Bab 8 : Ibu

Horror & Thriller Series 7961

Suasana pada waktu itu sangat janggal. Zakwan hanya memerhati kedua-dua Orked dan Haqeem yang hanya diam seribu bahasa. Video kucing yang dari tadi dimainkan juga dibiarkan tanpa sesiapa menontonnya. Meow meow meow. Zakwan terus capai laptopnya dan kemudian tutup video kucing tersebut.

"So Orked, awak ni lah pesakit Haqeem yang lari tu?" tanya Zakwan. Orked dalam diam menyumpah-nyumpah nasibnya yang kononnya hendak lari dari doktornya itu tapi akhirnya tersekat dengan dia juga. Malunya pada Haqeem masih belum habis. Zakwan mengeluh apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh Orked.

"Haqeem, apa yang kau buat sampai Orked lari?" pandangannya dialihkan pula kepada Haqeem yang sedang termenung. Haqeem tersedar apabila namanya dipanggil. Dia kemudiannya hanya membalas pertanyaan Zakwan dengan mengangkat bahunya sebagai tanda dia sendiri pun kurang pasti akan jawapannya.

"Orked, kenapa awak lari?" Haqeem menolak sedikit badannya supaya dia dapat melihat Orked dengan lebih jelas. Zakwan hanya memerhati gelagat kedua-dua karakter di depannya.

"Sa.. saya nampak Saikuronewa tadi," tergagap gagap Orked cuba menggoreng jawapan. Dia memang benci Saikuronewa tapi kali ini, dia merasakan bahawa Saikuronewa boleh menyebabkan dia terselamat daripada disoal lebih-lebih.

Tapi Orked lupa. Orked lupa hakikat bahawa Haqeem merupakan seorang psikiatri yang semangnya arif tentang perilaku manusia. Jadi dengan mudah dia tahu bahawa Orked menipu.

"Oh, Saikuronewa ya?" Haqeem hanya menggangguk angguk faham.

" Betul lah, Doktor tak percaya ke? Saya nampak dia lah tadi," Orked dapat mengesan bahawa Haqeem hanya pura pura faham. Zakwan sekali lagi hanya diam melihat kedua-dua mereka.

"Ehhhh, saya tak cakap pun saya tak percaya?" Haqeem balas dengan nada sindiran.

"Eh dah lah, saya nak balik!" Orked lantas bangun namun dihalang cepat oleh Zakwan.

"Orked, kejap lah. Kenapa awak nak balik cepat sangat ni? Saya baru je nak tunjuk video kucing lain kat awak,"

"Sebab mamat tu lah erghhh. Takpe lah Zakwan. Saya kena datang sini jugak esok jumpa mamat tu. Esok kita jumpa?" setiap kali perkataan 'mamat tu' dikatakan, mata Orked tajam merenung Haqeem yang sedang duduk tersengih ke arahnya. Dia mahu sekali menafikan hakikat bahawa dia rasa Haqeem comel juga tersengih begitu.

Zakwan menggangguk mendengar kata-kata Orked. Dia tersenyum sendiri sebelum duduk semula kerana ingin berbincang dengan kawan baiknya itu tentang reunion sekolah mereka yang bakal diadakan Sabtu depan.
......................................

Malam itu, Orked termenung memikirkan pertemuannya dengan Haqeem. Dia penat dengan segala pernainan emosi yang berlaku kepadanya tadi. Usai sahaja dia ingin menarik selimutnya kerana mahu tidur, Saikuronewa tiba-tiba datang menepek di atas siling bilik Orked. Orked terkejut dan segera dia membenamkan seluruh badannya di bawah selimut.

"Pergi lahhhh.. Jangan kacau aku lagi.. Tolong lah pergi...," rayu Orked sambil menggigil.

."Orked..Ni ibu datang, sayang. Ibu rindu Orked. Ibu nak peluk Orked," sayu kedengaran suara seseorang yang sangat Orked rindui. Orked perlahan-lahan keluar dari selimutnya dan bergerak perlahan ke arah pemilik suara itu.. Dia tanpa berfikir panjang terus memeluk susuk tubuh yang dia lihat sebagai ibunya. Ibu yang dia sangat rindui. Ibu yang dia nantikan kepulangannya setiap hari.

"Ibu.. ibu pergi mana? Ibu tahu tak Orked rindu sangat kat Ibu? Ibu jangan lah tinggalkan Orked lagi ya?" pinta Orked. Wanita yang memeluk Orked itu hanya mengusap lembut badan Orked. Orked masih ingat dengan jelas pada hari itu. Hari di mana dia kehilangan ibunya. Dia yang pada masa itu baru pulang dari sekolah, disambut dengan ibunya yang membawa beberapa beg galas bersamanya. Kemudian ibunya hanya memeluknya tanpa berkata apa apa sebelum dia keluar dari pintu rumah mereka.

Hangatnya pelukan yang diberikan kepada Orked pada waktu itu tiba tiba menjadi sejuk sepeti ais batu. Usapan lembut yang tadinya menenangkan tiba tiba menjadi satu usapan yang tidak lagi membahagiakan apabila Orked dapat merasakan kuku kuku tajam dan merekah sedang mencengkam tubuhnya. Cepat-cepat Orked menjauhkan diri daripada pelukan itu. Dia melihat dengan jelas bahawa wanita yang tadinya berupa seperti ibunya kini mempunyai wajah makhluk yang paling dibenci olehnya. Dia menjerit lalu berlari ke arah katilnya. Dia menutup kepalanya dengan tangan sambil cuba mengabaikan suara tawa Saikuronewa yang menyakitkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience