Bab 18 - Pesakit 23

Horror & Thriller Series 7961

"Mawar, Mawar jangan pernah lupa yang Abang akan sentiasa cintakan Mawar," bisik lelaki itu halus di telinga wanita yang sedang terbaring di sampingnya. Dia mengusap lembut pipi merah wanita itu dengan penuh kasih.

"Abang janji abang takkan tinggalkan Mawar?" tanya wanita itu sambil memeluk badan lelaki itu yang lebih besar daripadanya. Kehangatan tubuh tanpa seurat benang itu meresap masuk ke dalam kulit lelaki itu. Hanya sehelai selimut nipis yang menyeliputi badan kedua-dua mereka yang sedang terbaring di atas tilam bersaiz King itu.

"Abang janji sayang. Cinta Abang hanya milik Mawar," lelaki itu kini berada di atas wanita yang bernama Mawar itu. Dia kenakan hidung mancungnya pada leher jinjang milik Mawar. Dihidu wangian semulajadi yang dikeluarkan daripada badan wanita yang dicintainya. Mindanya kini hanya penuh dengan sentuhan lembut yang diberikan oleh wanita itu. Wanita itu pula mengerang kesedapan setiap kali telinganya dijilat lembut oleh lelaki itu. Lalu mereka tewas. Tewas kepada nafsu berahi masing-masing.

Lelaki itu menyeka peluh-peluh di dahi apabila tersedar dari mimpi yang bukan sekali, malah berkali-kali datang menghantuinya. Dia termenung teringat dosa silam. Dia tulus mencintai wanita itu. Dia sangat ikhlas menyayanginya. Dia bukan hendak mengambil kesempatan terhadapnya. Dia bukan hanya ingin membelai mahkota wanita itu sahaja. Dia sangag cintakannya. Namun, takdir, walaupun pahit terpaksa juga dia telan. Usaha lah sekeras manapun, memang tiada jodoh dia dan wanita itu.

-----------------------------------------
HAQEEM POV

"Tan Sri, saya rasa lagi selamat kalau Orked kena tahan masuk ward," aku berkata kepada Tan Sri Fuad yang kelihatan agak pucat pagi itu.

"Kenapa pulak? Doktor ingat saya nak bagi Orked duduk dengan orang orang gila tu semua? Tak payah, biar dia duduk rumah je. Tiap tiap pagi saya boleh hantar dia jumpa doktor," balas Tan Sri Fuad sedikit kasar.

Aku tersenyum. Jelas Tan Sri Fuad sedang memikirkan sesuatu. Dia bukan dirinya yang sentiasa tenang. Sebelum ini, dia tak pernah melabelkan pesakit-pesakit yang duduk di hospitalnya itu sebagai 'gila'. Dia sendiri yang paling teruja hendak membuka hospital 4 tingkat ini. Dia pernah cakap yang dia ikhlas hendak membantu pesakit-pesakit yang bukan sakit yang biasa. Pesakit yang dicaci masyarakat yang tak pernah mengerti penderitaan mereka.

"Tan Sri, Tan Sri okay ke? Tan Sri boleh cakap dengan saya kalau Tan Sri ada masalah," aku bertanya lembut. Dia memandangku dengan benci. Meja kayunya diketuk. Aku yang duduk di hadapannya kekal tenang. Aku dah agak dia akan berperlakuan begitu.

"Awak jangan nak memandai pulak nak start terapi dengan saya eh! Saya bukan gila, awak keluar dari office saya sekarang!" terjah Tan Sri Fuad. Wajahnya memerah. Aku bangun perlahan.

"Saya tahu Tan Sri seorang bapa yang baik. Saya bukan nak label Orked gila. Jujur, daripada appointment first saya dengan dia lagi, saya tahu kenapa dia murung. Saya cuma bagi cadangan untuk kebaikan Orked jugak. Tan Sri pun tahu sendiri, kat sini Orked akan dijaga. Dia takkan buat perkara yang saya yakin, Tan Sri pun taknak tengok. Tapi takpe Tan Sri, saya cuma bagi pendapat saya as doktor yang merawat Orked. Keputusan di tangan Tan Sri jugak. Tan Sri Papa Orked, " aku berkata sebelum berlalu pergi. Aku sengaja tidak mahu memandang reaksi Tan Sri Fuad. Aku dengar dia menarik nafas dalam sebelum memanggil aku dengan suara yang tegas.

----------------------------------

" Kenapa Doktor suruh Papa masukkan saya dalam ni? Doktor tahu kan saya tak gila?" tanya Orked yang sejak dari tadi mengikut aku tanpa henti. Aku hanya mengabaikan dia sambil aku sibuk memeriksa pesakit-pesakit di wad 2XX. Aku dengar Orked menjerit-jerit kecil sebagai tanda protes kepada aku.

"Doktor jawablah, kenapa saya kena ada dalam ni?" dia bertanya lagi. Setelah aku selesai memeriksa keadaan setiap pesakit, aku keluar meninggalkan Orked sendiri. Baru sahaja dia ingin mengikut aku keluar, dia ditahan oleh seorang jururawat yang aku juga tak tahu namanya.

"Pesakit 23, awak tak dibenarkan keluar," kata jururawat wanita itu dengan tegas.

"T.. ta..tapi saya nak cakap dengan Doktor Haqeem," rayu Orked kepada jururawat itu.

"Tak ada tapi-tapi, masuk sekarang!" nada suara jururawat itu dikuatkan. Orked terdiam. Aku yang niatnya ingin ke bilik aku semula untuk temujanji seterusnya yang akan mula lagi 20 minit terpaksa berpatah balik.

"Hmm kak... Mona. Kak Mona ada masalah ke?" tanya aku sambil tersenyum. Nasib baik jururawat yang bernama Mona ni pakai nametag. Kalau tak memang aku tak tahu namanya.

"Ermm Doktor, ni ha pesakit ni, dia nak keluar. Saya dah cakap tak boleh tapi dia degil," adu Kak Mona pada aku. Dia tersengih sengih. Aku lihat Orked sudah buat muka menyampah. Mana taknya, bukan main Kak Mona di berlembut dengan aku bila berbicara. Tak pula dia buat benda yang sama semasa menegur Orked.

"Kak Mona, pesakit 23 ni ada nama. Dan nama dia Orked. Kak Mona tahu kan Orked ni baru lagi kat sini. Biasa lah tu kalau dia nak berjalan," ujar aku lembut. Kak Mona mula menunjukkan muka membantah.

"Tapi pesakit 23, dia tak boleh kelu-," kata-kata Kak Mona aku potong apabila aku menaikkan tangan sebagai memberi isyarat seperti 'talk to my hand'

"Kak Mona, saya tak suka kalau Kak Mona layan pesakit saya macam ni. Berapa kali saya dah cakap, panggil pesakit dengan nama dia. Kod pesakit 23 lah pesakit 20 lah tu cuma kita guna sesama kita. Pesakit pun ada perasaan. Mereka sakit. Kita tak boleh layan sewenang-wenangnya," dengan tegas aku menegur jururawat yang aku agak sudah berusia 30-an itu. Dia hanya mengangguk laju.

" Orked, ikut saya cepat, " aku menarik tangan Orked yang tersenyum menang kepada Kak Mona. Aku perasan Kak Mona menjegilkan matanya kepada Orked tanda geram. Aku bawa Orked ke tangga kecemasan hospital yang sepi tanpa orang lain. Angin sepoi-sepoi menghembus wajah aku dan Orked. Rambut keritingnya juga dibuai angin lembut.

"Orked, Orked kena dengar cakap saya. Orked kena duduk kat sini sampai semuanya okay," ujar aku.

"Maksud doktor? Saya tak faham," tanya Orked. Wajahnya meminta simpati.

"Maksud saya, selagi awak kat sini, saya tahu yang awak selamat. Saya akan selalu check awak dengan pesakit lain kat dalam wad tu. Saya taknak perkara buruk terjadi kat awak lagi," aku memberitahunya dengan berhati-hati. Aku taknak dia ingat aku label dia gila.

"Ke Doktor ingat saya gila?" sinis Orked bertanya.

"Tak Orked, tak. Kalau awak gila, maksudnya saya pun gila. Saya percaya awak Orked. Cuma, saya kena make sure awak selamat. Kat sini saya ada. Saya boleh tengok-tengokkan awak selalu," aku memegang kemas kedua-dua bahunya.Dia hanya memandang aku dengan mata yang berkaca.

"Saya akan cuba cari informasi pasal Saikuronewa. Apa sebenarnya dia dan apa yang dia nak kat awak. Saya pun dah mintak tolong sayang awak tu," aku melepaskan pautan aku. Takut dia tak selesa pula.

"Sayang?" tanyanya kebingungan.

"Zakwan lah siapa lagi?" aku agak menyampah.

"Oh hahahah.. ya, ya. Sayang. Macam mana dia nak tolong kita?" Orked ketawa. Hek eleh perempuan ni.

"Dia actually hacker. Dia kata dia tahu lah macam mana nak cari informasi. Cari-cari info ni memang kerja dia," aku balas ringkas. Dia hanya terngaga kecil. Aku tahu mesti dia tak sangka mamat bising macam Zakwan tu hacker. Ke dia excited ada sayanh hacker? Excited sebab Zakwan boleh hack system dia? Ish apa benda yang aku fikir ni.

"Hah, okay lah Orked. Sekarang saya hantar awak masuk wad lepastu saya pun kena masuk bilik saya. Ada appointment. So.., awak rehat je lah eh?" pujukku. Orked akur dan membontoti aku ke arah wad yang menjadi rumah barunya itu. Sabar lah Orked, saya janji, tak lama pun awak kat sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience