Bab 15 : Pipi Panas

Horror & Thriller Series 7961

"KENAPA KAU SELAMATKAN DIA?" bentak wanita itu tepat di hadapan lelaki yang lebih tinggi sedikit daripadanya. Lelaki itu cuma terdiam.

"EH, KAU DIAM BUAT APA? JAWAB LAH? KE KAU NAK AKU SURUH SAIKURONEWA BUNUH KAU?" sambung wanita itu. Mukanya merah kerana marah.

"Kau tak pernah cakap pun kau nak bunuh dia. Lagipun, kau boleh ke bunuh aku? Kau lupa, separuh nyawa aku ada kat Saikuronewa? Kalau aku mati, mudah lah kan Saikuronewa pun mati?" lelaki itu mengangkat keningnya.

"Hmph, peduli apa aku? Aku masih ada. Selagi aku masih hidup, Saikuronewa takkan mati. And kau ingat semudah tu je nak bunuh aku?" wanita itu tersenyum sinis.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Petang itu, Dr Haqeem dan Orked masing-masing dibenarkan keluar dari hospital. Dr Haqeem masih agak terkesan dengan apa yang berlaku kepada Orked. Entah kenapa, dia sukar untuk mengawal emosi. Namun, dia sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dimasukkan ke dalam hospital. Setahunya, dia ingin mengakhiri kehidupannya. Semakin dia cuba ingat, semakin itu dia makin tidak dapat mengingat.

HAQEEM POV

Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Aku hampir sahaja buat benda yang paling bodoh dalam hidup aku. Aku tak sanggup nak jawab bila Mama tanya aku apa yang aku buat kat rooftop tu sampai aku boleh pengsan kat situ. Takkan aku nak cakap kat Mama yang aku nak bunuh diri? Aku pandang wajah Mama yang sedang memandu di sebelah. Mama katanya tak suka memandu. Tapi dia masih memandu demi aku. Untuk pastikan aku selesa tak perlu susah susah ambil teksi untuk balik rumah. Comel je tengok Mama yang fokusnya tak pernah lepas pada jalan raya. Maafkan hambaMu ini Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk terus hidup.

Bukankah aku kerap menasihati pesakit-pesakit aku untuk terus hidup? Bukankah aku sering beritahu mereka yang bunuh diri itu bukan penyelesaiannya? Hipokritnya aku. Aku sendiri cuba untuk mengakhiri nyawa aku. I'm pathetic.

Tapi, aku masih ada sebab untuk hidup. Dan masih ada sebab kenapa aku masih hidup. Kalau aku sedih kerana aku gagal menolong Orked sampai Orked cuba bunuh diri, itu tandanya aku kena berusaha lebih kuat. Cari punca kenapa dia jadi begitu. Punca yang aku sendiri sudah tahu. Saikuronewa. Cuma sekarang, kenapa? Kenapa Orked? Dalam banyak banyak manusia dalam muka bumi ni, kenapa Orked juga yang dia kacau?

Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku lihat Mama semakin tenang. Dia tidak lagi kelihatan tegang seperti mana dia dalam pemanduannya tadi.

"Oh ya, Mama lupa nak cakap, Zakwan semalam asyik call Haqeem je. Mama call balik dah dia. Dia kata dia nak confirmation Haqeem pasal reunion class Haqeem. Haqeem still nak pergi ke?" Mama pandang aku.

"Entah lah Ma. Tapi Mama tak cakap kan yang Haqeem masuk hospital?" aku taknak Zakwan tahu keadaan aku. Mamat tu kalau risau, dia over sikit. Kalau dia tahu aku sakit, mesti dia datang bawak panadol lah, ubat pocai lah dan segala macam ubat.

"Tak lah. Mama tahu lah Zakwan tu kalau risau macam mana. Kang satgi dia datang bawak Qu Puteh pulak macam mana?" Mama gelak. Aik Mama aku ni, pandai pulak dia melawak.

"So Haqeem nak pi tak reunion tu malam ni? Ha, ha kalau Haqeem nak pergi kan, pakai lah sut yang Mama belikan haritu!," kata Mama teruja. Apa yang teruja sangat pun aku tak faham. Ma, your son handsome pakai apa pun lah.

"Err kalau Haqeem nak pi pun, budak perempuan gedik gedik tu suruh bawak partner. Haqeem ni Mama tahu lah kan, Haqeem mana ada sesiapa. Takkan Haqeem nak bawak Mama pulak?" aku menjawab acuh tak acuh.

"Alah, apa salahnya bawak Mama pun? Mama Haqeem ni cun tau tak?" Mama membangga diri.

"Sebab selalu minum Qu Puteh? Ni mesti Zakwan supply kan?" aku tersengih. Mama ketaws terbahak bahak. Aku senyum lihat Mama. Seronok tengok Mama ketawa macam ni.

"Eh, merepek lah. Alah pergi je lah,"

"Haqeem takde siapa lah nak bawak,"

"Orked kan ada?" Mama mengangkat keningnya. Macam mana Mama kenal Orked pulak ni? Haish bencinya.

"Diam pulak dia? Merahnya pipi tu," Mama mengusik aku. KENAPA. PIPI. AKU. PANAS. SANGAT. NI.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience