Bab 1 - Dr Haqeem

Horror & Thriller Series 7961

"Haqeem, nanti jangan lupa ambil mama pukul 3 nanti ya ? " pesan lembut wanita berusia itu kepada aku. Aku hanya mengangguk sambil mataku memandang jam tangan aku yang sudah lama setia menjadi pendamping aku.

"Ma, Haqeem dah lambat dah ni. Haqeem gerak dulu lah eh, bye mama ku sayang, " aku bingkas bangun dan menarik lembut tangan mama untuk aku salam. Dia terus mengusap belakangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya seketika dan seterusnya beredar pantas keluar dari rumah. Sebelum keluar dari perkarangan rumah, aku sempat melihat sekali lagi wajah mama yang memandangku dengan senyuman yang tak pernah gagal untuk menenangkanku. Betul lah orang kata, wajah kasih sayang ibu ialah wajah yang paling menenangkan. Aku bertuah kerana masih mempunyai seorang ibu yang lebih manja dipanggil mama itu.

Sesampainya aku di hospital untuk memulakan tugas harianku sebagai seorang pakar psikiatri di hospital swasta yang jaraknya dengan rumahku tidak lah jauh mana itu, aku disambut dengan senyuman oleh beberapa rakan sekerjaku. Aku segera bersiap sedia untuk menerima pesakit yang baru baru ini meraung hendak memuntahkan kembali makanan yang dimakan setelah dihalang oleh bapanya. Bulimia Nervosa. Pesakit yang mengalami penyakit ini akan makan makanan dalam kuantiti yang banyak lalu memuntahkan kembali makanan yang dimakan dengan harapan cara itu tidak akan menambahkan berat badannya.

Tepat jam 7 pagi, seorang lelaki yang kelihatan agak tidak terurus dengan rambut yang tidak disikat dan baju yang tidak dikemas rapi masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan aku sejak beberapa bulan yang lalu. Ya, aku masih baru dalam bidang ini. Dia tampil bersama anak lelakinya yang kelihatan murung. Aku agak terkejut melihat remaja lelaki itu. Aku masih belum membelek fail yang mengandungi maklumat peribadinya jadi aku menyangka bahawa pesakit aku pada kali ini ialah perempuan, bukan lelaki. Ya lah, kebiasaannya pesakit yang menderita penyakit ini terdiri daripada golongan hawa yang sering ingin tampil anggun di mata dunia, bukan ? Haih, kadang kadang aku mengaku juga bahawa salah lelaki juga yang kebanyakannya hanya menilai seorang wanita itu daripada saiz 'wxy' nya sahaja.

"Erm, Encik boleh tunggu di luar dulu lah. Minum kopi ke apa ke ? Saya nak borak sikit dengan anak Encik.. Oh ya, kat depan hospital ni ada Roti Boom sedap ! Encik makan lah dulu sementara tunggu kami selesai," dengan ramah aku cuba untuk 'menghalau' bapa kepada pesakit aku ini supaya aku boleh memulakan kerja aku untuk merawat penyakit yang dialami olehnya. Bapa tersebut hanya mengangguk lalu keluar dari bilik rawatan dengan lemah. Aku pasti dia berasa risau tentang kesihatan anaknya sehingga dia sendiri kelihatannya turut memerlukan khidmat aku.

"Okay, awak ni... Daniel kan ?" Apa khabar ? Mengantuk lagi ?" sambil membelek laju fail peribadinya, aku mengajukan soalan 'pemecah ais' kepadanya. Dia tidak memberikan sebarang respon dan matanya hanya tertumpu kepada lantai jubin berwarna putih yang menjadi tapak kepada bilik ini. Hmmm menarik. Aku memang suka bercakap dengan orang yang lebih berminat untuk menunggu lantai bercakap.

"Cakap kat lantai tu saya kata hai, " aku gelak perlahan . Remaja lelaki itu lantas memandangku dengan penuh kehairanan. Aku hanya memperagakan senyuman bak iklan Darlie. Dia menggeleng lalu memberi komen yang agak mengguris hati kecil aku.

"Pfftt, sengal macamni pun boleh jadi doktor ?" dia memandangku dengan wajah yang kalau boleh hendak sekali aku gigit. Namun, demi mempertahankan kerjaya aku sebagai seorang pakar psikiatri, aku cuba untuk bertenang. Tidak mungkin aku sebodoh itu ingin merisikokan kerjaya yang dengan penat lelah aku belajar sehabis baik untuk mendapatkannya hanya untuk mendapatkan kepuasan menggigit wajah pesakit aku ini. Lagipun, dia pesakit, aku doktor. So, chill lah kan ?

"Ha'ah, saya doktor and saya tahu bunyinya maybe agak cheesy tapi, saya akan cuba bantu awak sehabis boleh agar awak sihat seperti biasa," aku memandang tepat ke dalam matanya. Aku mengalirkan aura keyakinan yang tak terhingga kepadanya. Hah, rasakan kau, budak.

"Errr.. alah, macam lah boleh. Doktor boleh bagi saya kurus ? Doktor boleh bagi saya couple dengan Qistina ke ? Sekarang ni, hanya tu je yang boleh tolong saya," dia mengalihkan pandangan.

"Qistina ke yang suruh awak buat benda ni ? "

"Tak lah, tapi dia nak lelaki sado. Saya ni ? Saya ada apa je ? Lemak je.. Nak buat macam mana ? KFC sedap" dia menggeleng gelengkan kepala sambil merenung nasibnya yang 'malang'

"So semua ni sebab perempuan ?" aku menggeleng melihat gelagat remaja di depan aku ini sambil mengeluh. Aku paling menyampah dengan kes cinta.

"Doktor tak tahu, perempuan kadang kadang boleh buat kita buat apa je" dia memandang aku dengan tahap keyakinan yang menyamai keyakinan yang aku beri kepadanya sebentar tadi. Aku tersengih lalu menepuk bahunya bagai seorang abang yang sedang memberi nasihat kepada adiknya.

"Daniel, perempuan ni banyak lah dalam dunia ni. Mungkin Qistina nak yang sado tapi belum tentu yang sado nak kat dia. Positif lah. Jangan buat tindakan macam ni. Awak tahu kan yang perbuatan awak ni bahaya ? Saya taknak bebel macam nenek pulak sekarang ni tapi satu je saya nak cakap," aku sengaja pause untuk melihat sama ada dia sedang mendengar atau tidak.

"Doktor nak cakap apa ?" YES ! Dia dengar.

"Janji dengan saya awak takkan buat macam ni lagi atau..."

"Atau ? Doktor jangan nak bunuh Qistina pulak !" dia cemas dan cuba mengugut aku dengan tona suara seperti orang yang terdesak. Aku mengangkat sebelah kening tanda aneh.

"Atau saya yang sado dulu lepastu saya mengorat Qistina biar padan muka awak hahahahah," aku ketawa kejam. Tak lah kejam mana cuma boleh tahan lah.

"Blah ah doktor, doktor je dah kurus. Handsome pulak tu. Dah macam Brendon Urie je saya tengok doktor," dia berkata sambil memuncungkan mulutnya.

"Daniel, jangan cakap macam tu lah, macam gay je. Kalau nak puji jangan gay sangat, boleh ?" aku tersenyum. Dan buat pertama kalinya, aku melihat dia tersenyum juga. Hmm comel jugak budak tembam ni senyum.

"Doktor, saya nak buat macam mana ni ?" dia cepat cepat bertukar kepada mood sedih semula.

"Takde cara lain Daniel. Makan makanan seimbang, bersenam. Tu je lah cara yang paling selamat untuk awak jadi sado. Makanan seimbang tak semestinya tak sedap so awak tak payah risau sangat. Apa yang awak buat ni bahaya so apa yang saya tahu, lagi 2 minggu awak datang balik jumpa saya, awak dah tak buat kerja kerja ni, okay ?" aku menasihatinya dengan ikhlas. Walaupun budak ni agak menyakitkan hati, aku mula ada perasaan yang seorang doktor ada kepada pesakitnya. Ya, perasaan simpati. Tapi bukan, bukan kerana aku baru dipuji.

"Terima kasih, Doktor," katanya semangat setelah menerima catatan pemakanan dan senaman yang dia boleh ikuti sesuai dengan usianya yang baru 14 tahun itu. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik rawatan, jururawat manis bernama Julia datang meluru masuk dengan wajah panik.

"Doktor Haqeem, emergency ! Ada pesakit meracau," dia memaklumkan sambil tecungap cungap kerana berhutang oksigen.

Aku yang berniat hendak rehat sebentar segera membatalkan niatku lalu bergegas keluar mengikuti Julia untuk mendapatkan pesakit tersebut.

Jururawat yang lain sedang cuba sedaya upaya mereka untuk menahan pesakit wanita itu daripada mencederakan dirinya sendiri. Setibanya aku disana pesakit itu memandang aku dengan penuh perasaan. Dia menangis dan dia mula menjadi semakin tidak tenang.

"Doktor ! doktor.. saya nak cakap dengan doktor," pintanya sambil menangis teresak esak. Aku memberi isyarat kepada jururawat yang lain supaya meninggalkan kami berdua.

"Ya, saya kat sini. Awak kenapa ni ?" tanyaku lembut.

"Doktor, doktor janji dengan saya, walau apa pun yang terjadi, doktor jangan cakap dengan saya. Jauhi saya. Saya takkan biarkan nyawa doktor terancam. Saya takkan biarkan Saikuronewa ambil doktor," katanya lemah. Aku memandangnya kehairanan. Saikuronewa ? Aku hanya mengangguk.
Dia menghela nafas lalu dengan sekelip mata, dia hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience