Episode 11: The Warning

Fantasy Completed 3818

Hari demi hari, minggu demi minggu, mereka semakin kuat dan mendapat kelebihan masing-masing. Pagi itu, mereka berkumpul untuk berbincang di dalam khemah.

"Jadi sekarang, semua sudah tahu kelebihan dan kekuatan masing-masing bukan." Kata-kata Kyle disambut dengan anggukan kepala mereka, Leon hanya berpeluk tubuh dan memandang ke luar khemah. Dalam diam dia mengetap gigi.

'Leon, dia semakin kuat aku dapat rasakannya.' Kata Dark sambil mengigil apabila berasa aura gelap itu, Leon tak terkecuali tetapi dia menahan dirinya dari mengigil.

'Aku tahu. Aku dapat rasakannya juga,' jawab Leon. Dia menghela nafas sebelum kembali memberi perhatian kepada Kyle, masing-masing serius sahaja kali ini. Tiada senyuman mahupun ketawa mengusik.

"Baiklah sebelum kita pulang, aku nak korang tunjukkan kelebihan masing-masing. Jadi.... Aku akan mulakan dari Flora." Dia mengangguk lalu mereka keluar dari khemah.

"Kelebihan sebenar saya, mendengar suara tumbuhan dan haiwan. Dan kelebihan saya adalah ilusi." Kata Flora lalu menunjukkan kelebihan nya pada Kyle, dia mengangguk faham lalu menoleh ke arah Reiz.

"Kelebihan aku adalah mengawal badan seseorang melalui darah dan boleh melihat benda dari jauh." Kata Reiz pula.

"Kelebihan aku menyamar dan mengesan aura seseorang." Ujar Akane.

"Aku boleh melihat di dalam gelap dan mencari sesuatu atau seseorang dengan mudah." Kata Moon.

"Kelebihan aku bermain melodi dan menjadi halimunan." Ujar Key lalu menghilangkan diri, Kyle hanya menggeleng kepala melihatnya. Dia kemudian menoleh ke arah Leon.

"Dapat mendengar suara tumbuhan dan haiwan dan membaca ayat kuno." Kata Leon ringkas, dalam diam dia menyimpan rasa resahnya.

"Jadi, sekarang kita perlu pulang ke dunia Crystal." Putus Kyle dan mereka mengangguk setuju, tanpa mereka sedar Leon sudah menjauhkan dirinya daripada mereka.

"Cough!!" Dia menekup mulutnya, darah keluar dengan banyak dari mulutnya, mukanya berubah pucat. "Ha...... ha......ha...... Aku tak dapat lari lagi...." Kata Leon sambil menggenggam dadanya yang terasa perit, dia mengambil nafas seketika sebelum dia membasuh mulutnya yang di penuhi darah.

"Coougghh!! Cough!!" Dia menggenggam dadanya, darah semakin banyak keluar dari mulutnya. Dia mengambil nafas panjang, "Cùrame del dolor por un momento. (Sembuhkan aku dari kesakitan buat seketika)"

Kesakitan nya perlahan-lahan mula hilang, tanpa berlengah dia terus membasuh tangan dan bahagian yang terkena darahnya. Dia kembali ke kawasan perkhemahan mereka semula.

"Kau pergi mana tadi Leon?" Soal Kyle musykil, dia hanya menggeleng kepala. "Tak..... Aku.... Tak pergi mana pun, saja jalan-jalan. Haha..." Kata Leon ketawa hambar.

Dia berkerut dahi, dia tidak percaya akan kata-katanya. "Kau nampak pucat lah, kau ada rahsiakan apa-apa lagi ke?" Soal Kyle masih tidak percaya. "Tak, betullah aku okay je. Kau kata nak pergi sekarang kan? Jom pergi sebelum terlambat." Kata Leon tukar topik.

Dia terus berjalan mendekati yang lain bagi menggelakkan dirinya ditanya lebih lagi, Kyle mengeluh. 'Nampaknya dia masih menyimpan rahsia,' bisik hatinya. Lalu dia membuka portal ke dunia Crystal, yang lain sudah berada di atas pegasus serta unicorn masing-masing.

"Mari pergi." Kata Kyle lalu masuk ke dalam portal itu di ikuti dengan yang lain.

- - -

Sebaik sahaja Leon melepasi portal itu, dia termuntah darah. Mulutnya di tekup, 'erggh...... Ia..... semakin kuat.....' bisik hatinya.

"Abang?" Panggil Key apabila menyadari hal itu, 'deshacerse de mi sangre y dolor...(hilangkan darah dan keperitan aku...)'

"Ah, kenapa?" Soal Leon sambil tersenyum tawar, "abang okay ke?" Soal Key yang jelas nadanya risau.

"Haha..... Mestilah okay, kenapa pulak tanya macam tu?" Kata Leon sambil mengusap lembut kepala Key. Senyuman palsu diukir. Key hanya tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya dia berasa ada sesuatu yang tidak kena padanya.

"Baiklah kita akan bermalam di sini, jadi masing-masing tahulah apa yang nak dibuatkan?" Mereka mengangguk tanda ya. Masing-masing mula membuat kerja sendiri sebahagian membina khemah, sebahagian lagi masak dan mencari kayu api.

- - -

Malam akhirnya menjelma, Kyle dan yang lain sudah lama lelap. Leon masih berjaga, baring di tengah hutan sambil merenung bintang-bintang yang bercahaya terang. Matanya jelas kosong.

'Cantik bukan cahaya bintang malam ini?' Kata Dark padanya, dia hanya mengukir senyuman hambar. "Ya, cahaya bintang memang cantik apabila menghias langit yang kosong ini."

Balasnya bermadah walaupun hakikatnya jiwanya kini kekosongan. "Aku harap masa boleh di putar kembali." Ujarnya yang lebih kepada permintaan.

'Malangnya masa yang berlalu, tidak dapat di putar kembali,' sambung Dark. Leon memejam mata sambil menggenggam bahunya yang bercahaya merah itu. "Tssk....." Dia mengemam bibirnya menahan dirinya daripada menjerit, dengan rasa sakit dia membuka matanya dan menjeling ke arah bahunya.

Simbolnya sedikit demi sedikit mula hilang, "krrrghh.....!" Dia mengetap gigi menahan bisa, dia tahu simbol di bahunya yang mula menghilang itu bukan petanda baik tetapi ia sebaliknya.

Sementara itu,

Key yang sebenarnya masih belum tidur, teringat akan apa yang berlaku pagi tadi. 'Mata dia..... Nampak kosong, senyuman dia tadi pun nampak palsu. Tak seperti selalu. Apa lagi yang dia sorokkan dari aku?'

Hati Key berteka-teki namun tetap tidak dapat menjawab semua persoalannya. 'Patutkah aku tanya pada dia? Tapi nampaknya dia enggan beritahu apa-apa walaupun Kyle tanya dia tadi.'

Key tertidur tatkala memikirkan persoalan yang sarat di dalam benak fikirannya. Pada masa yang sama, Leon juga tertidur dalam keletihan kerana melawan dirinya sendiri.

- - -

'Aaargghh!!'
'Flora!!"
'Leon!'

Jeritan tumbuhan-tumbuhan itu membuatkan Flora dan Leon serentak terjaga, lalu tergamam apabila separuh daripada hutan itu sudah musnah. "Krrrghh...... Tak guna! Jangan cakap mereka dah mulakan serangan!"

Ujar Leon kegeraman lalu dia terus masuk ke dalam khemah mengejutkan mereka kecuali Key dan Kyle yang baru bangun. "Apa?! Mereka sudah mulakan nya?!"

Serentak remaja lelaki dan wanita itu menjerit dengan ayat yang sama, "semua cepat kemas!" Tegas Kyle memberi arahan, mereka hanya akur tanpa membantah. Leon jatuh melutut dan menggenggam bahunya dia perasaan simbol itu mula hilang.

"Abang? Abang okay ke?" Soal Key cemas, Leon hanya menggeleng sahaja. "Cepat kemas," tegasnya.

Tidak sampai lima minit mereka sudah siap berkemas, "tak guna betullah! Pagi-pagi macam ini pun dia dah mula buat onar?" Kata Reiz kegeraman, Leon sedari tadi hanya mendiamkan diri. "Kita kena buat plan dan cari tempat yang sesuai untuk berbincang buat sementara waktu."

Ujar Leon dengan nada dingin, dirinya yang dingin kini kembali dan dia menutup wajahnya menggunakan hudnya. Key tersentak mendengar suara dinginnya, dia menoleh ke arah Leon yang menyorokkan wajahnya sambil berpeluk tubuh.

Kyle perasan akan hal itu, namun hanya di diamkan saja. "Baiklah kita tak ada pilihan lain, mari pergi dari sini." Kata Kyle, lalu mereka semua di teleport ke kawasan yang lebih tersorok. Mereka menghela nafas lega.

"Apa kita kena buat?" Soal Flora mula risau, "macam yang Leon katakan tadi. Kita kena plan sesuatu," jawab Kyle. "Jadi korang ada cadangan?" Sambung Kyle, mereka menggeleng kepala tanda tidak.

"Aku tahu," kata Leon yang telah lama mendiamkan diri. "Mula-mula...." Mereka mula mendengar rancangannya dengan teliti sesekali Kyle menegah dan menambah baikkan rancangannya. "Jadi.... semua setuju?" Soal Kyle ingin persetujuan yang lain, mereka mengangguk tanda ya.

"Kita akan mulakannya esok hari. Jadi pastikan masing-masing rehat dengan cukup, peperangan ini bukan boleh dibuat main." Kata Kyle dengan tegas yang kini menunjukkan aura kepimpinan yang tinggi. Mereka hanya akur dengan kata-katanya.

Petang itu, Leon bersandar di dahan pokok. "Tssk....." Sekali lagi simbolnya menghilang sedikit demi sedikit, dia memejam matanya cuba menghilangkan rasa seksanya. 'Masa aku dah suntuk....' Bisik hatinya, tanpa dia sedar air matanya mengalir.

Imbasan-imbasan lepas menerjah di dalam kepalanya, di mana dia bertemu Moon. Berkenalan dengan Razor, kawan rapatnya, hari pertama di akademi. Dan hari berkenalan dengan Kyle dan yang lain. 'Aku harap, aku dapat bersama korang lebih lama lagi....'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience