Episode 4: Welcome To Academy

Fantasy Completed 3818

14 tahun kemudian,

Seorang remaja lelaki sedang berlatih pedang dengan tekun, mukanya dingin sedingin ais. Hud di kepalanya menutup sebahagian dari mukanya.

Tiba-tiba datang seekor serigala yang bersayap putih terbang dan mendarat di hadapannya, dia memerhatikan lelaki itu yang masih leka berlatih pedang seorang diri. Caranya kendalikan pedang itu nampak lembut namun padat dan berbahaya.

Serigala itu mengeluh, "hei Leon.... sudah-sudahlah aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Ujarnya sambil merenung lelaki itu.

Dia mengeluh berat dan menjeling ke arahnya, "cepatlah!" Dingin sahaja suaranya dia terus pergi ke pondok tidak jauh dari situ meninggalkan dia seorang diri. Serigala itu memandang sayu padanya sebelum mengikut dari belakang.

Moon's POV

Aku mengeluh sejak kejadian 7 tahun lepas dia terus berubah menjadi dingin dan pendiam. Aku rindukan dirinya yang dulu, sentiasa ceria dan bergelak ketawa bersama tapi sekarang ia sudah lenyap dalam sekelip mata.

Aku merenung dia yang sedang minum air, dia menjeling ke arah aku sekilas sebelum merenung aku semula. "Yang kau tenung aku macam tu dah kenapa? Tadi cakap ada hal, kalau tak ada aku nak sambung berlatih pedang."

Katanya dengan nada dingin, aku mengeluh panjang. "Leon..... Aku rasa kita perlu ke akademi, lagipun di sana mungkin kau boleh belajar lebih mendalam bahagian pedang." Ujar aku menyatakan hasyrat padanya, hari ini adalah hari pendaftaran ke akademi itu.

Sebab itu aku buat keputusan untuk membawa nya ke akademi, bercampur gaul dengan orang lain walaupun aku tahu kemungkinan besar ada yang masih ingat padanya walaupun sudah 14 tahun berlalu, dan penampilannya berubah.

Dia membuntangkan matanya seraya memeluk tubuh dan menggeleng kepalanya. "Gila ke apa? Dari mana datangnya idea gila kau ni? Ke ada orang menyamar jadi kau sekarang ni?"

Soalnya yang jelas tidak mahu ke sana, "come on Leon.... Benda dah lepas orang pun mungkin dah tak ingat lagi." Ujarku padanya, dia menunduk. Dia berkata sesuatu dengan nada yang sangat perlahan namun aku masih boleh mendengar suaranya.

"Aku tak nak......membunuh lagi..."

Aku terdiam jelas kejadian 7 tahun lepas masih menghantui dia walaupun sudah 7 tahun berlalu, tapi aku dah tekad setuju atau tidak aku akan heret dia. Baru sahaja dia ingin menyambung latihannya aku sudah memunculkan sayap aku.

Tentang sayap ini ia muncul beberapa tahun lepas, aku terus mengheret dia dan letakkan dia di atas badan aku. Aku terus terbang ke langit sebab risau dia sempat lompat turun dari aku.

"Moon! A-apa ni!!" Jeritnya dengan muka memucat. Hahaha!!! Rupanya gayat dia bila terbang sampai sekarang tak hilang-hilang. Hahaha!!!

End POV

- - -

Sebaik sahaja sampai di akademi Moon mendarat ke tanah, serentak dengan itu Leon turun dari badannya dan mengeluarkan sedikit pedangnya. Moon yang melihat Leon mula berpeluh kerana melihat Leon tersenyum ngeri bersama aura gelapnya.

"Moon......Dah berapa lama agaknya kau ni dah hidup.....?" Soalnya dengan suara yang mengerikan, Moon tertelan air liur dan tersengih.

Salah dia juga terus heret Leon begitu sahaja. Dia mengeluh berat dan menyimpan pedangnya semula, dia memerhatikan sekelilingnya. Sebaik sahaja Leon kembali menyimpan pedangnya, Moon menarik nafas lega.

'Fuh! Baiklah lain kali aku tak nak buat lagi, kalau tak menempah kubur sahaja lah jawabnya.' Bisik hatinya, dia turut memerhatikan sekelilingnya.

Ramai yang datang ke akademi itu, ada yang terbang menggunakan magis, ada yang guna teleport, berlari dan tak kurang juga guna jet. Mereka berdua mengikut yang lain ke dewan. Sepanjang perjalanan mereka perasan ramai yang memerhatikan mereka.

Leon menarik hudnya sehingga menutup mukanya, Moon hanya buat tidak tahu sahaja walaupun ia membuatkan dia rasa tidak selesa dipandang begitu.

Di balik pokok besar tanpa mereka sedar seorang lelaki memerhatikan mereka dari atas pokok itu. "So? It's been 14 years ha? Time to make my first missions." Ujarnya seorang diri. "Hei! Don't play around, bila-bila masa sahaja 'dia' akan kembali."

Tegur satu suara kepadanya, "tch! Aku tahulah kau ni aku yang buat misi ini." Katanya seraya menjulingkan matanya ke atas, dia turun dari pokok itu dan turut sama berkumpul bersama yang lain.

- - -

"Selamat datang ke akademi saya ucapkan, sebelum itu nama saya Hiroki ketua kumpulan E.H.A. Tentu semua tertanya-tanya apa maksud E.H.A? Ia bermaksud, (Emergency Helper of Academy). Apa peranan kumpulan ini ditubuhkan?

Ia ditubuhkan untuk melindungi akademi ini dari ancaman luar, seperti haiwan buas, demon dan sabotaj dari sekolah lain." Terangnya kepada pelajar-pelajar baru itu, mereka semua mendengar dengan tekun dan teliti.

Sesekali mereka berbisik-bisik apabila mendengar ayat terakhir nya. Leon hanya mendiamkan diri dan mendengar kata-katanya dengan tekun. Moon juga begitu.

Leon menyadari dia sedang diperhatikan, dia menjeling ke sebelah kirinya, seorang lelaki berkerudung hitam dan berambut putih sedang memerhatikan nya dalam diam. Tidak lama kemudian dia menegur Leon.

"Hei, nama aku Kyle. Apa nama kau?" Soalnya sambil menghulurkan tangannya kepada Leon, dia memerhati lama huluran tangannya sebelum dengan ragu-ragu dia menyambut tangannya.

"Nama aku Leon," jawabnya dengan nada dingin, Moon turut melihat ke arah mereka. Moon memandang Leon dengan pandangan tidak puas hati. "Leon, dia kan tanya baik-baik itu. Bila kau nak ubah sikap dingin kau tu?"

Leon memandang Moon dengan pandangan tajam yang membawa maksud, 'suka hati akulah sibuk apahal?!'

Kyle sedikit tersentak namun sempat dikawal riaknya, dia baru perasan di leher serigala itu mempunyai rantai crystal berwarna merah, di bahu kirinya juga terdapat lambang bintang.

'Dia pun pemegang kuasa guardian?' Soalnya di dalam hati, 'ya. Salah seorang daripada kita asalnya adalah serigala, jadi kita dah jumpa dua sekali gus.' Jelas satu suara, dalam diam Kyle mengangguk faham.

"Nama aku Moon, harap kau tak ambil hati dengan Leon ini." Ujarnya kepada Kyle membuatkan dia tersentak, Moon tergelak kecil.

"Aku tahu manusia lain dapat mendengar suara aku, jadi janganlah terkejut kalau aku tegur kau sekali pun." Jelas Moon, Kyle mengangguk faham.

'Rupanya dia tahu kebolehan dia, tapi masanya belum tiba untuk dedahkan hal sebenar.' Fikirnya.
Mereka kembali fokus kepada Hiroki.

"Baiklah di akademi ini setiap orang akan menjalani misi, kamu boleh pilih sama ada mahu buat misi itu secara solo atau berkumpulan. Kalau kamu pilih berkumpulan ada limit nya, kamu hanya boleh disertai 8 orang ahli sahaja.

Semakin banyak misi yang kamu buat, semakin sukar misi itu. Setiap misi yang kamu berjaya selesaikan akan dapat reward mengikut misinya, reward itu tidak menentu. Tetapi sangat membantu untuk kamu. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke akademi para pelajar junior!"

Serentak dengan itu bunga api meletus di udara, mereka terkejut namun berasa teruja melihat bunga api yang berwarna-warni itu. Mereka memandang dengan rasa gembira dan teruja.

Namun Leon hanya memandang kosong, emosinya bagaikan hilang. Kyle sedar akan hal itu namun dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

'Leon..... Aku dapat rasakan 'dia' semakin kuat sekarang, dimensi itu semakin lemah. Kalau kita tak cepat kita akan hampuskan dunia ini nanti bila masanya sudah tiba.'

Kata satu suara yang hanya Leon sahaja mampu medengarnya, mukanya mula berubah serius sambil memandang langit yang membiru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience