Episode 5: The Black Organizer Makes Move

Fantasy Completed 3818

Di tempat yang sunyi lagi sepi, kelihatan seorang lelaki yang berkerudung hitam sedang menuju ke istana yang agak usang dan lama. Kilat sambar-menyambar di dada langit membuatkan istana itu nampak mengerikan.

Namun tidak bagi lelaki itu, dia melangkah masuk ke dalam istana itu dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan beberapa orang lelaki dan perempuan turut sama berada di situ.

Di hadapan mereka seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi dan menghadap ke tingkap, dia memandang kosong ke luar tingkap itu.

"Yoshiko seperti yang dijangka mereka semua berada di akademi yang sama, jadi apa misi seterusnya?" Lapor lelaki itu kepadanya.

Dia tersenyum sinis, "perhatikan mereka, lebih baik lagi kau berkawan rapat dengan mereka nanti." Arahnya, yang lain turut sama tersenyum sinis.

"Bagaimana dengan kami? Apa tugasan kami?" Soal seorang perempuan, yang berambut panjang dan berwarna hitam-biru.

"Yang lain, macam biasa kumpulkan 'tentera' dan cari titik untuk menghampuskan dimensi itu."

"Baik." Ujar mereka serentak sambil menundukkan kepala sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Lelaki itu ketawa dengan sinis, "ingat pewaris Zenyoshi kau akan jatuh ke dalam genggaman aku! Hahahaha!!!" Gelaknya seraya menggenggam bebola crystal yang berwarna biru itu sehingga pecah.

- - -

Pada masa yang sama, Leon, Kyle, Moon dan dua orang lelaki yang lain menuju ke bilik yang sama. Kebetulan mereka berjumpa semua adalah rakan sebilik, seorang memperkenalkan dirinya Reiz, seorang lagi bernama Key.

Mereka berbual-bual sambil berjalan, namun seperti biasa Leon akan mengasingkan dirinya dari orang lain. Mereka tiba di pintu bilik mereka baru sahaja dia ingin melangkah masuk langkahnya terhenti.

Telinganya berdesing dan dia dapat mendengar dengan jelas suaranya. 'Ingat pewaris Zenyoshi kau akan jatuh ke dalam genggaman aku! Hahahaha!!!'

Kepalanya berdenyut dengan kuat membuatkan dia jatuh tersungkur, mujur Moon sempat menyambut dia. Mereka tergamam dan segera mendapatkan dia. Matanya mengecil dan perlahan-lahan matanya tertutup namun dia masih dapat mendengar suara cemas mereka.

"Leon? Leon?!" Panggil Kyle sambil mengoyangkan badannya, "bawa dia ke katil dulu." Arah Kyle mereka terus membawa Leon ke katil.

"Leon? Janganlah risaukan aku. Leon?!" Panggil Moon dengan cemas, Reiz mendekati Leon dan mencari nadinya. Mereka memandang Reiz inginkan kepastian, dia hanya menggeleng.

"Aku sendiri pun tak tahu kenapa, aku sendiri tak tahu apa puncanya ia berlaku secara tiba-tiba. Moon kau dah lama berkawan dengan Leon kan? Mesti kau tahu sesuatu," mereka semua serentak memandang ke arahnya. Moon tersentak.

'Apa?! Tidak! Walau apa-apa pun aku tak akan ceritakan 'ia'. Tapi..... tak mungkinlah ini kesan dari 'kuasa' itu.'

Kata-kata Moon menarik perhatian Kyle yang dalam diam membaca fikirannya, 'apa maksud dia dengan kisah lalu 'itu'? Dan 'kuasa' apa yang dia cuba ka-? Jangan-jangan....-'

Kyle memandang ke arah Leon, mukanya kelihatan mula pucat dan dia perasan crystal nya berubah warna merah namun hanya dalam masa sesaat sahaja. Dia terkejut.

Mereka semua menunggu jawapan Moon namun hampa, dia masih takut mahu mengungkit kisah 7 tahun lepas itu. Baginya biarlah masa yang menentukan bila rahsia itu terbongkar, dia sudah berjanji tidak akan beritahu sesiapa tentang hal itu.

- - -
Leon's POV

(Di suatu dimensi)

'Apa yang? Aku dekat mana ni?' Soal aku dalam hati seorang diri, aku sedang terbaring di atas rumput bersama sinaran matahari yang menyilaukan pandangan aku.

Aku menghalang cahaya itu menggunakan lengan aku, perlahan-lahan aku bangkit dari pembaringan. Argh.... Aku dekat mana ini? Seluruh badan aku berasa lenguh dan segal-segal.

"Hoi Leon aku rasa kita dah terperangkap dalam dimensi ini." Kata satu suara yang pasti memang aku kenal, aku menoleh ke sebelah kanan. Yup! There is he.

Seorang lelaki yang mukanya hampir seiras dengan aku sedang memerhatikan sekeliling, bezanya warna rambut dan iris matanya sahaja. Warna rambutnya hitam, iris matanya warna merah.

"Abang pun termasuk dalam 'perangkap' ini?" Soal aku, dia merenung aku, apa salah ke soalan aku?

"Yalah, kalau kau dah terperangkap automatik aku pun terperangkap sama." Ujarnya sebelum memanjat pokok yang tidak jauh dari sini.

Aku turut mengikut gerak-gerinya. "Tapi macam ma-"

Baru sahaja aku ingin bertanya tiba-tiba kepala aku berdesing nyaring seolah ada sesuatu yang masuk di dalam minda aku. "Aaarggh!!!"

Aku menggenggam kepala aku dan terjatuh dari pokok, "Leon!!"

Nasib aku baik dia sempat menyambut aku, dia baringkan aku ke bawah dan memanggil-manggil aku tapi ianya sayup-sayup. Mata aku mengecil dan aku seolah berada di tempat lain.

Di sekeliling aku kesemua rumah-rumah musnah dijilat api, mayat bergelimpangan di sana sini. Jeritan ketakutan dan kesakitan jelas kedengaran, mereka seolah sedang melarikan diri dari sesuatu yang menakutkan.

Apa yang sedang berlaku ini? Mana abang aku? Dari jauh dia dapat melihat seseorang sedang membunuh mereka tanpa belas kasihan, aura gelapnya jelas terasa. Apa? Aura ini- Tak mungkin! Macam mana....Aku boleh-?

Pedangnya juga mengeluarkan aura yang menakutkan, badan dan mata aku mengigil. Yang pasti tubuh aku langsung tidak boleh bergerak walau seinci. Aku melihat dia sedang memandang sayu kepada sekujur tubuh kaku tidak jauh dari situ.

Ianya seorang lelaki dan.... dan..... dia.... dia.... Razor!! Aku dapat melihat dia mengalirkan air matanya, air mata aku juga turut tumpah melihat dia yang dilumuri darah. Dia mengetap gigi dan membunuh orang di sekelilingnya tanpa ada belas kasihan lagi.

Kenapa? Macam mana aku boleh berada di sini?! Aku tak mahu mengingat kembali semua ini!!

Mata aku berubah merah, dan aku menyerang dia tanpa aku sedar. "Leon! Kau dah kenapa?! Sedarkan diri kau sekarang!!" Jeritnya namun ianya sayup-sayup dan hanya satu perkataan sahaja yang aku tahu sekarang.

BUNUH!!!

End POV

Dia terkejut kerana secara tiba-tiba Leon bangun dan menyerang dia seakan marah akan sesuatu, kemudian dia baru sedar. "Tentu dia termasuk dalam memori silam tu, hai... aku tak ada pilihan."

Katanya seorang diri, sambil dia mengelak dia membaca satu mentera kuno dan meletakkan tapak tangannya di atas kepalanya. Sebaik dia habis membaca mentera itu, muncul lambang bulan di tapak tangannya dan bercahaya merah.

Beberapa saat kemudian, tubuhnya mula longlai dan rebah tidak sedarkan diri, dia menangkap tubuhnya dan meletakkan dia di tempat yang dirasakannya selamat.

Dia mengeluh, 'nampaknya memori silam dia masih menghantui. Aku tak boleh paksa dia, dia perlukan masa.' Detik hatinya dan duduk di sebelahnya.

- - -

Moon masih diasak oleh mereka namun dia berdiam diri dan buat tidak tahu sahaja, mereka mengeluh. Kyle hanya mendiamkan diri dan memerhatikan keadaan Leon yang semakin pucat mukanya.

'Jadi seperti yang dikatakan oleh ayah ada yang merupakan dark dan light user, maknanya Leon adalah pengguna itu? Tapi kenapa dia dan Moon seolah berkait rapat tentang kehancuran bandar Quastaria? Apa yang berlaku sebenarnya?'

Di dalam minda nya di penuhi dengan soalan-soalan yang pasti sukar ditafsir dan dijawab.

- - -

Leon membuka matanya perlahan-lahan, "baguslah kau dah sedar. Aku dah jumpa jalan keluar dari sini," katanya setelah menyadari dia mulai sedarkan diri.

Dia bangun perlahan-lahan dan memegang kepalanya yang terasa sakit, "apa?"

Dia memandang Leon dan membantu Leon bangun dari duduknya, "aku dah jumpa jalan keluar jom pergi dari sini." Ujarnya seraya menarik lengannya.

Leon tidak membantah dan hanya menurut sahaja. Tanpa mereka sedar seseorang memerhatikan mereka dalam diam, dia tersenyum sinis.

"Menarik. Korang boleh terlepas dari 'kurungan' ini? Hehehe..... Mari kita tengok kalau korang dapat terlepas dari 'ujian' lain pulak." Dia tergelak jahat, dan hilang di balik bayang.

- - -

Leon membuka matanya perlahan-lahan, dan dia dapat mendengar suara mereka seolah mendesak akan sesuatu. Moon yang kebetulan memerhatikan dia terus berlari anak mendekatinya.

"Leon!" Mereka tersentak dan mereka turut sama mendekatinya, Moon menggesel kepalanya ke lengan Leon. Dia hanya mengusap kepalanya sahaja, badannya berasa letih namun di diamkan sahaja akan hal itu.

"Kau okay?" Soal Kyle, dia hanya mampu mengangguk lemah. "Mungkin... Aku tak cukup tidur kot sebab tu jadi macam tu. Maaf susahkan korang." Dia meminta maaf namun nada dingin nya masih ada.

Dia tidak mahu beritahu perkara sebenar, lagipun biarlah ia menjadi rahsia. 'Dia dah mula bermain catur. Cis!' Bisik hatinya.

"Tak apa, lagipun kitorang risau tahu tengok kau tak bangun-bangun dari tadi." Kata Reiz sambil berpeluk tubuh, "maaf." Ujarnya sambil menggosok belakang lehernya.

Perasaan serba salah tetap tidak boleh lari darinya, kemudian dia tersedar sesuatu. '....?!'
'Mereka kawan dengan aku?' Soalnya di dalam hati dengan rasa tidak percaya. Namun riaknya di sembunyikan supaya mereka tidak sedar.

"Yang penting kau dah sedar. Apa kata kita makan dulu, dah nak malam ini." Cadang Key sambil meletakkan kedua-dua belah tangannya ke belakang kepala.

Mereka hanya mengangguk setuju dan menuju ke kantin. Selama dalam perjalanan itu fikiran Kyle dan Leon melayang dengan soalan dan rancangan misi rahsia mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience