Chapter 1 Episode 1: Prolog (Guardians Clan Dead)

Fantasy Completed 3818

Bulan mengambang penuh yang berwarna biru laut yang tenang menjadi merah semerah darah. Mayat bergelimpangan di sana sini, api menjulang dengan maraknya.

Peperangan di antara kegelapan dan cahaya menggegarkan dunia itu dengan hebat, ada yang beradu kekuatan, berlawan pedang dan menggunakan kemahiran magis.

Walaupun malam itu bulan mengambang penuh, puak Wolves ramai yang terkorban dalam peperangan itu. Namun itu tidak membuatkan kedua-dua pihak berhenti dari peperangan.

Jauh dari kawasan peperangan itu, The Seventh Lord Of Guardian berhadapan dengan seorang lelaki yang berbaju serba hitam. Dia mempunyai tanduk dan sayap hitam dia tersenyum sinis kepada mereka.

Puak Guardian turut berkumpul di situ dan membentuk seperti seekor naga namun mereka menyorokkan diri mereka menggunakan kuasa halimunan dan menyamar diri. Aura mereka turut di simpan supaya dia tidak menyadari kehadiran mereka.

Tidak kira umur atau usia kesemua puak Guardian berkumpul di situ secara rahsia. Mereka semua melihat dia dengan renungan tajam.

"Knightmare Yoshiko...... King Of The Darkness."

"Ayrez Reis...... Lord Of The Seventh Guardian."

Kata mereka berdua serentak, masing-masing memberikan renungan tajam. "Hari ini dalam sejarah, korang akan jatuh Ayrez...." katanya dengan nada sinis.

"Kau tahu kan aku tak sanggup nak bunuh abang sendiri?!" Ujarnya dengan nada separa marah dan sedih.

"Apa kau merepek ni? Abang? Abang kau dah lama mati lepas kakaknya matilah!" Jawabnya dengan sinis. Ayrez menghela nafas panjang.

Rakannya menepuk bahunya dan menggeleng kepala, "Kai?"

"Kita kena cepat Ayrez, aku dapat rasakan dia sedang bangkitkan naga kegelapan itu. Kalau kita tak halang dia dunia ini akan jatuh dan mungkin lebih teruk lebih kuat dari kegelapan." Katanya menyatakan kerisauan nya.

Yang lain turut mengangguk setuju, Ayrez menghela nafas panjang.

'Semua kita terpaksa gunakan kuasa rahsia itu, dia akan bangkitkan naga kegelapan. Semua sedia?!' Ujar Ayrez dalam minda mereka termasuk puak Guardian yang berkumpul di situ.

'Kami sedia!!' Jawab mereka serentak dengan nada bersemangat. Mereka serentak memejam mata dan fokus kepada kuasa mereka.

Knightmare yang sedang mengumpulkan tenaga turut melakukan benda yang sama. Langit mulai memerah dan kilat menyambar-nyambar. Angin bertiup dengan kencang, sehingga pokok-pokok hampir tumbang.

Aura mereka sangat kuat sehingga, kedua-dua pihak jatuh melutut kerana masing-masing tidak tahan dengan aura yang kuat itu. Walaupun jauh namun mereka dapat merasakan aura itu dengan jelas.

"Des so la to dark dragoneal...... Hier king dark trol guardian! (Wahai sang naga kegelapan ku seru dirimu..... Aku raja kegelapan perintahkan kamu hampuskan guardian!)"

Tidak lama kemudian muncul seekor naga yang berwarna hitam, matanya merah saga dan badannya dihiasi crystal hitam.

RRRROOOOUUUURRRR!!!!

Jeritan naga itu membuatkan kedua-dua pihak itu cemas kecuali demon. Walaupun jeritan naga itu nyaring dan kuat namun itu tidak mengganggu fokus mereka.

"Aku akan hancurkan dunia ini!! Dan dunia ini akan menjadi milik aku!!" Jeritnya seraya memerintah kan naga itu menyerang puak Guardian yang sedang berselindung.

Saat ia mahu membunuh puak Guardian ia terbatal disebabkan aura yang mereka keluar kan naik mendadak.

"We seleto al guardian! Min to dark dragoneal and darkness rise! We seleto de.... Elemental dragnel!! (Kami keturunan puak guardian! Kurungkan sang naga kegelapan dan seumpamanya yang sedang bangkit! Kami korbankan diri kami..... Wahai Naga Suci!!)"

Kata mereka dengan serentak, suara mereka bergema di seluruh dunia. Serentak dengan itu mereka membuka mata, mata dan badan mereka mengeluarkan aura keemasan. Puak Guardian yang bersembunyi kini dapat di lihat melalui aura mereka dan membentuk seekor naga.

Knightmare mengetap gigi dengan kuat, dia tahu harapannya untuk menguasai dunia itu sekarang agak tipis.

Melalui corak yang dibentuk mereka muncul seekor naga yang berwarna putih di tengah-tengah mereka. Crystal yang berada di badannya bercahaya putih, matanya turut berwarna merah saga. Saiznya juga sama besar seperti naga kegelapan itu.

RRRROOOOUUUURRRR!!!!

Naga itu berentap sesama sendiri dan saling mengigit badan masing-masing. Kemunculan seekor lagi naga membuatkan mereka ketakutan, peperangan itu terhenti disebabkan kemunculan naga itu.

"Tak guna!!" Jerit Knightmare apabila mendapati mereka berjaya menyeru naga suci itu. Dia terbang ke arah naga kegelapan itu dan mengawal ia. Naga kegelapan itu tidak meronta dan terus menyerang naga suci.

GGGGRROOUUGHHH!!!!

Naga suci itu mengerang kesakitan namun tidak lama apabila Ayrez dan rakannya yang lain menggunakan kuasa healer. Ayrez menunggang naga suci itu dan menyalurkan tenaganya kepada naga itu. Enam orang rakannya yang lain turut melakukan benda yang sama.

Tiba-tiba kilat menyambar ke arah naga kegelapan itu namun ia sempat mengelak.

RRRROOOOUUUURRRR!!!

Naga itu mengaum dengan marah dan ingin membuat serangan susulan tetapi ia sudah terlambat.

"WE ARE GUARDIANS CLAN SACRIFICE OUR LIFE FOR THE WORLD OF CRYSTAL!!! YOU WILL DEFEAT BY OUR NEXT GENERATIONS AND BECOME ONE AS YIN AND YANG!!!"

Sekali lagi suara mereka bergema dan muncul satu lohong hitam yang besar menyedut kesemua demon dan tentera hitam. Naga kegelapan dan Knightmare cuba melepaskan diri namun sedutan lohong hitam itu terlalu kuat untuk ditentang.

Dia mengetap gigi. "AKU AKAN BUNUH SEMUA KETURUNAN PUAK GUARDIAN AYREZ!!! ITU JANJI AKU!! TIADA SESIAPA YANG AKAN TERLEPAS DARI CENGKAMAN AKU!!!!"

Jeritnya sebelum hilang dari pandangan, suara rintihan dan lolongan dari demon dan tentera hitam membuatkan suasana menjadi seram sejuk. Ayrez hanya mampu memandang abangnya buat kali terakhir dengan pandangan sayu.

Mereka yang terlibat dalam peperangan bersorak dengan gembira kerana peperangan telah tamat. Namun mereka juga berasa sedih kerana ramai kawan dan ahli keluarga mereka mati.

Ayrez dan seluruh puak Guardian serta naga itu terbang mendekati mereka. Mereka berasa gerun kerana naga itu mendekati mereka namun tidak lama.

"Bertenang wahai makhluk Crystal aku tak akan cedera kan kamu, sebelum itu biarlah kawan kamu yang beritahu kamu sesuatu." Ujar naga itu dengan suara garau nya sambil memandang Ayrez.

Dia menghela nafas pendek dan memerhatikan mereka satu persatu.

"Sebelum itu aku mahu ucapkan terima kasih sebab tolong kami lengahkan tentera itu dan tidak mati. Tapi..... Kamu semua tak perlu risau lagi kerana..... Kawan dan ahli keluarga kamu akan diberi peluang hidup kembali. Jadi hargai mereka dan sayangi mereka. Terima kasih semua."

Ujar Ayrez sambil menguntum senyuman begitu juga dengan yang lain. Mereka terpinga-pinga dan tidak faham baru sahaja mereka ingin bertanya badan mereka yang bercahaya keemasan perlahan-lahan hilang dan tidak dapat di lihat kelibat mereka lagi.

Mereka sangsi dan tergamam namun mereka sempat menangkap suara mereka serentak dengan itu tanah yang merekah kembali pulih. Pokok-pokok yang tumbang kembali kepada asal dan seluruh tempat yang rosak dan kotor kembali kepada asal seperti tiada peperangan yang berlaku. Naga itu pula sudah menghilang.

Mereka membulatkan mata mereka apabila rakan-rakan dan keluarga mereka yang terkorban kembali hidup. Mereka menangis dengan rasa syukur dan gembira, mereka saling berpandangan apabila mereka semua mendengar dengan jelas suara mereka.

"Kita adalah kawan selama nya bukan?"
"Jangan lupakan kami ya...."
"Kami semua tak akan lupakan kamu semua."
"Jaga diri. Jaga keluarga dan rakan kamu."

Suara mereka bergema di gegendang telinga masing-masing, mereka tersenyum dan menjawab kata-kata mereka di dalam hati. Mentari menjadi saksi perlawanan yang panjang dan berhari-hari akhirnya tamat dengan aman.

Namun.....
Mereka tidak sedar.....
Semua ini hanyalah permulaan......
Di mana kejadian yang lebih teruk akan berlaku....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience