Episode 8: The Melody

Fantasy Completed 3818

Malam itu kesemua pelajar-pelajar form 1 berkumpul di dewan muzik, sepanjang menunggu guru tiba ramai yang berbual-bual ingin berkenalan. Tetapi kebanyakkan nya bersikap sombong dan tidak suka berkawan dengan kelas bawahan.

Leon dan Moon merenung bulan di luar tingkap, angin bertiup dengan lembut menerbangkan daun-daun ke udara. Leon memejam mata menikmati angin yang dingin pada malam itu. Key sedari tadi hanya memerhatikan Leon.

Leon sedar dia diperhati kan namun dia buat tidak endah sahaja. Kyle sedang berbual-bual dengan ketua kelas mereka, Zen, dia rupanya seorang peramah. Ramai yang salah sangka dia seorang yang sombong kerana Zen langsung tidak bercakap dengan mereka sama seperti Leon.

Sesekali Reiz turut menyampuk perbualan mereka. Setelah beberapa minit berlalu, cikgu-cikgu akhirnya tiba di dalam dewan itu, di tangan setiap cikgu mempunyai bekas alat muzik.

Mereka berkumpul mendekati cikgu di tengah dewan itu. "Baiklah malam ini, kamu semua akan bermain alat muzik." Kata Cikgu Aliah.

Salah seorang dari mereka mengangkat tangan, "cikgu kenapa kami mesti bermain alat muzik?" Soalnya.

"Cikgu buat sebab mahu melihat kebolehan kamu bermain muzik, kalau kamu tak pandai pun tak mengapa buat sahaja. Kadang kala muzik juga boleh menjadi bantuan ketika berlawan seseorang. Kamu semua faham atau tidak?"

Soal Cikgu Aliah apabila melihat semua tercengang-cengang, kecuali Key dan Leon. "Kami tak faham cikgu," kata mereka serentak seolah sudah sepakat.

Cikgu-cikgu mengeluh dan berfikir-fikir bagaimana mahu terangkan kepada mereka. Key dan Leon berpandangan dan mengangguk kepala seolah sepakat akan sesuatu.

Key mengangkat tangan, "cikgu kami faham. Izinkan kami terangkan kepada mereka," pinta Key. Cikgu-cikgu berpandangan sesama sendiri seketika sebelum tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

Pelajar-pelajar lain pula salah tafsir bahawa mereka berdua sengaja menunjuk-nunjuk, mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri. Bisikkan mereka terhenti apabila Leon mengeluarkan auranya yang menyeramkan bersama senyuman ngeri.

Dia mengeluh sebelum memandang Key dan mengangguk kepala tanda boleh memulakannya sekarang. Key dan Leon berundur sehingga jarak mereka kira-kira 5 meter.

Key mengeluarkan flute nya yang sering tergantung di leher, Leon membuka langkah kekuda. Suasana menjadi sunyi. '1....2....' Kira mereka di dalam hati serentak.

'3'

Key mula bermain flute nya manakala Leon menyerang dia, Key hanya mengelak serangan Leon tanpa membalas atau menepis. Yang lain mula berpeluk tubuh, memandang mereka dengan tidak puas hati. Sesetengah mula berbisik-bisik.

Semakin lama serangan Leon semakin perlahan, dan dia kelihatan mengantuk. Sesekali dia menguap dan menggeleng kepala mengusir rasa ngantuk. Key pula semakin rancak bermain flute.

Cikgu-cikgu mula menunjukkan minat kepada mereka, pelajar lain pula mula hairan, namun tidak dinyatakan kerana berasa ego.

Leon menggeleng kepala berkali-kali, sebelum tersenyum. "Sorry ya Key kau punya melodi dah berjaya buat aku mengantuk tapi tak cukup kuat. Cuba lagi lain kali."

Kata Leon yang tahu-tahu sahaja sudah berada di sebelahnya sambil menepuk bahunya, terhinjut bahunya di buatnya kerana terkejut. Cikgu Arata selaku guru kelas 1 Elite mengangguk kepala tanda kagum dengan anak muridnya.

Kyle, Reiz, Zen dan Moon berlari anak dan mendekati mereka. "Hei macam mana tu? Aku masih tak faham lah." Soal Reiz sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nanti saja lah kitorang tunjuk dekat korang," kata Key mewakili Leon. Dia sedari tadi hanya mendiamkan diri dan merenung bulan sahaja.
"Baiklah semua dah faham?" Soal Cikgu Arata.

"Faham!" Kata mereka serentak padahal hakikatnya mereka langsung tidak faham, masing-masing buat-buat tahu. Hanya segelintir sahaja yang tidak menjawab tanda tidak faham.

"Baiklah semua pilihlah alat muzik mana kamu suka." Ujar Cikgu Miya, mereka mendekati bekas yang dipenuhi dengan banyak alat muzik. Mereka berkira-kira mahu ambil yang mana.

Leon tidak mengambil sebarang alat muzik di dalam bekas itu malah dia juga tidak mempunyai alat muzik. Cikgu-cikgu tertanya-tanya kenapa mereka juga sedar Leon sedang asyik melihat bulan mengambang penuh.

Moon duduk di sebelahnya sambil merenung matanya risau kalau-kalau 'dia' yang kawal Leon. Kebanyakkan pelajar bermain alat muzik itu dengan nyaring apabila cikgu menyuruh mereka bermain di hadapan yang lain.

Ramai yang bermain alat muzik itu secara solo dan tidak gemar buat secara berkumpulan, walaupun mereka bermain dengan teruk tetapi mereka tetap berasa diri sendiri lebih baik berbanding yang lain.

Sehingga lah tinggal Leon dan Key sahaja, cikgu bertanya sama ada ingin bermain secara solo atau kumpulan. Key memandang Leon inginkan pendapat, dia mengangguk kepala tanda mereka akan buat secara kumpulan.

Ramai yang tersenyum sinis, kerana bagi mereka tentu sahaja mereka akan bermain dengan teruk.

"Cikgu boleh kami bermain di depan tingkap?" Soal Leon ingin meminta izin, cikgu-cikgu mengangguk setuju kerana dalam fikiran mereka mungkin mereka dapat bermain dengan tenang.

Key dan Leon berdiri di hadapan tingkap, Key berkerut dahi kerana Leon tidak mempunyai sebarang alat muzik. Moon sudah tersenyum, 'sekarang dia akan lagukan melodi itu.' Katanya di dalam hati.

Leon menutup matanya, tiba-tiba angin bertiup sedikit deras dan menerbangkan daun-daun yang menghijau sehingga tiba di tempat Leon. Dia menyambut daun itu dan meletakkan di mulutnya, jarinya di susun.

Mereka kehairanan, namun Key cuba mengendahkan dan fokus kepada flute nya. Mereka serentak menghela nafas panjang sebelum mula bermain melodi masing-masing.

Mereka semua tertarik nafas kerana terpegun dengan melodi mereka, hasil gabungan muzik mereka membuatkan suasana menjadi nyaman ditambah dengan angin yang bertiup lembut menyapa badan masing-masing.

'Tunggu! Bukankah melodi ini...... Melodi ini sama seperti di dalam hutan itu!' Detik hati Key apabila menyadari melodi itu sama seperti didengari nya sebelum ini. 'Jadi..... Leon lah yang mainkan melodi itu setiap kali bulan mengambang?'

Di dalam fikirannya dia berteka-teki namun dia masih fokus dengan flute nya. 'Entah kenapa aku berasa selesa dengan Leon? Walaupun..... dia agak dingin. Tapi..... Kenapa bunyi melodi ini seolah sedih? Sama seperti waktu aku kehilangan nenek dan datuk?'

Di mindanya sarat dengan soalan, tanpa mereka sedar Leon secara tidak sengaja mengalir air mata nasibnya baik dia menghadap tingkap. Tiada sesiapa nampak dia sedang menangis.

Dia membuka matanya, matanya yang biru berubah hijau. Dia memandang bulan dengan sayu, 'Razor.....kalaulah dunia ini tak kejam, semua ini tak akan berlaku.'

- - -

Setelah tamat waktu bermain muzik mereka bersurai, Kyle terus pulang ke bilik begitu juga dengan Reiz, Key, Moon dan Leon. Dia hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh.

Dia mendesah kerana kebiasaannya dia akan bermain melodi itu sehingga matahari terbit, sekarang ia sudah berbeza memandangkan dia tinggal di akademi kini.

Mereka terus baring di atas katil masing-masing, bersama keluhan kerana berasa letih. Ditambah lagi esok mereka perlu ke kelas. Reiz bingkas bangun dan memandang Leon.

"Leon macam mana kau buat tu, ajarlah aku. Guna daun je pulak tu nak buat melodi itu, macam mana kau buat?" Soal Reiz dengan rasa kagum.

Leon tersentak melihat reaksi Reiz, dia terus sahaja teringat akan Razor.

"Hei Leon! Macam mana kau buat tu? Ajarlah aku, aku pun nak buat juga!"

Kata-katanya terngiang-ngiang di kepalanya, membuatkan dia rasa sebak kerana rindukan satu-satunya kawan yang dia ada. Kepalanya tertunduk, sebelum menguntum senyuman kelat.

"Kau nak belajar? Boleh saja tapi mungkin lain kali sahaja, esok ada kelas." Jawab Leon dengan nada sedikit sayu, namun dia tidak sedar dengan perubahannya kerana dia pendam perasaan itu seorang diri.

Reiz mencebik sebelum mengangguk, "yalah! Apalah esok ada kelas. Huh....." Keluh Reiz sebelum rebah semula ke katil.

Leon merenung bulan melalui tingkap, semua rakannya sudah lena diulit mimpi. Dia sedang merenung bulan itu kerana bulan itu mempunyai lambang seekor naga hitam bersama simbol gabungan bulan dan bintang di sebelahnya.

Hanya dia seorang sahaja mampu melihat nya, tidak kepada demon mahupun Kyle. Leon memandang bulan itu dengan sayu, Dark yang berada di dalam badannya turut sama berasa benda yang sama.

'Dia sedang bangkit, lambang itu..... Ia semakin jelas,' ujar Dark. Leon menekup mukanya dan menggeleng kepala, 'tolonglah.... kenapa? Kenapa dunia ini kejam? Aku.... cuma.....inginkan kebahagian.....'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience