Episode 11: The Truth

Fantasy Completed 3818

Key's POV

Aku tertarik nafas sebaik sahaja habis membaca buku itu, yang pasti hakikat ini adalah pahit untuk aku terima. Di dalamnya tertulis,

'Zenyoshi adalah seorang lelaki yang berketurunan darah demon, suatu hari peperangan secara kecil-kecilan antara manusia dan demon tercetus.

Tetapi malam itu situasi terpihak kepada demon, mereka membunuh manusia di hadapan mata mereka tanpa belas kasihan. Tidak kira kanak-kanak, bayi, wanita tua atau warga tua.

Namun pada malam itu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap seorang gadis yang cedera, pada mulanya gadis itu cuba melarikan diri tetapi disebabkan lelaki itu mengambil berat akannya dia membatalkan niatnya.

Hari demi hari, si gadis dan lelaki itu mula jatuh cinta. Sehingga suatu hari mereka memutuskan untuk berkahwin dan bina hidup baru bersama, mereka lupa. Mereka lupa akan pantang larang dunia, lelaki itu dari jahat berubah baik kini.

Keluarganya membantah habis-habisan apabila mengetahui rancangannya, mereka mula berniat untuk membunuh gadis itu. Namun dia melindungi gadis itu sehabis baiknya, membuatkan mereka berang. Si adik lelaki itu benar-benar berang akan tindakan gila abangnya.

Lelaki itu dibuang oleh keluarganya sendiri, namun ia tidak terhenti lelaki itu bertindak di luar kawalan dengan membunuh keluarganya sendiri kecuali adiknya. Dia terus meninggalkan keluarganya tanpa mengambil tahu amaran yang diberi, si adik mula menyimpan dendam yang mendalam terhadap abangnya.

Dia mengangkat sumpah, abangnya akan mati suatu hari nanti tatkala selepas anaknya dilahirkan. Dan sumpahan itu menjadi kenyataan, pasangan suami isteri itu mati dibunuh dengan kejam manakala anaknya selamat dilindungi.

Akibat melanggar pantang larang dunia itu, salah seorang pasangan kembar itu mempunyai simbol gabungan bulan dan bintang di bahu kirinya dan kedua-dua belah matanya. Manakala anaknya yang seorang lagi mempunyai bintang di bahu kirinya.

Di mana mereka akan menyelamatkan dunia itu, begitu juga dengan anaknya yang di sumpah. Mereka akan menyeimbangkan kembali dunia yang semakin hancur bersama enam lagi rakannya yang telah di takdirkan menyelamatkan dunia dari keturunan demon.'

Aku tak tahu mahu menangis atau kecewa sekarang ini, jadi kata datuk dan nenek mereka ingin bunuh aku kerana aku berdarah demon? Aku menekup muka dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Oh Tuhan..... kenapa berat sangat dugaan ini? Kerana apa yang di tulis di dalam buku itu sama, di bahu kiri aku sememangnya mempunyai lambang bintang.

Manakala datuk dan nenek menyuruh aku mencari abang yang mempunyai lambang gabungan bulan dan bintang. Ia...... sama seperti apa yang aku cari selama ini, mustahil ia satu kebetulan. Buku ini juga sudah usang. Tentu sudah beribu tahun lamanya buku ini sudah tercatat.

Lama aku berada di posisi itu aku bersandar di sudut khemah, yang lain masih tidur lena tiada tanda-tanda mereka akan bangun. Aku berasa lemah setelah aku tahu kebenaran ini, kebenaran yang pahit tetapi aku terpaksa telan.

Sekarang aku mula berfikir apa maksud satu baris ayat terakhir itu. Apa maksudnya dengan selamatkan dunia, selamat dari apa? Bersama enam rakan sepejuangan?

Kepala aku mula berasa pening memikirkan hal itu, namun fikiran aku kembali ke mimpi. Aku ingat dan nampak dengan jelas lelaki berkerudung hitam itu dan Leon yang seolah dikawal. Ia ngeri namun tampak nyata.

Sejujurnya sudah tiga hari berturut aku mimpi benda yang sama cumanya ia semakin hari semakin jelas. Sebelum aku sedar dari mimpi aku perasan bulan di belakang Leon itu mempunyai tujuh simbol elemen berbeza membentuk seekor naga.

Aku ingat dengan jelas simbol elemen itu ia, cahaya, ais, api, angin, tanah, kilat dan daun. Bila difikirkan semula, aku mempunyai elemen angin. Reiz kilat, Flora daun, Akane tanah, Kyle cahaya, Moon api.

Apa maksud semua ini? Kecuali Leon sahaja dia tak pernah keluar kan kuasanya, dia hanya bergantung kepada pedang sahaja. Namun dengan sikapnya yang dingin entah kenapa aku yakin dia mempunyai elemen ais.

Tunggu! Bukankah...... ia kata enam? Maknanya... sekarang sudah tujuh orang, siapa lagi seorang? Kenapa aku rasa yakin lagipun entah betul atau tidak apa yang di tulisnya. Walaupun bukti sudah jelas di depan mata aku.

Aku sukar untuk mempercayai semua ini, aku tak dapat nak lelapkan mata lagi. Aku menekup muka aku dan air mata aku mengalir, aku tak dapat nak tahan perasaan aku lagi. Jadi semua persoalan aku yang sering bermain di kepala, dijawab dengan jawapan yang agak menyakitkan?

Aku menangis sepuasnya namun tidak mengeluarkan bunyi kerana takut mereka terjaga.

End POV

Pada masa yang sama, Leon turut menangis sambil menyelubungi selimut sehingga menutup mukanya. Memori lamanya kembali menyinggah.

Badannya mengigil namun Key tidak menyadari kerana menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

'Leon, kau kena tabah lupakan sahaja. Memori hitam itu kelak akan memakan diri suatu hari nanti.' Pujuk Dark.

'Aku tahu abang. Tapi..... ianya menyakitkan..... Aku tak sanggup lagi, aku. Aku akan balas den-'

Katanya sambil menggenggam dadanya yang terasa pilu dan sakit. 'Adik! Dengar sini abang tak suka adik cakap macam tu, adik kena sedar. Sekali kita jatuh dunia ini akan musnah adik!' Marah Dark memotong percakapannya, Leon terdiam.

Dia tahu kalau Dark membahasakan diri 'abang, adik' dia sedang serius dan marah. Dark mendekati Leon yang memeluk dan menepuk belakang badannya. Dia tahu adiknya masih di ambang rasa sedih kerana Razor mati dibunuh betul-betul dihadapan matanya.

"Abang tak nak adik cakap macam tu lagi faham?" Soal Dark dengan lembut tetapi tegas, dia merenung Leon dengan tajam. Dia menunduk dan mengangguk kepala perlahan-lahan.

Dark tersenyum, "lain kali jangan cakap benda yang mengarut lagi faham?" Katanya sambil mengusap kepala Leon dengan kasar, dia pantas menepis tangan Dark. Dia ketawa kecil melihat Leon merenung nya dengan tajam.

"Suka sangat buat macam tu," katanya dengan nada tidak puas hati.

"Lain kali buat lagi, rambut tu siaplah kena simbah dengan cat hitam." Gurau Dark.

"Hei!" Dark ketawa dan merangkul bahunya, Leon turut sama tergelak.

Leon membuka matanya dan lantas mengesat air matanya yang gugur, dia mengeluh. Lantas dia bangkit dan melihat sekeliling belum ada yang terjaga lagi. Dia perasan muka Key nampak sembab seolah baru lepas menangis, dia kehairanan.

Namun ia tidak lama apabila matanya jatuh ke buku usang yang tertulis dengan jelas tajuk. 'PEWARIS ZENYOSHI'

Membuntang matanya apabila membaca tajuk kulit buku itu, Key dan buku itu dipandang bergilir. 'Apa?! Macam mana?!'

Dia bingkas bangun dan mencapai buku itu, 'macam mana boleh ada buku tercatat tentang ini? Maknanya Key dah tahu?'

Dia amati buku itu dengan teliti, separuh daripada isi kandungannya dia sudah tahu. Sebahagian lagi dia tidak tahu.

'Huh?! Aku ada adik?!' Soalnya di dalam hati dengan rasa terkejut yang amat. 'Mustahil! Semua ini pasti bohong! Tapi.....'

Saat dia baca satu ayat terakhir itu sudah jelas lagi nyata itu adalah misi utamanya. Hatinya mula berbelah bahagi separuh daripadanya mempercayainya separuh lagi hatinya berkata tidak.

'Aku rasa mungkin betul. Tak ada apa pun yang mustahil,' sampuk Dark tiba-tiba. Leon tersentak kerana tiba-tiba ditegur. 'Kau ni Dark jangan tegur aku macam tu boleh tak?' Soalnya sedikit geram dengan perangai nya.

'What? I'm just give my opinion.' Jawabnya dengan muka tak bersalah.

'Not that idiot, maksud aku kenapa kau pasti sangat?'

'Meh...... you see, kita berdua dah tahu asal kita adalah darah demon. Dan tentang simbol itu pula betul-betul ada dekat bahu kiri kau.' Kata Dark langsung tidak ambil hati dengan kata-katanya.

Leon menyingsing bajunya sehingga ke bahu, dia mengeluh berat, betul dari lahir lagi dia sudah ada simbol itu. Dia sudah lama perasan akan simbol itu namun dia sentiasa memakai baju berlengan kerana tidak mahu orang lain tahu.Dia kembali menutup bahunya, tiada sesiapa tahu tentang simbol di bahunya termasuk Moon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience