Episode 7: The Truth Identity Of Leon

Fantasy Completed 3818

16 Tahun Lepas,

Saat Leon berumur 2 tahun, dia suka bermain dengan haiwan dan tumbuhan yang menjaganya. "Hahaha! Ice!" Jeritnya kepada naga jadian itu, dia hanya tersenyum dan melayan sahaja kerenahnya.

"Look how innocent are you Leon!" Kata Ice sambil merosakkan rambutnya yang sudah tersisip kemas. "Hei! No I'm not!" Balasnya sambil menepis tangan Ice, dia tergelak kecil.

Tiba-tiba cuaca berubah mendung, kilat dan guruh sambar-menyambar membuatkan Leon terkejut lantas memeluk Ice dengan erat. Ice yang pada mulanya terkejut, kemudian mengetap gigi apabila tahu seseorang muncul dari langit.

"Ggrrh....." Dia mengeram garang sambil mengeratkan lagi pelukkan Leon. Seseorang muncul di hadapannya, dia tersenyum sinis. Di sebelahnya seorang kanak-kanak sebaya Leon dan seiras dengannya.

"Yoshiko! Apa lagi yang kau mahukan?!" Soal Ice dengan keras, Leon yang masih dalam pelukkannya menjeling ke arah lelaki yang bersama kanak-kanak itu. Mereka tersentak apabila mata mereka bertembung.

Leon meleraikan pelukkannya dan ingin mendekatinya begitu juga dengan kanak-kanak itu.

"Abang!"
"Ryuu!!"

Tetapi tindakan mereka dihalang, Ice memegang pergelangan tangan Leon dengan erat, begitu juga dengan Yoshiko. Mereka saling merenung dengan tajam antara satu sama lain.

"Dark!!"
"Ryuu!"

Mereka meronta-ronta ingin melepaskan diri, tangan mereka cuba memaut antara satu sama lain tetapi direntap dan di kurung di dalam kiub. "Ice! Buka kurungan ini! Buka kurungan ini!!" Jeritnya sambil menumbuk-numbuk kurungan itu. Ice hanya mampu menutup mata dan buat tidak endah panggilannya.

"Maaf Leon."

Air matanya mula mengalir, "Dark..."
"Ryuu..."

"Cik Yoshi! Bukak kurungan ini! Cik Yoshi!!" Jerit Dark sambil menarik-narik tiang penjara itu, dia menjeling ke arahnya dengan tajam. Lalu tiang yang dipegang nya mengalirkan arus elektrik dan dia terkena renjatan elektrik itu. "HHRRAAHH!!!"

Jerit Leon dan Dark serentak sebelum jatuh tidak sedarkan diri, Ice tergamam dengan tindakannya lantas dia berubah menjadi separa naga. Mukanya dan tangannya mempunyai sisik biru, manakala kukunya memanjang. Matanya berubah tajam seperti mata kucing. Mukanya membengis merenung musuhnya.

"Aku nak kau serahkan dia kepada aku," katanya dengan angkuh yang merujuk kepada Leon yang tidak sedarkan diri. "Jangan harap!" Tegas Ice dengan suara yang berubah garau. "Hihihihahahaha!!!" Dia tergelak sinis, membuatkan Ice semakin berang.

"Malang untuk kau kerana bercakap kasar dengan aku," ujarnya dengan suara yang berubah serius, matanya berubah merah dan sepasang sayap hitam serta tanduk mula muncul. Ekor yang tajam mula muncul, kulitnya berubah pucat.

Ice terus berubah menjadi naga, guruh dan kilat semakin kuat dan galak menyambar dunia naga itu. Kurungan yang mengurung Leon dan Dark terlerai kerana mereka menumpukan kuasa mereka sepenuhnya.

"GGGRROOUUUGGGHHH!!!"
"RRRROOOOUUUURRRR!!!!"

Ngauman naga dan demon membingitkan suasana, tanah merekah dengan hebat impak aura mereka yang dasyat!

Leon yang mula sedar dari pengsan perlahan-lahan cuba bangun namun dia tidak berdaya, dia hanya mampu merangkak mendekati Dark yang masih belum sedarkan diri. "Abang...."

Dia mengoyangkan tubuhnya sebaik sahaja dia dapat mendekatinya. Dark perlahan-lahan membuka matanya dan menoleh ke arahnya. "Ryuu...." Mereka mula menangis dan memeluk antara satu sama lain, melepaskan rindu mereka.

"Brother..... I'm scared...." Katanya dengan suara yang perlahan dengan badannya yang mengigil. Dark memeluknya erat bagai tidak mahu berpisah dengannya. "I'm here right now, you don't need to be scared anymore.." Pujuknya sesekali dia mendongak ke langit melihat pertempuran Ice dan Yoshiko.

"GGGRRAAAAGGGHHH!!!!" Naga ais itu mengaum dengan kuat, matanya merah saga menandakan kemarahan nya kini sampai ke puncak.

Yoshiko dan Ice saling tolak-menolak sehingga masing-masing tercampak merempuh gunung.

"Aaarggh!!!" Dark dan Leon menekup telinga tidak tahan dengan jeritan dan suara tumbuhan-tumbuhan yang hancur akibat pertempuran mereka. Di dalam keperitan Dark mengambil peluang untuk melarikan diri, dia menggenggam pergelangan tangan Leon lalu bangun dan lari dari kawasan itu.

Mereka berlari menyusuri hutan yang kini tinggal separuh itu, mereka cuba keluar dari dunia itu. Malangnya Yoshiko yang sedar mereka cuba melarikan diri terus mengejar mereka, Ice tersentak lantas dia terus teleport di mana mereka berada.

Ice tiba dahulu sebelum Yoshiko, dia berubah menjadi manusia kembali. Dark yang perasan akan kelibat Ice menghalang dirinya dari mendekati mereka, "Dark...... Dia...... baik, dia tak cederakan Ryuu pun." Pujuk Leon padanya. Ice tidak marah atau rasa was-was akan Dark kerana dia tahu, dia takut Leon di cederakan.

Walaupun dia tidak percaya sepenuhnya pada Ice tetapi dia hanya akur sahaja dengan kata-katanya. Ice terus mendekati mereka dan memeluk Leon termasuk Dark membuatkan dia terkejut. Namun perlahan-lahan dia membalas pelukkan Ice.

"Korang kena pergi dari sini." Ujar Ice dengan serius kepada mereka, dia kemudian memandang ke arah Dark.

"Dark, tolong jaga Leon dengan baik di luar nanti ya?" Kata Ice berharap padanya sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya. Dia terkejut tetapi kemudian dia mengangguk.

Tiba-tiba Yoshiko muncul di belakang Ice bersama sebilah pedang, mereka terkejut melihat Yoshiko yang tiba-tiba muncul itu. Dark terus berlari ke depan dan mendepakan tangannya.

Akibatnya pedang itu terkena di bahagian perutnya, "cough!!" Dark dan Leon serentak termuntah darah, mereka tergamam.

"Dark! Leon!" Ice mula cemas, Dark berdiri tidak stabil.

"Krrrghh....." Yoshiko hanya mendesah apabila rancangannya gagal, "aku akan bunuh kau!!" Jeritnya lalu mencabut pedang yang tertusuk di perut Dark dan berlari ke arahnya.

Tanpa mereka sedar, mata Leon mula berubah merah keseluruhan, sayap dan tanduk hitam mula muncul. Begitu juga dengan Dark, matanya yang merah berubah hitam keseluruhan tanpa mata putih. Simbol di bahu mereka bersinar kemerahan.

Muncul scythe yang mengeluarkan aura gelap yang kuat di tangan mereka, saat mereka ingin bertempur. Yoshiko dihalang scythe milik Dark dan dia di campak ke belakang.

Ice tergamam melihat perubahan mendadak mereka. Dark dan Leon serentak meluru ke arah Yoshiko yang belum bersedia.

TAAANNGGG!!!!
ZWWOOSSHH!!!

Scythe milik mereka dan pedang Yoshiko bertembung sehingga debu tanah naik ke udara, Yoshiko mengetap gigi. "Tak guna.....!!" Dia ingin menetak mereka menggunakan pedangnya tetapi mereka tiba-tiba ghaib.

Dia mula memasang telinga dan memerhatikan sekelilingnya dengan tajam.

TTTIIIIINNNGGGG!!!!

Dark muncul dari depannya dan dia sempat menahan serangannya, namun malang baginya Leon muncul dari belakangnya lalu melibas scythe di bahagian badannya. Dia sempat mengelak namun tak terelak dari cedera.

"Tch....!" Dia mendecih lalu menggunakan kuasa ilusi dan mencederakan Dark saat dia tercari-cari kelibat nya. Manakala Leon ghaib begitu sahaja. "Aaarggh!!!" Dark dan Yoshiko menjerit serentak apabila Leon berjaya mencederakan nya dengan teruk oleh scythe miliknya.

Dark terus jatuh menyembah tanah, Yoshiko masih mampu berdiri walaupun nafasnya termengah-mengah. "Ingat! Ini hanya permulaan! Bukan pengakhirannya!" Katanya memberi amaran sebelum hilang dari pandangan.

Leon kemudian turut jatuh tetapi sempat di sambut Ice, dia kembali kepada asal, begitu juga dengan Dark. Nafas mereka termengah-mengah.

"Dark....?" Panggil Leon dengan lemah, seakan faham Ice memapahnya mendekati Dark yang sudah kehilangan banyak darah. "Ryuu..." Panggil Dark, matanya mula berpinar-pinar. "Jangan tinggalkan aku.... Dark...."

Air matanya mula mengalir begitu juga dengan Dark, Ice hanya mampu memandang sayu terhadap mereka. Dia tersentak apabila menyadari simbol di bahu mereka bersinar kemerahan, tubuh Dark mula bersinar keemasan sebelum hilang dari pandangan.

Sebaik sahaja Dark hilang dari pandangannya, dia terus jatuh tidak menyedarkan diri. "Leon?" Dia hanya mengeluh lega, apabila menyadari dia masih bernafas. "Maaf Leon..... Ini semua salah aku....." Kata Ice menyalahkan dirinya kerana gagal melindungi dua beradik itu. Dia mengeluh sebelum memapahnya pulang merawatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience