Bab 20 - Pesakit 25, Mun, Mona

Horror & Thriller Series 7961

Malam itu, Orked tidak dapat tidur. Selimut ditarik hingga menutupi kepala. Dia berasa sangat sejuk. Namun, dia juga agak kepenatan. Walaupun susah, dia cuba untuk melelapkan mata. Usai sahaja ingin melelapkan mata, badannya ditepuk perlahan. Orked berdebar-debar. Siapa pula yang mengetuknya malam malam buta ni?

Tepukan diberikan sekali lagi. Tekad, Orked menarik nafas sebelum membuka selimut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang wanita dengan rambut kusut masai sedang berdiri di hadapannya. Wanita itu mendekatinya. Orked menjerit.

"Woi kau boleh diam tak ha? Tak nampak ke aku nak tidur? HAHAHAH aku nak tidur, HAHA aku nak tidur," kedengaran suara marah dari mana pun Orked tak tahu. Pasti pemilik suara berada di atas salah satu katil di wad tingkat 2 ini. Pemilik suara itu ketawa riang sebelum disenyapkan oleh pesakit lain.

"Hoi Mun, diam lah. Nanti Mona dengar dia marah,"

"Entah Mun, Mona marah macam dinasour,"

"Eh, diam lah,"

Mata Orked masih tertumpu kepada wanita yang berdiri di samping katilnya. Setelah melihat nombor 25 terlekat besar di bajunya, Orked menjadi tenang. Dia tahu lah pada waktu itu bahawa wanita itu juga pesakit hospital itu.

"Adik nampak anak akak tak?" tanya wanita itu. Wajahnya walaupun tidak beberapa nampak kerana gelap, Orked masih dapat rasakan wajah wanita itu pasti terzahir kesedihan melalui nada suaranya.

"Ermm.. akak, anak akak mana ada kat sini. Akak tidur dulu lah. Nanti Nurse Mona marah," kata Orked. Dia rasa agak tidak takut untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenalinya itu. Alah, orang itu pun bukannya siuman, fikir Orked.

"Taknak! Dorang kata anak akak dah mati! Mana ada anak akak mati! Anak akak dah besar dah pun. Dah boleh kahwin!" jerit pesakit dengan kod nama, pesakit 25 itu.

Orked buntu. Dia semakin buntu melihat Saikuronewa yang hodoh mencengkam bahu pesakit 25 yang terdiam kerana kesejukan.

------------------------------------

HAQEEM POV

"Aik, Dr Haqeem? Doktor buat apa tidur kat koridor wad 2XX ni?" tanya wanita yang aku kenal sebagai Dr Sakinah, salah seorang doktor yang bertugas di sini. Aku tersipu malu melihatnya yang melihat aku sedap membuta dengan kepala yang disandarkan kepada rak risalah. Aku yang sedang tidur terduduk di atas lantai tadi cepat-cepat bangun. Haih Tan Sri ni pun satu, buat hospital lawa-lawa tapi tak ada pulak kerusi kat luar ni.

"Hmmm takkan lah Doktor nak... Hehh, Doktor jangan macam-macam.. Pesakit kita ni," guraunya sambil ketawa perlahan.

"Eh tak ada lah, Dr Sakinah. Saya saja duduk sini. Mana tahu tiba-tiba ada pesakit yang.."

AAAAHHHHHH

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, aku terdengar jeritan yang sangat nyaring daripada dalam bilik wad 2XX di hadapan aku. Muka Doktor Sakinah pucat. Aku tanpa membuang masa terus meluru masuk ke dalam wad. Dalam fikiran aku cuma satu, Orked.

-----------------------------

ORKED POV

Saikuronewa. Dia buat apa kat sini?

"Jangan Saikuronewa, jangan apa-apakan dia," terketar-ketar, aku cuba memujuk Saikuronewa yang pautannya semakin lama semakin kuat. Pesakit 25 tersebut tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya mengalir. Bajunya mula koyak.

"Jangan laaahhh!" jerit aku kecil kepadanya. Sedikit lagi, kuku buruknya itu akan menusuk kulit pesakit 25. Aku tak mahu dia sakit. Cukup lah mentalnya sudah sakit. Aku tak mahu pula fizikalnya turut cedera. Aku cuba mengawal suara aku. Aku tak mahu pesakit lain terjaga. Jauh sekali aku ingin mengejutkan Nurse Mona yang sedang terlelap pada mejanya di hujung wad ini.

"Apa bising-bising ni? Pesakit 25, apa awak buat kat sini? Pesakit 23, ohhh tadi bukan main dengan saya ya? TIDUR SEKARANG," bentak Nurse Mona kepada kami berdua. Aduh perempuan tua ni. Kenapa dia kena bangun? Bukan membantu pun. Bising.

"Tolong...ada hantu.." menggigil-gigil pesakit 25 meminta tolong kepada Nurse Mona. Aku hanya diam.

"Woi, kau merepek apa lagi? Pergi tidur lah, gila! Susah betul lah aku kena jaga orang gila ni" Nurse Mona berkata-kata dengan sangat angkuh. Aku benci betul lah perempuan ni. Apa masalah dia? Siapa suruh dia kerja kat sini? Dia cari pasal dengan aku ni mesti dia tak tahu aku anak Papa. Tengok lah, aku akan pastikan kau kena pecat. Tapi, dia mesti tak tahu sebab Papa mesti malu ada anak 'gila' macam aku kan? Tapi aku tak gila. Aku tahu aku bukan gila. Dr Haqeem.. Dr Haqeem pun tahu aku bukan gila.

Keangkuhannya itu berakhir apabila dia dicampak dengan kuat apabila cuba menarik pesakit 25 dari katil aku. Saikuronewa dengan kejam telah menolak Nurse Mona sehingga dia terhantuk pada sebuah kabinet. Pesakit 25 mula menjerit ketakutan. Jeritan yang sangat nyaring membuatkan semua pesakit lain terjaga. Jeritan yang membuatkan seorang doktor tiba-tiba datang dan melihat aku dengan wajah yang panik. Dr Haqeem...

-----------------------

HAQEEM POV

Aku melihat Orked sedang melihat aku dengan mata yang berkaca. Pesakit yang sedang menjerit di sebelah katilnya ditenangkan oleh Dr Sakinah yang turut mengikuti aku masuk. Aku lihat wajah Orked yang ketakutan. Baru sahaja aku ingin menenangkannya, Dr Sakinah sudah terjerit-jerit kepada aku.

"Dr Haqeem, Kak Mona! Check dia cepat! Kepala dia berdarah dah tu!" dengan cemas, Dr Sakinah mengambil picagari yang berisi ubat penenang dan menyucukkannya kepada pesakit yang meracau-racau itu tadi. Eh, dia memang dah ready siap siap? Patut lah Dr Sakinah ni ramai yang kata dia sangat bersedia orangnya. Pesakit yang lain semua ternganga memerhatikan kami. Aku mengambil peti kecemasan di dalam laci meja jururawat bernama Mona itu sebelum datang untuk merawat lukanya yang tak lah teruk mana. Aku sandarkan Kak Mona yang tak sedarkan diri itu kepada kabinet dan terus bantu Dr Sakinan untuk memindahkan pesakit tadi untuk baring ke atas katilnya.

Dr Sakinah dan aku seterusnya menenangkan pesakit-pesakit lain yang sudah mula kecoh. Aku perasan, Orked hanya memerhatikan aku. Aku ingin sekali menenangkannya. Namun, aku perlu dahulukan pesakit yang lain dahulu.

Tidak lama kemudian, Kak Mona mula menyedarkan diri. Dr Sakinah cepat-cepat menolong Kak Mona untuk berdiri. Dia sedang terpinga-pinga.

"Kak, kenapa ni kak? Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Dr Sakinah setelah Kak Mona kelihatan sudah boleh berdiri sendiri.

"Dr Sakinah.. Dr...Hmm, Dr Haqeem" katanya. Rambutnya mula dibetul-betulkan dan matanya dipandang tepat kepada aku sambil tersegih. Okay, aku bukan nak perasan cuma... benci pula sekarang ni bila belajar Psikologi sebab kau dah boleh tahu kenapa manusia ni berperilaku seperti sekian sekian. Tapi rasanya kalau tak belajar Psikologi dengan mendalam pun dah boleh tahu kot. Aku dah mula rasa tak selesa pulak sebab aku tahu.

"Kak Mona, siapa yang buat Kak Mona ni?" suara Dr Sakinah kedengaran seperti agak kepenatan. Memang lah, dah orang tanya bukan nak jawab si Kak Mona ni ha. Aku hanya menggeleng-geleng dan pandangan aku tertumpu kepada Orked semula. Dia memeluk kakinya dan kepalanya diletakkan pada lututnya.

"Pesakit 23, dia.. dia yang tolak saya," jawab Kak Mona. Orked terus mengangkat kepalanya memandang aku. Air matanya mula tumpah. Dia menggeleng-geleng perlahan.

"Kak Mona, Kak Mona cakap apa ni?" tanya aku tegas. Dr Sakinah bergerak mendekati Orked dan memeluknya.

"Betul lah apa yang saya cakap. Dia, dia yang tolak saya," ujar Kak Mona. Aku mula menggenggam tangan. Aku cuba mengawal emosi marah aku.

"Kak Mona ada bukti ke pesakit 23 yang buat semua ni?" Dr Sakinah bangun mendekati Kak Mona.

"Doktor boleh tengok sendiri kan, saya kena tolak kat katil dia ni ha.. sebelah dia mana ada orang," dia jawab selamba.

"Hmphh mustahil. Saya kenal Orked. Dia pesakit saya. Dia tak mungkin lah nak tolak Kak Mona sampai kabinet tu. Jauh kot. Kak Mona yakin dia larat tolak Kak Mona yang..." aku tersenyum sinis. Badannya yang agak besar itu aku perhatikan. Dr Sakinah cuba menahan ketawa. Orked yang tadi menangis juga cuba menyembunyikan tawanya.

"Saya rasa malam ni baik Julia je yang jaga wad ni. Kak Mona boleh rehat lah, balik rumah. Kang tak pasal pasal tercampak pulak kat mana mana lagi," kata aku selamba. Padan muka dia. Dr Sakinah mengiring Kak Mona keluar dari wad lalu dia menelefon Julia untuk menggantikan Kak Mona. Aku memandang Orked yang mukanya sudah kemerah-merahan menahan tawa sebelum bergerak keluar dari wad dan tidur semula bersandarkan kepala pada rak yang menempatkan pelbagai risalah berkaitan dengan kesihatan mental. Sebelum tidur, aku terbayang wajah Orked yang tersenyum dengan mata coklatnya yang bersinar-sinar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience