Berat rasanya untuk aku buka mata aku. Perlahan-lahan, aku gagahkan diri untuk membuka kedua-dua kelopak mata. Terang. Cahaya dari lampu kalimantang menerobos masuk ke dalam mata aku. Aku bangun daripada posisiku yang terbaring tadi. Rambut aku yang serabai aku betulkan dengan jari. Aku lihat ke kiri dan kanan aku. Tiada sesiapa yang berada di samping aku. Papa pun tak ada?
Walaupun pandangan mata aku agak kabur, aku lihat tangan aku yang penuh dengan bekas torehan-torehan kecil. Aku dah tak larat nak menangis lagi. Dengan berhati-hati, aku turun dari katil dan mencabut peralatan-peralatan hospital yang dicucuk kepada aku. Buat apa aku di sini lagi? Aku nak balik. Aku raba-raba meja kecil yang diletakkan di samping katil untuk mencari cermin mata aku. Tiada. Hmmph mungkin cermin mata aku ada pada Papa. Haih, apa-apa je lah..
Aku tak suka hospital. Semenjak aku nampak Saikuronewa, aku sedikit sebanyak dapat melihat roh roh lain yang tak sepatutnya ada kat muka bumi ni. Roh-roh tanpa jasad yang berkeliaran betul betul tak menyenangkan aku. Lagi-lagi hospital am macam ni. Tak perlu lah aku ceritakan lagi bahawa kalau nampak hantu tanpa tangan, muka hancur kesan kemalangan itu perkara biasa. Aku memang takut dengan mereka. Tapi, beza mereka dengan Saikuronewa ialah, mereka tak mengganggu aku. Mereka tak pernah mengambil endah kewujudan aku. Mereka kebanyakannya hanya merintih di samping keluarga atau orang yang tersayang yang menangis kehilangan mereka.
Aku pulas tombol pintu untuk membuka pintu itu dan keluar. Aku toleh ke kiri dan kanan untuk mencari sesiapa yang aku kenal. Papa? Papa tak ada di sini. Dr Haqeem? Tak. Dia juga tak ada di sini. Aku berjalan di sepanjang koridor hospital yang sepi itu. Keadaan yang agak kelam menyukarkan aku untuk mengetahui waktu pada ketika itu. Bagaikan mengetahui persoalanku, mata aku kebetulan terpandang satu jam dinding bulat yang terlekat pada dinding hospital. Aku bergerak mendekati jam itu. Aku fokuskan pandangan aku pada jarum-jarum dan nombor-nombor yang ada pada jam itu.
4:44
Baru sahaja aku ingin pusing ke belakang, aku mengesan satu kelibat di belakang aku melalui jam dinding tersebut. Kelibat itu hanya berdiri tegak betul betul di belakang aku. Aku tarik nafas. Aku cuba untuk bertenang. Aku cuba juga untuk bertenang walaupun telinga aku mula ditiup-tiup oleh apa apa pun yang berada di belakang aku itu.
Okay Orked, 1,2,3 LARI!!!
Aku berlari sekuat-kuatnya sehingga aku sampai ke lif hospital. Dengan pantas. Aku tekan tombol pada lif dan lif itu segera terbuka. Aku bersandar pada lif hospital dan tercungap-cungap, aku menyedut oksigen masuk ke dalam paru paru aku. Sampai di tingkat di mana tertulis sebagai 'lobby', pintu terbuka. Aku melangkah keluar perlahan. Aku lihat orang ramai dengan pelbagai urusan berkeliaran di sini. Aku tak pasti apa yang aku nak lakukan sekarang. Cari Papa? Mata aku sendiri tidak berfungsi dengan baik sekarang. Macam mana aku nak cari Papa dalam kalangan manusia manusia ni?
Baru sahaja aku hendak putus harapan, datang seorang lelaki berdiri di hadapan aku. Lelaki itu berpakaian serba putih. Aku cuba teliti wajah lelaki itu. Dr Haqeem?
"Dr Haqeem?" aku tanya untuk kepastian.
Dia hanya mengangguk lantas tangannya mencapai tangan aku. Dia terus berjalan memaksa aku turut mengikutinya. Aku terpinga-pinga dengan apa yang berlaku tapi aku hanya mengikut langkah Dr Haqeem kerana bila aku di sampingnya, entah kenapa aku rasa selamat. Ish, dah lah Orked. Sejak bila pula kisah ni bertukar menjadi kisah cinta? Tapi, ini cinta kah? Entah!
Dia bawa aku ke satu tempat yang penuh orang berkurumun memandang ke satu arah. Aku pelik. Kenapa dia bawa aku kat sini?
"Kenapa Doktor bawak saya kat sini?" sekali lagi aku soal dia. Aku toleh ke sebelah untuk menunggu jawapan yang aku kira akan keluar dari mulutnya tapi, dia hilang. Dia tak ada lagi di samping aku. Eh? Mana pula dia menghilang?
"Orked! Macam mana Orked boleh ada kat sini?" kepala aku dipusingkan semula ke depan dan aku lihat Papa sedang meluru ke arahku.
"Tadi Dr Haqeem yang bawa Orked," jawab aku selamba.
"Papa nampak cermin mata Orked tak?" tanya aku kepada Papa. Papa hanya melihat aku dengan riak terkejut.
"Papa? Papa kenapa ni?" soal ku lagi kepada Papa.
"Orked cuba jujur dengan Papa. Macam mana Orked boleh ada kat sini?" Papa tanya aku dengan lembut.
"Betul lah, Pa. Dr Haqeem yang bawak Orked tadi. Papa kenapa ni?" aku mula geram. Kenapa susah sangat Papa nak percaya aku?
Tanpa berkata apa-apa, Papa tarik lengan aku dan bawa aku berjalan melalui orang orang yang mengerumi sesuatu itu tadi. Apa bila berhenti, Papa bergerak sendiri ke arah sesuatu yang dilitupi dengan plastik hitam. Darah-darah pekat berwarna merah mengalir melalui sesuatu itu.
"Macam mana Dr Haqeem bawak Orked kalau dia ada kat sini?" tanya Papa sambil tangannya membuka plastik hitam tersebut. Pada awalnya, aku mengalami kesukaran untuk mengenalpasti apa yang ada disebalik plastik itu. Aku fokuskan mata aku untuk melihat dan pada waktu itu, alangkah bagusnya kalau aku buta.
Wajah yang terbaring di atas jalan tar itu aku sangat kenali. Dr Haqeem. Kenapa Doktor Haqeem kena baring kat situ? Kenapa cebisan cebisan otaknya kena bersepah di sekeliling jalan tar itu? Kenapa Doktor Haqeem tak buka mata? Kenapa Doktor Haqeem tak bernafas? Doktor! Bangun, Doktor! Bangun lah!!!
Share this novel