Bab 6 : Janji

Horror & Thriller Series 7961

"Orked, awak okay ke ?" setelah aku berjaya ditenangkan dengan aroma dan rasa teh hijau suam pemberian Orked, aku bertanyakan soalan itu kepadanya.

"Saya nampak dia belakang Doktor tadi. Lepastu tiba-tiba semua jadi gelap. Bila saya dah boleh nampak balik, saya nampak muka Doktor macam dah tak ada darah," jawabnya selamba.

Aku cepat-cepat pusing ke belakang setelah mendengar jawapan itu. Fuhh, dia tak ada.

"Dulu waktu saya takut sangat nampak dia, Ibu bagi saya minum teh hijau suam. Dia akan peluk saya and she would tell me that everything's gonna be okay. Well, I do believe her but now, Ibu pun dah tak ada and everything is still the same. That thing still disturbs me," keluh Orked. Matanya mula bergenang dengan air mata dan suaranya mula menjadi serak.

"And now, it vowed to disturb me too. Thank you, Orked. Awak dah selamatkan saya. Saya takut sangat tadi. Benda ni macam tak logik tahu tak ?" aku tersenyum kelat.

"Kenapa pulak dia nak kacau Doktor ?" dia kedengaran seperti tidak puas hati.

"Entah lah, Orked. Mungkin sebab saya cuba tolong awak ?"

"Kalau macam tu, Doktor tak boleh tolong saya lagi. Saya taknak Doktor kena kacau sebab saya !" bentak Orked lalu dia lantas bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah pintu untuk keluar. Belum sempat dia memulas tombol pintu, aku cepat-cepat memegang kemas tangannya.

"Walau apa sekali pun yang terjadi, saya janji saya akan tolong awak. Saya takkan biarkan awak hadapi semuanya sendiri. Dia taknak saya tolong awak kan ? Kenapa saya kena ikut cakap benda alah tu ?" aku renung dalam-dalam matanya. Air mata yang tadinya bergenang kini tumpah tanpa disedari Orked sendiri. Perlahan-lahan, aku tarik keluar cermin matanya dan aku seka air matanya dengan sapu tangan yang tadinya aku keluarkan dari poket kiri seluar slack hitam aku.

"Lagipun Orked, saya dah janji dengan Papa awak. Tan Sri Fuad dah banyak tolong saya. And saya pun nak tengok awak happy. Saya baru tengok awak kena rasuk dengan dia pun buat saya dah takut macam apa tah. Awak lagi lah kan ? " aku sarungkan semula cermin mata bulat itu. Orked berpaling daripada aku dan dia pulas tombol pintu lalu keluar tanpa sebarang kata.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ORKED'S POV

  Gelap. Semua gelap. Mata sudah aku buka namun semuanya tetap gelap gelita. Aku cuma dapat mendengar suara-suara halus di kedua-dua telinga aku. Namun, butir-butir perkataan yang diungkapkan belum dapat aku fahamkan. Aku cuba fokus untuk mendengar suara halus itu dengan lebih baik. Fokus, Orked. Fokus.

  HAQEEM, HAQEEM, HAQEEEMMMMM !

  Haqeem ? Bukan kah itu nama Doktor yang sedang merawat aku ?Doktor yang katanya percaya tentang Dia. Dia yang aku benci sekali menyebut namanya. Kenapa nama Doktor itu disebut-sebut oleh apa itu aku pun tidak pasti. Yang aku tahu, ini bukan suara Dia. Dia mempunyai suara hodoh yang garau dan kadang kala juga nyaring. Suara yang suka mentertawakan aku. Suara yang suka menyanyi-nyanyi tatkala aku mahu tidur. Suara yang sesuai sekali dengan pemiliknya yang tak tahu asalnya dari mana. Tiba-tiba hadir untuk mengganggu hidup aku yang sudah sedia terganggu.

  Aku ingat, aku sepatutnya berada dalam consultation room yang tertera nama Doktor Haqeem di hadapan pintu masuk bilik itu. Aku sepatutnya sedang duduk berhadapan dengan Doktor itu. Dia sudah janji hendak membantu aku. Tapi, sehebat mana pun dia , dia boleh tolong aku hancurkan makhluk hodoh tu ? Aku terpaksa akui, aku agak tersentuh apabila dia berjanji dengan Papa yang dia hendak sembuhkan aku semalam. Dia kelihatan sangat yakin. Matanya bercahaya. Aku suka sinar-sinar yang terpancar pada matanya. Aku tak pernah merasakan keihklasan seorang Doktor sebelum ini seperti apa yang aku rasa semalam.

  Tadi, muka dia dekat sangat dengan muka aku. Kenapa dia ni berani sangat buat macam tu ? Aku malu. Malu yang teramat ! Tak sangka bila aku cuma mencetuskan perasaan ragu-ragu kepadanya, dia masih dapat memandang tepat ke dalam anak mata aku dengan sinar yang sama seperti semalam. Selepas itu, dia berjenaka pula dengan aku. Aku cuba untuk tidak tersenyum dengan lawak bodoh yang dia lakukan tetapi aku gagal. Aku tewas akhirnya.

Bila dia kata yang dia percayakan aku yang benda tu wujud, aku rasa bagaikan dunia aku yang sebelum ini kelabu, kini mula disinari cahaya. Sebelum ini, aku sering diketawakan oleh doktor-doktor yang merawat aku. Mungkin dia menjaga etikanya sebagai seorang doktor di hadapan aku, namun di belakang aku, mereka mengetawakan aku. Aku tahu kerana banyak kali aku terserempak mereka lepak bersama-sama doktor doktor lain di kedai kopi tak kira lah yang mahal mahupun yang murah. Mereka terus membuat diagnosis yang aku ni gila. Gila, gila, gila. Tapi mereka tak tahu yang Saikuronewa, si hantu pun turut mengetawakan aku bersama-sama mereka. Baguslah, sama lah manusia bertopengkan hantu dengan hantu yang dua-dua menyusahkan aku.

  Lalu, Dr Haqeem cerita mengapa dia sehinggakan boleh percaya kewujudan Saikuronewa. Semasa dia sedang sibuk bercerita, dia tidak perasan bahawa makhluk yang tak guna itu ada berdiri dibelakangnya sambil menyeringai. Rambutnya yang ikal mayang itu sebelum ini selalu diikat rapi dan dibiarkan bersandar di bahu kiri. Tapi tadi, rambutnya dilepaskan dan berselerak. Wajahnya turut berkedut-kedut dan penuh dengan kulit kulit yang sedang menggelupas. Dia kadang kala suka muncul dalam keadaan yang buruk seperti ini. Selalunya dia cantik dan hanya bertukar apabila hendak memulakan gangguan terhadapku seperti memeluk aku dengan sangat kuat sehinggakan aku sukar untuk bernafas ketika aku sedang tidur. Ataupun lebih mudah, dia mencakar tangan aku dengan kuku panjangnya yang tajam dan penuh dengan rekahan.

  Dia melihat aku dengan penuh kebencian sebelum tanpa aku sedar, dia meluru ke arah aku dan sekarang begini lah keadaan aku. Aku tak tahu apa yang berlaku dan kenapa gelap sangat di sini.

  Aku cuba tarik nafas dalam-dalam. Aku perlu tenang. Tiba-tiba, dari satu arah, muncul satu cahaya. Aku segera berlari menuju ke arah cahaya itu dan aku berada semula di consultation room Dr Haqeem. Aku lihat wajahnya pucat bagai tiada darah lagi yang mengalir melaluinya. Aku panik. Aku tak tahu apa yang telah berlaku. Saikuronewa sudah tiada di situ. Aku bertanya apa yang telah berlaku kepada Dr Haqeem namun dia tidak memberikan sebarang reaksi. Saikuronewa pasti telah buat sesuatu kepada Dr Haqeem. Tak guna betul lah.

  Nasib baik ada teh hijau. Teh hijau yang menjadi punca ketenangan aku sebelum ini aku beri kepada doktor itu. Dia kembali tenang setelah berjaya menghirup beberapa teguk air teh hijau suam yang didatangkan khas daripada tanah kelahiran ibu.
Dia angguk lemah setelah aku menanyakam soalan tentang Saikuronewa. Aku geram mendengar jawapan itu tapi aku cuba sembunyikan perasaan itu dengan menjawab soalan dia seterusnya setelah dia kembali tenang dengan selamba.

"And now, it vowed to disturb me too. Thank you, Orked. Awak dah selamatkan saya. Saya takut sangat tadi. Benda ni macam tak logik tahu tak ?"

Aku geram, aku benci. Aku jadi emosional mendengar kata-kata itu yang diucapkan oleh Dr Haqeem. Kenapa Saikuronewa nak kacau Dr Haqeem ?! Aku tak boleh biarkan Dr Haqeem rasa apa yang aku rasa. Aku tak boleh biarkan Saikuronewa menghantui dia. Aku takut lihat wajah Dr Haqeem yang ketakutan tadi. Segala sinar yang aku kagumi dalam matanya hilang. Aku benci melihat ketiadaan sinar dalam matanya. Aku jadi lemah. Aku jadi tidak kuat. Aku perlu pergi jauh. Aku takkan biarkan dia merana sebab aku.

Sikit lagi aku akan pergi. Sikit lagi aku akan bawa diri. Namun, genggaman kemas tangan Dr Haqeem yang memegang tangan aku menghentikan niat aku. Dia janji. Dia berjanji yang walau apapun, dia akan tolong aku. Dia takkan biarkan aku menghadapi semuanya sendiri. Aku cuba tahan emosi aku. Sumpah aku cuba. Tapi, tanpa aku sedari, air mata aku tumpah jua akhirnya. Aku hanya memandang ke arahnya. Aku tak tahu apa yang aku patut lakukan.

Dia tiba-tiba menarik keluar cermin mata aku dengan lembut. Walaupun pandangan aku menjadi agak kabur, aku masih dapat melihat sinar mata doktor muda itu. Secara tiba-tiba, satu kain yang aku agak mungkin diperbuat daripada kapas lembut dapat aku rasa bersentuhan dengan bahagian di bawah mata aku. Bahagian itu yang sebelumnya basah mula menjadi kering. Pandangan aku menjadi jelas semula apabila aku merasakan cermin mata aku disarungkam semula.

"Lagipun Orked, saya dah janji dengan Papa awak. Tan Sri Fuad dah banyak tolong saya. And saya pun nak tengok awak happy. Saya baru tengok awak kena rasuk dengan dia pun buat saya dah takut macam apa tah. Awak lagi lah kan ? "

Aku merasakan jantung aku mula berdegup kencang. Aku rasa buat pertama kalinya, seseorang faham apa yang aku rasa. Seseorang yang tahu betapa sakitnya menghadapi semuanya bersendirian tanpa ada yang percaya aku. Thank you, Dr Haqeem. Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku rasa sesuatu yang pelik sedang berlaku kepada aku. Aku rasa seperti ingin terbang ke kayangan. Tidak, I'm not drunk, smoked weed or something. I got another dose of something. A tiny bit dose of love, probably? Oh heck no, I gotta get out from here.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience