"Dr Haqeem! Dr Haqeem!!" raung Orked sambil menangis. Dia menendang kuat apabila Tan Sri Fuad cuba menghalangnya daripada memegang jasad Dr Haqeem yang terbaring longlai itu. Pandangan Orked yang kabur hanya tertumpu kepada wajah Dr Haqeem. Dia rasa sakit. Dia ingin sekali memeluk lelaki itu.
"Doktor, jangan tinggalkan saya. Doktor dah janji nak tolong saya. Doktor tak boleh pergi.."
"Orked, bangun sayang!" Tan Sri Fuad menggoncang lembut lengan Orked yang sedang meracau-racau memanggil nama Dr Haqeem. Lampu kalimantang menerangi kedua-dua mereka di dalam wad hospital. Orked tersedar dan memeluk Tan Sri Fuad yang turut menenangkam Orked.
"Shh sayang. Orked mimpi apa ni sampai jadi macam ni? Everything is okay, sayang.," kata Tan Sri Fuad sambil menggosok lembut belakang anak perempuannya itu.
"Dr Haqeem mana Papa? Dr Haqeem kat mana?" tanya Orked, cemas. Dia sedar bahawa dia hanya bermimpi tadi tapi dia masih takut. Takut kalau kalau semua itu bukan mimpi. Takut takut kalau semuanya memang betul-betul terjadi.
"Err.. Dr Haqeem..," Tan Sri Fuad kelihatan serba salah.
"Papa?" air mata Orked mula bergelinang. Tan Sri Fuad memandangnya sayu.
"Papa, Dr Haqeem manaaaa?!" raung Orked. Dia memukul-mukul bantalnya dan kepalanya.
"Orked stop! Stop that, princess. Please," rayu Tan Sri Fuad sambil memegang kedua-dua tangan Orked. Orked mendengus.
"Dr Haqeem, dia kat dalam ward sekarang ni. Ada orang jumpa dia pengsan dekat rooftop hospital tengah hari tadi. Papa tak nak bagitahu Orked sebab Papa taknak Orked risau. Dari tadi Papa tengok Orked panggil panggil Dr Haqeem dalam tidur," ujar Tan Sri Fuad. Mendengar kata-kata Papanya itu, Orked mula tenang. Dia bersyukur yang Dr Haqeem masih hidup. Walaupun dia juga risau akan keadaan Dr Haqeem, sekurang-kurangnya dia tak mati.
" Papa, Orked nak tengok dia, " rayu Orked. Tan Sri Fuad akur lalu membantu Orked untuk bangun. Dia pimpin Orked seperti mana dia lakukan semasa Orked masih belajar bagaimana hendak berjalan dahulu. Semasa semuanya belum menjadi rumit. Semasa sang isteri masih berada di sampingnya. Tersenyum melihat gelagat satu-satunya anak tercinta. Dia lihat muka Orked yang bersusah payah untuk bangun. Lama-lama, wajah Orked mula kelihatan seperti isterinya, Meiko. Mungkin tidak lah terlalu serupa. Cuma riak wajahnya, cara dia senyum, menangis, kadang kala menyerlahkan Meiko dalam dirinya.
Tan Sri Fuad terus memimpin Orked keluar dari wad. Mereka berjalan menyusuri koridor hospital. Suasana koridor itu serupa dengan bagaimana suasana koridor itu seperti mana dalam mimpi Orked. Orked tenung jam dinding yang sama. Kali ini, cermin matanya telah dipakaikan siap siap oleh Tan Sri Fuad. Orked terasa lega apabila jam tadi tidak lagi menunjukkan waktu yang sama. Kali ini ia menunjukkan tepat pada jam 10:30.
"Kenapa, Orked?" tanya Tan Sri Fuad yang seakan akan mengesan perubahan anaknya. Orked hanya menggeleng laju dan kedua-dua mereka meneruskan perjalanan.
Wad yang menempatkan Dr Haqeem tidak lah jauh mana. Selang 10 minit, mereka sampai ke dalam wad tersebut. Orked meminta agar Papanya menunggu di luar sebentar. Tan Sri Fuad akur lalu membukakan pintu wad untuk Orked masuk. Dalam wad itu, terdapat seorang wanita berusia yang duduk di samping katil yang menempatkan Dr Haqeem yang tidak menyedarkan diri.
Wanita itu sedang membaca Surah Yassin. Merdu alunan bacaannya membuat hati Orked berasa sayu. Dia sudah lama tidak mendengar alunan ayat ayat suci Al-Quran. Dia bahkan tidak tahu bagaimana hendak membaca kalimah kalimah suci dari Allah itu. Dia termenung lama sebelum dikejutkan dengan panggilan lembut wanita itu.
"Ni siapa, ya?" lembut sahaja suara wanita itu bertanyakan soalan itu kepada Orked. Orked meneliti wajah wanita itu. Wajahnya anggun dan walaupun terdapat kedutan-kedutan yang halus pada mukanya, dia tetap cantik. Orked dapat melihat sedikit sebanyak Dr Haqeem dalam wajah wanita itu. Tanpa ragu, dia mengagak bahawa dia merupakan ibu kepada Dr Haqeem.
"Ermm, saya Orked," dengan janggal, Orked menjawab pertanyaan wanita yang lebih dikenali dengan Prof Zahra itu.
"Ohh, Orked. Hai, Orked. Orked ni kenal Haqeem ke? Kenapa Orked pakai baju ni? Orked pun pesakit kat sini?" tanya Prof Zahra dengan tenang. Orked hanya melihat wanita bertudung ungu lembut itu. Dia buntu. Dia yang kurang skil bersosial kurang pasti apa yang dia patut jawab. Lagi-lagi, wanita di hadapannya ini merupakan insan yang telah melahirkan doktor yang dia sendiri kurang pasti apa perasaannya kepada doktor itu. Panik, Orked pusing ke belakang dan meluru keluar dari wad itu lantas berlari ke arah Tan Sri Fuad yang sedang duduk sambil tertidur di atas kerusi yang disediakan kepada pesakit yang melawat hospital itu.
"Papa, papa tolong Orked!" terjerit kecil Orked mengejutkan Tan Sri Fuad daripada lena diulit mimpi.
"Hah Orked kenapa?" tanya Tan Sri Fuad. Dia cemas melihat anaknya yang mukanya sudah kemerah-merahan.
"Ikut Orked cepat," pujuk Orked sambil menarik tangan Papanya.
------------------------------------------------------------
"Maaf lah Puan, Orked ni memang pemalu orangnya. Dia sebenarnya pesakit Dr Haqeem. Datang nak melawat lah bila dia dengar je yang Dr Haqeem admitted hospital," tersengih Tan Sri Fuad berbicara dengan Prof Zahra setelah dipaksa oleh Orked yang tertunduk memeluk lengannya. Prof Zahra hanya tersenyum melihat gelagat Orked.
"Tapi ni kan dah malam. Orked taknak berehat ke sayang? Orked pun sakit kan? Haqeem tu pun tak sedar lagi. Aunty tak tahu lah kenapa dengan dia," sebak hati seorang ibu apabila berbicara tentang keadaan anaknya yang entah kenapa bergitu. Walaupun dia sedih, dia masih tersenyum.
" Orked.. orked risaukan Dr Haqeem," balas Orked perlahan. Matanya masih tertumpu pada lantai. Dia malu untuk berhadapan dengan Prof Zahra.
"Okay, kalau macam tu Orked duduk lah sini teman Haqeem. Aunty pun nak solat sekejap. Aunty belum Isyak lagi. Orked jaga Haqeem ya?, Prof Zahra menarik lembut tangan Orked dan membawa dia duduk di kerusi yang tadinya dia duduki. Orked terpinga-pinga seketika.
'Jaga Haqeem? Aku kena jaga Doktor Haqeem?'
Sambil mengawal malu, Orked mengganguk laju. Prof Zahra meminta diri sebelum keluar menuju ke surau berdekatan.
"Papa pun keluar kejap ya sayang. Selesa pulak tidur kat kerusi tu. Dah siap nanti panggil papa. Papa bawak Orked masuk bilik Orked," ujar Tan Sri Fuad sebelum keluar untuk menyambung mimpi di atas kerusi.
Orked melihat lelaki yang sedang terbaring lemah di hadapan matanya. Dia tiba-tiba berasa sebak. Dia rindu hendak melihat senyuman Dr Haqeem. Dia rindu hendak melihat wajah Dr Haqeem yang penuh dengan keyakinan itu. Dia rindu hendak mengagumi sinar yang hadir dalam mata Dr Haqeem. Perlahan-lahan, dia genggam tangan Dr Haqeem. Sejuk. Dia membelai jemari milik lelaki itu. Air mata Orked tumpah. Bangun lah, Doktor.
Seolah-olah mendengar rintihan hati Orked, mata Dr Haqeem terbuka perlahan. Menyedari itu, Orked alihkan tangannya cepat-cepat. Dia bangun ingin beredar dari situ. Dia malu. Dia malu kalau Dr Haqeem tahu yang dia telah menangis untuknya.
"Orked?" serak suara Dr Haqeem menyeru nama itu. Orked berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanannya untuk keluar dari situ.
"Orked, maafkan saya," Dr Haqeem berkata dengan suara yang sedaya upaya dikuatkan. Kepalanya pening. Yang ada dalam fikirannya cuma Orked dan tangisan gadis itu. Orked seka air matanya dan kembali ke Dr Haqeem.
"Doktor cakap apa ni? Kenapa Doktor mintak maaf dengan saya pulak? Doktor tak salah apa apa pun,"
"Saya gagal sembuhkan awak. Saya gagal," Dr Haqeem mula menangis sekali lagi. Dia cuba tahan kesakitan yang dia rasakan. Hatinya menjerit.
"Doktor, jangan cakap macam tu. Tolong lah," Orked menutup mukanya. Dia tak sanggup melihat wajah Dr Haqeem.
Pintu terbuka dan Prof Zahra meluru masuk melihat anaknya sedang menangis. Dia keliru melihat Orked juga sedang menangis teresak-esak.
"Kenapa ni sayang? Orked, orked kenapa? Kenapa ni, Haqeem? Bagitahu mama. Orked?" bergilir-gilir Prof Zahra cuba mendapatkan kepastian daripada Orked dan anaknya.
"Haqeem gagal, Ma. Sebagai seorang doktor, Haqeem gagal," rengek Dr Haqeem yang dipeluk erat oleh Prof Zahra. Bagaikan anak kecil, dia memeluk Mamanya.
"Shh shh sayang Mama. Tak, Haqeem tak gagal, sayang. Shhh Haqeem tidur ya sayang. Mama kat sini," Prof Zahra mencium lembut dahi Dr Haqeem penuh dengan kasih sayang seorang ibu. Orked hanya memerhati. Dia juga ingin dipeluk begitu. Dia juga ingin merasakan kehangatan pelukan seorang ibu.
Usai sahaja Haqeem tenang, dia ditidurkan oleh Prof Zahra. Sebaik sahaja dia sudah lena tidur, Prof Zahra lantas memeluk Orked yang sedang menggigil. Orked terkejut dengan pelukan secara tiba-tiba itu.
"Jangan menangis, sayang," Prof Zahra usap lembut kepala Orked dalam pelukannya. Air mata Orked tumpah laju. Hangat sekali pelukan yang diterima.
"Esok Orked jumpa Haqeem lagi ya? Maaf, maaf sebab Orked terpaksa tengok Haqeem macam ni. Sekarang ni, Orked berehat dulu ya, sayang?" pujuk Prof Zahra dengan lembut. Orked mengangguk dan keluar untuk mengejutkan Tan Sri Fuad yang sedang berdengkur di luar. Sebelum keluar, dia sempat melihat wajah Dr Haqeem. Dia tahu sekarang apa yang dia rasa. Dia semestinya sudah jatuh sayang pada doktor itu.
Share this novel