Bab 23 : Kopi

Horror & Thriller Series 7961

"Kau dah kenapa,?" aku soal Zakwan yang datang pada tengah hari itu. Dia datang dengan tercungap-cungap dan berpeluh macam baru lepas marathon. Dia membawa bersamanya laptop dan beg plastik berisi sandwich dari Subway. Dia buka sweater dan dicampakkan ke atas sofa berdekatan. Dia duduk di atas sofa lalu meneguk air mineral dengan rakus tanpa menghiraukan aku.

Aku perlahan-lahan datang mendekati dia. Aku melabuhkan punggung di sebelah dia yang sepertinya macam tak minum air sebulan itu. Dia terus meneguk air sehingga habis.

"Arghhh.. Sedap gila air mineral," katanya dalam kelegaan.

"Kau pergi kerja ke pergi marathon?" tanya aku melihat baju t-shirt merah dia yang sudah basah dengan peluh.

"Aku bengang duh, dah lah boss tetiba bagi aku banyak kerja, lepastu dengan si Emma tak datang kemas rumah. Kau fikir aku larat nak kemas semua plastik keropok dengan botol yang aku campak semua tu? Kalau ada lipas macam mana? Oh no, lipaaaas," manusia bernama Zakwan itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Emma? Fancy gila nama maid.

"Emma ni maid kau en? Bukan call girl ke apa kan?" aku tersenyum sinis kepadanya. Niat di hati nak bergurau. Aku bukan apa, cuma kalau boleh aku nak hilangkan semua perasaan resah, gelisah, gelabah dan sedarjat dengannya.

"Haah call girl. Oh by the way, apa yang kau suruh aku cari tu? Sai..," dia memejamkan mata sambil kepalanya ditekan tekan yang nampak sangat dibuat-buat. Aduh mamat ni. Tak perlu kot nak buat gaya bagai. Cakap je lah lupa.

"Saikuronewa," aku balas dingin.

"Oh yes yes.. Saikuronewa.. Well.. aku jumpa something pasal dia," Zakwan memberitahu. Mata aku sedikit terbeliak mendengar kata-kata ajaib Zakwan. DIA JUMPA SOMETHINGGGGG!

"Weh, serious ah?! Apa je kau jumpa?!" aku teruja. Mungkinkah akhirnya kes Saikuronewa ini akan berakhir juga? Zakwan buka laptop Alienware miliknya yang aku agak cemburui itu. Untung lah ada masa nak immerse dlm game.

"Aku jumpa ni," dia kalihkan laptop dia kepada aku. Dengan satu ketikan, satu video mula dimainkan.

Video itu bermula dengan gambar hospital. Muzik piano suspen mula kedengaran. Aku fokus melihat walaupun aku tak tahu yang ada kena mengena atau tidak video ini dengan. Saikuronewa. Jujur, aku harapkan apa yang dia jumpa lebih cool daripada video ni. Mungkin dokumen lama atau artifak atau apa apa je lah yang nampak menakutkan sedikit.

Lama juga aku tunggu untuk aku cari apa sebenarnya video ini cuba sampaikan.Sejak dari minit pertama hingga lah minit ketiga, imej hospital yang sama masih tak bergerak-gerak. Cuma muzik dengan nada tinggi itu membuat aku berdebar-debar. Sampai satu saat dimana imej hospital itu kelihatannya ingin bertukar dengan sesuatu yang lain, Zakwan tekan papan kekunci space dan video berhenti seketika.

"Apa yang kau cuba lakukan ni?" aku soal dia sambil tersenyum kelat.

"Duh Qeem sowwy ah akuw lupaa argh takleh duh macam ni akuw kena maan Subway ngan ngopi," dia balas dengan mulut penuh dengan sandwich. Aku hanya angkat kening tanda menyampah.

"Aku cakap, aku tak boleh lah macam ni. Aku en kalau makam Subway kena ada kopi. Aku lupa ah pulak nak beli kopi. Boleh tolong belikan tak?" kata dia sambil lalu tersengih selepas menelan sandwich itu tadi.

Aku mengeluh lalu cepat-cepat keluar untuk ke kafeteria. Kopi pun kopi lah. Zakwan ni menyusahkan betul lah. Macam lah tak boleh beli sendiri. Usai sahaja kopi dia siap diletakkan dalam cawan kertas mudah dibawa, aku bergegas naik ke bilik aku. Jujur lah, aku rasa nak campak je kopi ni kat muka Zakwan bila aku jumpa dia lain kali. Sebab apa? Sebab jumpa lain kali tu lah dah tunjukkan yang bila aku masuk balik, batang hidung dia pun aku tak nampak. Hilang. Lesap macam pelesit. Ha, kan dah emo. Aku fikir positif. Mungkin dia pergi tandas? Tapi sweater dia apa semua dah tak ada. Tak mungkin lah pergi tandas pun nak pakai sweater.

Sedang aku termenung, aku perasan ada satu kertas atas meja tempat dia letak laptop dia tadi. Aku ambil dan baca dengan teliti apa yang tertulis dalam kertas itu.

"Haqeem, sorry gtg. Lema, eh Emma call kata ada kucing sesat masuk rumah. Yang pasal info tu, aku saja je nak troll kau. Aku belum jumpa apa apa pun lagi. Sorry. Cuma satu je yang aku boleh nasihatkan buat sementara ni. Dalam pencarian informasi, kadang kadang kita kena cari kat tempat yang paling kita tak sangka boleh jumpa kat situ. Tempat yang kadang kala paling dekat dengan kita. Aku akan usaha lagi cari info pasal Saikuronanananana ganu kita tu. Sorry bruh. Hah, p/s : hang minum je lah kopi tu sendiri."

Haih, nasib baik lah ada kopi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience