Episode 15: The War (iii) [End]

Fantasy Completed 3818

Sedutan episode lepas,

"Keputusan di tangan kau Ryuuraki, aku tahu kau masih menyimpan dendam dan hakikatnya kau tak mahu menolong manusia-manusia ini kan? Mari sertai aku Ryuuraki aku akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik berbanding kau ada sekarang." Ujar Knightmare masih tidak berputus asa, Leon menundukkan kepalanya.

'Memang betul, aku memang bencikan mereka..... Tapi....... apa yang aku perlu lakukan...?'

- - -
Episode 15: The War (iii) [End]

Leon kaku di situ, fikirannya berkecamuk. Dia menggenggam penumbuknya dan perlahan-lahan mendongak memandang ke arahnya yang masih menanti jawapannya. "Aku...-"

"Leon!" Secara tiba-tiba Ice muncul sambil memegang erat pedangnya ingin menetak Knightmare namun dia pantas mengelak. "Jangan kau berani apa-apakan dia!" Bentak Ice lalu berdiri di hadapan Leon.

"Ice?" Dia tergamam melihat naga jadian itu tiba-tiba muncul dihadapannya, Knightmare mendesah geram. "Leon...." Flora tiba-tiba muncul di belakangnya lalu menarik lengannya supaya berundur ke belakang.

Mata dan rambutnya berubah menjadi asal, "Flora?" Darah masih mengalir di mulutnya, Flora cemas melihat darah yang keluar dari mulutnya. "Leon awak cederakah? Bagi saya rawat awak!"

Ujar Flora cemas dan cuba menggunakan kuasa healing nya, tanpa dia sedar Leon tersenyum kelat sambil memandang Flora dengan sayu. Kemudian Kyle, Reiz dan Zen serentak muncul dan menyerang Knightmare yang sedang mengelak serangan Ice secara mengejut itu.

TTRRRINNG!!!

Tombak milik Kyle dan tombak Knightmare bertembung, masing-masing mengetap gigi. Mereka menolak antara satu sama lain sehingga mereka tercampak beberapa meter ke belakang, namun ia tidak terhenti di situ. Ice terus berubah menjadi naga dan cuba membekukan dia, tetapi tidak sempat kerana dia terus memetik jarinya.

Lalu naga miliknya, naga kegelapan, tiba-tiba muncul dan mengigit Ice dengan ganas. Serangannya terus terbatal.

GGGRROOOOOUUUUUGGGHHH!!!!
RRRROOOOUUUURRRRR!!!

Ngauman dua ekor naga itu jelas kedengaran sehingga dunia Crystal bergegar dengan hebat! Semua makhluk di dunia Crystal itu mengigil ketakutan, tidak kira puak jadian, manusia biasa mahupun yang mempunyai kuasa.

Melihat serangan Ice yang tidak berjaya, Key, Moon dan Akane menyusul. Moon dan Key saling berpandangan sebelum mengangguk serentak. Mereka melompat ke udara seraya menghela nafas.

"Blaze and wind combo duo!"

Kata mereka serentak lalu menghembus nafas ke arah Knightmare secara serentak, angin yang ditambah bahang api itu membuatkan keadaan terasa hangat dan panas.

"Aaarggh!!!"

Moon dan Key mempunyai mendarat ke tanah semula, begitu juga dengan Kyle dan Zen. Manakala itu, Ice masih berentap dengan naga kegelapan itu bersama Light yang datang membantunya.

GGGRROOOOOUUUUUGGGHHH!!!
GGGRRRRAAAAAAAGGGHHH!!!!!!!

'Ice.... Ice...... Kalau dari dulu kau ikut aku, kau tak akan susah macam ini. Kuasa kau.... ia agak unik berbanding naga lain.'

Ice merengus marah apabila mendengar suaranya, 'aku tak akan sesekali berpaling tadah! Walaupun kuasa aku separa kegelapan dan cahaya, itu tak bermakna aku akan berpihak pada yang salah!'

Bentak Ice semula, namun naga kegelapan itu sekadar membalas dengan pandangan sinis. 'Kau tak tahukah dia hanya tunggu masa berpaling tadah? Tunggu.... Tak, kau memang tak tahu pasal itu. Hahahaha!'

Katanya dengan sinis, Ice merenungnya dengan tajam. 'Apa maksud kau?! Kau cuba maksud kan Leon?! Jangan mengarut!' Bidas Ice apabila dia dapat menangkap siapa 'dia' yang di maksud kan olehnya. Dia tergelak sinis.

GGGRRRHHH!!!
GGGRRAAGGHH!!!

Light terus mengambil kesempatan menyerang curi apabila tumpuan nya terarah pada Ice. Tetapi naga kegelapan itu tiba-tiba menghilang dan muncul di belakang Light bersama bebola elektrik gelap. Light tergamam dia tidak sempat mengelak lalu dia tercampak sehingga gunung hancur dirempuh olehnya. 'Light!' Jerit Ice.

Tiba-tiba naga kegelapan itu muncul di hadapannya tatkala dia menoleh ke arah Light terhempas. Dia tergamam. 'Sorry my precious young lady,' ujarnya sebelum melibas Ice dengan ekor nya yang besar.

GGRAAGHH!!!

Ice tercampak jauh dari kawasan medan peperangan itu. Pada masa yang sama, Kyle turut tercampak dan terbenam di batu besar akibat serangan mengejut Knightmare. Dia termuntah darah. Leon yang masih dirawat oleh Flora tersentak apabila dia berasa Ice cedera dengan parah.

"Ice?" Leon terus bangun dan teleport di mana dia tercampak tadi, "Leon!" Flora tidak sempat mahu menghalang dirinya, dia mengetap gigi lalu melihat pertarungan antara Knightmare dan rakannya. Situasi semakin teruk, keadaan lebih berpihak pada Knightmare.

Tanpa berlengah Flora turut membantu mereka sebagai sokongan.

- - -

"Ice!" Leon terkejut apabila Ice berada tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia lekas mendapatkan Ice. Dia berada di dalam bentuk manusia, dan tekaannya tepat. Ice cedera dengan parah, mulut dan badannya mengeluarkan darah yang banyak.

"Le-..... Leon...?" Soal Ice dengan suara yang perlahan dan lemah. "Berhenti bercakap! Biar aku rawat kau." Tegas Leon, dan Ice hanya mampu terdiam dan membiarkan sahaja.

Leon duduk bersila di sebelah Ice, matanya dipejam tenang. Kedua-dua belah tangannya berada di atas badan Ice tetapi tidak menyentuh tubuhnya. Nafas di hela panjang.

"I'm Ryuuraki Zenyoshi, please heal my friend from injury and pain." Ujarnya dengan suara rendah sehingga Ice tidak dapat mendengarnya. Aura kehijauan mengalir di telapak tangannya, perlahan-lahan luka dan kecederaan dalaman nya sembuh.

Sebaik sahaja Ice berjaya di sembuhkan, Leon membuka matanya dan mengeluh. Badannya terasa lemah kerana ia memerlukan banyak tenaga untuk menyembuhkan seseorang. Ice menyambut tubuh Leon yang tiba-tiba hendak rebah itu.

"Why did you care to much about me?" Soalnya dengan nada sedikit sebak tetapi disembunyikan, Leon sedar perubahan suaranya. Dia hanya tersenyum. Wajahnya di sorok di balik kegelapan, "because you take care of me when I kid. Just... think I repay your kindness."

"Leon...." Dia tersentak apabila beberapa butir air mata jatuh ke mukanya, dia mendongak dan melihat Ice sedang menangis. "I'm scared, you will be fallen like the dragon of darkness said to me." Katanya sambil memeluknya dengan erat.

Sekali lagi dia tersentak namun sempat dikawal. 'Cis! Tak guna betul.... Naga kegelapan itu!' Gumamnya di dalam hati dengan marah.

"Hey, I'm okay Ice. I'm fine. We have to help our friends now, they are in the trouble." Pujuknya seraya menolak lembut tubuh Ice dan berdiri, Ice mengesat air matanya lalu turut berdiri di sebelahnya.

"You right. We must safe our friends now." Balasnya lalu berubah menjadi naga dan terbang ke medan peperangan itu semula.

- - -

"Erggh....." Key cuba bangkit dari baringnya tetapi dia jatuh ke tanah semula. Dirinya sudah kekurangan tenaga, begitu juga dengan yang lain. Yang masih mampu berdiri hanyalah Flora, Kyle dan Zen, itu pun nafas mereka jelas termengah-mengah.

"Hahahaha! Korang dah tewas! Tiada sesiapa lagi yang mampu halang aku! Hahahaha!" Ujarnya bersama gelakkan yang jahat dan sinis. Namun gelakkan nya tidak lama apabila seseorang menendang mukanya sehingga dia terpelanting jauh.

"Tarik balik kata-kata kau!" Ujarnya, serentak dengan itu Ice muncul di sebelahnya. "Leon! Ice!" Kata Flora apabila menyadari kelibat mereka.

Dia berderam dengan marah, lalu tanpa berlengah dia terus menyerang Leon menggunakan api gelapnya. Flora yang perasan akan serangan itu terus membuat pelindung di hadapannya.

Knightmare merenung Leon dengan tajam. "Jadi... ini jawapan kau?" Soalnya dengan kasar, Leon merenungnya kembali tanpa rasa takut atau gentar. "Aku tak perlukan tawaran kau! Aku dah ada kawan, aku ada keluarga...-" Dia menghela nafas pendek, rakannya semua tertumpu padanya.

"Dan..... Aku ada orang yang aku cintai! Aku tak perlukan tawaran kau!" Kata Leon dengan nada tekad lalu tumbukan mereka berlaga. Flora menekup mulutnya tidak sangka mendengar kata-kata itu darinya.

ZZZWWWOOOSSSSHH!!!

Debu tanah dan pair terapung ke atas, impak aura mereka yang kuat. Mereka menutup mata sambil menghala lengan mereka ke mata, kecuali Kyle dan Zen. Tanah mula merekah! Tumbukan mereka membuatkan tempat mereka berlaga, berkawah sehingga 10 kaki ke bawah!

"Kau betul-betul buat aku, kecewa Ryuuraki." Kata Knightmare sambil terbang ke keluar dari kawah yang dalam itu. Leon turut keluar dari kawah itu dan merenung Knightmare dengan tajam.

"Jadi..... Bersiap sedia lah untuk dihampuskan!" Sambungnya serentak dengan itu langit mula gelap dan kilat sambar-menyambar. Leon menoleh ke arah Kyle yang turut menoleh ke arahnya, mereka mengangguk serentak lalu terbang ke udara menghadap Knightmare.

Dia mula berubah menjadi naga yang dikelilingi crystal gelap yang tajam. Giginya sangat tajam, matanya berubah, iris matanya hitam manakala luar irisnya merah. Matanya menegak menampakkan renungan nya yang tajam.

Kyle menghela nafas pendek lalu mengumpulkan auranya.

"LIGHT! ULTIMATE DRAGON FORM!!"

Ujarnya serentak dengan itu, Kyle turut berubah naga yang mempunyai crystal putih dan mengeluarkan aura hijau. Matanya berubah warna putih dan perak. Di dalam iris matanya muncul simbol bintang. Leon turut melakukan perkara yang sama seperti Kyle.

"ICE! ULTIMATE DRAGON FORM!!"

Leon berubah menjadi naga yang berwarna biru dan mengeluarkan aura kehijauan dan gelap. Mata irisnya berwarna merah, luar irisnya warna biru. Di matanya muncul simbol bulan sabit. Leon mengetap gigi, dan memandang Knightmare dengan menyeringai. Di bawah, Key dan yang lain hanya mampu menjadi permerhati. Sejujurnya mereka semua agak terkejut melihat perubahan mereka.

"So ready for round 2?" Soal Kyle, Knightmare menyeringai. "I WILL CRUSH YOU KID! YOU WILL REGRET IT!!" Bentaknya dengan suara yang berubah garau.

Cahaya dan kegelapan bertembung di udara jelas kelihatan. "CIHH!!! TAK GUNA!! DARKEN DRAGON! I KNIGHTMARE YOSHIKO SUMMON YOU WITH YOUR ALLEY!!"

GGGGRRRROOOUUUMMMMM!!!!!

Kilat semakin kuat menyambar, Leon dan Kyle yang berada di dalam bentuk naga tersentak apabila dia ingin bangunkan naga segala kegelapan yang lebih kuat berbanding dirinya dan naganya.

"TAK GUNA KAU!!" Kyle ingin menumbuk mukanya, namun dia dilindung perisai. "Tch!" Mereka mendesah dan sedaya upaya cuba meretakkan pelindung itu, tetapi ia terlalu kukuh. Rakannya yang lain hanya mampu mengetap gigi dan menggenggam penumbuk dengan erat kerana berasa diri masing-masing tidak berguna kepada mereka.

Knightmare mula tersenyum sinis, "HAHAHAHA!! KAU DAH TERLAMBAT!!" Sebaik sahaja habis ayatnya, serentak dengan itu muncul tiga ekor naga lagi dari langit. Fizikalnya sama seperti Knightmare apa yang membezakan adalah, naga itu mempunyai tanduk hitam dan keseluruhan matanya berwarna merah saga.

RRRROOOOUUUURRRR!!!!
GGGGRRROOUUUGGHH!!!!!!
KKGGGRRROOUUGGHHH!!!!

Ngauman tiga ekor naga itu menggegarkan dunia Crystal dengan hebat! Tanah semakin merekah dengan hebat! Lava api mula mengalir keluar dari tanah!

Akane dan yang lain terus terbang ke udara kerana cecair lava itu mula mengalir keluar dari tanah. Flora menekup mulut melihat keadaan itu. "Is this the end of the world?" Bisiknya seorang diri.

Leon mula menghela nafas sambil menutup mata. Kemudian matanya dibuka dan pandangan nya menjadi tajam, 'aku tak ada pilihan lain!'

Dia mengerang kesakitan, simbol di bahunya kini hanya tinggal tangkai yang berbentuk bulan sabit. Simbol di matanya juga begitu. "Bu-bukan... Sekarang...." Bisiknya seorang diri.

Tiga ekor naga itu terus menyerang Leon, Kyle dan kawannya yang lain. Mereka bersusah payah mengelak serangan naga itu dan cuba menyerang balas. Knightmare sekadar menjadi permerhati sambil berpeluk tubuh bersama senyuman sinis.

'Kyle...' Panggil Leon menggunakan telapati, 'apa?' Balasnya sambil mengelak serangan naga itu. 'Kita kena lakukannya sekarang,' balas Leon sambil menyerang balas serangan naga yang mengekori nya dari tadi.

Kyle diam seketika, 'baiklah kita kena lakukannya sekarang. Keadaan dah terdesak.' Jawab Kyle seolah mereka sudah merancang sesuatu. Leon mendekati Kyle yang berada berhampiran Knightmare yang sedang memerhatikan mereka. Naga yang menyerang Leon juga mengikutnya, mereka mengangguk kepala serentak.

Kyle dan Leon terus terbang ke atas sebaik sahaja naga yang mengejar Leon mendekatinya. Akibatnya kepala naga itu terhantuk sesama sendiri, tanpa berlengah Kyle dan Leon menyerang secara serentak.

"DRAGON DESTRUCTION CANNON!!"

"DRAGON BLAST!!"

BBBBBBBBOOOOOOMMMM!!!!
GGGGRRRRROOOUUUUGGHH!!!!

Naga itu terus lenyap serta merta, Knightmare yang memerhati tersentak melihat dua ekor naga itu ditumpaskan dengan mudah ditambah lagi mereka lenyap secara serentak.

"DAMN YOU!! GGGRRRRAAAAAAAGGGHHH!!!!" Bebola hitam yang dicampur unsur elektrik dan api mula terkumpul di mulutnya, "Kyle!" Dia mengangguk faham lalu menumpukan sepenuh perhatian nya pada kuasanya begitu juga dengan Leon.

"TASTE MY WRATH!!!" Lalu bebola yang sebesar meteor itu dilepaskan ke arah mereka, Kyle dan Leon serentak membuka mata.

"ULTIMATE LIGHT FORCE DESTRUCTION!!!" Jerit mereka secara serentak lalu kuasa seolah laser yang besar menghampuskan serangannya dengan mudah. "APA?!"

Dia menguatkan kuasanya lalu meluru ke arah mereka, Leon dan Kyle turut melakukan perkara yang sama.

GGGRRRRAAAAAAAGGGHHH!!!

"ULTIMATE DARK FORCE!!"

"ULTIMATE DRAGON LIGHT!!!"

"Krrrghh...!!" Kyle dan Leon menguatkan lagi serangan apabila kuasa Knightmare naik secara mendadak. Tanpa Kyle sedar, Leon mula keletihan tetapi dia tidak berputus asa. 'Dark! Come out and help us defeated him!' Panggilnya.

Tanpa sesiapa sedar, Dark keluar dari tubuhnya lalu membantu mereka menumpaskan Knightmare. "Krrrghh!! DRAGON FORCE INDUCTION!!!" Tubuh Dark mula bercahaya keemasan, dia menguatkan serangannya sehingga Knightmare tidak mampu menampung kuasa itu.

ZZZWWWOOOSSSSHH!!!!
BBBBBBBBOOOOOOMMMM!!!!

"TIDAK!!! JANGAN INGAT SEMUANYA DAH BERAKHIR!!!" Jeritnya sebelum dia lenyap menjadi debu. Dark tubuhnya yang bercahaya, perlahan-lahan mulai hilang. Leon memandang Dark dengan sayu, begitu juga dengannya. Tangan mereka bersentuhan seketika sebelum Dark lenyap dari pandangan nya.

Kyle dan Leon serentak berubah menjadi manusia kembali, Leon menghela nafas. "En nombre del tutor, restaure la condición del mundo de crystal para que sea original. (Dengan nama Guardian, tolong kembalikan dunia Crystal kepada asal)"

Tanah yang merekah perlahan-lahan kembali kepada asal, pokok-pokok dan tumbuhan yang hancur kembali tumbuh. Air sungai dan tasik yang tercemar kembali jernih seolah tiada peperangan yang berlaku. Matahari akhirnya mula terbit, Leon melihat matahari itu sambil tersenyum lalu dia rebah.

"Leon!" Flora pantas menangkap tubuh Leon sebelum dia terhempas ke tanah, Kyle di papah oleh Light. Masing-masing mengukir senyuman apabila peperangan yang besar itu tamat.

Matanya mula memberat lalu dia rebah bersama Flora yang memapahnya. Mereka tersentak, lantas mereka mendekati Flora dan Leon.

"Leon...?" Panggil Flora sambil mengoyangkan tubuhnya dengan lembut, Leon memandang mereka dengan sayu pada masa yang sama gembira. "Terima.... kasih.... sebab... korang dah ajar aku..... makna kegembiraan.... dan.... seba..gai.... ka-kawan...."

Ujarnya dengan suara yang tersekat-sekat, "abang! Kenapa cakap macam itu? Ja-jangan.... tinggalkan Key! Kita.... Kita baru sahaja bertemu!" Kata Key mula menangis apabila mula faham akan maksudnya. Leon mengukir senyuman.

"Ma...-ma...af.... Key...... A..-abang.... ta..k... da..pat.... ber...-sa...ma.... la...-gi..." Badannya mula bercahaya keemasan.

"Leon..." Flora juga mula menangis teresak-esak, Kyle, Reiz, Zen, Light dan Akane hanya mampu terdiam. Kepala mereka tertunduk memandang tanah, Ice juga tidak terkecuali menangis di sebelah Leon sambil memeluknya dengan erat.

"Re...-Reiz..... to-long.... ja...ga...kan.... Key.... u-..untuk.... a-ku.... Jan...ji.... de...ngan.... a..ku... Re-...iz..."

Reiz menggenggam penumbuknya, lalu memandang ke arahnya, "aku.... Aku janji..." Jawabnya. Leon tersenyum manis. "Key..... pas...ti....kan.... kau.... jadi.... le...bih.... ku...at...." Pintanya sambil merenung Key, Key memandang ke arahnya semula. Giginya diketap.

"Key.... Janji..." Jawabnya bersama esakan yang ditahan. "Te...rima.... ka..sih... se..bab... be...-be... beri.... a-ku.... pe...lu...ang.... un...tuk... ba..ha..gia..."

Matanya perlahan-lahan tertutup lalu tubuhnya lenyap dari pandangan mereka, Ice dan Flora saling berpelukkan sambil menangis. Kepala Key di sandarkan ke bahu Reiz, dia mengusap lembut kepalanya yang masih menangis teresak-esak. 'Aku janji Leon. Aku janji.'


[Tamat]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience