Episode 8: Spiritual Life

Fantasy Completed 3818

Dua hari sudah berlalu sejak kejadian itu, Leon masih belum menyedarkan diri. Ini membuatkan Ice risau akan keadaan nya. "Mungkin dia akan sedar dalam beberapa hari lagi," katanya seorang diri untuk menenangkan dirinya.

- - -
(Dunia Lain)

Leon membuka matanya perlahan-lahan, dalam melihat di sekelilingnya, semuanya dikelilingi kabus dan pokok yang sudah mati. Suhu yang dingin mencengkam dirinya, membuatkan dia mengigil kesejukan.

"Aku dekat mana?" Soalnya kepada diri sendiri, oleh kerana suasana teramat sunyi suaranya bergema di seluruh kawasan itu. Dia berjalan tanpa arah di bantu cahaya bulan.

"Ryuu...."

Dia tersentak mendengar suara itu, "Dark?" Kepalanya di toleh ke belakang mencari kelibat nya, namun hampa. Dia menggeleng kepalanya dan beranggap ia hanya khayalan nya, walaupun suara itu jelas kedengaran.

"Ryuu!"

Sekali lagi dia terkejut mendengar suara itu, "siapa?" Dia mula berasa cemas kerana risau yang keluar adalah musuhnya, dia mula membuka langkah seribu kerana takut menguasai dirinya. Ditambah lagi dengan suasana yang hening seolah tiada sesiapa berada di situ selain dirinya.

"Ryuuraki!!"

Tiba-tiba dia terasa seseorang memeluknya dengan erat. Matanya membulat saat perasan bahawa orang yang di peluknya ialah Dark.

"Dark?" Soal Leon tidak percaya, "bukankah kau...."

"Ya." Jawab Dark kemudian dia rungkaikan pelukkannya, "tapi..... macam mana?" Soal Leon tidak faham akan situasi sebenar.

"Ryuu, mulai sekarang aku akan tinggal di dalam badan kau. Semua ini sebab simbol yang sama berada di bahu kita." Jawab Dark sambil menunjukkan simbolnya.

"Maksudnya..... macam..... spirit beast?" Soal Leon lagi.

"Ya. Cuma bezanya aku ini manusia okay, bukan beast." Balas Dark lalu mereka ketawa kecil. "Jadi..... Ini ke sebab cik Yoshi..... Buru kita?"

Dark mendesah sebelum mengangguk tanda betul. "Dia mahu bangkitkan naga dan raja kegelapan yang terkurung di dalam dimensi selama beribu tahun."

Matanya membesar saat mendengar kata-katanya, "......"

"Ini bukan gurauan Ryuu. Kau pernah dengar lagenda puak Guardian yang selamatkan dunia dari kegelapan?" Kata Dark seolah tahu apa yang difikirkan nya. Leon berkerut dahi, sebelum menggeleng kepala.

"Aku rasa.... Dia tahu tentang ini."

"Maksud kau..... Ice?"

"Ya. Aku rasa dia tahu tentang lagenda ini, tanyalah dia nanti." Kata Dark dengan yakin, Leon mengangguk faham.

"Hei.... Dark...." Panggil Leon.
"What?"

"Boleh kau panggil aku Leon mulai sekarang?" Pintanya, Dark berkerut dahi hairan.

"Why?"

"Sebab..... Aku...... lebih selesa.... dipanggil nama itu....?" Jawabnya dengan teragak-agak.

"Hmm....... I want more reasonable...." Kata Dark sambil mengangkat sebelah keningnya.

Leon mengetap gigi geram dengan usikkan nya. "Oh! Because you name is much more complicated!" Bidas Leon kegeraman.

"Oh really...... I will take that as compliment..." Balas Dark selamba.

"Hoi!" Urat di dahinya mula timbul apabila Dark berloya buruk dengannya, "hahaha! Just kidding! Yosh! My lil bro is short temper!" Ujarnya sambil merosakkan rambutnya.

"Hei! Kenapa korang suka sangat serabutkan rambut orang ini!" Kata Leon kegeraman, Dark hanya ketawa melihat omelan nya. Baginya Leon nampak comel apabila marah.

- - -

Setelah tiga hari berlalu, barulah dia mula sedarkan dirinya. Dan itu membuatkan Ice berasa lega melihatnya, "Ice?" Panggil Leon setelah dia habis makan, "hmm?"

"Boleh..... Kau ceritakan tentang..... Lagenda puak Guardian pada aku?" Soalnya dengan serius, Ice terkejut seketika. "Bagaimana kau boleh tahu pasalnya?" Soalnya balik.

Leon mula menceritakan selama dia tidak menyedarkan diri dan Ice berasa bersyukur kerana Dark masih hidup walaupun dia dilindung bayang-bayang Leon.

Lalu, Ice mula menceritakan hal sebenar. Sebab Yoshiko mahu mengawal mereka, sebab musuh yang terlalu ramai.

Leon terdiam mendengar semua penjelasan nya, jauh di sudut hatinya dia tidak menyangka dia di takdirkan untuk menyelamatkan dunia itu dari kegelapan. Sejak dari hari itu, dia memutuskan untuk meninggalkan dunia naga dan menetap di dunia Crystal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience