut, begitu juga dengan orang yang memerhati. Arus elektrik yang mengalir di badan aku tidak endahkan.

Tiada apa yang lebih menyakitkan berbanding hati yang luka. "Dah puas ke menghentam badan anakanda, ayahanda yang di kasihi." Kataku dengan nada sinis dan senyuman sinis yang belum pernah aku lakukan. Kesakitan di badan aku kini hilang. Apa yang ada hanyalah hati dan jiwa yang telah hancur.

Mereka tergamam mendengar suara aku. "Kau! Jangan nak kurang ajar dengan ayahanda lah!" Jerit abang sambil mengeluarkan aura keemasan lalu meluru ke arah aku.

Aku hanya menjeling ke arahnya, dan kuasanya perlahan-lahan lenyap. Dia tergamam. Cukup. Cukuplah sampai di sini sahaja seksaan aku.

Mereka kaku tidak dapat bergerak, aku menghampiri dia dan membalas semua tumbukan dan kesakitan yang dia beri kepada aku selama ini. Dia hanya mampu mengerang kesakitan. Yang lain juga hanya mampu melihat, mereka tidak dapat bergerak dari tempat mereka.

Aku puas! Puas yang amat! Aku mengheret nya lalu mencampak dia di hadapan ayahanda. "Tengok. Tengoklah anakanda kesayangan ayahanda."

"Kau! Aku tak ada anak kurang ajar macam kau lah!!" Jeritnya berang, "hahahahaha!! Hahahaha!!!" Aku hanya ketawa sinis sambil menekup muka dan menggeleng kepala.

"Ayahanda patut lebih cekap. Dia mahu bercinta dengan perempuan itu! Ayahanda patut tahu tentang larangan dunia ini!" Aku mula meninggikan suara aku, bukan bermaksud mahu kurang ajar tetapi mereka langsung tidak mahu mendengar kata-kata aku walau sekelumit!

Ayahanda tergamam sebelum mula memandang dia yang mula menunduk. "Betul ke apa yang dia katakan tu?" Suaranya seolah bergetar menahan malu.

"Ayahanda, anakanda...."

"Jawab soalan ayahanda!" Jerit ayahanda yang kini jelas kedengaran getaran nya. Aku tersenyum puas. Akhirnya. Dia yang sentiasa betul. Akhirnya. Dipersalahkan kali ini. Aku puas. Tapi tak cukup puas untuk menyeksa dia lagi.

- - -
Selepas dari kejadian itu dia terus berubah dan secara terang-terangan dia menjadi baik, dia sentiasa keluar dengan perempuan itu. Aku masih sakit hati. Dan tidak adil! Hukuman nya hanya ringan manakala aku menerima hukuman berat.

'Biarkan.... Tidak lama sahaja lagi....' Dan suara ini terus-terusan menjadi peneman aku. Suara tanpa jasad. Dan bagi aku sekurang-kurangnya ia tahu apa yang ia cuba beritahu.

Tapi semuanya berubah dalam sekelip mata.

"Anakanda mahu bernikah dengan Maria Merie Dalwiez!"

"Ayahanda tak benarkan! Kamu juga tahu bukan larangan dunia ini!" Tegas ayahanda tidak setuju, pada masa itu kami semua berkumpul di ruang tamu.

"Ayahanda..... Larangan itu tak pernah wujud.... Ia hanya dongeng..." Bantahnya apabila ayahanda mengait tentang larangan.

Dia mengetap gigi, dan menggenggam erat tangan perempuan itu. "Krrrghh...." Aku menggenggam buku lima. "Kau tak takut ke?! Sumpahan itu..... Kau anggap dongeng selama ini?!" Soalku dengan nada keras.

"Jadi apa?! Aku akan mulakan hidup baru! Sebagai MANUSIA!!" Kenyataannya memeranjatkan kami, ayahanda terus menampar dengan kuat mukanya. Mereka terkejut, tidak pada aku. Aku puas melihatnya.

"Kau tahu tak apa yang kau cuba cakapkan ini?! Jangan malukan nama keluarga kita!" Ujar ayahanda dengan marah sambil mencengkam kolar bajunya. Dia mengetap gigi, tanpa di sangka dia menolak kasar ayahanda.

"Don't block me!!" Dia bertindak di luar kawalan membunuh kesemua ahli keluarga kami, darah yang masih segar menitis ke tanah dari belatinya. Aku melutut keseorangan di tengah ruang tamu itu. Kenapa?

Dia terus berpaling dan ingin meninggalkan istana ini. "Kenapa?" Soalku lalu langkahnya terhenti. "Kenapa kau tak bunuh aku? Kenapa kau tak bunuh aku terus?!!" Jeritku padanya, air mataku bergenang dan mataku berubah merah.

Dia hanya menjeling padaku sekilas. "Untuk..... Beri peluang pada kau hidup bebas..." ujarnya sebelum menghilangkan diri. Aku menggenggam penumbuk dengan gigilan.

Apa maksud dia dengan 'hidup bebas ' ha? Dia mahu kata selama ini aku hidup kasihan? Aku mengetap gigi, air mata yang ditahan mula gugur.

"AAARGGH!!! AKU BERSUMPAH AKU AKAN HANCURKAN KETURUNAN KAU AKATSU ZENYOSHI OKUZAMI!!!"

Jeritku sekuat hati sambil menumbuk kuat lantai istana itu, kilat sambar-menyambar dengan kuat seolah menyokong tindakan aku.

"AAARGGH!!!!"

- - -

Aku mendecih saat teringat akan si tak guna tu! Walaupun dia sudah mati di tangan aku, jangan harap dendam aku akan terhampus! Heh! Anak kau dan kau sama saja!

"Aku akan pastikan tiada sesiapa yang akan terlepas!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience