"Morning Doktor, you look tired. Ada apa-apa jadi ke semalam?" sapa jururawat manis bernama Julia kepada aku sebaik sahaja aku sampai di hospital. Aku lihat wajah aku pada cermin yang kebetulan berada di sebelah tempat aku berdiri. Aku nampak handsome je?
" Good Morning, Julia. Saya okay je. Biasa lah, kadang kadang tak boleh tidur, " aku balas disertakan dengan tawa yang kedengaran tak berapa nak ikhlas.
"Okay lah Doktor, saya just nak inform yang Orked call tadi, dia kata dia maybe sampai lambat sikit. Saya pun dah check appointment list Doktor tadi. So, Orked boleh kot jumpa Doktor dalam pukul 12 nanti," katanya sambil tersenyum manis. Aku pelik kenapa Orked tak hubungi aku terus. Bukan dia tak tahu nombor aku. Tapi tak apa lah. Biar je lah dia berehat. Mungkin dia juga seperti aku, agak takut hendak tidur. Ya lah, mana tahu terbukak mata je, terpandang Saikuronewa yang tengah menjegil mata kat kau. Memang tak ah. Aku angguk tanda faham. Julia kemudiannya meminta diri untuk pergi.
Oleh kerana Orked lambat hari ini, aku ada masa sendiri. Peluang ini tidak akan sekali kali aku lepaskan. Aku segera buka laptop aku, masukkan password dan hubungkan laptop aku dengan WIFI percuma hospital. Aku terus selongkar laci aku untuk mencari keratan kertas yang tertulis password WIFI yang Julia telah tuliskan untuk aku. Yes, jumpa pun! Aku masukkan password dan aku klik 'connect'.
Tanpa melengahkan masa, aku buka laman web Google untuk memulakan siasatan aku. Aku tak tahu dari mana ingin memulakan siasatan jadi aku berharap sangat bahawa Encik Google dapat membantu aku sedikit sebanyak. Aku tekan papan kekunci aku di ruangan carian.
S A I K U R O N E W A
Aku tekan 'enter' pada papan kekunci dan menunggu Google membuat carian untuk aku.
No results containing all your search terms were found.
Your search - saikuronewa - did not match any documents.
Suggestions:
-Make sure all words are spelled correctly.
-Try different keywords.
-Try more general keywords.
Hampa. Google pun tak boleh bantu aku sekarang. Aku buntu. Nak tak nak, aku kena tunggu Orked juga. Aku harus berbincang dengannya bagaimana hendak memulakan siasatan tentang Saikuronewa.
"Woi, buat apa tu?" sedang aku sibuk melayan kekecewaan, muncul Zakwan, kawan baik aku yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi. Eh dia ni, datang bukan nak ketuk pintu. Tapi kejap, entah entah dia ni..
"Kau berangan apa lagi, gila? Aku tengah cakap dengan kau en," Zakwan menepuk bahu aku yang sedang memandangnya dengan ragu-ragu. Berdasarkan pengalaman semalam, aku takut yang dihadapan aku ni bukan Zakwan seperti yang aku sangkakan.
"Err.. kau buat apa kat sini?" aku bangun dan bergerak mendekati pintu consultation room aku. Senang lah nak lari kalau apa apa jadi.
"Anis dengan Hanum dah bising dah kat dalam group. Kau tak bukak Whatsapp ke hah?" Zakwan bergerak mendekati aku. Aku menggeleng sambil bergerak menjauhinya.
"Eh yang kau ni gedik jauh jauh ni asal? Aku bukan nak makan kau pun lah. Haqeem, kau ni dah kenapa?" tanya Zakwan dengan suara yang memberi aku hint yang dia ni menyampah dengan aku.
"Kau memang Zakwan kan?" aku bertanya perlahan.
Zakwan terdiam sebentar sebelum dia membalas pertanyaan aku dengan ketukan di kepala aku. Ouch!
"Dah tu? Takkan Orked pulak? Eh by the way, Orked mana? ," dia bertanya sambil tersengih. Aku mengusap-ngusap kepalaku yang baru sahaja diketuk oleh manusia tu. Manusia ke tu? Entah entah..
"Kau ni.. betul-betul Zakwan?" aku tanya lagi.
"Kau baik cerita kat aku apa sebenarnya dah jadi kat kau ni," arah Zakwan seolah olah tahu ada sesuatu yang tak kena kepada aku. Aku mengeluh seketika sebelum duduk kembali di kerusi aku. Aku capai telefon dan aku buka laman web YouTube. Sambil menutup mata, aku arahkan telefon aku kepada Zakwan dan sambil berkumandang ayat qursi, dia melihat aku dengan kekeliruan yang jelas pada mukanya.
Aku buka sedikit mata untuk melihat kalau kalau 'Zakwan' bertukar menjadi Saikuronewa. Namun, apa yang aku lihat di hadapan aku tetap Zakwan. Aku tersenyum lega. Lalu, setelah ayat qursi itu habis dibaca, aku tutup telefon aku. Aku yakin sekarang yang di depan aku memang manusia.
"Sorry bruh, gotta make sure," kataku ringkas.
"Oh, now you gonna treat me like I'm some devil shit? Ffs Haqeem, now, you better tell me why the heck are you behaving like this you dimwit,"
"Mind your language brotha," aku ketawa melihat muka Zakwan yang merah menahan marah. Siapa je yang tak geram bila kena layan macam hantu?
Aku pun cerita tentang apa yang berlaku kepada aku dan Orked kepada Zakwan. Aku arif tentang etika seorang psikiatri yang tak sepatutnya menceritakan apa apa tentang pesakit kepada orang lain. Namun, aku yakin bahawa Orked tak sakit. Dia bukan gila. Kalau dia gila sebab nampak Saikuronewa, maksudnya aku pun gila? Hmph, nonsense. Zakwan tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut mendengar cerita aku. Eh dia ni, tak percaya aku ke apa?
"Kau ni tak percaya aku ke apa?" tanya aku kepada Zakwan yang hanya terdiam.
"Bukan tak percaya, tapi macam bukan kau je yang bercakap ni," balas Zakwan.
"Sebab?"
"Ya lah, Haqeem yang aku kenal mana percaya hantu hantu ni bagai. Kau yakin kau bukan buat buat percaya benda ni bagai sebab kau suka Orked?"
"Bruh, aku dulu tak pernah nampak. Memang lah aku tak percaya. Tapi bila dah nampak, percaya lah kan? Aku bukannya tak percaya langsung, aku tahu yang jin iblis semua wujud. Aku cuma pilih untuk lebih percaya apa yang aku nampak dalam hal hal mistik ni. And sekarang, aku nampak Saikuronewa. Dan satu lagi, aku bukan nampak sebab aku ada perasaan kat Orked ke apa, " terangku panjang lebar. Dia hanya mengangguk mendengar penerangan aku.
" Okay aku faham, aku cuba lah tolong cari info pasal apa tu? Saikuronewa? " dengan janggal, dia menyebut nama makhluk itu.
"Yeah. Thank you Zakwan," kataku sambil dia menepuk bahuku. Aku cuma tersenyum nipis.
"Cuma sekarang ni, kau kena confirmkan date kau untuk reunion kita tu nanti. Semua kena ada date duh. Hahaha aku tak tahu nak bawak siapa. Anis dengan Hanum dah mengamuk sebab kau dengan aku je yang belum confirmkan apa apa," Zakwan ketawa.
Date? Ah sudah. Ni mesti idea perempuan perempuan kelas aku tu. Kata reunion. Tak perlu kot nak bawak date bagai. Gatal betul lah.
"Bukan reunion tu Sabtu depan ke? Lepak ah," aku menyandarkan badan aku pada kerusi.
"Hah ni lah spesis manusia yang sedap kena cepuk. Weh, kan aku dah cakap last week yang reunion tu esok?"
Terbeliak mata aku mendengar kata kata yang baru diucapkan oleh Zakwan itu. Aku baru teringat yang Zakwan memang sudah bagitahu aku yang reunion itu dianjakkan tarikh ke hadapan sikit iaitu pada hari esok. Aku menepuk dahi. Siapa pulak aku nak bawak ni? Takkan Mama pulak.
Share this novel