Bab 4 - Bilik Gelap Bercahaya Kecil

Horror & Thriller Series 7961

Aku melihat di sekeliling aku. Gelap. Hanya ada ada sedikit cahaya menerangi suatu sudut di penghujung ruangan itu. Aku lantas mengorak langkah yang kecil untuk ke sana dan mencari dari mana sumber cahaya tersebut. Rupanya-rupanya ada satu tingkap yang sangat kecil jauh di atas berhampiran siling ruangan itu. Persoalanya, aku kat mana ni ?

Entah bagaimana, aku berada di dalam sebuah ruang yang mungkin saiznya boleh disamakan dengan 'fitting room' biasa. Tanpa apa-apa benda disitu, aku hanya ditemani dengan cahaya kecil itu. Adakah ini metafora yang menggambarkan keadaan aku yang buntu tentang siapa pesakit yang merupai Orked yang tiba-tiba menghilangkan diri tersebut ? Siapa atau apa itu Saikuronewa ? Mengapa namanya disebut oleh kedua-dua pesakit misteri dan Orked sendiri ? Ya, aku pasti aku sedang hilang dalam minda aku sendiri. Jika kegelapan ialah kebuntuan, cahaya kecil itu pasti simbolik kepada penyelesaian. Walaupun kecil, ia tetap ada dan aku akan merungkainya. Bangun, Haqeem. Bangun !

Perlahan-lahan, mata aku dibuka. Cahaya daripada lampu kalimantang itu agak menyakitkan bagi mataku yang baru ingin membiasakan diri dengan kehadiran cahaya. Badan aku terasa sukar untuk digerakkan. Dengan menggunakan daya yang besar, aku cuba untuk bangun daripada posisi aku yang sebelum ini dibiarkan terbaring di atas katil hospital. Aku mencabut segala peralatan perubatan yang ada pada aku dan aku terus bangun untuk beredar keluar dari wad di mana aku ditempatkan.

Aku melihat keadaan sekeliling di luar wad tersebut. Hospital am memang sangat lain dengan hospital mental tempat aku bekerja. Di sini lebih pesat dengan kehadiran manusia yang datang dengan pelbagai bagai jenis kesakitan fizikal mahupun mental.

Semasa kepala aku dialihkan ke kiri, aku melihat mama berlari kecil ke arahku . Aku tersengih melihatnya setelah dia sampai sambil tercungap-cungap dan memicit-micit lengan aku.

" Haqeem jangan lah buat mama macam ni. Mama risau tahu tak ? Tiba-tiba mama tengah seronok sembang dengan Aunty Fazidah tu, ada orang call mama kata Haqeem pengsan. Kenapa ni ? Stress sangat ke kerja kat situ ? Mama tahu, ni mesti Haqeem stress kan muda-muda dah terus jadi doktor bukan yang sepatutnya lambat lagi macam student medical lain ni kan ? " keluh Mama. Atau boleh secara tepatnya aku nyatakan 'bebel mama' ?

"Woah ma, banyaknya soalan ni. Haqeem nak jawab mana satu dulu ?" tanyaku sambil ketawa.

"Eh dia ni main-main pulak. Mama serious ni tahu taaaakk ? Eh kejap, yang Haqeem kat luar ni kenapa ? Bukan Haqeem patutnya baring kat dalam tu ke ? Ya Allah Haqeem ! Ni nak buat hal lagi lah ni ? Nak buat mama risau ?" riak wajah mama mula berubah menjadi seperti incredible hulk.

" Ma, trust me, I'm fine. Tadi Haqeem just pening sikit so entah macam mana tahu-tahu dah tak nampak apa dah. Tapi Haqeem dah okay so Haqeem balik hospital dulu lah. Boleh Ma ?"

" Betul ni okay ?"

" Yeah i'm all good now,"

" Okay lah then, you may go. Jom ikut Mama, Aunty Fazidah hantarkan. Dia tengah minum kopi tu," ajak Mama yang kemudiannya memeluk lembut lengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience