Bab 27 - Trust

Horror & Thriller Series 7961

"Apa kata kita tanya Zakwan," Orked melontarkan cadangan dengan muka bersahaja.

"Oh, sayang awak," aku membalas perlahan.

"Sa.. sayang saya? Doktor.. sa.. saya?" mata aku yang tadinya tertumpu kepada tulisan-tulisan dalam buku itu beralih kepada Orked. Dia melihat aku dengan mata yang terbeliak.

"Yalah, Zakwan kan sayang awak. Haha tapi dia tak pernah cakap pulak dengan saya sebelum ni yang awak berdua ni, eherm, bercinta.. nampaknya banyak benda jugak yang Zakwan rahsiakan kat saya," aku ingin melihat apa reaksi Orked. Aku ingin melihat sama ada teori aku tepat atau tidak. Kalau betul maksudnya Orked.. HAHHAHA tak mungkin lah.

"Mana ada bercinta. Tapi saya memang sayang Zakwan. Saya suka how cheerful he is. Bukan macam Doktor. Dah lah poyo, berlagak handsome," dia berhenti seketika. Dia menarik nafas dalam.

"Tapi... Doktor tahu macam mana nak buat saya senyum. Bila saya rasa macam dunia ni gelap, Doktor ada untuk terangkan balik dunia saya. Thank you for that," dia tersenyum tenang. Aku terpaku. Tanpa sedar, pipi aku mula memerah.

"Awak tak perasan yang ada je suis lampu tersorok dalam dunia awak," balas aku.

"Dan nampaknya suis lampu tu memerlukan orang yang tertentu je untuk berjaya menekannya kan?" katanya sambil tersenyum manja.

"Doktor! Doktor dah kenapa termenung je ni?" suara milik Orked mengejutkan aku dari lamunan. Oh, aku berangan je ke tadi tu? Lel.

"Oh sorry. Awak cakap apa tadi? Saya mengantuk sebenarnya tadi HAHAHA" aku memberikan alasan. Takkan aku nak bagitahu dia aku sedang mengelamun yang dia meluahkan yang dia suka aku secara tak langsung pula, bukan begitu?

"Saya cakap, apa kata kita tanya Zakwan" cadang dia. Eh, macam pernah dengar je cadangan ni.

"Sayang awak?" hmmm let see how this turns out. Mana lah tahu aku ada kuasa psikik. Boleh meramal masa dan mungkin lama lama aku boleh ada kuasa telekinesis. Okay, okay aku mengarut. Jangan berhenti baca novel ni. Teruskan.

"Haah lah, siapa lagi?" dia jawab selamba. Oh.

"Kenapa Doktor ni? Doktor okay ke?" dia melambai-lambaikan tangan kanannya perlahan di hadapan muka aku, cuba untuk mendapatkan perhatian aku.

Aku cuma tersenyum lemah. Perasan apa ni? Hati aku rasa sakit. Aku tak mampu nak pandang mata Orked. Okay, fokus Haqeem, lupakan hal lagha ni dulu, sekarang fokus, Saikuronewa dan buku hitam. Ada kaitan kah? Orked betul. Tak ada orang lain lagi yang aku percaya yang ada kebolehan untuk decode kod kod aneh seperti ini selain Zakwan. Aku perlu hubungi dia. Sekali lagi.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

"Kalau kau rasa kau patut ambik buku ni dulu, ambik lah. Nanti kalau dapat tahu apa apa please inform aku. Thanks bro" Haqeem menghulurkan buku hitam itu kepada Zakwan yang pandangannya kerap ditujukan kepada Orked.

"Tapi macam mana buku ni boleh ada kat tangan kau?" tanya Zakwan.

"Entah.. Tak tahu lah macam mana, tiba tiba boleh ada dalam laci ni" jawab Haqeem. Nadanya serius.

"Anyway, saya rasa kalau buku tu ada kaitan dengan Saikuronewa, kita kena extra careful. Sebab mana tahu sesiapa letak buku tu kat situ? Ataupun benda alah tu yang letak? Sengaja nak perangkap kita?" ujar Orked, khuatir tentang kewujudan buku misteri itu.

"Hmm selain aku, ada sesiapa lagi yang tahu pasal buku ni?" tanya Zakwan.

"Tak. Memang tak lah.. nanti orang ingat aku gila. Tak pasal pasal kena buang kerja jugak aku ni," Haqeem ketawa namun tawanya diperlahankan setelah melihat wajah Orked yang mencuka.

"Haah memang. Lepas ni Doktor boleh lah join saya masuk wad gila. Memang seronok kena duduk dalam tu. Saya kan gila" Orked balas dengan nada sarkastik, terus mematikan tawa Haqeem.

"Orked, awak pun tahu persepsi orang tentang Saikuronewa kan? Please forgive me if I made you feel offended.. Trust me, even if the entire world thinks that you're crazy, I'm here to deny that. I know you Orked. I know you more than anyone else," kata Haqeem lemah. Kata kata yang ikhlas dari hatinya. Hati yang sedang rasakan pelbagai perasaan yang dia sendiri tak pasti. Tanpa dia sedar, Orked memberinya sebuah tenungan yang hanya dia fahami.

"Well, so kalau macam tu, aku ambik buku ni dulu. Aku try cari info pasal buku ni and apa apa nanti aku bagitahu you all," janggal, Zakwan terus bangun, ingin berlalu pergi.

"Thanks bro, sorry susahkan kau," Haqeem turut bangun dan menepuk bahu milik rakan karibnya itu.

"Thank you, Zakwan. Hati-hati" jerit Orked sebaik sahaja Zakwan menolak pintu untuk keluar. Zakwan mengangguk tersenyum sebelum beredar dengan buku hitam yang telah dimasukkan dalam bag sandang miliknya.

-_-_-_-_-_))))))))))))

"Ni ke buku hitam kau?" Zakwan, secara acuh tak acuh, menolak sebuah buku hitam ke arah seorang perempuan yang duduk bersimpuh berhadapannya. Teh hijau dihirup. Lega.

"Mana kau jumpa buku ni?" perempuan itu hanya menjeling ke arah buku itu. Dia merapi rapikan rambutnya yang disanggul kemas.

"Well you know what, Haqeem yang jumpa. Kau sure ke ni bukan kau yang create drama? Macam mana buku ni boleh ada dengan dia? Kau memang sengaja nak gagalkan plan kita?" nada suara Zakwan kedengarannya agak kasar. Perempuan itu mendengus kasar.

"Zakwan. Kau ingat aku bodoh? Kau fikir aku tak tahu kau yang curi buku ni dari aku? Apa yang kau cuba lakukan ni? Kau curi buku aku. Lepastu pulang balik? Apa sebenarnya yang kau dah rancang?" dengan tenang, perempuan itu mematahkan chopstick yang disambung dan mengajukannya tepat ke muka Zakwan.

" Simple sayang, trust. All I need is trust from both of them. Now Haqeem and Orked percaya aku untuk translate apa yang tertulis dalam buku ni and of course, aku akan buat. Let's say, ni jalan pintas yang aku fikir untuk kau jalankan plan yang kau nak buat sangat tu," Zakwan menepis chopstick yang diajukan kepadanya. Mata wanita itu ditenungnya dengan yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience