Episode 6: First Class, First Fight?

Fantasy Completed 3818

Kelas 1 Elite riuh dengan suara pelajar-pelajar kelas itu, ramai yang berbual-bual dan berkenalan dengan rakan sekelas mereka. Kyle dan yang lain juga satu kelas yang sama.

Mereka juga berbual-bual dan bergelak ketawa bersama, kecuali Leon yang duduk menyepi. Dia hanya memandang ke arah hutan di tepi tingkap, dia mengeluh. 'Aku rindukan rumah akulah.' Keluhnya di dalam hati.

'Urggh.... Leon, kita perlu cari yang lain, kita dah jumpa empat darinya tinggal lagi dua orang sahaja. Kemudian pada masa itu juga kita perlu dedahkan segalanya kepada mereka. Tapi ikut masa yang sesuai, tak boleh main terjah sahaja, sekali silap langkah kita akan terjatuh tahu?'

Kata suara itu dengan penjelasan yang panjang, Leon mendesah. 'Hey Dark, boleh tak jangan spoil mood aku dengan misi kita tu? You damn brother.' Ujarnya dengan geram, namun riaknya di sorokkan supaya yang lain tidak syak sesuatu padanya.

'Who you calling me damn brother? You are damn crazy Leon! Crazy!'

Dalam diam Leon mengetap gigi dengan geram, 'this bastard....- Tch!'

Dia mengalah dan mengalihkan pandangan ke depan apabila merasa ada aura yang lain datang, 'nampaknya pembelajaran dah bermula.' Bisik hatinya seorang diri. Namun mereka semua masih berlari-lari dan berbual-bual dengan yang lain.

Sekali lagi dia mengeluh berat, 'habislah kita kena goreng dengan cikgu. Sudahlah hari pertama belajar pulak tu.' Sampuk Dark, dia mengetap gigi.

'Diamlah! Menyibuk je, pergi main jauh-jauh,' halau Leon. 'Ceh! Menghalau nampak....'

Seperti yang dijangka beberapa saat kemudian muncul cikgu lelaki yang sedang berpeluk tubuh. Rambutnya merah dan ketegasannya menyerlah kerana mukanya yang tegang. Di bajunya dia memakai teg nama yang bernama Arata. Mereka masih buat tidak endah seolah tidak perasan cikgu itu berada di depan mereka.

'Mak oih! Menempah maut betul ini, nampaknya kenalah aku tegur diorang,' bisik hatinya seraya menghela nafas dalam-dalam.

"Hoi! Senyap lah cikgu ada dekat depan tak reti hormat ke?!!" Jeritnya membuatkan mereka tersentak, serentak mereka menoleh ke arahnya. Dengan pandangan, 'kau dah kenapa? Nak kena ke?'

Leon mengeluh seraya menekup mukanya dan menggeleng kepala, "kau dah kenapa? Mana ada cikgu lah hari ini." Ujar seorang rakan lelaki nya nampaknya mereka masih belum perasan cikgu ada di depan. Yang menyakitkan hati Leon adalah orang yang duduk dekat depan pun tak perasan? Seriously?

Cikgu itu pula dia perasan mula berasap kepala kerana marah, baru sahaja cikgu itu hendak bersuara Leon terlebih dahulu bersuara.

"Aku nak tanya, korang dah lama hidup ke? Kalau dah lama sangat aku boleh tolong pendek kan nyawa korang tu." Soal Leon dengan senyuman mengerikan dengan aura gelapnya sambil mengeluarkan pedangnya.

Mereka terteguk air liur kerana melihat aura Leon yang mengerikan, cikgu itu turut terdiam. Dia mengeluh berat, "tu korang dah buta ke? Cikgu dah ada dekat depan sibuk berbual lepas tu nak marah orang lain. Apa cita?"

Soalnya seraya menyimpan pedangnya semula, kata-katanya menyentakkan mereka lantas semua kecuali Kyle, Moon, Reiz dan Key melihat ke depan. Mereka tergamam kerana rupanya cikgu itu betul-betul berada di depan.

Mereka dapat merasakan cikgu itu sedang marah kan mereka kerana dia merenung mereka dengan tajam satu persatu. Apabila dia bertentang mata dengan Leon dalam diam dia memberikan senyuman kepadanya.

Leon yang perasan akan hal itu tersentak, 'terima kasih ya Leon kerana tolong cikgu tadi.' Kata cikgu Arata melalui mindanya, tanpa Leon sedar dia turut mengukir senyuman.

'Sama-sama cikgu.' Balasnya, kemudian Cikgu Arata kembali melihat mereka dengan pandangan tajam. "Disebabkan kamu tak jaga disiplin pada hari ini dan merupakan hari pertama persekolahan kamu semua akan didenda."

Mereka kecuali Kyle dan yang lain mula mengeluh berat, mereka terdiam apabila melihat Cikgu Arata mula tersenyum ngeri kepada mereka. Mereka semua mula berasa resah dan tidak sedap hati.

Namun Leon hanya bersahaja sahaja, 'padan muka.' Seranahnya dalam hati, Dark yang berada di dalam badannya turut tersengih.

"Hari ini kamu semua akan berlawan dengan kelas 1 Epic kebetulan mereka sedang cari volunteer mana-mana kelas yang sudi berlawan dengan mereka."

Terus semua ternganga kecuali Kyle, Leon, Key dan Moon mereka hanya mendengar dengan tenang dan tanpa rasa risau. Bagi mereka itu adalah pertarungan kecil kerana mereka pernah berlawan dengan ancaman yang lagi besar berbanding mereka.

Mereka mempunyai banyak pengalaman menyebabkan mereka tidak punya rasa gerun. Apabila melihat ramai yang mula hendak melarikan diri terus sahaja Cikgu Arata memetik jari dan dalam sekelip mata mereka berada di dewan pertempuran.

Semua mula mengigil kepala lutut melihat kelas 1 Epic sudah lama berkumpul bersama guru wanita yang berteg Miya. Mereka berbincang-bincang seketika sebelum memulakan perbicaraan.

"Baiklah perlawanan ini, cikgu sendiri yang akan pilih siapa lawan siapa." Ujar Cikgu Miya, Cikgu Arata sekadar mengangguk kepala tanda setuju. Namun tidak bagi kelas 1 Elite, apabila Cikgu Arata mula merenung mereka dengan tajam mereka terpaksa bersetuju.

Kelas 1 Epic mula tersenyum jahat bagi mereka tentu sahaja mudah kalahkan 1 Elite memandangkan mereka rank bawah. Seperti yang dijangka ramai kalah dengan teruk.

Kelas 1 Elite hanya Reiz, Key, Kyle, Zen, Rei, Flora dan Akane sahaja berjaya memenangi perlawanan itu. Mereka dikerjakan oleh mereka cukup-cukup tanpa memberi sebarang peluang untuk mereka.

"Ini dia perlawanan terakhir yang ditunggu-tunggu oleh semua, wakil terakhir adalah Leon vs Zack!" Umum Cikgu Miya.

Leon melangkah ke tengah dewan pertempuran itu, sekali lagi pelindung perisai dipasang supaya pelajar lain tidak tercedera akibat impak pertembungan mereka.

Zack tersenyum sinis, Leon hanya menarik hudnya sehingga menutup mukanya, pedang ditarik keluar. Dia masih dengan senyuman sinisnya, "kalau kau tutup muka macam mana nak nampak aku di mana? Heh! Tentu mudah sahaja tumpaskan kau, dengan pedang yang senang nak dipatahkan."

Katanya sengaja menyakitkan hatinya, Leon hanya mendiamkan diri dan fokus dengan benda di sekelilingnya. Suasana menjadi sunyi dan sepi, yang lain hanya mampu mendiamkan diri apabila kedua-dua pihak mula mengeluarkan aura masing-masing.

"Ready? The battle start now!"

Sebaik sahaja perlawanan dilaungkan mereka memulakan langkah, Zack berlari ke arahnya dan menujah kakinya ke depan ingin menyepak perutnya. Namun dengan pantas Leon mengelak ke sebelah kanan.

Dia memfokuskan keadaan sekeliling melalui pendengaran nya, dia dapat mendengar hentakan kaki Zack dari arah kirinya dengan tangan menujah ke depan, dia menepis tangan Zack dan menumbuk perutnya sehingga dia terpelanting jauh.

Mereka terkejut apatah lagi Zack, dia termuntah darah. Dia mengetap giginya dengan marah apabila melihat darah nya mengalir keluar, dia merenung Leon dengan tajam.

Namun dia tetap tenang, dia kembali menyimpan pedangnya, "so you want to play ha? Come and play with me." Ujar Leon dan memasang kekuda, matanya terpejam rapat dan menggunakan derianya.

Dia mengira detik, '2....4....6....7....' sambil mengira dia mengelak semua serangan Zack dengan mudah. Mereka yang memerhati terpegun dan kagum dengannya, Moon tersengih. 'Itu adalah hasil latihan kerja keras yang dilakukan selama 14 tahun. Heh! 8.....10....11....' Moon turut mengira detik yang sedang Leon kira. Dua orang cikgu itu juga turut berasa tertarik dengan cara dia berlawan.

Zack mula geram dan mengeluarkan kuasa api. "Tornado Blaze!"

Muncul puting beliung yang diperbuat dari api, hangat mula terasa. Mereka mula mengibas-ngibas tangan dan minum air bagi menghilangkan rasa bahang yang jelas terasa.

Leon membuka matanya, "swordplay ignite!"

Serentak dengan itu muncul beribu bilah pedang mengelilingi nya membentuk pelindung, sekali lagi mereka tergamam. Zack membuntang matanya apabila Leon mengambil pedang-pedang itu dan membaling nya ke dalam tornado itu.

Sehingga lah pedang yang terakhir tornado itu terhampus begitu sahaja, Zack ternganga kerana skill terkuat nya dihampuskan dengan mudah. Dia mengetap gigi dan melakukan serangan susulan.

Leon kembali memejam matanya dia fokus dan dapat merasakan auranya berada di berdekatan dengannya. Tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak kena, dia dapat merasakan seolah ada kuasa yang teramat gelap berdekatan mereka.

Dia tidak dapat fokus sekali gus dia terpelanting dan menghentak dinding dewan itu. 'Apa yang-?' Kemudian dia berasa dia terlambung ke udara dan Zack menumbuk perutnya sehingga tanah merekah.

Dia menahan sakit, Zack berundur dan tersenyum sinis menyangka dia sudah menang namun Leon tidak mengalah dia terus bangun dan memegang perutnya dengan nafas termengah-mengah.

"Hahaha! Boleh bangun lagi? Apa kau hajat nak mati cepat?" Soalnya dengan kasar, Leon mendengus dan berdiri tegak. Hudnya yang menutup mukanya sudah terbuka, sekali lagi dia menutup mata dan menghela nafas.

"Jadi itu jawapan kau? Baiklah, it's my honor." Katanya dengan bangga tanpa rasa ragu-ragu, baru sahaja dia ingin menyerang Leon dia ghaib secara tiba-tiba dan muncul di belakangnya beberapa saat kemudian.

"Thousands slash," sebaik sahaja menyimpan pedangnya Zack diserang secara bertubi-tubi tanpa dapat di lihat oleh mata kasar apa yang menyerang dia. Akhirnya Zack tumbang tidak bermaya.

Mereka semua terkejut kerana Zack tumbang begitu sahaja, apatah lagi 1 Epic mereka tidak menerima mereka dikalahkan dengan mudah. Walaupun tujuh orang dari kelas mereka menang tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak cedera dengan teruk.

Kemudian mereka terfikir kenapa dia tidak masuk dalam kelas 1 Legend kalau dia dapat tumpaskan Zack dengan mudah walaupun dia sudah cedera dengan teruk?

Kemudian Cikgu Arata tersedar suasana terlalu sunyi, "baiklah perlawanan terakhir ini dimenangi oleh... Leon! Dari kelas 1 Elite!"

Sebaik sahaja Cikgu Arata mengumumkan pemenang, kelas 1 Elite bersorak dengan gembira. Sebaik ternampak kelibat Leon mereka memuji-muji kehebatan Leon, namun dia hanya bersikap rendah diri walaupun agak dingin.

"Woah...... Ini dia... kawan kita dah jadi popular lah...." Usik Reiz sambil meletakkan lengannya ke bahu Leon. "Kau buat lawak ke? Aku tak minta pun lah." Kata Leon dengan muka blur.

Reiz tergelak dan menarik lehernya, "kau ni dah kenapa? Nak kena juga ke macam Zack tu?!" Soal Leon dengan geram dan marah serentak dengan itu muncul sebilah pedang dan Reiz diketuk di bahagian hulu pedang itu.

"Aduh! Sakitlah!" Marah Reiz, "aku lagi sakit kau tarik leher aku apahal? Nak suruh aku mati ke apa?!" Balas Leon dengan marah. "Bukannya kau mati pun kan?!"

Kemudian Reiz dan Leon mula bergaduh, Moon hanya tergelak sahaja melihat mereka. Key juga begitu dia tergelak setiap kali Reiz diketuk hulu pedang itu. "Apa dah?" Soal Kyle seorang diri seraya menekup mukanya namun dia tetap tersenyum juga mendengar balasan kata mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience