Episode 3: Who Actually I'm?

Fantasy Completed 3818

5 Tahun Kemudian,

Seorang kanak-kanak lelaki berlari menyusuri hutan, nafasnya tercungap-cungap tetapi dia tidak memberhentikan lariannya.

"Cepat bunuh demon itu!!"

Jerit satu suara lelaki tidak jauh darinya, dia cemas kerana kini ramai yang mengejar dia bersama senjata-senjata tajam di tangan masing-masing. Dia melompat ke atas pokok dan memerhatikan mereka dari atas.

Nafasnya tidak teratur dan jelas kedengaran, "tu dia! Dia dekat atas pokok itu!!" Jeritnya lagi.

Baru sahaja mereka ingin maju tiba-tiba semua haiwan di dalam hutan itu keluar dan mengeram kepada mereka. Memperlihatkan beribu haiwan mulai keluar mereka terus berundur kerana risau nyawa mereka akan melayang kalau terusan berada di dalam hutan itu.

Dia menarik nafas lega seraya menyandarkan badannya kepada pokok itu. Sebaik sahaja mereka berundur haiwan-haiwan itu kembali ke rumah mereka.

"Nampaknya sekali lagi mereka ingin membunuh kau Leon." Kata satu suara tanpa jasad namun dia tidak terkejut sebaliknya mendesah.

"Siapa aku sebenarnya? Sampai diorang membenci aku dan memanggil aku demon?" Soalnya seolah inginkan alasan yang munasabah.

Dia tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar. Betulkah apa yang mereka cakap yang dia sebenarnya demon? Atau itu adalah tuduhan melulu mereka kerana dia tidak tahu siapa ibu bapanya dan asal-usul nya?

"Leon..... Kau kena ingat kau kena teruskan hidup, apa guna kami besarkan kau dari kecil kalau kau mudah berputus asa? Come on! Kau mahu cari identiti sebenar kau kan? Tabahkan diri kau dan kuatkan fizikal serta mental kau."

Sokongnya membuatkan dia tersenyum, dia menggenggam loket crystal yang berwarna biru itu dan mendongak melihat langit.

"Ya. Betul, aku perlu teruskan hidup." Jawabnya dengan suara yang perlahan, angin bertiup dengan lembut menerbangkan daun-daun yang gugur.

Sedang dia menikmati angin yang bertiup lembut itu tiba-tiba dia membuka matanya dan matanya menjadi tajam. Dia terus lompat ke tanah. Serentak dengan itu letupan berlaku.

BBBOOMM!!!

"Aaarggh!!!" Leon mengerang kesakitan, dia menekup telinganya yang berdesing nyaring, kepalanya berdenyut dengan kuat.

'Leon tolong kami!'
'Aaargghh!!!'
'T-tolong....'

Suara mereka jelas bergema di gegendang telinganya, hanya dia sahaja yang mampu mendengar suara mereka. Tidak bagi orang lain.

Matanya yang asal berwarna hijau berubah merah tanpa dia sedar. Sekejap warna hijau kemudian merah dan hijau kembali.

Dia memegang kepalanya yang berdesing nyaring, "hah! Untunglah kita hari ini dapat buruan lumayan." Kata satu suara garau disambut dengan gelak ketawa sinis yang lain.

Mereka tidak perasan Leon berada di situ kerana dia bersembunyi di balik semak.

'Leon kita mesti gabung kuasa kita,' ujar satu suara kepadanya. Dia menggeleng kepala, "tidak aku tak nak gunakan 'ia' . Aku..... Aku..boleh lawan mereka seorang diri."

Jawabnya dengan nekad, bagi orang lain mereka akan menganggap dia gila kerana bercakap seorang diri. Namun.... Mereka tidak tahu 'ia' sebenarnya di balik bayang dia.

'Dia' terdiam seketika sebelum membalas, 'suka hati kau lah. Jangan salahkan aku kalau kita cedera dengan teruk nanti.' Balasnya sebelum suaranya hilang tidak kedengaran lagi.

Leon menghela nafas panjang dan mencari kekuatan nya semula, dia melihat sekumpulan lelaki sedang mengelilingi seekor haiwan. Kesemua jomlah mereka dapat dihitung 10 orang.

Matanya mengecil apabila mendapati seekor anak serigala cedera dengan parah, bulunya yang putih dilumuri darah.

"Untunglah kita malam ni!"

"Memang pun, nampaknya hutan ini banyak hasil!"

"Kita akan jadi jutawan. Hahaha!!"

"Kita jual sahaja hutan ini, lagi senang. Tak payah nak kumpul-kumpul hasil hutan ini."

Amarah mula menguasai dirinya saat mereka ingin menjual hutan itu. 'Jual?! Aku tak akan benarkan sesiapa jual hutan ini! Langkah mayat aku dulu!!'

Matanya terus berubah warna campuran merah dan hijau, loketnya bercahaya hijau dan terdapat beberapa tompokan hitam pada loket itu. Apabila marah mula menguasai dia tidak dapat berfikir dengan panjang.

"Mari kita.... BUNUH mereka!"

Katanya bersama 'dia' secara serentak. Angin mula bertiup dengan kencang, serentak dengan itu cuaca berubah mendung dan kilat sambar-menyambar di dada langit.

Mereka tergamam kerana cuaca berubah secara mendadak, "apa yang-"

Kata-katanya terputus apabila Leon memunculkan diri, mata mereka terbeliak memandang nya. Rambutnya yang berwarna biru, separuh daripadanya berubah hitam. Dia memandang mereka dengan tajam, dapat di lihat dengan jelas matanya mula muncul simbol gabungan bulan dan bintang.

Suara-suara tumbuhan mahupun haiwan tidak diendahkan nya.

"Itu-"

Belum sempat ayatnya dihabiskan Leon hilang dari pandangan, mereka mula cemas. "Darkness slash." Suaranya kedengaran belum sempat mereka mahu mengelak mahupun melarikan diri.

Mereka diserang sesuatu yang tidak dapat di lihat mata kasar, badan mereka dilumuri darah dan akhirnya mereka tumbang menyembah tanah. Mata mereka terbeliak ke atas, darah memercik di merata tempat.

Leon muncul di belakang mereka yang tinggal jasad, dia memandang mereka dengan pandangan kosong. Tanpa dia sedar dia mengukir senyuman sinis.

Seakan sedar akan sesuatu dia memegang kepalanya dan menggeleng kepala lalu dia jatuh melutut. Dia tercungap-cungap, rambut dan matanya kembali ke asal, begitu juga dengan cuaca yang mendung tadi.

Dia melihat sekelilingnya, dia tergamam dan badannya mengigil apabila melihat 10 jasad kaku terbaring tidak jauh dari situ. Tidak lama kemudian, badan mereka bercahaya dan hilang dari pandangan.

Matanya turut mengigil, "a..-aku.... ke....y-yang.... b-bunuh.... m-mereka....?" Soalnya dengan suara tersekat-sekat walaupun jasad mereka sudah hilang namun bayangan mereka masih jelas di pandangan matanya.

'Hei Leon! Dengar sini ini bukan salah kau pun. Mereka yang melampau! Mereka memang patut dibunuh tahu?!'

Kata 'nya' dengan emosi, "t-tapi! A....-aku bunuh mereka...." Balasnya masih ketakutan.

'Dia' mengeluh berat, 'hei aku rasa lebih baik kau selamatkan serigala itu. Aku rasa dia masih hidup, pergi tolong serigala tu cepat!' Arahnya kepada Leon.

Dia tercari-cari kelibat serigala itu dan merawatnya, tumbuhan-tumbuhan dan haiwan di situ hanya mendiamkan diri kerana mereka tahu dia perlukan masa setelah apa yang berlaku tadi.

- - -

Malam menjelma, bulan mengambang penuh menghiasi langit bersama kerlipan bintang yang mengeluarkan cahaya. Leon bersandar di dahan pokok itu sambil merenung bulan itu.

Dia menghela nafas dan sehelai daun gugur di hadapannya dia menyambut daun itu dan meletakkan daun itu di mulutnya. Matanya dipejam, jarinya di susun di atas daun itu.

Sekali lagi dia menghela nafas panjang sebelum meniup daun itu dengan tenang, ia mengeluarkan melodi yang tenang dan damai. Bersama angin yang bertiup lembut menerbangkan daun-daun yang berguguran.

Melodi itu dapat didengari dengan jelas di seluruh pelosok hutan itu, haiwan mahupun tumbuhan mereka menghayati melodi itu.

Serigala yang dirawat nya tadi perlahan-lahan membuka matanya, dia melihat di kiri dan kanannya dia sedang terbaring di atas tumbuhan. Dia melihat badannya sudah berbalut, dia terpegun apabila mendengar melodi itu.

Dia bangun perlahan-lahan dan menjengah ke luar di atas dahan pokok tidak jauh dari situ kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memainkan melodi itu dengan mata terpejam.

'Mungkin..... Dia yang selamatkan aku dari manusia tak berhati perut itu. Aku patut berterima kasih padanya.' Detik hatinya.

Perlahan-lahan dia melangkah ke arahnya, bunyi rantai berloket crystal warna merah di lehernya menyebabkan Leon menghentikan melodinya. Haiwan-haiwan di dalam hutan itu terpinga-pinga apabila Leon menghentikan melodinya. Kerana kebiasaannya dia akan berhenti ketika matahari hampir terbit. Dia jarang bermain melodi itu. Dia hanya bermain melodi itu setiap kali bulan mengambang penuh.

Baginya pada masa itulah yang paling sesuai. Leon memandang serigala itu dan dia gugup dan berasa sedikit gelisah apabila Leon menyadari dia mendekatinya. Dia memberikan senyuman nya dan serigala itu tersentak tetapi kegelisahan dia berkurangan.

"Kamu sudah bangun? Baguslah, sehari suntuk kamu tidak sedarkan diri. Lagipun kamu cedera dengan teruk dan nyawa-nyawa ikan tadi, tak sangka kamu boleh bangun dalam masa sesingkat ini." Ujar Leon menyatakan kekagumannya.

Dia mengusap kepala serigala itu dengan lembut namun matanya tidak lepas merenung bulan itu. Serigala itu terkejut apabila dia mengusap kepalanya namun dia tidak melawan dan ketakutan nya hilang begitu sahaja. Dia mula berasa sayang akan Leon.

"Terima kasih sebab..... selamatkan aku tadi, kalau tidak mesti nyawa aku melayang tadi." Ujar serigala itu menyatakan kata-kata yang sering bermain di minda nya.

"Sama-sama." Satu perkataan itu sudah cukup membuatkan dia tergamam, "kau boleh faham apa yang aku cakap?" Soalnya masih dalam keadaan terkejut.

Leon memandang nya dan tersenyum, "sudah tentu." Jawabnya ringkas. Dia memandang Leon dengan pandangan tidak percaya dan mengundang gelak darinya. Dia geli hati melihat serigala itu membulat matanya.

"Walau apa-apa pun nama aku Leon, apa nama kamu?" Soalnya dan serigala itu menunduk kepalanya lalu menggeleng kepala. Leon tersentak namun tidak lama dia memikirkan nama yang sesuai dengannya.

"Hei! Jangan risau lagi, mulai sekarang nama kamu Moon. Setuju?" Cadang nya, serigala itu berkira-kira ingin menerima atau tidak cadangan nya.

"Kenapa?" Soalnya inginkan sebab menamakan dia dengan nama itu.

"Sebab bulu kamu berwarna putih, serigala yang berbulu putih sangat jarang dan sukar ditemui. Disebabkan itu kamu diburu tadi, dan malam ini adalah bulan mengambang penuh. Kesemua puak Wolves akan menjadi kebal dan tubuh mereka akan pulih dengan cepat walaupun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Walaupun serigala bukan dari puak Wolves tapi itu adalah keistimewaan dan kelebihan seekor serigala. Mereka juga akan menjadi kebal."

Terang Leon panjang lebar, serigala itu mendengar dengan rasa kagum kepadanya. Kerana kebiasaannya kanak-kanak sebayanya tidak akan tahu apa-apa, namun dia berbeza. Pengetahuan nya tentang dunia luar sangat luas.

Akhirnya serigala itu mengangguk setuju, dan Leon tersenyum puas. "Hei.... Leon." Panggilnya.

Dia hanya memandang sekilas dan kembali merenung bulan itu, "aku rasa mulai sekarang aku nak bersama kau." Ujarnya menyatakan hasyrat nya. Leon berasa pelik dengan permintaan nya dan merenung dia tepat ke matanya.

"Sebab?"

"Sebab kau..... Dah selamatkan aku sekali gus beri aku nama. Kau.... tak kisah kan?" Soalnya ingin kepastian dia tidak mahu memaksa Leon kalau dia tidak bersetuju.

Lama dia berdiam diri kemudian dia bersetuju dengannya, serigala itu tersenyum puas dan duduk di sebelahnya. Dia ingin mengenal Leon dengan lebih lama lagi dan hadapi susah senang bersama. Tanpa dia sedar dalam diam Leon tersenyum.

- - -

Seorang kanak-kanak lelaki sedang berlatih pedang kayu bersama seorang lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki itu bersusah payah cuba menjatuhkan lelaki dewasa itu. Namun dia lebih handal sebaik sahaja kanak-kanak lelaki itu menyerang dari arah belakang dia mengelak ke kiri dan menujah kaki kanannya ke depan.

Kanak-kanak lelaki itu terjatuh, dia mencebik dan memandang lelaki dewasa itu dengan tidak puas hati. "Apa ni ayah! Ayah main tipu!"

Kata kanak-kanak lelaki itu seraya mengembungkan pipinya, lelaki dewasa itu tergelak dan melutut. Dia mengusap kepala anaknya dengan kasih sayang.

"Kyle musuh, mereka akan lakukan apa sahaja untuk jatuhkan kita. Sebab itu kamu perlu perhatikan gerak geri musuh kita barulah kita menyerang mereka dengan strategi yang dibina." Terang lelaki itu, Kyle mendengar dengan teliti.

Kemudian dia mengangguk faham, betul kalau musuh mereka akan lakukan apa sahaja asalkan seseorang itu tumpas. Lelaki dewasa itu tersenyum puas baginya Kyle mudah memahami suatu perkara dan senang diajar.

"Abang! Kyle! Sudah-sudahlah tu berlatih. Meh sini sarapan." Panggil seorang wanita di dalam sebuah rumah, dia keluar sambil mencekak pinggang melihat suami dan anaknya. Dia hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat telatah mereka.

Kyle dan ayahnya segera mendapatkan wanita itu, Kyle tersengih, "mak hari ini ada buat kuih kacang tak? Hehehe..."

Wanita itu hanya mampu menggeleng melihat anaknya dari kecil suka makan kuih itu. "Tu ha dekat atas meja, makan lah sampai nak muntah." Kata wanita itu seraya menunding jari ke dapur. Kyle terus berkejar ke dapur.

Mereka berdua terus menggeleng kepala sambil tersenyum, "hai.... sama je macam awak masa kecik. Pantang nampak kuih itu je mesti nak rembat tak kisah siapa punya sekali pun."

Komen lelaki itu, wanita itu muka memerah padam dan menumbuk lembut lengan lelaki itu. Dia hanya tergelak sahaja melihat reaksi isterinya, mereka berjalan menuju ke dapur. Seperti yang dijangka tinggal berapa biji sahaja kuih itu.

"Dah puas?" Soal wanita itu, Kyle memandangnya kemudian dia menggeleng. "Mana cukup! Mak ni... dah lupa ke naga penyibuk ini pun hantu juga makan kuih ni?"

Katanya dengan suara tidak puas hati, dia memeluk tubuh memandang tajam seekor naga putih sedang makan kuih itu dengan lahapnya. Lelaki dewasa itu menutup mulutnya menahan ketawanya dari meletus.

'Hei budak! Kau siapa nak panggil aku penyibuk? Aku ni naga tahu?' Marah naga itu namun hanya Kyle sahaja mampu mendengar suaranya.

"Ceh! Naga konon ingat aku takut ke? Kalau kau naga sekali pun nak saja aku potong-potong kau punya kaki, badan, mulut, dengan perut kau sekali!" Kata Kyle dengan geram.

Mereka berdua yang melihat Kyle dan naga itu bergaduh hanya mampu ketawa sahaja. Walaupun mereka tidak dapat mendengar suara naga itu namun mereka masih dapat melihat telatah mereka.

Naga itu terbang ke atas sebaik sahaja dia habis makan kuih itu, "kau?!"

Kyle mula mengejar naga itu dengan muka merah padam menahan marah. "Kau habiskan kuih tu?! Sini kau naga tak guna!!" Jerit Kyle seraya mengejar naga itu, naga itu hanya menjelirkan lidah nya dan terbang lebih tinggi ke atas namun masih berada di dalam rumah.

Tiba-tiba naga yang seronok mengenakan Kyle itu jatuh ke bawah, mujur wanita itu sempat menyambut naga itu. Kyle turut sama jatuh melutut, lelaki dewasa itu sempat menyambut tubuhnya. Mereka berdua cemas melihat keadaan mereka yang berubah mendadak. Mereka perasan langit di luar agak mendung bersama kilat sambar-menyambar.

Mata mereka masih terbuka namun nafas mereka tercungap-cungap seakan kekurangan udara, mereka berdua cemas melihat mereka.

Tiba-tiba seorang wanita tua datang mendekati mereka dengan pantas, "nenek!" Ujar wanita itu sebaik ternampak kelibat nya.

Wanita itu mendapatkan Kyle dan naga itu mereka berdua di baringkan di atas lantai bersebelahan. Nafas mereka tercungap-cungap dan mata mereka mengecil.

"Nek kenapa ni? Tiba-tiba sahaja." Soal lelaki dewasa itu kerana risau melihat keadaan mereka. Wanita itu menggeleng kepalanya, tidak lama kemudian muncul seutas gelang yang mempunyai tujuh crystal di genggaman Kyle.

Mereka tergamam kerana satu daripadanya crystal yang berwarna biru berubah hijau dan terdapat tompokan hitam. "Apa maksud semua ini nek?" Soalnya masih tidak faham.

Wanita tua itu mengeluh berat, dan dengan rasa berat hati dia menyatakan mengapa crystal itu berubah.

"Orang yang memegang crystal biru itu merupakan dark and light user."

Mereka tergamam, "tapi- macam mana?" Wanita tua itu menggeleng kepala tanda tidak pasti.

"Yang pasti ada yang melanggar pantang larang dunia bahawa manusia tidak boleh berkahwin dengan demon." Kata wanita tua itu dengan serius. Mereka sekali lagi tergamam.

Tidak lama kemudian, cuaca kembali normal, crystal yang berubah warna hijau tadi kembali ke warna biru. Kyle terus mendakap tubuh lelaki dewasa itu dengan badannya yang mengigil-gigil seakan melihat sesuatu yang mengerikan.

Begitu juga dengan naga itu. "A..-ayah.... Kyle.... ta-takut..." katanya dengan suara tersekat-sekat. Mereka memujuk Kyle dan naga itu dan menyuruh mereka tidur sahaja di dalam bilik.

Mereka tidur dengan nyenyak namun sesekali mereka akan meracau-racau di dalam tidur, mereka berdua memandang anaknya dengan pandangan sayu. Mereka memandang wanita tua itu inginkan penjelasan.

Mahu atau tidak wanita tua itu menceritakan apa yang dia tahu. "Kyle perlu mencari mereka semua secepat mungkin. Bila-bila masa sahaja 'dia' akan keluar dan nenek dapat rasakan dia semakin kuat sekarang." Terang wanita tua itu, mereka mengangguk kepala tanda faham.

Mulai sekarang mereka perlu sentiasa was-was dan menjaga setiap langkah yang diambil. Selangkah salah langkah mereka semua akan terjatuh dari tangga yang dibina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience