Bab 5 : Teh Hijau Suam

Horror & Thriller Series 7961

Hari ini seperti yang telah dijanjikan, aku akan bertemu Orked sekali lagi untuk memulakan rawatan terhadapnya. Melihat data peribadinya yang diserahkan sendiri oleh Tan Sri Fuad, pemilik hospital tempat aku berkerja, Orked dikatakan mengalami kemurungan dan mungkin juga skizofrenia. Dia sering menyebut nama Sekuronewa dan ketakutannya terhadap 'benda' itu tidak pernah berakhir sejak 5 tahun dahulu. Tan Sri Fuad juga dulu sering menghantar Orked ke hospital-hospital mental ternama di luar negara namun tidak juga dapat memulihkan Orked seperti sediakala.

"Hai Orked. Awak apa khabar ?" tanyaku sambil tersenyum. Orked ialah pesakit pertama aku hari ini. Walaupun semalam merupakan hari yang sangat memenatkan bagi aku, aku cuba juga untuk kekal positif. Lagipun, aku perlu merungkai siapa atau apa sebenarnya Saikuronewa kerana aku juga mengalami perkara yang tidak masuk akal berhubungan dengan nama itu. Selain dapat mengetahui punca penderitaan Orked, aku juga dapat memuaskan diri aku sendiri dengan satu jawapan yang pasti. Orked pasti tahu semuanya.

Dia hanya memandangku. Setelah itu, dia mengeluh dan membetulkan posisi duduknya dan kedudukam cermin mata bulatnya. Dia menongkat dagu dan matanya merenung aku tenang.

"Saya bukan gila. Doktor sama je kan dengan Doktor yang lain ? Tak perlu lah buang masa dengan saya. Cakap je dengan Papa guna ayat klise doktor-doktor tu.. Alah, yang saya mintak maaf, tapi saya tak dapat selamatkan anak awak tuu," katanya disertakan dengan suara yang sedikit digaraukan untuk mengajuk doktor-doktor sebelum dia akhirnya tersenyum sinis.

"You're funny, Orked. Are you really sure of that ? Awak salah, Orked. Ya mungkin saya sama je dengan doktor-doktor lain. Tapi saya ada satu benda lain yang mereka semua tak ada," aku turut menongkat dagu dan memandang tepat ke arah mata coklatnya. Jarak muka kami yang agak dekat menyebabkan mukanya menjadi merah. Malu mungkin.

"A..apa ?" tanya Orked.

"Saya handsome lah kalau nak compare dengan Doktor lain," jawab aku sambil tersengeh. Dia menarik muka mendengar jawapan itu dan badannya disandarkan ke kerusi. Matanya dipandangkan ke arah lain sambil tersenyum. Aku hanya ketawa bersendirian. Melihat reaksinya itu, aku juga turut tersenyum. Aku tahu dia bukan lah mengalami kemurungan yang kritikal. Masih ada cahaya dalam dirinya yang membuatkan dia masih dapat menerima jenaka dalam hidupnya.

"Tapi saya jugak tahu dan percaya yang Saikuronewa tu wujud," ujarku, serius. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah aku semula. Wajahnya jelas menunjukkan riak terkejut.

"Doktor, doktor pun dengar suara dia ?" tanya Orked penuh minat.

"Err.. tak.. tapi saya nampak awak sebut nama dia sebelum ni,"

"Saya tak pernah pun cakap pasal dia kat Doktor,"

"Pelik kan ?"

Dia hanya mengangguk. Aku bangun daripada kerusi dan mengeluh berat. Aku menyinsing lengan kemeja biru aku dengan ringkas. Aku agak malas hendak menyarung kot putih milik aku pada pagi itu jadi ia hanya dibiarkan kesepian tergantung di atas kerusi.

"Lagi pelik sebab lepastu awak hilang macam tu je. Awak bagitahu saya yang saya tak boleh jumpa awak and well, now saya jumpa awak so tu yang saya tak faham sekarang ni," aku membengokkan sedikit badanku dan menahannya dengan kedua-dua tanganku ke atas meja. Dia memandangku dengan pandangan kosong. Tanpa sebarang reaksi.

"Orked ? Awak dengar tak saya cakap apa ni ? Awak ingat saya tipu awak ? Sumpah saya tak tipu," dia terus memandang aku tanpa sebarang reaksi. Aku tegakkan semula badan aku dan memandangnya. Aku duduk semula sambil mata aku tidak sedikit pun dialikan daripadanya.

"HAQEEM, KAU DEGIL. BUKANKAH AKU TELAH BERI AMARAN ? AKU DAH KATA JANGAN JUMPA PEREMPUAN NI WALAU APA PUN YANG BERLAKU! SEKARANG TERIMA LAH KAU AKIBATNYA. KAU DAN ORKED AKAN MENDERITA!!" satu suara yang kadang kala garau dan juga nyaring keluar dari mulut Orked. Matanya tepat memandang mata aku dengan sangat tajam bagaikan paku yang menusuk, meninggalkan aku terpaku.

"Ya, Haqeem. Aku Saikuronewa," dia memberikan senyuman sinis kepadaku sebelum ketawa perlahan. Kepala Orked diangguk-anggukkan perlahan dan tawanya semakin lama semakin dikuatkan sebelum akhirnya dia memandang semula ke arah aku dengan muka marah. Aku tidak mampu bergerak kerana terlampau terkejut dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mataku. Peluh-peluh dingin yang muncul juga dibiarkan mengalir membasahi kemeja aku. Dia senyum kembali kepada aku. Senyuman yang penuh dengan kejahatan yang tersembunyi di sebalik wajah Orked. Sejurus selepas itu, Orked seolah olah kembali semula apa bila dia bertanyakan kepadaku tentang apa yang telah berlaku dengan suara yang normal seperti mana yang sering digunakannya apabila berkomunikasi. Aku masih tidak dapat memproses apa yang berlaku, meninggalkan persolaannya tidak terjawab dan keadaanku yang masih sama seperti tadi.

"Doktor.. Doktor ! Relaks, Doktor," panggilnya sambil tangannya meraba-raba sesuatu ke dalam bag galas berwarna ungu yang diletakkan di atas lantai, bersebelahan dengan kerusi yang diduduki olehnya. Dengan segera, dia mengeluarkan sebotol thermos dan menuangkan air berwarna jernih kehijauan ke dalam penutup thermos itu yang berbentuk seperti cawan.

"Doktor, minum ni cepat," dia menghulurkan penutup itu kepada aku. Aku hanya mengangguk. Aku cuba capai penutup itu dengan tangan kananku tetapi agak sukar kerana tangan aku yang masih tidak berhenti menggeletar . Orked cepat-cepat bangun dan capai tangan kananku itu untuk membantu aku memegang penutup itu. Aku minum perlahan. Degupan jantung aku yang tadinya kencang perlahan-lahan menjadi stabil semula. Tangan aku juga berhenti menggeletar . Dia memberi aku sebuah senyuman yang pada kali ini bertindak menenangkan aku.

"Doktor, doktor pun boleh dengar suara dia kan?"

Aku mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience