Chapter 2 Episode 1: Open The New Leave

Fantasy Completed 3818

Leon duduk termenung seorang diri di tepi tasik, tiada sesiapa yang berani mengganggunya kerana emosinya yang tidak terkawal. Dia baring merenung bulan bersama air mata yang mengalir, sekali lagi bayangan 7 tahun lepas kembali menghantui. Dia menutup mata ingin menghilangkan bayangan yang sering kali mengganggunya.

- - -
Leon POV
(7 Tahun Lepas)

Aku dan Moon bermain kejar-kejar pada masa itu hari sudah malam. "Leon! Suka hati kau je makan ikan yang aku dah bakar! Meh sini aku gigit lengan kau buat lauk." Jerit Moon yang kegeraman.

"Hahaha!! Kau kan boleh tangkap lagi, bukannya sedap pun daging aku lah! Hahaha!!!" Jawabku sambil melarikan diri, tiba-tiba mata aku tertangkap satu tubuh yang tidak bermaya. Aku menghentikan larian aku.

Moon yang mengejar aku pada mulanya mengungut turut memandang ke arah sekujur tubuh itu, aku dan dia berpandangan. "Nak tolong ke?" Soal Moon, pada mulanya aku tak mahu tolong tapi kenangkan mungkin lebih meriah kalau lebih ramai aku tolong dia.

Tiga hari dua malam dia tidak sedarkan diri, lagipun badannya nampak lemah dan mukanya pucat. Petang itu aku dengan Moon makan buah sambil menunggu dia sedar, aku perasaan matanya mula buka perlahan-lahan.

Aku dan Moon terus mendapatkan dia, nampaknya dia sudah sedar. Tapi dia kelihatan takut dengan kami lalu dia bertukar menjadi serigala dan menjauhi kami sambil mengeram-ngeram. Aku dan Moon terkejut seketika rupanya dia dari puak Wolves.

"Hei, bertenanglah kami tak akan apa-apakan kau. Nama aku Leon, nama kau siapa?" Soalku sambil tersenyum ikhlas dan menghulurkan sebelah tanganku padanya. Dia kelihatan teragak-agak kemudian dia kembali menjadi manusia.

Lama dia merenung tanganku barulah dia menyambut tangan aku dan menarik dia sehingga berdiri. Dia lebih bertenang berbanding tadi, aku Moon dan dia duduk di atas daun yang aku jadikan tempat tidur.

"Nama aku Moon," kata Moon pula. Aku dan Moon menunggu sahaja sehingga dia memperkenalkan diri. "Nama..... Aku...... Razor...." Katanya masih teragak-agak.

"Oh! Hi Razor! Mulai sekarang kau sebahagian dari kami!" Kataku dengan ceria sambil merangkul lehernya. Dia kelihatan tergamam namun dia tetap mengukir senyuman.

Hari demi hari berlalu aku dan Razor semakin rapat malahan aku sudah anggap dia seperti adik kandung sendiri. Walaupun Razor dan Moon tidak nampak Dark dia juga tumpang gembira, sebenarnya aku berasa sedih juga sebab tiada sesiapa yang dapat melihat Dark. Hidupnya hanya dilindung bayang aku sahaja.

Malam itu aku duduk di atas dahan pokok sambil mengoyangkan kaki. 'Dark, aku harap kau dapat keluar dari badan aku. Sekurang-kurangnya dalam bentuk bayang ke, aku teringin mahu kenalkan mereka pada kau.' Kataku walaupun aku tahu ia hanya angan-angan aku sahaja.

'Leon aku tak boleh tinggalkan badan kau. Kau sendiri tahu bukan akibatnya? Kalau aku cedera kau juga akan dapat nasib yang sama. Aku tak nak risiko kan diri kau. Cukuplah tengok kau bahagia.' Jawab Dark seakan pasrah dengan takdir hidupnya.

Aku sudah tidak membalas katanya lagi, aku tak boleh nafikan segala kemungkinan yang akan berlaku. Kalau Dark mati maka aku juga akan menerima nasib yang sama, aku dan Dark ibarat berkongsi satu nyawa.

Seperti biasa aku akan bermain melodi itu tapi aku berhenti awal sedikit berbanding biasa kerana aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Kemudian Razor tiba-tiba muncul di sebelah aku.

"Hah!"

"Woi! Razor!!" Jeritku terperanjat dia pula sudah menekup mulut menahan ketawa. Aku tak tahu pulak betul aku cakap Razor yang kenakan aku, aku mencebik geram dengannya.

"Hei Leon! Macam mana kau buat tu? Ajarlah aku, aku pun nak buat juga!" Katanya dengan nada bersemangat, aku tersenyum dan mengusap lembut kepalanya. "Sudah tentu." Jawabku.

Seminggu berlalu dengan pantas, aku, Moon dan Razor bermain sehingga tidak sedar berada dekat dengan perangkap. Kami terjatuh dalam perangkap jaring, aku cuba potong jaring itu guna pedang namun jaring itu sangat kukuh.

"Well, well. Look what we got here," kata suara garau dengan sinis. Sekumpulan lelaki mula keluar dari tempat persembunyian mereka dan menurunkan kami dan mengikat kami dengan tali.

Perasaan takut dan cemas mula menguasai diri, aku, Razor dan Moon sedaya upaya melepaskan diri tetapi perbuatan kami hanya sia-sia sahaja. Mereka mengheret kami sehingga ke pekan Quastaria yang terkenal tetapi kejam. Perasaan takut aku tak dapat dibendung lagi, begitu juga dengan Razor dan Moon.

Semua orang di situ mula berkumpul dan melempar barang-barang mahupun makanan ke arah kami. "Tengok apa yang kami jumpa! Ini dia demon itu! Dan budak pembawa malang!" Kata orang yang menangkap kami, mereka mula bersorak dan baling barang-barang ke arah kami.

"Bawa serigala ini pergi. Ia agak lumayan," katanya lagi. Aku, Razor dan Moon mula dipisahkan. Kami meronta-ronta meminta dilepaskan.

"Leon!! Razor!!"
"Leon!!! Moon!!!"

"Aaargh!! Lepaskan! Lepaskan! Moon!! Razor!!" Jeritku air mata mula bergenang. "Bunuh mereka! Mereka tidak layak hidup!!" Sahut mereka.

Tanpa belas kasihan mereka menikam Razor di bahagian dada, dia termuntah darah. Mata aku mengecil saat melihat kejadian itu, badannya dibiarkan jatuh terbaring. Mulutnya mengumam sesuatu dan aku dapat menangkapnya.

"Maaf Leon. Maaf Moon. Aku tak dapat bersama korang lagi, maaf abang. Aku sudah anggap kau seperti abang sendiri, terima kasih untuk semuanya." Katanya tanpa suara sambil tersenyum sebelum matanya tertutup.

"RAZOOORRR!!!!!"

Jeritku air mataku yang dari tadi bergenang kini tumpah, mereka semua hanya tergelak sinis melihat keadaan aku. Salahkah demon seperti aku hidup? Salahkah?! Aku hanya ingin bahagia! Perasaan marah aku menggunung tinggi, aura gelap mula menguasai.

Mata aku berubah campuran hijau dan merah, angin bertiup dengan kencang. Kilat sambar-menyambar di dada langit, rambut aku berubah hitam, simbol di bahuku bercahaya. Sayap hitam mula tumbuh di belakang aku, mata aku muncul simbol yang sama seperti di bahu.

Muncul pula sebilah pedang yang mengeluarkan aura gelap yang kuat, pedang itu bersaiz sederhana dan bertulisan kuno. Aku membunuh mereka tanpa ada belas kasihan lagi, muka aku beku namun air mataku tak henti-henti mengalir. Di langit itu tertulis dengan jelas. 'I WILL KILL YOU WITHOUT MERCY'

Aku bunuh mereka tanpa kawalan sebab mereka lah Razor mati! Moon tiba-tiba datang mendekati aku, namun aku seolah tidak kenal dia pada masa itu dan menyerang dia pula.

Badan Moon tiba-tiba bercahaya dan menjadi manusia yang bersayap. Rambutnya merah, baju dan sayapnya putih. Putih sehingga menyilaukan mata aku, dia menerpa ke arah aku dan mengeluarkan pelali. Pedang aku lenyap, dan kembali kepada asal.

Aku jatuh tidak bermaya, Moon menyambut tubuh aku. Badan aku kini berasa sangat lemah, "bertenang Leon. Kau kena kawal diri kau," katanya sambil menangis kerana Razor mati. Aku hanya mampu menutup mata dan mengalirkan air mata tak tertadaya mahu lakukan apa-apa lagi. Pekan dan bandar yang terkenal itu dalam sekelip mata hancur.

End POV
- - -

Leon terjaga dari tidurnya dan mendengus apabila termimpi kisah silamnya, kisah ngerinya. "Razor..... Aku harap kau masih hidup. Ingin sekali aku luangkan masa bersama kau dan Moon." Katanya dengan nada sayu.

Haiwan-haiwan dan tumbuhan di situ hanya mendiamkan diri tidak mahu mengganggu Leon yang masih bersedih.

- - -

Di suatu tempat yang jauh dari situ, seorang lelaki sedang memburu haiwan dengan tangkas. Dia tersenyum apabila dapat hasil buruan yang lebih memuaskan. "Hei Raz aku rasa dah cukup dah kot buruan kita hari ini." Kata seorang gadis yang sedang memegang busur dan anak panah.

"Yeah, cukuplah ini. Cattlyne, panggil Zane dia kalau memburu suka saja. Mesti dia dah dapat banyak hasil ini." Arah Raz, si gadis elf itu hanya mengangguk akur.

Mereka semua terus makan hasil buruan itu sebaik sahaja mereka sudah masak makanan itu, Cattlyne si gadis elf yang sudah habis makan pura-pura bangun dan ingin minum air. Raz yang perasan tindak-tanduknya hanya tersenyum, Zane langsung tidak perasan Cattlyne berada di belakangnya kini.

"Hah!" Jerkah Cattlyne sambil memegang bahunya.

"Woi! Cattlyne!!" Marah Zane yang tengah sedap makan itu, si gadis elf itu hanya menekup mulut menahan tawanya. Begitu juga dengan Raz yang menjadi permerhati.

Tiba-tiba satu bayangan menerjah di dalam mindanya, keadaan nya sama seperti sekarang dan dia bersama seorang kanak-kanak lelaki sebayanya. Namun semuanya kabur, Raz memejam mata dan menggenggam kepalanya yang sakit.

Zane dan Cattlyne yang tadi nya gaduh bergegas ke arah Raz yang menahan sakit, Zane menyentuh bahunya. "Raz kau okay?" Soalnya dengan risau, dia berada di dalam keadaan itu beberapa saat kemudian dia membuka matanya kembali. Dia mengeluh berat.

"Nothing..... Just my memory is back..." Jawabnya dengan suara lemah, mereka berpandangan dan membuat keputusan untuk pulang sahaja.

- - -
Key POV

Aku mengeluh dan aku berjalan tanpa arah bersama Wind pegasus aku. Kyle dan Reiz telah teleport yang lain pulang ke akademi sebelum mereka kembali sedar kecuali Zen walaupun sudah dipaksa dia tetap mahu bersama kami.

Tapi bukan itu yang mengganggu fikiran aku sebaliknya lelaki tadi, yang mungkin benda yang merasuk Leon itu kata namanya Yoshiko. Lelaki itu memang serupa seperti di dalam mimpi aku, maknanya sekarang tak mustahil Leon adalah abang aku.

Tapi bila aku tengok fizikal nya yang berubah tadi membuatkan aku rasa seram sejuk juga. Ke mana saja lah dia pergi. Aku belum pernah lagi melihat dia menangis begitu, nampaknya dia betul-betul tengah terasa hati sekarang.

"Master, apa yang kau tengah runsingkan itu?" Soal Wind apabila aku hanya mendiamkan diri dari tadi. "Nothing." Bohongku aku tak nak orang lain masuk campur di dalam masalah aku. Masalah aku, biar aku sendiri selesaikan bagi aku sekurang-kurangnya tak adalah menyusahkan orang lain.

Tiba-tiba fikiran aku kembali kepada Zen kenapa dia enggan pulang ke akademi? Mungkinkah dia musuh dalam selimut juga? Tapi mustahil dia nampak baik dan pegasusnya juga agak unik, mustahil dia jahat.

Kemudian ingatan aku kembali kepada buku yang aku pernah baca sebelum ini. Lapan? Adalah besar kemungkinan Zen orang yang kelapan? Sekarang apabila dikira semula semuanya sudah cukup dan masing-masing pegang crystal itu. Ada baiknya aku bincang dengan Kyle.

Nampaknya tepat pada waktunya tiada sesiapa yang berjumpa dengannya sekarang, aku terus mendekati Kyle dan baring di sebelahnya.

"Kau rasa dah sampai masanya ke kita bongkarkan rahsia ini? Sudah tiada sesiapa selain kita." Kataku padanya, dia memandang ke arah aku sekilas.

"Mungkin, aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Tapi..... Zen..." Kyle mengingatkan aku tentangnya, aku mengangguk kepala.

"Aku tak rasa dia orang yang biasa Kyle, buktinya pada pegasus dia. Warna pegasus itu unik, aku belum pernah melihat ia sebelum ini." Jujurku padanya, Kyle juga mengangguk setuju.

"Mustahil dia mudah rapat dengan seseorang tanpa misi bukan? Orang yang mudah bergaul dengan orang lain pun perlukan masa untuk sesuai kan diri." Komen Kyle aku hanya setuju sahaja dengan kata-katanya. Lagipun aku dapat rasakan dia juga ada banyak rahsia.

End POV

Zen yang berada di atas badan pegasusnya mendengar kata-kata mereka tadi, dia mengeluh dan tersenyum. "Sudah tiba masanya untuk bongkarkan identiti sebenar aku." Katanya seorang diri.

- - -

Reiz, Flora dan Akane bermain-main di tepi sungai. Mereka langsung tidak tahu menahu tentang rahsia besar yang di simpan rapi oleh mereka.

Di dalam fikiran Flora sarat dengan banyak persoalan, dia termenung melihat sungai yang jernih airnya. 'Betulkah Leon itu demon? Caranya bercakap dengan lelaki itu seolah sudah lama kenal. Siapa lelaki itu sebenarnya? Apa yang dia mahu kan?

Dan siapa Razor yang dia dan Moon gaduhkan tadi? Adakah Leon ada dirinya yang kedua? Auranya sungguh menakutkan.'

Flora tersentak apabila dia tiba-tiba di simbah air. "Oi Flora! Berangan siapa ha?!" Soal Akane seraya keluar dari sungai itu dan duduk di sebelahnya. "Oh..... Teringat dekat..... Leon eh...?" Usik Akane sambil tersengih.

Muka Flora memerah padam apabila Akane berkata begitu. "A...- Apa?! Ma-mana ada! Ja-jangan mengarutlah!" Marah Flora dengan suara tergagap-gagap, Akane tersenyum nakal.

"Yakah? Habis kenapa suara tiba-tiba tergagap-gagap pula ini?" Usik Akane lagi. Muka Flora makin merah dan kali ini telinganya juga merah.

"Akane!!!" Jerit Flora dan menolak dia ke dalam sungai balik, Akane ketawa geli hati melihat muka Flora yang memerah padam menahan malu.

- - -
Leon bangkit dari baringnya dan menghela nafas panjang, air matanya di lap kasar.

"Sekarang aku kena mulakan hidup baru."

- - -

"Kebenaran akan dibuka tak lama sahaja lagi." Kata Kyle dan Key mengangguk setuju.

- - -

"Baiklah masa untuk membantu mereka, bermula dari sini." Ujar Zen sambil mendongak melihat langit yang membiru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience