"Apa sebenarnya yang Abang cari kat tempat ni?" tanya wanita berbaju kelawar berwarna biru sambil memegang lembut tangan suaminya. Mukanya terasa sejuk. Pipinya mula diusap lembut oleh lelaki yang duduk di sampingnya.
"Apa yang Abang cari? Entah lah sayang. Abang suka dengan tempat ni. Aman damai je. Tak macam kat KL tu," matanya difokuskan pula kepada TV kecil di hadapan.
"Ya lah memang lah tenang, Tapi kerja kita kat KL tu pun kita kena fikir jugak," kata wanita itu. Tangannya sibuk membelai belai tangan lelaki itu.
"Nanti kita balik lah. Anyway, how's our baby? Sayang okay je kan ni?" tangan lelaki itu dialihkan lalu dibiarkan mengusap perut wanita itu yang mrmboyot. Hatinya rasa tenang apabila dapat merasakan pergerakan dalam perut wanita yang bergelar isterinya itu.
"Baby okay je, Abang tak payah risau lah. Zahra yakin yang baby ni akan sihat je sampai lah nanti dia ditakdirkan keluar, tengok dunia ni. Yang paling penting, dia dah keluar nanti, boleh lah dia bahagiakan Abah dengan Mama dia," wanita itu tersenyum riang. Tambah riang hatinya apabila lelaki itu juga turut tersenyum riang melihatnya. Sebuah kucupan mesra diberikan kepada perut wanita itu.
" Oh ya, Sayang. Sayang ingat tak waktu first time kita sampai kat sini, kita terus singgah pasar kan?" tanya lelaki itu.
"Kalau tak silap sayang lah, memang kita ada singgah pasar dulu. Time tu kan Zahra teringin sangat nak makan buah jambu. Kenapa Abang?"
"Time tu kan ada seorang perempuan tu, dengan anak dia. Sayang ingat kan macam mana orang kampung pulaukan mereka anak beranak?"
"Ha lepastu bila kita tanya, orang kampung cakap sebab anak perempuan tu sebenarnya anak luar nikah. Dia cakap perempuan tu perempuan murahan lah apa lah. Zahra tak faham betul dengan orang kampung ni. Bukan nak tolong perempuan tu. Pulaukan lebih lebih pun dapat apa? " dengan emosi, wanita bernama Zahra itu meluahkan pendapatnya.
"And you know what, Sayang? Perempuan tu tadi try bunuh diri kat pantai dekat dekat sini tadi. Nasib baik lah Abang perasan. Kalau tak? Kesian lah kat anak dia nanti. Somebody kena tolong dia. Bantu dia untuk kembalikan semangat dia. Untuk bangkit semula dari dosa lampau dia tu. Abang cuma kesian bila ya lah, orang kampung pun pulaukan dia. No wonder lah kalau dia dah jadi suicidal." keluh lelaki itu.
"Zahra rasa kan bang, kita kena tolong dia. At least, bagi semangat untuk dia terus hidup. Kalau bukan untuk diri dia pun, untuk anak dia. Esok abang bawa lah Zahra jumpa dia," pinta wanita manis bernama Zahra itu.
"Sayang tak jealous ke?" lelaki itu bertanya sambil tersengih. Rambut wanita itu diusap rapi.
"Tak sebab Zahra percaya suami Zahra ni tak ada niat lain selain nak tolong perempuan tu. Zahra tahu yang Abang sayang Zahra seorang je," balas wanita itu manja.
Lelaki itu tersenyum. Dia tekad. Sebelum dia pulang ke tanah kelahirannya, Kuala Lumpur, dia ingin membantu Mawar mendapatkan kembali semangat hidupnya.
-_-_-_-_-_-_-_-_-
HAQEEM'S POV
"Awak jaga diri eh kat dalam tu. Nah, ambik phone ni. Tapi sorok lah. Jangan sampai Kak Mona nampak," sebuah telefon bimbit bersaiz sederhana aku hulurkan kepada Orked. Telefon lama aku. Banyak kenangan dengan telefon tu. Dia lah yang banyak berjasa semasa tahun tahun akhir aku di akademi perubatan dulu. Dia tak lah secanggih telefon lain. Tapi nilainya sangat besar bagi aku.
"Thanks. Tapi nak buat apa telefon ni?" tanya Orked. Untuk call aku lah. Takkan lah untuk call Zakwan pulak. Eh, nombor Zakwan kat dalam aku dah delete ke belum?
"Saya tak boleh stay macam biasa malam ni. Tapi saya mana boleh tinggalkan awak. So kalau ada apa apa awak call saya, okay? Call saya. Bukan call orang lain," aku mengingatkan Orked. Dia mengangguk faham.
"Saya save nombor saya as Haqeem Handsome kat dalam tu. So apa apa, call nombor Haqeem Handsome," pesanku lagi.
"What? Haqeem Handsome?" Orked tergelak.
"Kenapa? Tak handsome ke Haqeem?" soal aku apabila mukanya menunjukkan riak tak percaya.
"Taaakk, okay bye Doktor. Hati-hati" dia memasukkan telefon itu ke dalam kocek seluarnya sebelum pergi ke arah Kak Mona yang sedang tertidur menunggu untuk membawa Orked masuk kembali ke dalam wad. Haih Kak Mona, buat kerja pun boleh tidur?
Malam itu aku tak dapat menumpukan perhatian dalam pemanduan dalam perjalanan pulang. Aku rasa tak tenang meninggalkan Orked di hospital. Aku harap sangat dia hubungi aku kalau ada apa apa.
Sewaktu otak aku sedang ligat memikirkan Orked, aku terdengar suara perempuan mengilai dari tempat duduk belakang kereta. Ah sudah, dia ni datang lagi.
"Tolong saya, tolong saya..." rayu suara itu.
"Tolong apa? Tolong jangan kacau aku boleh?" balasku. Jujur aku kata, aku agak takut tapi aku tidak mahu tunduk kepada makhluk ini. It feeds off fear, so aku takkan tunjuk yang aku gentar kat dia.
Serta merta suara itu terus hilang.. aik? cepat betul dia hilang..
Aku mengambil keputusan untuk fokus dalam pemanduan. Fikiran aku sudah cukup serabut memikirkan Orked dan aku tak mahu menjadi bertambah serabut akibat diganggu.. Sikit lagi, sikit sahaja lagi aku akan sampai ke destinasi..
"Aku mahu makan darah.. Aku mahu abadikan setiap saat menghirup setiap titisan darah yang keluar dari badan manusia seperti kau.. Manusia yang lemah, berpura-pura tidak gentar akan aku. Sedangkan dalam hati kau penuh ragu,"
Telinga aku berdesing. Aku mendengar seperti seseorang melontarkan kata-kata itu dalam kepala aku. Arghh kepala aku, kepala aku rasa macam nak pecah!
Dengan hanya menggunakan naluri, aku menolak steering kereta untuk ke tepi jalan dan berhenti. Butang lampu kecemasan segera aku tekan. Mujur juga pada malam itu jalan raya tidak sibuk seperti biasa. Mata aku masih tidak dapat aku buka. Kepala aku terasa bagai dicucuk dengan benda yang tumpul. Aku hanya mampu mengerang kesakitan. Kenapa pulak ni..
"Lepaskan Orked, masih tidak terlambat untuk kau abaikan dia. Aku masih tidak teragak agak untuk menghancurkan kau, Haqeem!" suara itu, suara yang betul betul sama seperti apa yang pernah keluar dari mulut Orked menyerang minda aku. Aku sedang sesat, mencari punca kesakitan yang aku sedang rasa. Aku melihat seorang wanita, persis seperti wanita yang pernah menyapa aku. Wajahnya cantik, kulitnya mulus, putih bak susu. Aku dapat rasakan ada kedinginan yang tersimpan dalam dirinya.
Dia hanya diam memerhatikan aku sementara suara itu berkumandang. Di belakangnya, suatu kelibat yang sedang menyeringai semakin lama semakin bersatu dengan badan wanita itu, menghilangkan segala seri yang ada sehingga yang tinggal, cuma makhluk hodoh yang akhirnya ketawa sinis sambil matanya memandang tajam ke arah aku.
"Bro, bro lu okay ke bro?!" suatu ketukan bertubi tubi diberikan kepada cermin tingkap kereta aku. Aku segera kembali ke alam realiti. Sakit kepala yang aku rasakan tadi juga hilang.
"Okay okay, haha thank you" aku menurunkan cermin kereta. Senyuman aku lemparkan kepada lelaki yang menegurku. Dia melihat aku dengan musykil.
"Lu serious lah bro, hidung darah macam tu, muka pun berpeluh-peluh lu okay apa? Nak gua call ambulans ke macam mana ni? Risau gua tengok lu ni" lelaki yang aku anggarkan mungkin sebaya dengan aku terus mengeluarkan telefon miliknya..Aku hanya menggeleng serta bersedia untuk pulang. Jujur, aku penat. Hidung berdarah? Alaah harap harap Mama dah tidur.
"Lu hati hati lah bro, gua bukan apa, awek kat seat belakang tu kalau jadi apa apa sayang doh" lelaki itu ketawa. Lalu dia menyarungkan topi keledar besar miliknya dan menunggang kembali motorsikal berkuasa tinggi yang dibiarkan diparkir hampir dengan kereta aku.
Awek? Hmm bro, lu ambik je lah bawak balik sekali 'awek' tu.
Share this novel