#NEXT FIGHT

Fantasy Completed 3818

"Siapa kau? Kenapa muka kau macam...." Kata Moon sambil merenung seorang remaja lelaki yang turut merenung Moon. Di belakang remaja itu, seorang lagi remaja lelaki dan seorang lagi gadis elf. Mereka hanya mendiamkan diri.

Begitu juga dengan rakan Moon yang lain di belakangnya, mereka sekadar mendiamkan diri. "Aku..... Aku.... tak ingat siapa aku tapi sekarang ini, aku hanya tahu nama sebenar aku Razor." Katanya berterus-terang, mata Moon membesar saat mendengar namanya.

"Ra...-Razor? Kau masih hidup?!" Soalnya tergamam.

- - -

Musim sejuk tiba, salji menutupi dahan-dahan dan tumbuhan. Suhu sejuk jelas terasa. Dia berjalan seorang diri di kawasan hutan itu dengan baju sejuknya. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara kanak-kanak yang sedang menangis.

Dia terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak daripada demon, dia ingin mendekatinya namun dia ketakutan dan cuba terbang melarikan diri tetapi tidak berjaya kerana sayapnya patah.

Setelah berjaya meyakinkan kanak-kanak itu, dia cuba membawanya pulang dan merawat kanak-kanak itu. "Siapa nama kamu?" Soalnya.

"Na-nama.... sa-saya.... Leo..."

- - -

"Leon? Kau.... masih hidup?!" Soal Reiz tergamam begitu juga dengan yang lain, matanya yang hitam keseluruhan hanya merenung mereka dengan tajam.

Razor berjalan ke hadapan sehingga dia betul-betul berada di hadapannya. "Leon.... Macam mana kau boleh jadi macam ini?" Soalnya dengan pandangan sayu.

"Siapa kau?!" Soalnya dengan suara garau, "Leon.... Ini aku Razor..... Kawan lama kau...." Ujarnya sambil cuba mendekatinya, dia membesarkan matanya apabila mendengar namanya. Dia terus terbang ke atas.

"Bohong!! Dia... Dia..... dah mati!" Dia menyerang mereka tanpa ragu-ragu, dia menyeringai memandang ke arah mereka. "Leon!" Razor menghela nafas sambil mengelak serangannya.

"Leon! Kau dah janji, kau akan jadi....." badannya mengigil menahan tangis. "Leon! Kau dah janji akan lindungi aku! Kau anggap aku adik kandung sendiri! Dan aku anggap kau abang kandung sendiri! Kenapa kau boleh lupa semua janji itu?"

Iris matanya mengigil apabila dia tiba-tiba teringat akan janji mereka, ia sama seperti yang di katakannya. Matanya mula berubah menjadi biru, air matanya mengalir. "Ra-Razor?"

Namun ia hanya sementara, matanya berubah menjadi hitam semula. "Jangan harap kau akan terlepas!"

"Tolonglah..... Abang! Abang sedarlah!!"

- - -

Apakah yang berlaku sebenarnya?
Adakah benar Razor kawan rapat Moon dan Leon masih hidup?
Bagaimana Leon boleh kembali hidup?
Mengapa Leon menjadi musuh mereka kini?

Coming Soon In July 2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience