Aku pelik dengan Orked. Kenapa dia perlu tipu aku tentang Saikuronewa. Apa sebenarnya yang dia cuba sembunyikan daripada aku? Daripada riak mukanya... eh takkan lah. Jangan perasan lah, Haqeem.
"Haqeem, buat apa lagi kat luar tu? Cepat lah masuk tidur. Dah lambat dah ni," pujuk Mama sambil menguap kecil. Dia lengkap dengan pakaian tidurnya dan masker yang selalu diletakkan ke mukanya sebelum tidur. Nak jaga muka katanya. Tapi memang tidak dapat aku nafikan, mama masih kelihatan muda dan anggun walaupun usianya sudah 50 tahun lebih. Jadi, memang berkesan lah segala beauty regime yang tiap tiap hari dia amalkan itu.
"Mama tidur lah dulu, sekejap lagi Haqeem masuk. Sedap pulak duduk kat luar ni," balas aku kepada Mama.
"Suka hati Haqeem lah. Mama mengantuk dah ni. Goodnight sayang. Jangan lupa make sure gate semua dah kunci," pesan Mama sebelum dia beredar masuk ke dalam bilik. Aku kembali melihat bintang bintang di langit malam itu. Entah mengapa, aku rasa tenang sangat melihat keindahan Allah yang satu ni. Bintang bintang kerap membuat aku leka dalam melihat keindahannya.
Sedang aku sedang leka melihat keindahan ciptaan Allah, aku terhidu bau yang sangat harum. Aku analisis bau itu. Menggunakan pengalaman aku yang selalu dipaksa menemani Mama membeli minyak wangi baru, sepertinya bau itu mempunyai bau yang serupa dengan bunga ros. Aku cuba bertenang sambil mindaku ligat berfikir asal usul bau itu. Dalam fikiran aku cuma satu, Saikuronewa.
Ternyata tekaan aku tepat apabila bau yang wangi itu tiba tiba menjadi sangat busuk. Aku tak dapat jelaskan bagaimana bau itu, namun apa yang aku tahu, bau itu merupakan bau yang paling busuk aku pernah hidu. Aku secara refleks terus menutup hidung aku dengan tangan namun bau itu tetap mendominasi udara yang masuk ke dalam rongga hidung.
Aku capai telefon bimbit dan segera bangun untuk masuk ke dalam rumah. Aku tak perlu risau tentang pagar rumah kerana aku yakin aku memang sudah kunci siap siap selepas aku pulang dari hospital. Aku pandang belakang buat seketika dan jantungku nyaris berhenti berdegup. Betul lah orang kata, jangan pandang belakang. Kelihatan satu makhluk yang menggerunkan sedang terbang ke arah aku. Aku segera masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah dan menguncinya. Aku sandarkan badan aku yang kesejukan pada pintu. Aku cuba stabilkan pernafasan aku yang terganggu sebentar tadi. Elok sahaja aku cuba hendak bertenang, satu ketukan kuat dikenakan pada pintu rumah. Aku beredar dari pintu dan berjalan perlahan lahan menjauhi pintu itu. Pandangan aku diberikan tepat kepada pintu. Ketukan menjadi semakin kuat sebelum akhirnya tiada lagi ketukan apabila aku berhenti berjalan kerana aku sedar aku telah melanggar sesuatu.
Dengan berdebar-debar, aku pusing ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat sosok seorang perempuan yang menakutkan di hadapan aku. Aku terduduk kerana terlampau terkejut sambil terjerit.
"Haqeem ni Mama lah! Kenapa jerit jerit ni?" jerit perempuan itu sambil tangannya cuba mencapai aku. Aku berhenti menjerit dan aku meneliti sosok tubuh itu. Aku kemudian tergelak sendiri. Ya, itu memang ibu aku. Maskernya yang belum ditanggalkan menambah effect yang mengerikan. Mama tak boleh salahkan aku juga. Dia memang boleh menimbulkan ketakutan kepada sesiapa yang melihatnya pada waktu begini. Lagi-lagi aku yang baru sahaja melihat hantu mengejar aku.
"Apa gelak-gelak?" tanya Mama aku dengan suara yang menyindir yang kemudian berubah rupa menjadi objek yang sedang mengejar aku tadi. Tahu lah aku kini yang benda itu bukan Mama aku. Aku bergerak menjauhi benda itu dan segera lari masuk ke bilik. Benda itu hanya ketawa sebelum hilang dari pandangan aku. Aku terus terdetik untuk menghubungi Orked pada malam itu. Aku mencari nombor Orked yang diberi oleh papanya sendiri. Sebaik sahaja aku jumpa, aku terus mendial nombor itu.
Aku menunggu dia mengangkat telefon dengan penuh debaran. Aku risau dengan dia. Aku yakin, makhluk yang mengganggu aku tadi sudah pasti tidak lain dan tidak bukan, Saikuronewa, hantu yang tidak diketahui mengapa sering mengganggu Orked. Aku juga yakin bahawa pesakit hantu yang menyerupai Orked itu juga pasti Saikuronewa. Tapi kenapa? Kenapa dia hantui Orked dan kini aku?
"H...hello," serak suara Orked menjawab panggilan aku. Melalui suaranya, aku tahu dia sedang menangis ataupun mungkin baru bangun tidur. Aku kacau dia tidur kah?
"Orked! Ni saya, Haqeem. Awak okay ke? Sorry call awak malam-malam ni. Awak tengah tidur?" tanya aku bertubi-tubi kepadanya. Kenapa dengan aku ni?
"Doktor! Saikuronewa... dia.. dia kacau saya lagi... saya takut, doktor.. saya takut sangat-sangat.." dia mula menangis. Aku bingung. Tak tahu apa yang aku patut lakukan ketika itu. Aku menyuruhnya untuk bertenang dan cuba untuk tidur. Aku juga menyuruhnya untuk membaca 3 qul dan ayat qursi sebelum tidur. Dia senyap sebelum dia mengucapkan terima kasih kepada aku. Aku mengakhiri panggilan telefon. Aku cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku tadi. Aku perlu berehat sekarang. Esok, aku akan berbincang dengan Orked. Aku akan berbincang untuk mencari cara untuk mengakhiri semua ini. Aku akan mencari tahu siapa Saikuronewa sebenarnya. Apa yang dia mahu daripada Orked. Kenapa dia tak mahu aku membantu Orked. Ya, aku pasti akan tahu segala-galanya.
Share this novel