Bab 3 - Orked

Horror & Thriller Series 7961

  "Saya Orked," ujar gadis berambut keriting dan bermata bulat itu. Walaupun bersembunyi di sebalik cermin mata, mata coklat miliknya kelihatan bergemerlapan. Sesiapa pun pasti akan terpesona seketika melihat sinaran yang terpancar dari raut wajah gadis berdarah campuran Russia, Melayu dan Jepun itu. Dan aku tidak terkecuali. Walaupun wajahnya sebelum ini pernah aku lihat melalui sebuah kejadian yang tidak masuk akal baru sahaja sebentar tadi, aku masih kagum dengan kecantikannya. Terdapat sesuatu yang lain padanya kali ini. Aku tidak pasti tetapi perasaan aku mengatakan dia dan 'dia' tadi sangat berbeza.

  "Haqeem. Nice to meet you, Orked. So awak lah anak Tan Sri ?" sambil tersengeh, aku mengajukan soalan bernada mesra. Dia hanya mengangguk. Matanya hanya memandang ke jari jemarinya yang dirapatkan bersama. Tan Sri Fuad disebelahnya hanya mengeluh melihat keadaan anak perempuannya itu.

  "Doktor Haqeem, awak tolong lah saya ya. Saya merayu sangat, tolong pulihkan Orked. Dah banyak hospital saya pergi. Luar negara pun saya dah pernah pergi. Tapi, dia tak habis habis dengan Saikuronewa dia tu. Haih, last-last pergi jugak lah hospital sendiri," ujarnya beserta tawa lemah.

  "Jujur saya cakap Tan Sri, saya ni jauh sangat beza dengan doktor-doktor lain yang jauh lebih berpengalaman dan lebih hebat daripada saya. Tapi apa apa pun, saya akan pulihkan Orked," balas aku. Dia memandang aku dengan penuh harapan. Aku sambut harapan itu dengan pandangan yang mencerminkan keazaman aku sebagai seorang doktor dalam menyembuhkan pesakitnya. Sejujur-jujurnya, aku memang takut kalau-kalau aku gagal untuk menyembuhkan Orked.

  Tapi sekejap, Saikuronewa ? Bukankah itu ?? Pesakit yang menyerupai Orked tadi bukankah ada menyebut tentang nama Saikuronewa ? Fikiran aku menjadi buntu. Pelbagai soalan mula memasuki ruang fikiran aku. Saikuronewa ? Peluh peluh kecil mula terbentuk di dahi aku. Aku merasakan badan aku mula panas. Aku benci perasaan ini. Aku takut. Aku marah. Aku tidak tahu sesuatu dan aku benci perasaan itu.

"Doktor, doktor !" aku rasakan satu tepukan yang agak kuat di bahu kiri aku. Rupa-rupanya aku sedang lemas dalam lamunan sebelum aku disedarkan semula oleh panggilan Tan Sri Fuad.

"Doktor okay ke tak ni ? Saya panggil dari tadi tak jawab-jawab. So, esok appointment pertama awak dengan Orked. Saya percayakan awak," kata Tan Sri Fuad sebelum dia menepuk bahu aku sekali lagi dan seterusnya beredar pergi bersama Orked. Aku termenung sekali lagi. Kepala aku terasa bagaikan dihimpit dengan objek yang sangat berat. Dunia terasa macam berpusing seolah oleh aku berada dia atas merry go round di taman permainan yang aku selalu pergi waktu kecil dulu. Jantung aku berdegup kencang, tercungap cungap menarik nafas, mata aku mula kabur. Akhirnya, mata aku terpejam dan jasad aku terbaring longlai, terhentak ke lantai mengikut graviti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience