Episode 2: The Reborn Of Guardians

Fantasy Completed 3818

Tiga ribu tahun kemudian,

Kini dunia Crystal berkembang dengan pesat dan maju, lagenda pertarungan antara kegelapan dan cahaya dahulu kini dianggap dongeng. Penggunaan teknologi juga maju namun magis tidak dilupakan mereka.

Malam itu bulan mengambang penuh bercahaya dengan terang, tanpa mereka tahu atau nampak bulan itu mempunyai lambang membentuk seekor naga. Iaitu cahaya, kilat, api, ais, angin, tanah dan daun.

Pada masa itu seorang lelaki sedang melarikan diri bersama seorang bayi lelaki, di leher bayi itu tergantung crystal berwarna biru. Lelaki yang melarikan diri itu mempunyai sayap dan tanduk. Dia menyorok di balik pokok besar, dia memejam mata berharap mereka tidak tahu dia berada di situ.

"Mana dia demon itu?! Kita kena bunuh dia cepat! Atau kehadiran dia akan membawa malapetaka!!" Jerit suatu suara yang garau tidak jauh dari situ, api di tangan lelaki itu menerangi sedikit kawasan.

Lelaki itu mula cemas dan melarikan diri, "itu dia! Itu dia demon tu!! Cepat kejar atau dia berjaya lepaskan diri!!" Jerit yang lain apabila ternampak kelibat lelaki itu.

Namun lelaki itu berjaya melepaskan melarikan diri jauh dari mereka dia menarik nafas lega, dia memandang bayi itu dengan sayu. Bayi itu pula sekadar memandang lelaki itu dengan wajah polos.

Matanya yang hijau bersinar kerana biasan bulan, lelaki itu terkejut apabila mendapati mata bayi yang hijau itu terdapat simbol gabungan bulan dan bintang. Tidak lama kemudian dia tersenyum.

"Anakku jaga diri, jangan biarkan kemarahan dan kesedihan mengawal diri kamu suatu hari nanti. Kamu seorang yang istimewa bawalah keamanan dunia ini apabila masa tiba." Kata lelaki itu dengan sayu seraya mengucup dahinya dan meletakkan bayi itu di tanah.

Seakan faham maksud lelaki itu bayi itu menangis namun tidak mengeluarkan bunyi. Lelaki itu memandang sayu kepada bayi itu buat kali terakhir sebelum terbang meninggalkannya.

Kumpulan lelaki yang memburu dia akhirnya menjumpai dia dan terus membunuh lelaki itu tanpa belas kasihan.

- - -

Pada masa yang sama seorang perempuan turut melarikan diri daripada kumpulan lelaki dan perempuan. Di dalam genggamannya adalah bayi lelaki yang juga mempunyai rantai berloket crystal warna kelabu.

"Perempuan itu dekat sana! Tangkap dia dan bunuh bayi tu!" Jerit seorang lelaki apabila dapat menangkap kelibat nya. Perempuan itu mula berasa cemas dan menggunakan kuasa ilusi, dia terus meredah hutan itu dengan pantas.

"Cis!" Mereka mendesah apabila mendapati dia berjaya melarikan diri.

Jauh dari situ tiba-tiba muncul seorang lelaki tua dan wanita tua di hadapan perempuan itu. Dia terkejut. "Datuk! Nenek!"

Mereka hanya mengangguk dan tersenyum, tiba-tiba bayi lelaki itu yang sedang nyenyak tidur terjaga. Matanya yang kelabu tiba-tiba bersinar dan muncul simbol bintang.

Mereka terkejut apatah lagi perempuan itu. "Datuk bukankah itu.....?"

Mereka mengangguk tanda ya apa yang difikirkan nya. "Serahkan dia kepada kami lagipun datuk tak rasa mereka akan terima anak kamu." Katanya sambil memandang simpati terhadap cucunya.

Perempuan itu mengangguk kepala dengan lemah dan berat hati. Yalah ibu mana yang sanggup tinggalkan anak dia seorang diri? Namun dia terpaksa kerana risau orang kampung akan membunuh dia.

Perempuan itu memandang bayi itu dengan sayu. "Jaga diri ya sayang. Suatu hari nanti selamatkan lah dunia ini dan harap kamu bertemu abang kamu semula nanti."

Kata perempuan itu menahan sebak dan memberikan kucupan di dahinya. Kemudian dengan berat hati dia menyerahkan bayi itu kepada mereka.

"Jangan risau kami akan jaga dia dengan baik dan kasih sayang yang melimpah ruah." Ujar neneknya pula, perempuan itu tersenyum lega. "Saya percayakan datuk dan nenek....- Kalau dia bertanya 'kenapa ibu dan ayah tak sayangkan saya kah sehingga tinggalkan saya?' nenek atau datuk jawab lah 'ibu dan ayah sentiasa sayangkan kamu, sehingga ke nafas yang terakhir.' "

Mereka mula berasa sebak apabila dia berkata sebegitu seolah dia tidak akan kembali lagi, dia tersenyum gembira bersama air mata yang mengalir sebelum hilang dari pandangan.


- - -

Di kawasan pendalaman hutan,

Di dalam sebuah rumah yang unik yang diperbuat daripada tumbuhan mempunyai enam penghuni kini. Angin di luar bertiup dengan lembut namun mereka dapat merasai dengan jelas angin itu.

Mereka masing-masing menguntum senyuman namun tidak lama apabila mereka melihat bayi lelaki itu memandang bulan dan mengapai nya di udara. Mereka terkejut apabila melihat bulan itu mempunyai tujuh simbol elemen berbeza namun berbentuk naga.

"Nenek adakah anak saya.....?"

Wanita tua itu mengangguk tanda ya, mereka semua merenung bayi yang baru dilahirkan itu. Tangannya masih di posisi yang sama sebelum tiba-tiba muncul gelang yang mempunyai tujuh crystal yang berbeza warna.

Sekali lagi mereka terkejut, "maknanya.... Tugas dia adalah kumpulkan mereka semua." Sambungnya sebaik sahaja mendapati bayi itu menggenggam gelang itu dengan erat.

"Betullah nampaknya lagenda itu, ia sudah terbukti sekarang." Kata lelaki itu pula. "Sekarang cuma masa yang menentukan, di luar sana ada enam lagi pengguna crystal." Ujar perempuan tua itu sambil melihat ke luar tingkap.

Di mana di setiap bahu mereka mempunyai lambang bintang. Kini orang yang bertanggungjawab menumbuhkan organisasi gelap mula memainkan peranan.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience