Bab 21 : Telekung Kuning

Horror & Thriller Series 7961

Aku terbangun daripada tidur yang tak berapa nak lena. Badan aku lenguh akibat tidur dalam keadaan yang begitu tak selesa. Aku lihat jam tangan aku, sudah pukul 5:00 pagi. Aku lihat suasana di koridor. Sepi. Perlahan-lahan aku bangun. Aku membuat beberapa senaman ringkas untuk mengurangkan lenguh lenguh pada badan aku. Haih, terasa macam orang tua pula. Aku seterusnya bergerak ke surau. Aku buat keputusan yang aku akan mengaji sementara menunggu azan subuh. Alarm pada telefon aku matikan. Buat apa alarm kalau aku dah pun bangun?

Surau yang terdekat berada pada tingkat yang pertama. Usai sahaja aku ingin masuk ke dalam surau, aku terasa seperti ada sesuatu yang memerhatikan aku. Tiba-tiba, bulu roma aku bertindak melawan graviti. Perasaan apa ni? Tombol pintu surau terasa sejuk. Aku lepaskan tombol pintu dan berpaling. Perasaan negatif aku cuba buang. Mungkin ada pesakit yang keluar dari wad? Aku bergerak ke hadapan sedikit ke koridor. Suasa koridor yang hanya disinari dengan beberapa lampu kalimantang itu sangat sepi. Pada tingkat ini, tiada sebarang wad pesakit. Hanya ada consultation room untuk beberapa doktor dan bilik pengurusan diri untuk para jururawat, dan juga beberapa kemudahan seperti pantri dan surau. Aku toleh ke kiri dan kanan koridor. Tiada sesiapa pun. Aku berpaling ke belakang untuk masuk ke surau. Pada saat itu, aku terdengar satu bisikan halus di telinga kiri aku. Aku tolehkan muka aku ke kiri dan pada waktu itu, aku lihat wajah seorang gadis yang sangat cantik. Wajahnya cerah tanpa sebarang cela. Bibirnya merah dan mungil. Rambul ikal mayangnya direhatkan pada bahu sebelah kiri. Dia memakai baju putih yang dihiasi dengan pelbagai batu permata. Di kepalanya terletak cantik mahkota yang diperbuat daripada berlian. Dia senyum kepada aku. Aku terpaut melihat keindahan rupanya.

Dia menghulurkan tangannya kepada aku. Baru sahaja aku ingin menyambut tangan itu, aku teringat akan tujuan utama aku ke sini. Aku ingin ke surau. Aku ingin mengaji sebelum Subuh. Kenapa ada perempuan cantik di sini? Aku mula sedar. Perempuan ini mustahil seorang manusia. Dia tak sepatutnya ada di sini. Aku menarik nafas. Aku menelan liur. Perlahan-lahan aku berpaling daripadanya.

"Nak pergi mana tu?" dia seakan-akan tahu akan niatku. Nada suaranya mengejek aku.

"Surau. Kenapa? Kau rasa kau boleh masuk?" aku menjawab dengan sinis. Aku dengar dia mendengus kasar. Cepat-cepat aku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam surau. Benda itu mengetuk-ngetuk pintu dengan kuat sebelum akhirnya dia menjerit nyaring. Jeritan yang aku rasakan berada dalam kepala aku. Aku menghembus nafas lega apabila tiada lagi ketukan pintu. Aku perhatikan keadaan surau. Aik, telekung? Kenapa ada telekung pulak ni? Aku melihat wajah yang aku kenal sekali sedang merenung aku dengan wajah yang bingung.

"Doktor buat apa kat surau perempuan?" tanya gadis itu. Dia lengkap bertelekung berwarna kuning cair. Dia nampak sangat comel. SANGAT COMEL. ehemmm...

"Orked? Ermm awak buat apa kat sini?" aku jawab pertanyaannya dengan soalan. Kepala aku yang tak gatal digaru.

"Saya teringat yang haritu ibu Doktor baca surah dekat Doktor. Saya tak tahu lah Doktor. Saya rasa sayu sangat bila dengar. Tadi, tiba-tiba saya rasa macam saya nak cuba baca. Tapi bila saya sampai kat sini, saya ambik al-Quran ni. Saya tak tahu apa apa, Doktor. Saya langsung tak tahu macam mana nak baca," jawab Orked dengan kesal.

"Tadi saya rasa Saikuronewa kacau saya. Tu yang sampai salah masuk surau. Tapi alang alang dah ada kat sini... Orked, jom ikut saya," aku mengambil wudhuk sebelum aku ambil salah satu al-Quran dan aku keluar. Orked hanya mengikut tanpa menanggalkan telekungnya. Aku memandang ke kiri dan kanan koridor untuk memastikan tiada hantu yang sedang menunggu untuk menerkam kami. Setelah tiada apa-apa yang menakutkan, aku bergerak menuju ke pondok berdekatan dengan kafeteria hospital di tingkat bawah. Aku duduk dan menjemput Orked untuk duduk berhadapan aku. Aku perasan, beberapa pekerja kafeteria yang sedang menyiapkan makanan untuk sarapan terkejut melihat Orked dengan telekungnya. Alah, mereka belum tengok Saikuronewa lagi.

"Doktor nak buat apa ni?" tanya Orked.

"Awak kata awak rasa sayu dengar Mama saya mengaji kan? Saya tak pasti bila awak dengar tapi awak tahu tak surah apa yang Mama saya baca?" tanya aku.

"Waktu yang Doktor masuk hospital lah.. Doktor tak ingat ke malam tu?" Orked merenung ke meja batu pondok.

"Tak.. saya tak ingat apa-apa" jawab aku.

"Doktor tak ingat pun bila doktor sedar malam tu?" tanyanya lagi.

"Tak Orked. Yang saya tahu, pagi tu saya bangun bangun je pening," jujur aku katakan, aku memang tak ingat apa apa. Dia hanya tersenyum nipis.

"Saya tak tahu ibu Doktor baca surah apa," ujarnya lemah. Aku berfikir sejenak. Kalau Mama. baca waktu aku di hospital.. Mungkin Surah Yassin? Lagipun surah itu memang surah yang lazim dibacakan kepada orang yang sakit juga. Dan aku ingat, Mama tak jemu membaca surah Yassin ketika arwah Abah sakit dulu.

Aku berdehem sebelum memulakan bacaan aku.

"Audzubillahi minasy syaithanirrajim.. Bismillahirrahmanir rahim.. Yassin.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience