Bab 11 - Tan Sri Fuad

Horror & Thriller Series 7961

Di dalam salah satu bilik dalam rumah banglo mewah milik Tan Sri Fuad, Orked terduduk memeluk kedua-dua pehanya. Matanya merah kesan daripada menangis semalam. Dia ingin sekali pergi berjumpa Haqeem tapi badannya kepenatan. Dia tidak bertenaga untuk bangun dan bersiap sedia untuk pergi ke hospital. Selepas menghubungi pihak hospital, dia termenung sendiri.

[tok tok tokk ] pintu berbunyi,

Orked angkat kepalanya perlahan-lahan dan dia lihat ke arah pintunya yang diketuk. Tanpa dia berkata apa apa, pintunya dibuka dengan lembut. Muncul Tan Sri Fuad yang berubah mukanya serta merta apabila melihat Orked.

"Orked! Orked buat apa ni?!" jerit Tan Sri Fuad sambil memeluk anak perempuannya yang lemah longlai. Tangan, baju dan mukanya penuh dengan darah. Orked menangis lemah. Air matanya laju mengalir dan bercampur dengan darah. Tan Sri Fuad tanpa melengah waktu terus mengangkat tubuh Orked dan bawa dia masuk ke dalam kereta lalu terus memecut ke hospital. Orked yang dibaringkan di tempat duduk belakang terdiam sambil melihat cahaya yang masuk ke dalam matanya. Dia pejamkan mata sambil telinganya dibiarkan sahaja menangkap keluhan Tan Sri Fuad yang kecewa melihat keadaan Orked. Orked tidak peduli semua itu. Dia hanya mahu akhiri semua masalah yang menghantuinya.

--------------------------------------------------------------------

HAQEEM POV

"So, kau nak bawak siapa?" Zakwan tanya aku.

"Bawak diri sendiri je lah," kata aku dengan malas. Zakwan menaikkan satu keningnya dan dia menggeleng kepala perlahan.

"Dah tu? Kau expect aku nak bawak siapa? Takkan nak bawak Mak aku kot?" ujar aku seiring dengan reaksinya tadi. Nak buat macam mana? Aku memang loner. Tak ada sesiapa nak kat aku yang kacak ni. Hmph...

"Okay gak. Mak kau boleh tahan apa cun. Kalau kau taknak bawak, biar aku je bawak," Zakwan tersengih macam kerang busuk.

"Kau, kalau nak kena gigit dengan aku, cuba lah bawak Mak aku," aku memberikan pandangan tajam kepada Zakwan. Dia hanya terus membusuk dengan sengihan kerangnya.

"Eleh, orang puji Mak dia, tak bersyukur pulak," Zakwan bebel setelah aku malas hendak melayan dia lagi. Aku hanya abaikan dia terus membebel apabila aku terasa telefon aku yang aku letak dalam poket bergegar. Memandangkan aku tiada pesakit pada waktu itu, ( tapi Zakwan ni macam gila je so dia ni nak letak kes gila ke macam mana?) aku tarik keluar telefon aku dari poket untuk melihat siapa yang menghubungi aku.

Tan Sri Fuad.

Tan Sri Fuad? Dah kenapa orang tua ni call aku? Aku dengan segera menjawab panggilannya.

"Ya Tan Sri, ada apa?" aku mulakan percakapan.

"Awak kat mana sekarang?" suaranya kedengaran cemas. Ada apa apa terjadi kah?

"Saya macam biasa, kat hospital lah Tan Sri. Kenapa?" aku cuba untuk kedengaran sopan. Dia ni takkan lah tak tahu yang aku memang lah sah sah kat hospital. Bukan dia tak tahu aku kerja dengan dia. -_-

"Awak datang hospital sekarang. Emergency! Orked just attempted suicide,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience