Hilang ? Ah, sudah. Mana perempuan tu pergi ? Macam mana dia boleh hilang macam tu je ? Eh, ni tak boleh jadi ni. Aku tertidur kah selepas Daniel pergi ? Ya.. ya.. semua ni mesti mimpi.
Aku akui, aku memang agak takut selepas dia hilang begitu sahaja. Tapi, setelah meyakinkan diri sendiri bahawa fenomena yang aku baru lalui sebentar tadi hanyalah mimpi, aku kembali tenang. Mungkin aku sedang tidur sebentar. Dengan selamba aku cubit pipi aku sendiri dengan harapan aku akan diteleport kembali ke ruangan aku tadi. Namun hampa, aku masih di wad pesakit. Aku sleepwalking ? Ya, mungkin aku tidur sambil berjalan ! Tapi kalau aku tidur sambil berjalan pun, aku tetap akan bangun sekiranya dicubit bukan ? Ah, lantak lah.
Dengan selamba sekali lagi, aku melangkah kaki untuk kembali ke bilik rawatan aku dimana aku mengdiagnosis dan pesakit yang membuat temujanji bersama aku. Aku agak bangga dapat bekerja di hospital mental ternama ini. Walaupun aku baru berusia 24 tahun, aku sudah berjaya menjadi seorang doktor pakar disini. Mereka panggil aku genius, mereka panggil aku prodigy yang bakal menggegarkan dunia perubatan terutama bidang psikologi. Aku kurang pasti akan hakikat itu. Yang aku tahu, kejayaan aku ini berkat usaha, doa mama dan yang paling penting, keredhaan Allah SWT. Lagipun aku masih baru dalam bidang ini, mungkin sebaiknya aku berhenti berucap macam aku baru sahaja menang nobel prize dan segera pulang ke bilik aku itu.
Melangkah keluar sahaja dari wad pesakit, Julia yang manis lagi menawan menyapa aku.
Sapaan yang membuat aku merenungnya.
Dengan renungan yang pertama kali seperti itu diberikan kepada wajah manis Julia itu
Dengan renungan yang amat kesal.
"Hmmm Doktor, pesakit tadi macam mana?"
SHITtake mushroom ! I was not sleepwalking whatsoever.
Dan dengan berat hatinya, aku pun memulakan cerita. Terbeliak mata Julia mendengar cerita aku yang serupa 'sembang bikin bimbang' itu. Dia lantas masuk semula ke wad untuk memastikan bahawa gadis tadi betul betul lesap. Dia kembali semula dengan riak wajah yang bingung. Comel.
"Betul lah doktor. Dia dah hilang," katanya.
"Hantu ?" tanya aku ringkas namun mampu mengubah ekspresi mukanya kepada cemas 66.6% (ni tepat, aku kan genius *riak*)
"Eh apa doktor ni ? Hantu-hantu pulak haih, dah lah doktor saya nak pi wad bawah. bye !" katanya laju sebelum cepat cepat beredar dari situ. Aku memandangnya berlalu pergi. Okay, aku agak terhibur melihat dia ketakutan. Dia nampak comel. Cuma, aku tak terhibur melihat dia pergi jauh dari aku. Ew. Gelikan ?
Tehibur, terhibur juga. Tapi aku tidak pasti sama ada mahu terhibur atau tertakut apabila melihat gadis tadi, ya, yang hilang tadi, muncul semula di sebalik tingkap. Dia ada di bawah, di perkarangan hospital. Dia baru keluar daripada sebuah kereta mewah yang berwarna hitam. Walaupun aku jauh di tingkat 4, aku dapat melihat jelas wajah itu. Okay, aku takut sekarang.
Share this novel