Kau yang dipanggil Saikuronewa,
Kau yang datang berkongsi nyawa,
Kau yang taat menurut perintah,
Datang lah kau,
Datang lah menghadap tuanmu,
Setelah dibacakan mantera itu, datang lah satu makhluk yang indah rupanya bagaikan seorang puteri menghadap si pembaca mantera itu tadi. Rambut makhluk itu ikal mayang dan berwarna hitam pekat. Rambutnya disikat rapi dan direhatkan di bahu sebelah kiri.
"Apa yang kau mahu ? " merdu suara makhluk itu. Wajahnya kelihatan sangat menawan. Bibirnya yang merah bak delima, kulitnya yang cerah lagi bersih, matanya yang besar dan berbulu mata lentik pasti memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.
"Seperti apa yang aku telah katakan kepada kau, Saikuronewa. Haqeem telah melanggar amaran yang aku berikan melalui kau tempoh hari. Kau hantui lah dia. Kau buatlah dia putus asa. Kau buat dia tinggalkan Orked," si pembaca mantera tenang memberikan arahan. Sedikit pun tiada ragu-ragu ataupun sebarang tanda penyesalan yang dizahirkan melalui air mukanya. Dia tekad.
"Izinkan aku memberi amaran kepada Haqeem melalui Orked. Aku ingin melihat ketakutan yang bakal wujud melalui matanya. Aku ingin menatap puas kekeliruan yang bakal wujud dalam segenap mindanya," dia yang diberi nama Saikuronewa itu meminta izin kepada si pembaca mantera yang diakui sebagai tuan kepadanya.
"Silakan, Saikuronewa,"
Setelah mendengar kebenaran yang diberikan kepadanya, Saikuronewa tersenyum. Wajahnya yang tadinya cantik perlahan-lahan bertukar menjadi hodoh. Kulitnya yang sedang menggelupas sedikitpun tidak memberi kesan kepada si pembaca mantera. Rambutnya mula berterbangan dari pelbagai arah sebelum akhirnya dibiarkan berselerak. Mukanya berkedut-kedut dan dia menyeringai sebelum hilang dari ruangan itu. Si pembaca mantera mengeluh seketika sebelum membetulkan uniform putihnya. Peluh di dahi dilap dengan tisu muka. Dia berasa puas. Tiada siapa yang tahu hubungannya dengan Saikuronewa. Tiada siapa tahu bahawa dia lah punca penderitaan Orked. Dengan arahan yang diberikan olehnya lah Orked diganggu. Namun, tanpa dia sedari, seseorang telah tanpa sengaja, menjadi saksi kepada setiap gerakan dan perbualannya sebentar tadi.
………………………………………………………………………………
"Ouch, sorry-sorry !"
"Oh, sorry!"
Masing-masing meminta maaf setelah mereka telah melanggar satu sama lain tanpa sengaja. Mana taknya, Si gadis berlari dengan muka yang merah dan pandangan mata yang dari tadi difokuskan kepada lantai. Si jejaka pula berlari sambil mindanya ligat berfikir sesuatu.
"Awak okay ?" si jejaka itu bertanyakan soalan itu setelah melihat gadis itu hanya terdiam seribu bahasa.
"Okay, hmm okay, saya okay !" jawabnya dengan sedikit bersemangat. Jejaka itu tersenyum dan menghulurkan tangannya sebagai tanda hendak berkenalan.
"Hai. Nama saya Zakwan. Adam Zakwan,"
Si gadis menenung lama tangan jejaka itu yang dihulurkan kepadanya. Dia ragu-ragu untuk menyambut tangan itu namun disambut jua tangan itu.
"Orked. Hana Orked," balasnya ringkas.
"Hana Orked ? What a nice name ! It literally means 'bunga orked' right ? If that Hana was taken from Japanese lah kan ?" respon lelaki yang bernama Zakwan itu.
"Well yeah. My mom is Japanese so yeah. Papa yang nak sangat namakan saya Orked so Ibu pun ambik lah kesempatan letak Hana kat depan," tambah Orked.
"What a cute story," komen Zakwan. Orked tersenyum nipis.
"Hmm.. Orked, saya tahu kita baru je jumpa and mungkin awak pun belum selesa dengan saya. Tapi boleh tak saya nak ajak awak minum kat cafe bawah tu ? I'm gonna wait for someone actually so sementara tu boleh kita sembang-sembang ke apa ke ?" dengan suara yang kedengaran agak menggeletar , Zakwan cuba mengajak Orked minum bersamanya. Orked renung ke arah Zakwan sambil memikirkan apa yang patut dia lakukan. Terima atau tidak. Minum atau tidak.
'Boleh lah. Ikut je lah dia ni. Boleh lari daripada Doktor. Lagipun kat bawah tu ramai orang so takpe kot'
Orked angguk dan mereka berdua bersama-sama bergerak ke arah lif berdekatan untuk ke bawah.
Sedang mereka sibuk bersembang tentang kucing di mana Zakwan yang paling gembira melihat gelagat kucing-kucing comel di Internet, datang seorang lelaki berkemeja biru ke arah mereka.
"Weh, lama ke tunggu ? Sorry lah patient aku tiba-tiba lari tadi," sapa lelaki itu kepada Zakwan.
"Lari? Hmph, takpe lah bruh. Aku dah jumpa kawan lain dah," jawab Zakwan dengan nada yang saja dibuat-buat supaya kedengaran seperti dia sedang merajuk.
Lelaki berkemeja biru itu terus mengalihkan pandangannya daripada Zakwan kepada perempuan yang duduk membelakanginya di sebelah Zakwan. Dia kelihatan sedang fokus melihat video kucing dalam laptop Zakwan yang dihubungkan dengan WIFI percuma hospital.
Dia kenal sekali dengan sosok tubuh itu. Dia kenal dengan si rambut keriting berwarna coklat secara semulajadi itu.
"Orked ?"
Orked yang tadinya senyum-senyum melihat video kucing terpaku serta merta. Perlahan-lahan dia pusingkan badannya ke arah pemilik suara yang memanggilnya.
"Doktor Haqeem ?!"
Share this novel