Hah, padan muka Doktor. Siapa suruh suka sangat sakitkan hati aku. Bukan main terkejut muka dia. Nasib baik tak terkeluar daging dalam mulut tu. Aku pandang Zakwan. Dia pun terkejut. Aku cepat-cepat melepaskan pelukan aku dan berdehem. Aku lantas bangun dan menuju ke tandas. Aku perlu ruang untuk bertenang. Aku pun tak tahu lah apa dah jadi kat aku. Aku bukan apa, aku cuma kecewa. Kenapa Dr Haqeem tak pernah cerita kat aku yang dia dah ada suri di hati dia? Oh ya lah, aku lupa. Aku kan pesakit dia. Gila apa dia nak bagitahu kat pesakit dia yang gila ni. Aku bukan penting pun. Menyusahkan dia lagi adalah. Sekarang dengan si Saikuronewa tak guna tu lagi. Memang bagus pun lah dia ada wanita yang cantik macam tu di samping dia. Erghhh dah lah, Orked.
Sesampainya aku di tandas yang disediakan betul-betul di luar ballroom itu, aku terus buka pili air. Aku kenakan air yang sejuk pada muka aku. Hmm.. terasa sangat nyaman. Aku pejam mata aku untuk menikmati kenikmatan air apabila membasahi wajah aku. Relax lah, Orked. Baru sahaja aku ingin menutup kembali pili air, muncul satu lembaga dalam cermin tandas yang besar. Aku terpaku seketika kerana terkejut. Kenapa sekarang juga kau kena muncul, Saikuronewa? Aku mahu menjerit tapi suara aku seakan akan sudah dicuri. Lambat, Saikuronewa semakin mendekati aku. Aku tak mampu untuk pusing ke belakang. Aku hanya mampu memerhatikan dia melalui cermin. Dia yang muncul dalam keadaannya yang hodoh. Tangannya yang bewarna biru dan berkedut-kedut itu diangkat, menampakkan kuku-kukunya yang tajam. Dia bermain-main kukunya pada bahu aku yang bergegar akibat badan aku yang menggeletar. Keadaan sekeliling sangat sejuk bagaikan segala-galanya sedang membeku. Aku pejamkan mata. Aku harap bila aku buka mata, dia hilang. Sesiapa tolong lah datang. Tolong aku.
"Orked, awak tak apa apa ke?" satu suara mesra menyapa telinga aku. Bahu yang tadi menjadi tempat Saikuronewa bermain, ditepuk oleh seseorang. Aku buka mata aku dan aku lihat wanita yang bersama dengan Dr Haqeem tadi. Wajahnya kelihatan seperti aku pernah lihat sebelum ini.
"Saya tengok Orked pejam mata macam takutkan sesuatu je. Dengan paip air tak tutup ni. Membazir lah Orked ni," katanya sambil menutup pili air tersebut. Dia kemudian tersenyum. Aku hanya memerhatikannya.
"Dr Haqeem yang suruh saya tengok-tengokkan Orked. Orked okay ke? Sorry lah. Dr Haqeem tu kalau bergurau memang macam tu," ujarnya disertakan dengan tawa halus. Dr Haqeem kiranya dah selamatkan aku lah ni? Benci betul lah.
"Orked cam saya tak? Saya Julia, nurse yang kerja kat hospital Papa Orked. Orked ingat tak semalam Orked kan ada cakap dengan nurse kat dalam phone? Hah saya lah tu," dia tersenyum riang. Oh patut lah macam pernah jumpa. Nurse hospital Papa rupanya. Aku angguk perlahan. Dia kemudiannya menarik tangan aku keluar dari tandas tersebut dan menuju ke meja makan tadi. Aku lihat Dr Haqeem sedang rancak berbual dengan Zakwan. Hmm dia kelihatan sangat gembira. Tak macam semalam. Semalam bila dia menangis teresak-esak dalam pelukan ibu dia.
"Hah, Orked. Lamanya pergi tandas. Saya rindu dah ni," Zakwan datang kepada aku apabila dia perasan bahawa aku telah datang. Julia duduk semula di sebelah Dr Haqeem. Aku lihat Dr Haqeem hanya tersenyum nipis tanpa memandang ke arah kami. Aku alihkan pula pandangan ke arah Zakwan. Dia tampak segak memakai sut berwarna hitam lengkap dengan tali leher berwarna biru tua. Tak macam Dr Haqeem tu. Selekeh. Dia cuma pakai kemeja warna hitam dengan seluar slack warna hitam. Dah lah lengan baju dia sinsing macam tu je. Nak sinsing pun lipat lah kemas-kemas. Fikir handsome lah?
"Helloo Orked ~ Awak tak sihat ke? Kalau awak rasa tak selesa jom lah saya hantar awak balik," kata-kata Zakwan itu mengejutkan aku daripada lamunan.
"Tak lah Zakwan. Saya okay je. It's okay. Sekarang kan your class reunion. Saya taknak lah kacau awak," jawab aku. Aku lihat dia tersenyum kelat.
"Okay lah kalau awak dah cakap macam tu," ujarnya sebelum duduk. Aku turut duduk dan memerhati suasana sekeling ballroom ini. Aku kagum dengan hiasan-hiasan yang memenuhi ruangan yang gah ini. Aku lihat pula wajah wajah perempuan yang leka bersembang dengan rakan yang pasti sudah lama mereka rindukan. Aku jadi sedih pula. Aku rindu juga ingin berjumpa dengan kawan-kawan aku dulu. Tapi, mereka sendiri yang putuskan hubungan persahabatan dengan aku. Kata mereka, Orked sudah gila.
------------------------------------------------------
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam. Upacara pada malam itu bakal berakhir pada jam 11:30 malam. Esok, mereka semua perlu meneruskan rutin harian masing-masing. Ada yang sudah bekerja, dan ada juga yang masih perlu bertungkus lumus memberi tumpuan di kuliah. Apa-apa pun, kemuncak upacara pada malam itu akan bermula. Ucapan daripada setiap pelajar kelas yang mengadakan majlis gah tersebut.
"Okay guys, sekarang kita mulakan acara akhir kita untuk malam ni. Sedih pulak nak berpisah dengan korang semua lagi. Tanpa melengahkan masa, meh lah naik pentas, Nik, selaku ketua kelas kita dulu untuk memulakan ucapan," kata seorang perempuan yang lengkap bertudung sopan. Dia yang bernama Anis itu seterusnya menyerahkan lelaki yang berkumis nipis untuk memulakan ucapannya.
Setelah pelbagai ucapan yang diberikan, ada yang menangis, ketawa dan bermacam-macam lagi emosi yang mereka rasakan. Mereka masing-masing rindu hendak kembali je zaman persekolahan mereka. Namun, Haqeem tak begitu rasa apa yang mereka rasakan. Dia kadang kadang cemburu melihat Zakwan yang boleh menghayati setiap ucapan yang diberikan. Kini, tiba pula masa untuk Haqeem berucap di khalayak ramai yang belum tentu ingat pun kewujudannya dulu.
"Okay last, aku jemput bukan calang-calang orang. Tapi kawan baik aku sendiri, Dr Haqeem!!" teriak Zakwan yang merupakan orang kedua terakhir memberikan ucapan. Semasa hendak naik ke pentas, Haqeem sempat mendengar beberapa bisikan yang negatif dan juga sedikit yang positif dilemparkan kepadanya.
" Oh ni lah kan budak genius yang blah dulu tu kan? "
" Hek eleh, Doktor dah sekarang. Poyo gila"
"Handsome gak mamat ni"
"Eleh genius lah sangat. Aku lagi pandai,"
"Awek yang menari dengan dia tu baek ah"
Haqeem menarik nafasnya dalam dalam. Dia senyum kepada Zakwan yang menepuk bahunya dan memegang mikrofon yang diberi dengan kemas. Postur tubuhnya dibaiki. Baginya, mudah sahaja lah hendak berucap. Dia tak peduli dengan kata kata negatif mahupun pandangan serong orang kepadanya. Dia tahu, dia faham. Mereka semua hanya menilai tanpa tahu pun siapa dia sebenarnya. Dia begitu arif dengan tingkah laku manusia yang satu tu. Lagipun, dia pernah kena lagi teruk daripada ni. Fikir seronok belajar di akademi perubatan semasa kau masih boleh dikatakan budak-budak lagi? Fikir seronok dilayan macam alien yang kononnya nak menakhluki bumi demi koko yang dicari-cari?
"Eherm.. Assalamulaikum semua. Saya takde benda sangat pun nak cakap memandangkan saya tahu, saya tak lama pun kat dalam kelas, kat dalam sekolah. Saya cuma nak cakap terima kasih kat organizer yang menjemput saya datang ke majlis ni. Cik Anis, Cik Hanum, terima kasih banyak-banyak. Zakwan, terima kasih sebab kau selalu ada dengan aku. Julia, terima kasih sebab sudi teman saya malam ni. Saya tahu kita ni tak lebih daripada hubungan rakan sekerja tapi awak sudi juga spend night dengan saya. Hmmm Orked, daging tu memang betul betul lembut. Sumpah, saya tak tipu. Anyways.., thank you semua sebab sudi terima saya kat sini. Good evening and have a good night, "Haqeem tersenyum kecil dan bergerak menuruni pentas. Ramai yang terpinga-pinga dengan ucapan Haqeem sebentar tadi. Kenapa dia ni cakap pasal daging pulak? Ada juga yang lega kerana baru tahu bahawa gadis cantik bersama Haqeem tidak lain dan tidak bukan rakan sekerjanya sahaja. Gatal punya lelaki.
Semasa masing-masing hendak pulang, Julia meminta diri untuk pulang bersama Uber sahaja. Alasannya ialah kerana dia ada sedikit urusan yang perlu diuruskan. Walaupun Haqeem telah cuba untuk menawarkan diri untuk menghantarnya, Julia menolak dengan sopan.
"Awak takpe ke balik dengan Uber? Taknak saya hantar?" tanya Haqeem. Dia risau juga hendak membiarkan gadis secantik Julia pulang bersama entah sesiapa yang menjadi pemandu Uber tersebut.
"Tak apa lah Doktor. Saya okay. Saya pun ada something nak buat," ujar Julia tersengih-sengih.
"Okay lah kalau macam tu saya teman awak sampai Uber sampai eh?" dia tak mahu tanya banyak. Cukup lah kalau dia dapat hantar perempuan itu menaiki Ubernya.
"Okay lah kalau Doktor tak kisah," balas Julia lembut.
Dari jauh, Orked hanya memerhati pasangan yang sedang bersandar pada kereta hitam milik Dr Haqeem itu. Dia hanya tersenyum lemah. Matanya tertumpu kepada Dr Haqeem sehingga kereta Zakwan dipandu meninggalkan hotel lima bintang itu.
Share this novel