Bab 22 : Operator

Horror & Thriller Series 7961

Beberapa minit selepas aku selesai membaca Surah Yassin, azan Subuh pula berkumandang. Selepas membaca doa selepas azan, aku memandang Orked yang matanya sudah kemerah-merahan.

"Awak okay?" tanya aku. Dia mengangguk.

"Kalau macam tu jom pergi surau. Kita solat Subuh. Baik awak cepat sebelum nanti Julia kecoh pulak tengok awak tak ada," aku bangun dan bergerak ke arah surau. Pekerja-pekerja kafeteria masih memandang Orked dengan pandangan pelik. Mereka pasti ingat ada hantu yang ikut aku.

Kali ini, aku tak salah masuk surau lagi. Kelihatan beberapa doktor yang sampai awal turut bersiap-siap untuk solat. Aku solat berjemaah dengan mereka. Selepas solat, aku tunggu Orked di luar. Aku terfikir juga, kalau dia tak dapat membaca al-Quran, dapatkah dia baca segala bacaan dalam solat? Aku bergerak ke hulu dan ke hilir memikirkan bagaimana aku hendak membantu Orked.

"Saya kalau jumpa Dr Haqeem mesti Doktor tengah buat benda pelik. Kali ni Doktor dah kenapa ke hulu ke hilir ni?" sapa Doktor Sakinah yang baru keluar dari surau perempuan.

"Haa? Saya.. hahaha saya tunggu orang," jawab aku.

"Tunggu siapa?" tanya dia. Dia membetul-betulkan cermin matanya.

"Kat dalam tu ada siapa je Doktor?" jari aku tundingkan kepada pintu surau muslimah.

"Ya Allah, Dr Haqeem ni dah kenapa? Semalam saya jumpa kat depan wad 2XX, lepas tu la ni saya jumpa dok nunggu kat depan surau perempuan. Doktor ni betul ke tak betul ni?" Dr Sakinah mula menjauhkan diri dari aku. Alamak, dia dah salah faham ni.

"Tak, tak bukan macam tu. Saya tengah tunggu," aku pusing ke arah surau lelaki. Nasib baik tepat pada waktunya, keluar seorang doktor lelaki yang selalu keluar makan tengah hari dengan aku.

"Dr Qayyum ni ha, Woi, Yum, kau asal lambat sangat ha? Jom lah minum teh dengan aku sat," aku menggantungkan tangan ke belakang lehernya.

"Aik yang kau ni asal tetiba?" belum sempat dia habis bercakap, aku potong,

"Hah ni lupa lah ni, aku dah cakap en yang aku nak belanja kau minum pagi ni? Hmm takpe lah kalau taknak," aku pura-pura merajuk. Saja, nak meyakinkan lakonan. Nampak lah macam yang kami ni rapat sangat. Serapat aku dengan Zakwan. Aku lihat muka Dr Qayyum bukan main confused hahaha. Aku tergelak dalam hati. Doktor Sakinah hanya mengecilkan mata melihat ke arah kami.

"Boleh saya join sekali?" tanya Dr Sakinah.

"Haaa boleh je, takde masalah.. Jom jom saya belanja Doktor sekali," aku tersengih. Aku perasan yang wajah Dr Qayyum sudah menjadi agak kemerah-merahan.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Kami rancak berbual di kafeteria tentang beberapa isu di hospital. Aku walaupun ikut berborak, aku agak risau dengan Orked. Kenapa eh? Kenapa aku rasa macam nak sangat lindungi dia? Aku ada ramai lagi pesakit lain. Tapi kenapa perasaan yang aku rasa kat Orked ni tak sama dengan yang lain? Mungkin kerana aku juga alami apa yang Orked alami. Kerana Saikuronewa. Jadi itu membuatkan aku lebih faham tentang apa yang Orked lalui dibanding dengan pesakit lain?

"Dr Haqeem, termenung apa lagi tu? Okay lah, saya ada kerja nak buat. Saya mintak diri dulu lah. Thank you belanja saya," Dr Sakinah meminta diri. Termenung? Aku termenung? Sejurus sahaja Dr Sakinah pergi meninggalkan aku dan Dr Qayyum, Dr Qayyum menepuk-nepuk laju bahu aku.

" Wehh Qeem, kau kena tolong aku," ujarnya.

" What is it? " tanyaku. Aku hirup cepat-cepat air teh suam aku. Lagi lima belas minit temujanji aku dengan pesakit akan bermula.

"Aku rasa aku suka Dr Sakinah. Aku sebelum ni macam tak pernah kisah pun pasal dia. Orang kata dia hebat lah, well prepared lah tapi aku rasa dia biasa je. Tapi tadi, aku tak boleh ah. Dia comel gila. Bila dia buat lawak tak jadi dia tu aku macam haih.. macam entah lah.., " dia menongkat dagu sambil matanya dipejamkan. Aku pandang dia pelik. Menyampah pun ada. Bukankah aku pernah kata sebelum ni, aku paling menyampah tentang cinta?

" Gedik gila kau. Tapi okay jugak. Kau pun bukan muda lagi. Dia pun sama. Confess je lah, " balas aku selamba. Lalu aku bangun dan bayar segala minuman yang diminum pada pagi itu.

"Aku takut lah. Dia macam tak suka bercinta je," kata dia. Alah, tolong lah sedar. Kau tu doktor, bukan remaja perempuan yang hormon tak seimbang.

"Yum, kau kena lah jadi gentleman. Tell her that you love her. Perempuan mana yang tak suka kalau lelaki terus terang tentang perasaan dia yang ikhlas sangat tu? Wait, kau tak malu ke terima nasihat cinta dari aku ni? Aku dah lah tak pernah bercinta pun hahah," aku ketawa.

"Tu lah, dah lah budak budak lagi. Hahaha, budak pun consultation room dia kat Tingkat 4..Hmm untung lah," dia mencebik.

"Dah lah Yum, lunch nanti kita jumpa eh, aku ada appointment ni," aku bergerak pantas tanpa menoleh. Lagi 10 minit temujanji aku bermula. Aku mana boleh lambat.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Temujanji tadi berjalan dengan lancar. Aku cuma perlu berhadapan dengan remaja perempuan yang mengalami masalah kleptomania. Walaupun suasana agak tegang sebentar tadi kerana ibu kepada pesakit kelihatan agak tidak mahu berbincang dengan aku, aku berjaya juga mengambil perhatiannya supaya dia tahu apa yang dia harus lakukan untuk mengatasi obsesi anaknya itu.

Kleptomania. Pesakit yang mengalami masalah ini tidak akan sama sekali dikasihani oleh masyakarat mahupun keluarga sendiri. Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang mencetus obsesi kepada pesakit untuk mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa sebarang motif. Ramai yang salah anggap bahawa pesakit-pesakit Kleptomania hanya tak lain tak bukan, pencuri. Ramai yang kata Kleptomania hanya lah alasan. Mungkin kedengarannya begitu, tapi Kleptomania juga sama seperti masalah mental yang sukar dikawal seperti anxiety dan sebagainya. Berbeza dengan mencuri, pencuri mencuri dengan motif manakala pesakit Kleptomania mengambil barang orang lain kerana dia berasa teransang untuk melakukan perkara itu walaupun tanpa sebarang objektif. Jadi, sebagai nasihat, kepada anda-anda yang barangnya dicuri, jangan sewenang-wenangnya menuduh rakan atau kenalan anda yang tidak diberi nikmat harta yang banyak. Ini kerana pesakit Kleptomania juga boleh terdiri daripada orang yang kaya mahupun kenalan terdekat anda seperti adik atau kawan baik sendiri. Mungkin anda juga pesakit Kleptomania?

Setelah pesakit tersebut dan ibunya keluar, aku segera menghubungi Zakwan untuk mengetahui hasil siasatannya tentang Saikuronewa. Dia memang pernah kata yang kalau dia jumpa apa-apa, dia akan hubungi aku, tapi aku risau dan aku geram sebab aku tak boleh nak cari info sendiri, jadi aku perlu juga hubungi dia.

"Nombor yang anda dial sedang makan keropok sambil minum Coke. Sila dail, eh jangan sibuk dail lagi," kata Zakwan yang nada suaranya dibuat-buat mendatar seperti operator telefon.

"Weh lepas ni kau tak payah jadi hacker lah. Sesuai duh jadi operator" selamba aku layankan sahaja karenah Zakwan. Zakwan memang pelik sikit. Eh bukan sikit, BANYAK. Dia kalau jawab telefon memang tak pernah normal. Aku tunggu juga bila lah dia nak jawab telefon aku dengan ucapan salam. Hmmm.. aku pun kadang kadang bukan ucap salam pun. Hipokrit.

"Cakap cepat, kau nak apaaaa?" tanya dia. Aku boleh dengar bunyi ketikan papan kekunci secara bertubi-tubi. Tahu lah aku yang dia sedang sibuk bekerja.

"Kau boleh jumpa aku?" tanya aku pula.

"Ahhh, tak payah," gurau dia. Gurau ke? Intonasi dia kedengaran seperti bergurau. Tapi aku tak nampak pula mata dia atau reaksi muka dia untuk aku analisis sama ada dia bergurau atau tidak.

"Zakwan,"

"Hahhh cakap lah kau nak apa, aku ada banyak benda kena buat ni,"

"Kau dah jumpa apa-apa ke?"

Dia hanya terdiam. Tak dapat aku gambarkan betapa gementarnya aku pada waktu itu. Dia dah jumpa sesuatu ke? Aku harap dia tak jadi macam aku yang ketandusan informasi.

"Hello Zakwan, weh mana kau?" kesenyapan dia merobek hati dan jiwa aku. Mungkin lah mungkin, perasaan dia sama macam menunggu si cinta hati jawab ya atau tidak untuk terima kau sebagai suami atau isteri.

"Hah sorry Qeem, jap lagi aku singgah hospital kau," dia cakap secara pantas lagi padat. Dia lalu memutuskan panggilan telefon tanpa sempat aku cakap apa-apa.

Aku harus tunggu. Okay Haqeem. Mari lah menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience