Bab 16 : Sayang

Horror & Thriller Series 7961

Aku tak pasti sebenarnya sama ada hendak menghubungi Orked atau tidak. Reunion akan mula cuma beberapa jam saja lagi. Secara tepatnya, lagi 3 jam 47 minit dan 33 saat. Aku mahu pergi ke reunion itu. Aku rindu dengan manusia-manusia zaman sekolah dulu. Dulu, aku sekolah tak lah lama sangat. Sekejap sahaja aku dah dibawa masuk ke akademi perubatan. Jadi, masa yang aku ada dengan mereka tak lah banyak sangat. Cuma, aku rindu dengan kenakalan dan kekecohan mereka. Tak tahu lah sama ada dah besar ni mereka dah berubah atau belum. Kali terakhir aku jumpa mereka iaitu pada Tingkatan 3, mereka ni boleh tahan tak matang matang lagi.

Aku sebenarnya agak serba salah hendak menghubungi Orked. Bukan apa, aku macam haih entah. Tak apa kah kalau dia keluar dengan doktor mental dia? Sounds weird right? Lagipun, Orked kan baru keluar hospital. Lebih baik kalau aku biarkan dia berehat sahaja di rumah. Tapi aku harap kalau Saikuronewa ganggu dia lagi, dia akan segera menghubungi aku. Aku taknak dia pendam apa-apa sampai jadi macam semalam lagi. Ah, aku tak ada pilihan lain. Aku kena hubungi dia tu juga lah kalau begini.

"Hello," ujarku melalui telefon yang aku letak kemas di telinga kiri.

"Dr Haqeem? Kenapa call?" tanya wanita itu. Suaranya melalui telefon pun comel.

"Ermm saya sebenarnya nak ajak awak pi reunion class saya malam ni. Awak free? Kalau tak free takpe lah," kata aku. Aku nervous. Tak pernah buat kerja-kerja macam ni.

"Doktor ajak saya? Biar betul ni?" dia ketawa.

"Betul lah. Awak okay tak?" eh dia ni, gelak gelak pulak.

"Okay boleh je Doktor. Pukul berapa?"

"Nanti lah saya ambik awak dalam pukul 8 suku ke? Sebab majlis tu start pukul 9."

"Doktor tahu ke alamat saya ni?"

"Err tak," aku ketawa.

"Doktor tekan je Map pergi Condo Deaminan. Nanti saya tunggu kat guardhouse," ujarnya lembut. Aku angguk tanda faham.

"Doktor?" panggillnya. Kenapa aku angguk tadi? Macam lah dia boleh nampak. Stupid, Haqeem. Stupid.

"Ya, ya noted. Nanti kalau dalam 15 minit lagi saya nak sampai tempat awak saya call," pesanku.

"Okay, Doktor. Thanks ajak saya, tapi kejap, ada apa apa dress code ke?" dia tanya aku. Alamak, aku manalah tahu.

"Kejap lagi saya whatsapp awak lah bagitahu," jawab aku. Dia balas ringkas sebelum kami masing masing memutuskan panggilan telefon. Aku segera buka aplikasi Whatsapp yang notification nya dah sampai beribu-ribu. Dan semua itu datangnya dari kumpulan yang sama. Kumpulan kelas aku tu. Eh memang tak lah aku nak scroll satu-satu cari dress code apa. Menggunakan akal aku yang masih boleh digunakan, aku hubungi sahaja Zakwan. Dia pasti tahu, hahahahaha.

=_=_=_=__=_=_=_=_=_=_=__=

Malam itu, suasananya meriah. Ballroom yang ditempah khas itu bergemerlapan dihiasi lampu lampu kecil yang aku suka panggil sebagai lampu mentol Edison. Live band yang dijemput juga menyanyikan lagu indie yang betul-betul sesuai dengan jiwa aku. Kan best kalau aku boleh berada atas pentas tu. Sebagai vokalis utama. Hmm..

Walau semeriah mana pun suasana itu, aku berada dalam keadaan yang agak janggal. Aku hanya duduk di meja bulat yang dilapik dengan kain lembut berwarna putih. Tidak ada sesiapa pun yang datang bersembang dengan aku. Masing masing sibuk dengan orang lain. Aku tahu lah aku bukan lama pun kat sekolah tu. Mana Zakwan ni? Kalau ada Zakwan, aku tak lah rasa sunyi sangat.

"Doktor, doktor okay ke?" tanya gadis yang duduk di sebelah aku. Dia memperagakan dress anggun berwarna navy blue. Kulitnya yang cerah tampak semakin bersinar dengan rantai berlian yang dipakai. Rambutnya diikat dengan gaya bun yang kemas. Sedikit aksesori tambahan yang bergemerlapan diletakkan pada rambutnya. Dia kelihatan sangat anggun. Kalah perempuan-perempuan lain yang ada di sini.

"Hah? Saya okay..okay je," balas aku sambil tersenyum. Dia tersenyum nipis lalu memegang tangan aku lembut.

"Doktor jangan lah termenung je.. Kesian lah saya kat sini," dia memuncungkan bibirnya. Tangan aku dia usap-usap. Perlahan-lahan aku tarik tangan aku.

"Hahaha, awak nak minum apa apa?" aku ketawa janggal. Dia memalingkan mukanya dan menggeleng-geleng laju. Marah mungkin? Tapi sorry lah, aku tak biasa. Awkward gila hahahaha. Menyesal pula aku call dia ni. Tapi tak apa lah sebab lagi awkward kalau aku datang sendiri. Dah lah kat sini tidak ada sesiapa yang nak tegur aku. Aku boleh je tegur tapi aku dapat rasakan yang mereka-mereka ni memang tak selesa dengan aku.

"Doktor, jom lah menari," pintanya. Dia menarik-narik lengan aku sambil tangan satu lagi menunjuk ke arah beberapa pasangan yang sedang menari mengikut musik romantis. Aku pandang dia pelik. Dia buat muka comel. Aduh, dia ni. Lemah aku dibuatnya. Aku angguk terpaksa dan dia cepat-cepat menarik tangan aku supaya aku bangun. Aku tak tahu pula dia ni jenis perempuan macam ni.

Kami bergerak menuju ke ruangan yang memang disediakan untuk menari. Aku perasan mata-mata yang memandang kami. Kebanyakannya terpesona dengan kecantikan gadis yang berada denganku ini. Dia meletakkan tangannya ke atas bahu aku. Dia tersenyum dan perlahan-lahan badannya bergerak mengikut alunan musik. Aku tak tahu apa aku kena buat. Seriously.

Sedang kami 'menari', aku terdengar beberapa orang menyebut nama Zakwan. Hah, akhirnya! Tolonglah cakap dengan aku yang Zakwan betul-betul dah datang. Aku toleh ke belakang dan aku lihat Zakwan datang bersama seseorang yang aku kenal. Orked? Zakwan dan Orked meluru ke arah aku. Gadis yang bersama aku terus pegang tangan aku erat. Apa ni?

"Weh, brothaaa!" Zakwan datang lalu memeluk aku.

"Gila ah lawa gila awek kau. Awek eh?" dia ketawa kecil. Aku tak tahu nak jawab apa. Sumpah. Aku boleh jawab perkara yang sebenar bahawa di sebelah aku ni Julia, jururawat di hospital merangkap assistant aku. Tapi cara Julia yang pegang-pegang tangan aku ni macam boleh menimbulkan syak wasangka lain. Aku lihat Orked. Dia hanya memberi aku pandangan yang kosong. Aku cuba baca muka Orked. Dia perasan apa yang aku cuba lakukan lalu cepat cepat menarik lengan Zakwan.

"Sayang, jomlah makan. Orked lapar," katanya dengan suara yang mendatar kepada Zakwan. Sayang? SAYANG?!

"Hah? Haa jom lah, jom. Korang dah makan?" dia ajukan soalan kepada aku dan Julia. Belum sempat aku jawab, Orked menjerit kecil.

"Sayang! Jom lah makan. Orked lapar laahhh," dia menarik keras lengan Zakwan. Tak sakit ke mamat tu? Zakwan memberi isyarat maaf kepada aku dan Julia sebelum dia cepat-cepat mengikut Orked ke meja buffet.

"Tu Orked kan? Tapi kenapa muka dia macam familiar eh?" tanya Julia. Oh no Julia, jangan ingat please. Jangan ingat kejadian pesakit hantu tu please. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan Saikuronewa kat dia pulak.

"Memang lah familiar. Orked kan anak Tan Sri Fuad. Dia mestilah selalu ada kat hospital. Lagipun dia kan pesakit saya," aku ketawa. Cuba untuk tidak mengingatkan Julia tentang peristiwa itu. Dia mengangguk. Haih, nasib baik lah dia ni tak ingat.

"Hrmmm jom lah makan jugak, Doktor. Saya lapar lah pulak," ajaknya sambil menepuk nepuk perlahan perutnya. Aku akur dan kami bergerak menuju ke meja buffet.

Makanan yang dihidangkan pada malam itu semuanya tampak sedap sedap belaka. Daging bakar, pelbagai aneka pasta, kek aiskrim dan bermacam macam lagi betul betul mampu buat aku terliur. Dah lah aku memang lapar. Makanan hospital tengah hari tadi tak sedap T^T

Usai sahaja mengambil makanan, aku dan Julia duduk di meja tadi. Berhadapan dengan aku ialah Orked yang dari tadi memandangku tajam dengan pisau yang digenggam kuat. Aku analisis perilakunya. Sah, dia marah aku.

"Orked, sedap kan daging tu? Lembut je. Rasanya tak payah potong dengan pisau pun takpe kot," aku ketawa. Orked hanya melihat aku tidak puas hati.

"Suka hati lah. Apa kata Doktor diam je. Pergi lah potongkan daging untuk girlfriend Doktor tu," dia balas acuh tak acuh. Dia ni kalau aku dah gigit, siap lah.

"Awak pun apa kata tolong potongkan daging SAYANG awak tu," aku balas. Saja menekankan perkataan 'sayang'. Aku dengar Julia tersedak di sebelah ku sambil mukanya menahan ketawa. Zakwan di sebelah turut menahan ketawa.

"Eh, boleh tak ada masalah," katanya sambil memotong daging di piring Zakwan dengan sengaja dikuatkan. Nasib baik tak pecah piring tu.

"Nah sayang.. aaaaa" dia ajukan garfu yang tercucuk daging bakar kepada Zakwan. Aku pun tak tahu kenapa tapi tiba-tiba aku tergerak untuk bangun dan makan daging suapan Orked. Selepas itu, aku duduk semula selamba.

"Hmm betul lah, tak payah potong pun takpe. Lembut. Sedap," aku tersengih. Orked menjegilkan matanya. Haha, padan muka. Sah-sah dia terkejut. Lalu secara tiba-tiba, dia terus memeluk Zakwan. Kini giliran aku pulak yang terkejut. What tha heck, Orked

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience